30 MAC 2013 - Hari Ketiga di TANJUNG AGAS MUAR JOHOR
Hari ketiga selepas check out daripada Hotel kami di Suria Hotel pada pukul 10.30 pagi. Sebelum tu kami sarapan dulu di hotel. Destinasi kami seterusnya ialah ke Tanjung Agas Muar Johor untuk makan tengahari. Kami sampai pun di Tanjung Agas dalam pukul 4.30 petang.
Mercu tanda MUAR
Masjid 2 Sultan Ismail Muar. Betul ye kalau salah jangan marah ye orang hohor
Selepas kami bershooping sakan di Ayer Hitam Johor. Menu utama kami sampai sahaja di Muar ialah Mee Bandung Muar dan asam pedas Muar. Purrrrrrrrrr terangkat beb. wa cakap lu.TERBAIKKKKKKKKKK dari ladang memang sedap. Boleh datang lagi selepas ini untuk makan asam pedasnya dan mee bandung. First time dapat makan kat sini. Ini pun cadangan husband salah seorang dari rakan kami yang sama-sama pergi bercuti dengan kami. Husband beliau memang anak jati johor. Dia yang bawa kami semua makan kat tempat ni. TERBAIKKKK. Terima kasih banyak-banyak sebab kenalkan tempat makan yang tersangat sedap. I LIKES. Yang bestnya sebelum kami beransur pulang tuan kedai asam pedas tersebut telah mensedekahkan kami kuah asam pedas untuk dibawa pulang. ALHAMDULILLAH semoga business tuan kedai sentiasa dimurahkan rezeki dan didoakan semoga kedai tuan sentiasa ramai pelanggan. AMIN
Medan selera Tanjung Emas di Tanjung Agas. Memang cantik kawasan tersebut sebab tepi laut. Nyaman dan menyegarkan.
Mee Bandung MUAR memang sedap.
Asam pedas ikan pari memang terangkat beb. Tak cukup 2 pinggang kami tambah lagi satu pinggan. Makan jangan tak makan.
Ini air yang saya order LAI CI KANG. Air kegemaran saya.
Yang ini ABC pun order juga. Maklumlah hari panas walaupun dah pukul 4.30 petang. Penat oiiii jalan jauh lama lagi nak sampai KL.
Selepas kami semua kenyang dan habis semua licin makanan dan pinggan kami semua singgap sekejap berehat melihat keletah monyet-monyet di kawasan Tanjung Agas tersebut. Banyaknya monyet-monyet kat sini. Tidak liar dan jinak bila kita beri mereka makan roti. Cuma berhati-hatilah sebab monyet-monyet ni suka naik atas kereta kita. Kena tutup tingkap kereta nanti dia masuk dalam kereta.
Tengok monyet tu tengah makan roti yang pengunjung berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan