Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 30 April 2013

LUNCH DI FOOD COURT MAJU JUNCTION - Beef Tanpiyyaki

Semalam lunch makan di Food Court Maju Junction. Sebenarnya Food Court kat sini terus teranng saya cakap tak menepati selera saya. Kurennnglah sikit bak kata budak-budak muda sekarang. Cuma satu food court tu aje yang bolehlah hhhhhhh. Itupun sebab food court sediakan masakan panas. Kalau nasi campur memang tak sesuaiiii ler dengan tekak saya. Biasanya kalau pergi ke Maju Junction lebih suka makan fast food sebab makanan tu ajelah yang boleh masuk tekak ni. Nasib baiklah kat sini banyak makanan fast food. Ada KFC, Pizza Hurt, Kenny Rogers, ayam Penyet dan Secret Recipes. Biasanya kalau pergi food court kat atas tu saya biasanya order makanan panas kat satu kedai tu kat hujung sekali dan kat belakang tak ingatlah nama kedai makan tu.  Suka makan nasi putih dan tomyam kadang-kadang tu order juga beef tanpiyaki ada juga chicken tanpiyaki dan black papper. Semalam saya order beef tanpiyaki.


Inilah dia daging tanpiyaki bersama nasi putih bersama sos dan kicap.


Menu tengahari hari ini daging tanpiyaki dan air tebu.

Isnin, 29 April 2013

HAPPY BIRTHDAY TASYA.....Dah 3 tahun

Kelmarin adik saya telah membuat sambutan hari jadi untuk anak perempuan beliau di rumah emak mertuanya. Setiap tahun adik saya akan buat di rumah emak mertuanya. Kami telah dijemput hadir ke majlis tersebut. Majlis telah bermula pada pikul 2.00 petang dengan dimulai dengan bacaan doa selamat untuk arwah bapa mertua adik saya. Selesai sahaja bacaan doa selamat kami semua dijamu dengan pelbagai hidangan antaranya nasi impit, kuah kacang, nasi putih, sambal sotong, ikan masin, ikan goreng, sayur kacang panjang goreng dan tempe, nasi hujan panas, kurma ayam, ayam masak merah, acar nenas, mee kari, apam, kuih kasui, donat, tembikai dan macam-macam lagilah. Memang kenyang dan makan besarlah hari tu. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki untuk adik saya sekeluarga dan keluarga ibu mertunya.

 
Birthday girl sedang meniup lilin. Happy birthday sayang semoga menjadi kebanggaan keluarga, murah rezeki, sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, hidup dalam keberkatan, disayangi semua orang, panjang umur dan berbakti kepada ayah dan mama.
 

Birthday girl bersama ayah tersayang. Anak ayahlah katakan. Muahhhhhhh


Kek Mickey Mouse sempena ulangtahun yang ke 3 untuk si comel dan simanja Tasya.

 
 
Birthday girl yang sedang melaram selepas majlis selesai terus ikut makciknya nak balik. Tak boleh berenggang langsung dengan makciknya.
 
 
Hadiah birthday girl khas untuk Tasya tersayang...Tahun lepas dh dpt brown teddy bear tahun ini dapat pulak red bee....comelkan

Isnin, 22 April 2013

1 HARI 1 AYAT - DIALOG ANTARA RASULULLAH DAN IBLIS



Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.


Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahsiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata: “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah: “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau cuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia sanggup membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.

Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku kerana engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya aku tidak berani menyembunyikannya”.

Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata: “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”.

Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.

PERTANYAAN NABI (1)

Siapakah musuh besarmu?”

Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.

Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar kerana ketakutan. Sambung Iblis: “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeza kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu maka terbakarlah diriku menjadi abu.

Aku cabut iktikad /niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
 

PERTANYAAN NABI (2)

Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”

Jawab Iblis: “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya,setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.

Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka terpaksalah mereka mencari ruang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka sedar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku datanglah rasa riak, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
 
PERTANYAAN NABI (3)

“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?

Jawab Iblis: “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu hanya aku saja yang ingkar. Oleh kerana itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.

Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini maka aku tidak diizinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.

PERTANYAAN NABI (4):

Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”

Jawab Iblis: “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemahuanku”.
 
PERTANYAAN NABI (5):

“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, apa yang terjadi padamu?”

Jawab Iblis: “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.

Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai solatnya, hilang kusyuknya, matanya sentiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya sentiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.

Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai solatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.

PERTANYAAN NABI (6):

“Jika umatku membaca Al-Qur’an kerana Allah, apa yang terjadi padamu?”

Jawab Iblis: “Jika mereka membaca Al-Qur’an kerana Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
 

PERTANYAAN NABI (7):

“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”

Jawab Iblis: “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”.
 

PERTANYAAN NABI (8):

“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”

Jawab Iblis: “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”.

PERTANYAAN NABI (9):

“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”

Jawab Iblis: “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit jika kamu mengikuti mereka maka kamu akan mendapat petunjuk”.

Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu.

Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya maka gementarlah seluruh tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan: “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.

Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak boleh bertemu kerana lidahnya sentiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Kerana taatnya banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan: “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”.

Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernah menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata: “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.

PERTANYAAN NABI (10):

“Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?”

Jawab Iblis: “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemahuanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mahu menuntut ilmu tidak pernah beramal soleh, tidak mahu mengeluarkan zakat dan malas beribadah.

Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.

PERTANYAAN NABI (11):

“Siapa yang serupa denganmu?”

Jawab Iblis: “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.
 

PERTANYAAN NABI (12):

“Siapa yang membuat mukamu bercahaya?”

Jawab Iblis: “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”.
 

PERTANYAAN NABI (13) :

“Apa yang kau rahsiakan dari umatku?”

Jawab Iblis: “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca doa terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari”.
 

PERTANYAAN NABI(14):

“Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?”

Jawab Iblis: “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca doa pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan tidaklah mereka merasa kenyang”.
 

PERTANYAAN NABI (15):

“Apa yang dapat menolak tipu dayamu?”

Jawab Iblis: “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”.
 

PERTANYAAN NABI (16):

“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”

Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.
 

PERTANYAAN NABI(17):

“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”

Jawab Iblis: “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk solat”.
 

PERTANYAAN NABI (18):

“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”

Jawab Iblis: “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan solat tengah malam”.
 

PERTANYAAN NABI (19):

“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”

Jawab Iblis: “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
 

PERTANYAAN NABI (20):

“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”

Jawab Iblis: “Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup kerana engkau telah bersabda: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.
 

Khamis, 18 April 2013

MAKAN BESAR - Sate Kajang terbaikkkkkk

Malam Sabtu kami adik beradik pergi makan sate kajang. Makan sate kajang atas ihsan adik sempena mendapat bonus 6 bulan gaji dan antara kakitangan yang terbaik. Dia belanja kami makan besar malam tu. Kami bertolak dari rumah mak di Banting dalam pukul 9.45 malam selepas menanti ketibaan adik kami yang seorang lagi sampai dari Rawang. Kami tiba di Kajang hampir pukul 11.30 malam. Masa sampai tu memang ramai orang dan penuh. Memang sedaplah sate kajang ni. Memang TERBAIKKKK. Besar pulak tu satenya. Kalau kita makan sate kat KL mahupun di selangor ni pun kecil aje satenya dan ada setengah tu dengan lemak-lemaknya sekali dibubuh. Mak pun puji sate Samuri ni sedap sebab mak saya ni memang kurang sikit makan sate. Tapi sebab mak kata tak ada lemak-lemak ayam jadi dia makan. Tapi sate kajang ni memang BESTlah semuanya isi dan padat. Puaslah makan dan kenyang gilerrrrr. Terima kasih adik dan isteri yang belanja kami sekeluarga makan sate. Semoga rezeki kamu berdua bertambah-tambah, hidup sentiasa dalam keberkatan, disayangi semua orang, cepat naik pangkat dan semoga doa-doa anda berdoa dimakbulkan Allah s.w.t dan moga dapat baby cepat. AMIN. Panjang doa ni. Tak salahkan kita mendoakan kebaikan untuk orang lain kan dari kejauhan kerana doa orang dari kejauhan akan ada 2 malaikat yang akan mengaminkan doa tersebut. Selesai makan besar kami terus pergi jalan-jalan cuci mata sebentar di gerai-gerai yang menjual sekitar restoren sate kajang tersebut. Sempatlah rembat satu baju kanak-kanak perempuan khas untuk anak buah kesayangan saya sempena hari jadi beliau pada 10.04.2013. Biasalah hobi saya kan yang suka mengumpul fridge magnet. Apa lagi rembatlah 3 buah fridge magnet pelbagai rupa. I likes. Hampir pukul 1.45 pagi kami sampai di Banting.


Di pintu masuk restoran tu dah tertulis Sate Kajang Hj Samuri


Along dan angah yang sememang ye sangat baik senang bawa mereka berjalan sebab tak meragam dan tak buat hal.

 
Muka-muka lapar semua ni.....dah tak sabar tunggu sate tiba

 
Sementara menunggu sate tersedia biasalah orang muda chat dulu kat handphone.
 

Muka laparlah ni.......sabar ye kejap lagi siap

 
Akhirnya terhidang sudah sate yang ditunggu-tunggu
 

Kuah kacang berserta nasi impit, timun dan bawang memang pasangan yang ideal dengan sate. Kalau tak ada semua ini tak lengkaplah hidangan sate


Huhhuhu sedapnya along dan adik makan sate...

 
Apa lagi sate dah sampai jom kita makan...yang tudung oren tu my mother kesayangan...
 
 
Sedang menjamu selera


Tengok si kecik tu sempat lagi nak mengusik makcik kesayangannya nak makan.
 

Inilah dia orangnya yang bermurah hati belanja kami sekeluarga makan besar. Terima kasih adik semoga bertambah-tambahlah rezeki selepas ini.


Selepas kenyang dan sebelum beransur pulang ke rumah sempatlah pergi tengok-tengok gerai-gerai yang menjual disekitar restoran tersebut kot-kot kalau ada yang berkenan dihati. Seperti biasalah rembat juga fridge magnet tersebut.


Inilah dia hasil tangkapannya.

Rabu, 17 April 2013

Santai Malam Minggu - Bowling Superbowl lagi.....


Malam minggu tadi kami adik beradik sekali lagi pergi bermain bowling di Superbowl Banting. Kebetulan semua adik beradik kami balik pada minggu ini. Satu-satunya sukan yang paling saya gemari. Selepas selesai acara sambutan hari jadi untuk anak buah kami pada malam tu kami terus pergi ke pusat Superbowl tersebut pada pukul 9.45 malam. Kami sampai sahaja pada masa itu semua trek telah penuh jadi kami tunggulah sebentar sementara ada trek yang kosong bagi yang telah habis perlawanan. Happening gilerlah kami main malam tu ditambah pula dengan perangai adik-adik lelaki saya yang memang sebenarnya memang pening dan gila-gila. Segala skill dan perangai keluar malam tu. Bukan setakat bola yang hendak dibaling malah diri sendiri pun nak dilambung ke dalam trek bola bowling tu....kuikuikui memang gileeeeeeeeeeeerlah  kamu semua ni.


Ini adalah senarai harga kalau sesiapa yang nak main bowling di Superbowl Banting.

 
Sedang menunggu trek yang kosong masa ni memang penuh
 

Masa untuk panaskan badan kata adik saya. Dialah juara bertahan. Siapa pun tak boleh kalahkan dia.

 
Adik yang ini pula hampir-hampir dapat kalahkan adik saya yang jadi juara bertahan tu. Dia kata mesti pecahkan rekod rekod juara bertahan adik yang sorang itu
 

Yang ini adik ipar saya isteri kepada juara bertahan tadi....Boleh tahan juga dia main. Hebat

 
Yang ini cakap tak serupa bikin. Kata aje juara sukan sea. Hampesssssss...kukuikui
 

Tu yang tengah tunjuk skill....tapi kecundang juga dengan juara bertahan. Bilalah nak jadi juara ni.

 
 
Pasangan 2 sejoli.....

 
 
 

Isnin, 15 April 2013

SATA oh SATA.....Makanan kegemaran orang Terengganu

Selepas balik bercuti panjang hari tu kawan serumah belikan saya makanan kegemaran saya sata. Siapa nak tak kenal dengan sata kalau sebut aje sata ni kat Pantai Timur semua orang tau cuma kalau sebut kat selangor mungkin pelik sikitlah. Saya memang suka sangat makan sata ni. Tu sebabnya kawan serumah belikan semasa beliau berkursus di Terengganu. Terima kasih kerana belikan untuk kakak ni yang ala-ala mengidam macam orang mengandung tapi belum lagi ye. Nak dapat pergi Terengganu tak tau ler biler kalau macam ni kena cari orang terengganu ler. InsyaAllah........jodoh semua di tangan Allah. Sata ni rasanya ala-ala otak-otak. Siapa yang pernah makan otak-otak akan teringat dengan sata ni. Diperbuat daripada ikan juga ramuannya. Sedap sangat sedap. TERBAIKKKKKK
 
 
Meleleh air liuh tengok sata ni. Kalau dah masuk mulut sedapnya. Manis, pedas dan terasa ikannya. Dan akhirnya dapat juga......

Ahad, 14 April 2013

ALONG DAN ANGAH.............Selamat Hari Jadi

13 APRIL 2013
 
Hari ini genap umur MUHAMMAD RAFIQ IRFAN berusia 3 tahun. Ayah dan ibu dah merancang hendak menyambut hari jadinya pada hari ini. Disebabkan tarikh harijadi adiknya MUHAMMAD RAQIB IRHAM telah berlalu sebulan yang lalu pada 13.03.2013 maka ayah dan ibunya merancang untuk menyambutnya sekali. Apalagi masa untuk masak memasak menu hidangan yang istimewa seperti mana yang telah dirancang awal oleh ayah dan ibu. Berpeluh kami memasaknya maklumlah cuaca sekarang yang sememangnya panas. Macam-macam menu kami masak pada hari itu termasuklah nasi impit, kuah kacang, mee kari, puding jagung, buah tembikai, ayam bakar dan nasi ayam. Ayam bakar masakan pasangan suami isteri yang romantis siapa lagi kalau bukan adik saya. Nasi impit dan kuah kacang resipi istimewa mak saya. Nasi ayam resipi istimewa kakak ipar a.k.a kepada ibu yang meraihkan harijadi anak-anak tersayang. Resipi saya ialah air sirap. Hahahahaa jangan marah ye....bukan tak nak masak resipi tapi air ni penting tau tanpa air tercekek nak makan.

 
 
Ayam bakar special .....
 
 
Chef import khas dari Perlis
 
 
Kuah kacang istimewa masakan mak saya
 

Ada kuah kacang mesti ada nasi impit baru sepadan
 
 
 
 Kari ayam ni pun resipi turun temurun mak saya...
 
 
Pencuci mulut mesti ada
 
 
 Birthday boys....along dan angah bersiap nak tiup lilin. 1 2 3 dah boleh tiup
 
 
Sedapnya along makan kek....
 

 Sedapnya angah makan.....alahai comotnya muka dia

 

Sabtu, 13 April 2013

ALONG GENAP 3 TAHUN.....Happy birthday sayang...

Selamat Hari jadi MUHAMMAD RAFIQ IRFAN yang ke 3. Semoga menjadi anak yang baik, soleh, menjadi harapan keluarga. Sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, dimurahkan rezeki selalu, panjang umur, mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat. Menjadi umat islam yang sentiasa mematuhi perintah Allah dan  menjadi pejuang panji-panji Allah. INSYAALALH. AMIN
 
 
Jangan marah along...selamat hari jadi

Jumaat, 12 April 2013

Macam-macam along dan angah.............

Along dan angah buat perangai lagi. Macam-macam hal lah diorang berdua. Tapi kalau diorang berdua ni tak ada kat rumah wan nya kami semua rasa sunyi. Tiada dengar rajukan along dan tangisan angah yang asyik nak bergaduh aje. Main gaduh, main gaduh kalau salah seorang tak ada depan mata pasti akan dicari. Kenakalan mereka memang dah terserlah. Itulah buah hati kami semua.

 
Tengoklah perangai mereka berdua ni macam-macam hal diorang buat. Semuanya itu menceriakan hidup kami sekeluarga
 
 
Angah pun dah ikut apa yang along buat.
 

Along...along....macam marah kat kami aje..

Khamis, 11 April 2013

SHOPPING DI AYER HITAM - HARI TERAKHIR

30 MAC 2013 - HARI TERAKHIR PERCUTIAN
 
Hari terakhir percutian kami selama 3 Hari 2 Malam. Selepas bersarapan pagi di Hotel penginapan kami terus memulakan pejalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur dalam fikiran kami dah merancang untuk singgah sebentar di Ayer Hitam Johor untuk aktiviti seterus kami iaitu membeli belah. Dalam pukul 10.30 setengah kami dan rakan pun bertolak ke Ayer Hitam. Kami singgah sekejap di Hentian Rehat untuk solat jamak zohor dan Asar. Selepas itu barulah kami membeli belah. Barulah seronokkan nak membeli belah setelah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah ditunaikan.

Di Ayer Hitam Johor ini kami singgah di gerai-gerai yang menjual kerepek-kerepek, buah-buahan dan barangan permainan sebab kebanyakkan kawan-kawan kami hendak membeli kerepek di sini. Sebenarnya di Ayer Hitam ini ada macam-macam jualan barangan bukan setakat kerepek, Keledek, ubi, buah-buahan, barangan permainan, anak patung yang kecil sehingga sebesar-besar orang pun ada. Kalau yang ingin berkahwin bolehlah singgah di sini untuk membeli kelengkapan barangan pengantin memang terkenal. Segala bagai ada. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Pasu-pasu yang cantik pun banyak. Bagi saya yang anak jati Selangor merangkap KL ni kalau nak beli barangan seperti itu semua saya boleh pergi ke Nilai. Di Nilai pun sebenarnya syurga membeli belah untuk kelengkapan pengantin. Macam-macam ada kat sini. Kalau kita pergi ke Nilai 2 lebih kepada jualan kain baju. Tapi kalau kita pergi ke Nilai 3 memang macam-macam ada dari cadar, karpet, bingkai ayat-ayat al-quran, kelengkapan pengantin, anak-anak patung, pelbagai beg, pasu, lampu dan segala bagailah memang banyak tak tercakap kat sini.  Memang rambang matalah kalau berada di Nilai 2 dan 3. Kalau boleh nak borong semua kat situ. Tapi fikir-fikirlah jangan sampai membazir. Tak muat rumah pulak nak bubuh barang-barang semua tu. Pergi ajelah kat Nilai tu memang puas hati. Elok pergi hari biasa kalau pergi hari minggu atau cuti kelepasan am memang ramai orang.

Berbalik semula cerita di Ayer Hitam ni saya sempat merembat 2 patung spiderman khas untuk anak buah tersayang saya. Saya juga sempat membeli buah nenas. Macam tak ada buah nenas kat KL dan Selangor kan tapi masa tu terliuh pulak tengok buah nenas yang dijual kat situ. Nampak menarik dan kempunan la pulak tak beli. Memang manis buah nenas ni. Cuba-cuba juga cari fridge magnet tapi tak jumpa pulak. Mana-mana tempat kalau saya pergi mesti nak cari fridge magnet memang hobi suka kumpul. Selepas puas kami semua membeli belah di Ayer Hitam kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Muar. Untuk makan dan isi perut sebelum kami meneruskan destinasi persinggahan kami seterusnya ke Melaka untuk menaiki Kapal Cruise.



Macam-macam ada kerepek RM 10 untuk 5 bungkus boleh campur-campur ikut pilihan hati. Nak beli borong pun boleh.
 

Asam jeruk manis macam ni pun ada. Kalau kita pergi ke Terengganu terutamanya Pasar Payang asam jeruk manis ni memang terkenal kat sana. Banyak dan berlambak jual di sana. Satu bekas tu RM 5.00.


Kerepek kering macam ni banyak ada dijual di sini. Cuma kerepek tu belum di goreng lagi. Balik rumah tu nanti goreng le.
 

Buah nenas ni yang buat terliuh sikit. Sedapnya kalau dapat makan dengan kicap bubuh cili api. Huhuhu sedapnya. TERBAIK ler


Durian Belanda agak susah jugaklah nak cari di KL itupun kalau ada musimnya baru boleh dapat. Kalau dulu masa kecil rumah mak memang ada sepokok buah durian belanda ini. Kalau musim dia memang dapat makanlah. Suka akan baunya yang sangat wangi dan rasanya yang sedap dan manis. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Mudah kan dan senang nak makan buah-buahan tempatan memang di tanam banyak di rumah mak. Sekarang dah banyak tak ada sebab pokok pun dah tua dan terpaksa ditebang kerana takut membahayakan kawasan rumah. Kalau sekarang nak makan kenalah beli. Payahkan.


Macam-macam ubi ada dari sekecil-kecil hinggalah sebesar bapak ubi. Ubi kecil ni first time jumpa dan tak pernah makan. Penjual tu kata sedap dan manis tapi tak beli pun. Tengok ajelah.


Buah naga tu memang kegemaran saya. Tengok warnanya aje dah terpikat. Belum lagi isinya. Kat KL banyak dan senang nak cari jadi tak belilah kat sini.


Topi macam ni mana-mana kita pergi mesti ada tak kiralah kat tepi pantai ke mana tempat ada jual.


Handbeg yang diperbuat daripada barangan rotan. Memang cantikkan. Tapi kita pergi mana-mana pun ada jual cuma harga sahaja yang berbeza. Kalau pergi kat R&R pun ada jual.


Kedai inilah saya dapat merembat patung spiderman istimewa untuk anak buah tersayang. Kedai ni murah sikitlah.
 

Tengok tu bear yang sebesar-besar orang. Murahkan harganya. Kalau kat KL dah conform harganya RM 100 lebih. Kalau bawa anak yang memang suka akan patung yang macam ni memang melayanglah duit ye.


Key chain pun banyak. Macam-macam ada. Pilih aje mana satu suka. Dulu saya suka kumpul key chain tapi sejak office dah amalkan 5s ni dah tak boleh nak kumpul. Terpaksa simpan ajelah kat dalam kotak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...