Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 20 Jun 2012

1 Hari 1 Ayat - HIDUP KITA TERLALU ISTIMEWA

Dalam kehidupan harian kita sering menjadi tawanan nafsu. Sebab itu kita cepat marah. Kalau bercakap mesti nak menang dan asyik kita sahaja yang betul. Dalam apa sahaja perkara mesti mahu lebih daripada orang lain. Kita juga selalu bercakap tentang pangkat, kedudukan dan mementingkan status. Sedangkan itu semua topeng. Kita sebenarnya tidak ada apa-apa pun.

Dalam pada itu,  hidup ini sebenarnya begitu istimewanya dan indah. Namun sekiranya ada di antara kita yang memandang hanya bersandarkan pada keadaan fizikal, inilah orang yang paling malang. Syurga itu mahal. Kalau kita mahu memiliki mahligai di syurga kita jangan mudah tertipu dengan pandangan mata fizikal. Hari ini ramai orang yang kaya tertipu dengan apa yang mereka ada. Alangkah baiknya duit yang banyak itu dikongsi dengan orang yang susah. Sementara orang yang susah pula jangan suka menipu orang kaya kerana kita tak akan jadi kaya. Kalau kita tidak suka melihat orang berjaya, kita tidak akan berjaya. Orang yang paling cetek akal adalah orang yang tidak suka melihat orang berjaya. Oleh itu jangan asyik bertelagah antara satu sama lain dan menganggap orang lain tidak betul. Jangan selalu menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku dan usah mengharap manusia untuk bahagia.

Alangkah baiknya kalau kita amalkan budaya memberi, sentiasa bersikap murah hati dan menerima manusia seadanya. Orang yang baik sentiasa menghormati orang dan memandang tinggi terhadap orang. Namun apa yang berlaku kita akan menghargai orang apabila dia sudah meninggal dunia. Cara yang boleh untuk merawat penyakit hati ialah dengan membaca al-quran, beramal, memahami dan menghayati hadis serta sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan fikir apa yang di cakap itu bagus tetapi fikirkan tentang manafaatnya kepada orang lain. Ia adalah sebagai sebahagian daripada pencen kubur. Ada tiga cara untuk mendapatkan pencen kubur:-
1. Anak yang soleh
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Sedekah jariah

Kita harus ingat di mana sahaja kita boleh mendapat pahala dan kasih sayang Allah. Kalau mahu berubah ubahlah fikiran. Visi kita ialah untuk menjadi orang mukmin. Tujuan kita hidup ialah untuk mendapat husnul khatimah dan sasaran kita untuk mencari redha Allah. Banyak perkara yang kita inginkan tetapi bukan bererti kita boleh mendapat semua apa yang kita mahu. Ada perbezaan terhadap apa yang kita cita-citakan dan apa yang kita dapat. Kalau kita tidak mendapat apa yang kita impikan kita akan berasa susah hati. Sepatutnya kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan salahkan oarang lain kalau kita tidak berjaya. sebaliknya muhasabah diri. Lihat cara kita berfikir. Kenapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Tengok diri kita adakah kita kurang sabar, kurang yakin atau tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Tidak perlu merungut tentang orang lain sedangkan diri sendiri pun banyak melakukan kesalahan. Sungguh kasihan jika mempelajari sesuatu tetapi hati tidak bersih. Sebab itulah kita jadi begini. Sebenarnya kejayaan itu datang dari dalam. Orang yang kaya jiwa akan selalu bersyukur dengan apa yang dia ada.

Senyum itu juga melambangkan akhlak kita dan ia adalah reaksi spontan yang menggambarkan perasaan gembira. Misalnya kita berjumpa dengan seseorang kita menghadiahkan senyuman. Tapi kalau kita melemparkan senyuman secara paksa atau tanpa keikhlasan juga orang akan tahu. Sebab itu bila melemparkan senyuman biarlah ikhlas kerana ia adalah sedekah dan dituntut oleh agama. Kita belajar sesuatu bukan hanya untuk berjaya dalam kerjaya tetapi digunakan bagi tujuan dakwah. Kalau kita kejar dunia kita hanya dapat dunia tetapi andainya kita kejar akhirat kita akan dapat kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...