30 MAC 2013 - HARI TERAKHIR PERCUTIAN
Hari terakhir percutian kami selama 3 Hari 2 Malam. Selepas bersarapan pagi di Hotel penginapan kami terus memulakan pejalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur dalam fikiran kami dah merancang untuk singgah sebentar di Ayer Hitam Johor untuk aktiviti seterus kami iaitu membeli belah. Dalam pukul 10.30 setengah kami dan rakan pun bertolak ke Ayer Hitam. Kami singgah sekejap di Hentian Rehat untuk solat jamak zohor dan Asar. Selepas itu barulah kami membeli belah. Barulah seronokkan nak membeli belah setelah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah ditunaikan.
Di Ayer Hitam Johor ini kami singgah di gerai-gerai yang menjual kerepek-kerepek, buah-buahan dan barangan permainan sebab kebanyakkan kawan-kawan kami hendak membeli kerepek di sini. Sebenarnya di Ayer Hitam ini ada macam-macam jualan barangan bukan setakat kerepek, Keledek, ubi, buah-buahan, barangan permainan, anak patung yang kecil sehingga sebesar-besar orang pun ada. Kalau yang ingin berkahwin bolehlah singgah di sini untuk membeli kelengkapan barangan pengantin memang terkenal. Segala bagai ada. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Pasu-pasu yang cantik pun banyak. Bagi saya yang anak jati Selangor merangkap KL ni kalau nak beli barangan seperti itu semua saya boleh pergi ke Nilai. Di Nilai pun sebenarnya syurga membeli belah untuk kelengkapan pengantin. Macam-macam ada kat sini. Kalau kita pergi ke Nilai 2 lebih kepada jualan kain baju. Tapi kalau kita pergi ke Nilai 3 memang macam-macam ada dari cadar, karpet, bingkai ayat-ayat al-quran, kelengkapan pengantin, anak-anak patung, pelbagai beg, pasu, lampu dan segala bagailah memang banyak tak tercakap kat sini. Memang rambang matalah kalau berada di Nilai 2 dan 3. Kalau boleh nak borong semua kat situ. Tapi fikir-fikirlah jangan sampai membazir. Tak muat rumah pulak nak bubuh barang-barang semua tu. Pergi ajelah kat Nilai tu memang puas hati. Elok pergi hari biasa kalau pergi hari minggu atau cuti kelepasan am memang ramai orang.
Berbalik semula cerita di Ayer Hitam ni saya sempat merembat 2 patung spiderman khas untuk anak buah tersayang saya. Saya juga sempat membeli buah nenas. Macam tak ada buah nenas kat KL dan Selangor kan tapi masa tu terliuh pulak tengok buah nenas yang dijual kat situ. Nampak menarik dan kempunan la pulak tak beli. Memang manis buah nenas ni. Cuba-cuba juga cari fridge magnet tapi tak jumpa pulak. Mana-mana tempat kalau saya pergi mesti nak cari fridge magnet memang hobi suka kumpul. Selepas puas kami semua membeli belah di Ayer Hitam kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Muar. Untuk makan dan isi perut sebelum kami meneruskan destinasi persinggahan kami seterusnya ke Melaka untuk menaiki Kapal Cruise.
Macam-macam ada kerepek RM 10 untuk 5 bungkus boleh campur-campur ikut pilihan hati. Nak beli borong pun boleh.
Asam jeruk manis macam ni pun ada. Kalau kita pergi ke Terengganu terutamanya Pasar Payang asam jeruk manis ni memang terkenal kat sana. Banyak dan berlambak jual di sana. Satu bekas tu RM 5.00.
Kerepek kering macam ni banyak ada dijual di sini. Cuma kerepek tu belum di goreng lagi. Balik rumah tu nanti goreng le.
Buah nenas ni yang buat terliuh sikit. Sedapnya kalau dapat makan dengan kicap bubuh cili api. Huhuhu sedapnya. TERBAIK ler
Durian Belanda agak susah jugaklah nak cari di KL itupun kalau ada musimnya baru boleh dapat. Kalau dulu masa kecil rumah mak memang ada sepokok buah durian belanda ini. Kalau musim dia memang dapat makanlah. Suka akan baunya yang sangat wangi dan rasanya yang sedap dan manis. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Mudah kan dan senang nak makan buah-buahan tempatan memang di tanam banyak di rumah mak. Sekarang dah banyak tak ada sebab pokok pun dah tua dan terpaksa ditebang kerana takut membahayakan kawasan rumah. Kalau sekarang nak makan kenalah beli. Payahkan.
Macam-macam ubi ada dari sekecil-kecil hinggalah sebesar bapak ubi. Ubi kecil ni first time jumpa dan tak pernah makan. Penjual tu kata sedap dan manis tapi tak beli pun. Tengok ajelah.
Buah naga tu memang kegemaran saya. Tengok warnanya aje dah terpikat. Belum lagi isinya. Kat KL banyak dan senang nak cari jadi tak belilah kat sini.
Topi macam ni mana-mana kita pergi mesti ada tak kiralah kat tepi pantai ke mana tempat ada jual.
Handbeg yang diperbuat daripada barangan rotan. Memang cantikkan. Tapi kita pergi mana-mana pun ada jual cuma harga sahaja yang berbeza. Kalau pergi kat R&R pun ada jual.
Kedai inilah saya dapat merembat patung spiderman istimewa untuk anak buah tersayang. Kedai ni murah sikitlah.
Tengok tu bear yang sebesar-besar orang. Murahkan harganya. Kalau kat KL dah conform harganya RM 100 lebih. Kalau bawa anak yang memang suka akan patung yang macam ni memang melayanglah duit ye.
Key chain pun banyak. Macam-macam ada. Pilih aje mana satu suka. Dulu saya suka kumpul key chain tapi sejak office dah amalkan 5s ni dah tak boleh nak kumpul. Terpaksa simpan ajelah kat dalam kotak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan