Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 20 Jun 2012

TERAPI MINDA - SI MISKIN DAN PENCURI

Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w ada seorang lelaki yang terkenal di kalangan penduduk sekitar rumahnya dengan sikap suka mencuri. Ada sahaja harta benda milik jiran yang di ambilnya. Walau puas dinasihati tetapi sikapnya tetap tidak berubah.

Pada suatu hari, dalam perjalanan pergi mencuri dia melalui sebuah masjid dan bertemu dengan seorang miskin yang sering berada di situ. Lelaki itu tidak tahu bahawa orang yang yang ditemui itu seorang yang salih dan zuhud. Lalia mengajaknya mencuri bersama.

Katanya " Buat apa kau sering berada di sini? daripada kau terus meminta sedekah daripada orang, lebih baik kau ikut aku pergi mencuri." Si miskin itu menerima pelawaan lelaki tersebut tanpa banyak soal. Apabila hari menjelang malam, mereka pun pergi ke tempat yang telah dirancang. Si miskin itu hanya mengikut seperti yang telah di arahkan. Apabila aku masuk ke dalam kedai, kau perhatikan keadaan dalam sekeliling. Kalau nampak orang datang, kau cepat-cepatlah beritahu aku. Kalau tidak kita akan tertangkap. Si miskin hanya mengangguk. Ketika lelaki itu menggeledah, si miskin menunggu di luar kedai. Seketika kemudian dia menjerit, " Cepat keluar ada orang datang."

Tatkala mendengar teriakan itu lelaki tersebut tergesa-gesa keluar untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja keluar dia terkejut kerana tiada sesiapapun yang kelihatan. "Tadi kau kata ada orang datang tapi aku tak nampak pun mereka?" Lantas si miskin pun menjawab dengan nada yang lemah lembut, " memang benar tiada seorang pun di sini. Tapi mungkin kau tak sedar bahawa Allah sentiasa melihat kita. DIA jugalah yang memberikan rezeki kepada kita. Kau ajak aku cari kekayaan dengan mencuri. Boleh tak kau buktikan pada aku apakah ada pencuri yang benar-benar kaya? dan di mana aku boleh menemuinya?. Lelaki tersebut hanya terdiam. Kata-kata itu membuatkan dia insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuknya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...