'SESUNGGUHNYA IBLIS ITU BERDIRI DI HADAPANMU, NAFSU DI SEBELAH KANANMU, DUNIA DI BELAKANGMU. ANGGOTA BADAN DI SEKELILINGMU DAN ALLAH BERSAMAMU'
Iblis menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu membuat maksiat. Hawa nafsu menyuruhmu ke arah syahwat. dunia menyerumu agar memilihnya daripada akhirat. Anggota badan menyerumu membuat dosa. Allah menyerumu ke arah syurga dan keampunan-Nya. Sesiapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya . Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya. Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah syurganya. Dan siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.
Katanya lagi sesiapa yang memasuki kubur tanpa membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
Dalam hidup kita ada lima jenis kegelapan dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:-
1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah takwa
2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat
3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal salih
4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah "LA ILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH"
4. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin
Sementara itu terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:-
1. Tidak menjaga perkara yang haram, perhiasan keapda fakir
2. Syukur, perhiasan kepada nikmat
3. Tidak sabar, perhiasan kepada bala
4. Tawaduk, perhiasan kepada kemulian
5. Berlemah-lembut perhiasan kepada ilmu
6. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap
7. Meninggalkan riak perhiasan kepada kebaikan
8. Khusyuk perhiasan kepada sembahyang
Sesungguhnya apabila seorang hamba angkuh dengan perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia berpisah dengan perhiasan itu. Dan Abu Abu Bakar juga pernah berkata pada sahabatnya, 'Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi itu bukan bermakna aku orang terbaik di kalangan kamu oleh itu tolonglah aku, andai aku berlaku lurus maka ikutlah aku, tetapi andai aku menyeleweng perbetulkan aku.'
Sesungguhnya agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta akan berasa susah hati, namun mereka yang tidak beragama lebih merasa sengsara.
Sesungguhnya agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta akan berasa susah hati, namun mereka yang tidak beragama lebih merasa sengsara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan