Dah lama tak ada baju sutera batik dalam simpanan. Bukannya tak mahu beli atau pakai cuma faham2 ajelah harganya yang mahal. Sejak2 kerja goverment ni walaupun dah lama keluar pekeliling mewajibkan kakitangan goverment setiap khamis memakai batik. Bukan nak melawan peraturan tapi penjagaan baju batik sutera ni ada cara2nya. Tak boleh basuh baju sutera ni dengan pakaian lain. Rosaklah baju sutera tu. Jangan pandai2 nak masukkan baju sutera tu dalam mesin basuh. Memang tak sayang bajulah tu namanya. Basuhnya cuma guna sabun mandi dan kemudian sidai. Jangan berus baju tu setakat rendam dalam air aje. Sidai pun jangan tempat yang panas terik. Payah sungguh nama pun baju mahal. Sebenarnya beli baju sutera ni dah berbulan lamanya cuma nak memotong aje dah berkesempatan. Hari ni tak taulah mood ok jadi dengan tangan gatal pun memotong lah kain tersebut. JENGGGGGGGGGGGGGJENGGGGGGG
TUNGGGGGGGUUUUUUUUUUU episod seterusnya. Operasi menjahit dua pasang kain sutera ni.
Tips Penjagaan Batik
- Jangan jemur ditempat yang terdedah terus kepada sinaran matahari untuk mengelakkan warna menjadi cepat pudar
- Mencuci dengan merendam menggunkan pelembut fabrik. Elakkan penggunaan sabun cuci yang kuat. Jangan sesekali menggunkan mesin membasuh
- Menggosok batik dengan menggunakan suhu yang rendah, aras 'silk' pada seterika. Lembapkan kain dengan semburan air untuk memudahkan proses menggosok
- Gantung pakaian ketika penyimpanan. Melipat pakaian sutera akan meninggalkan garisan yang sukar digosok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan