Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 4 Jun 2012

PECAL JAWA

Sebenarnya dah lama nak buat pecal jawa ni. Cuma tak de masa dan sibuk masak benda lain. Selalunya kalau balik kampung pergi pasar malam kat rumah mak mesti beli pecal jawa ni. Tak taulah kenapa memang sedap. Tak sah kalau tak de pecal jawa ni. Memang makanan tradisi orang kampung saya yang majoritinya orang jawa. Pada hari ni lepas berhempas pulas semalam mengemas rumah yang dah lama tak kemas tu. lebih-lebih lagi kawan serumah asyik tanya bila nak buat pecal. Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba. Tersedialah sudah pecal istimewa.



Bahan-bahannya senang diperolehi dan sentiasa ada di kedai. Timun, kangkung (saya lebih suka guna pucuk ubi tapi disebabkan kat kedai tak ada masa tu guna kangkung ajelah), kacang panjang, sengkuang (yang ni memang favourite saya) tu yang buat lebih sikit dari bahan yang lain. Nak lebih sedap lagi tambah daun cekur yang telah dihiris2. Memang power gileeer rasa cekur ni. Barulah namanya anak jawa. Taugeh juga bahan utama untuk pecal ni tapi saya tak bubuh taugeh sebab cepat basi (sebab kita perlu celur dulu dengan air panas). Ada juga setengah tempat yang saya pernah kunjungi dan pernah makan pecal tempat tersebut, mereka bubuh tauhu dan tempe. Tapi saya tak berapa suka tauhu dan tempe ada dalam resepi pecal. Ada juga setengah tempat bubuh nasi impit. Ikutlah mana2 tempat resepi mereka. Pada saya yang membuatkan pecal ni bertambah terangkat ialah kuahnya. Zaman sekarang kuah kacang dah ada yang segera. Bubuh air yang ditambah dengan asam jawa terus masak diatas api. Mudah aje kan. Cuma dulu2 aje nak buah kuah kacang ni kena cara manual. Sediakan bahan2 mentah dia terutamanya kacang tanah. Itulah kelebihan dulu2 semua buat secara manual tapi rasa dia memang cukup berbeza. Semua sayur2 tu kena celur dengan air panas dahulu. Akhirnya  terhidang sudah pecal jawa istimewa ni. Jadilah dapat makan pecal jawa hasil tangan sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...