Setiap insan pastinya bercita-cita untuk masuk syurga. Untuk itu kita seboleh-bolehnya berusaha mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Namun perlu diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dihindari supaya kita tidak terhalang dari memasuki syurga Allah kelak iaitu:-
1. SYIRIK (MENYEKUTUKAN) ALLAH DENGAN SESUATU
Seboleh-bolehnya hendaklah kita menjauhi sebarang perbuatan syirik di hati sama ada syirik besar mahupun syirik kecil kerana perkara inilah yang menjadi penghalang utama seseorang untuk masuk syurga. Tiada tempat di syurga untuk mereka yang menyekutukan Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga kepadanya dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun." (Surah A-Maaidah:72)
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang mati dari kalangan umatku yang tidak melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu akan masuk syurga. Aku bertanya "Ya Rasulullah kalau dia berzina, kalau dia mencuri ? Nabi s.a.w bersabda: 'Walaupun dia berzina walaupun dia mencuri.'
2. SOMBONG
Sombong merupakan sifat yang sangat tercela, manusia yang sombong sebenarnya lupa hakikat kejadian dirinya iaitu dari hakikat kejadian dirinya dari tanah yang hina. Kekufuran iblis adalah berpunca daripada sikap sombong dengan kejadian dirinya. Sebagai makhluk Tuhan yang serba kekurangan hendaklah kita membuang sifat terkeji ini dari hati. Allah s.w.t berfirman " Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan menyombongkan diri kepadanya, sekali-sekali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk ke dalam syurga hingga unta masuk ke lubang jarum (kata kiasan bagi sesuatu yang mustahil berlaku). Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan." (Surah Al-A'raf: 40)
3. MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Setiap insan adalah bersaudara lebih-lebih lagi sesama muslim sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu yang bertelingkah itu. Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al-Hujurat:10)
Allah s.w.t juga telah memberikan ancaman kepada sesiapa yang memutuskan silaturahim sebagaimana firmanNya yang bermaksud " Orang-orang yang merosakkan janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang itulah yang memperolehi kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam)." (Surah Ar-Ra'd: 25)
Hal ini ditegaskan lagi oleh Rasullullah s.a.w sebagaimana dalam hadis dari Abu Muhammad Jubair bin Mth'im bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan." Sufyan Ats-Tsauri mengatakan dalam riwayatnya: "Maksudnya orang yang memutuskan tali silaturahim." (HR Bukhari dan Muslim)
4. MENOLAK AJARAN RASULULLAH S.A.W
Kita hendaklah menjunjung dan mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w kerana baginda lebih mengetahui apa yang diredhai oleh Allah s.w.t. Menolak ajaran dan sunnah Nabi bermaksud enggan memasuki syurga sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud: " Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan ." Maka katakan:'Wahai Rasulullah sesiapa yang enggan? Beliau menjawab:Barang siapa yang mentaati maka dia pasti masuk syurga, sedangkan sesiapa yang mendurhakaiKU maka sungguh dia telah enggan (masuk syurga). (HR Bukhari)
Demikianlah beberapa perkara yang mesti diambil perhatian agar kita tidak dihalang dari memasuki syurga. Semoga Allah menjauhkan kita daripada terlibat dengan perkara yang menghalang kita ke sana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan