Setelah kempunan tak dapat beli handbeg semasa di Johor tempohari akhirnya berjaya juga miliki beg idaman. Walaupun tak sebiji dan serupa tapi memenuhi citarasa saya 2 dalam 1. Kat mana lagi kalau bukan SOGO KL. Jiran tetangga office sayalah yang paling dekat dan senang nak cari. Pilihan pun banyak. Memang dah lama pakai handbeg yang beli dekat SOGO. Handbeg kat sini memang tahan lama. Sebelum pakai yang baru ni pun yang dulu beli kat SOGO. Dah bertahun tak tukar. 3 tahun rasanya dah tak ingat sebab lama sangat. Tukar nipun semata-semata sebab tali dia dah nak putus. Kiranya saya pakai handbeg ni kira bersopanlah jugak tak kasar dan pandai jaga....kukuikui puji diri sendiri pulak. Selain rembat handbeg saya juga rembat satu beg galas untuk jalan-jalan. Memang suka sangat beg yang macam ni. Senang nak isi bagai. Botol air, telekung, barang mekup, minyak wangi, segala bagai kunci, handphone dan cermin mata. Lengkap 2 dalam satu.
Beg galas senang nak bawa. Macam-macam boleh isi dan macam-macam ada di dalamnya. Jenama polo
Handbeg idaman akhirnya dapat juga......merah kau...lain daripada yang lain. Jenama Carlo Rino kelas gitu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan