Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 17 April 2013

Santai Malam Minggu - Bowling Superbowl lagi.....


Malam minggu tadi kami adik beradik sekali lagi pergi bermain bowling di Superbowl Banting. Kebetulan semua adik beradik kami balik pada minggu ini. Satu-satunya sukan yang paling saya gemari. Selepas selesai acara sambutan hari jadi untuk anak buah kami pada malam tu kami terus pergi ke pusat Superbowl tersebut pada pukul 9.45 malam. Kami sampai sahaja pada masa itu semua trek telah penuh jadi kami tunggulah sebentar sementara ada trek yang kosong bagi yang telah habis perlawanan. Happening gilerlah kami main malam tu ditambah pula dengan perangai adik-adik lelaki saya yang memang sebenarnya memang pening dan gila-gila. Segala skill dan perangai keluar malam tu. Bukan setakat bola yang hendak dibaling malah diri sendiri pun nak dilambung ke dalam trek bola bowling tu....kuikuikui memang gileeeeeeeeeeeerlah  kamu semua ni.


Ini adalah senarai harga kalau sesiapa yang nak main bowling di Superbowl Banting.

 
Sedang menunggu trek yang kosong masa ni memang penuh
 

Masa untuk panaskan badan kata adik saya. Dialah juara bertahan. Siapa pun tak boleh kalahkan dia.

 
Adik yang ini pula hampir-hampir dapat kalahkan adik saya yang jadi juara bertahan tu. Dia kata mesti pecahkan rekod rekod juara bertahan adik yang sorang itu
 

Yang ini adik ipar saya isteri kepada juara bertahan tadi....Boleh tahan juga dia main. Hebat

 
Yang ini cakap tak serupa bikin. Kata aje juara sukan sea. Hampesssssss...kukuikui
 

Tu yang tengah tunjuk skill....tapi kecundang juga dengan juara bertahan. Bilalah nak jadi juara ni.

 
 
Pasangan 2 sejoli.....

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...