Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 30 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - 4 PERKARA JAMIN PUASA BERKUALITI

Ramadan menjelma. Inilah antara anugerah paling bermakna dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya. Ia bonus kepada orang yang beriman. Kerinduan terhadapnya pasti terubat dengan pertemuan ini. Betapa besarnya ganjaran pahala ibadah dalam bulan ini melebihi seluruh isi dunia.


Yakinlah orang yang beriman pasti gembira menerima bulan Ramadan kerana ketibaannya membawa seluas-luas rahmat Allah SWT, keberkatan dan peluang diampunkan segala dosa telah lalu. Mereka pasti berazam meraih kelebihan dengan melakukan amalan soleh dan meninggalkan merugikan. Malang pula bagi orang yang lemah imannya, mereka merasakan begitu berat untuk mengharungi ibadah puasa dan ibadah lain, bahkan mereka tidak merasakan manisnya keberkatan serta kelebihan dalam bulan Ramadan.


Mereka mengabaikan tanggungjawab untuk mempertingkatkan kualiti ibadah dalam bulan ini dan tidak pula berusaha meninggalkan amalan buruk. Alangkah ruginya jika kita tidak dapat merasai kemanisannya sedangkan kita diberi peluang dan kesempatan untuk memperolehinya. Marilah kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam golongan yang gembira atau golongan yang sebaliknya untuk menerima kedatangan Ramadan? Bukankah Alalh SWT telah mengkhabarkan ganjaran amat bernilai.


Firman Allah SWT yang bermaksud: " Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untk mereka keampunan dan pahala yang besar."(Surah al-Ahzab: 35).


Sabda Rasulullah SAW: " Barang siapa yang berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan reda dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Dalil ini adalah janji Allah SWT dan Rasulullah SAW bagi mereka yang berjaya melaksanakan segala tuntutan pada bulan Ramadan. Jelasnya, kenikmatan yang tidak ternilai harganya menanti bagi sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul. Bukan sekadar ganjaran di akhirat yang bakal diperoleh bahkan hikmah berniali akan dinikmati oleh mereka yang berjaya menjalani ibadah dengan tekun pada bulan Ramadan. Antaranya ialah kesihatan tubuh badan, kelapangan masa serta jalinan ukhuwah sesama muslim bertambah erat. Menghidupkan Ramadan mestilah dengan persediaan yang betul supaya Ramadan ini tidak berlalu dengan sia-sia antaranya:


1. PERSEDIAAN ILMU

Ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia. Dengan ilmu kita akan kita akan terpimpin melaksanakan ibadah dengan betul dan jauh daripada perkara yang boleh menghilangkan pahala ibadah. Oleh itu persiapkan diri dengan ilmu sebelum hadirnya Ramadan, berusahalah untuk memahami ibadah yang diutamakan dalam bulan ini.


2. PERSEDIAAN HATI

Letaknya niat itu di hati kerana hati yang mudah berbolak-balik perlu diawasi dengan mengukuhkan niat dan azam dalam melaksanakan ibadah. Jika Ramadan sebelum ini kita gagal memanfaatkannya sebaik mungkin maka inilah masanya kita menetapkan niat dan azam untuk memenuhkan Ramadan dengan pengisian ibadah lebih berkualiti.


3. PERSEDIAAN JASMANI

Puasa memerlukan kekuatan tubuh badan yang sihat untuk mengharungi cabaran dan dugaan menahan lapar serta dahaga. Dalam tempoh masa itu tubuh badan yang kuat akan menentukan kelangsungan mengharungi dugaan. Justeru itu peliharalah kesihatan dari masa ke semasa.


4. PERSEDIAAN IMAN

Setelah selesai mengharungi Ramadan yang lalu, pastinya ramai kembali melakukan dosa. Selama tempoh itu iman sudah dicalari dan dikotori pelbagai maksiat sehingga sinarnya hmapir malap. Justeru gilap kembali iman sebelum hadirnya Ramadan.

Lepaskan maksiat satu-persatu daripada tubuh dan hati dengan bertaubat nasuha kepada Allah SWT serta kembalilah mempergiatkan amal soleh supaya hati ini akan tenang dalam dakapan rahmat Allah SWT.

Jadikanlah Ramadan sebagai pesta ibadah dengan memfokuskan ibadah khusus yang mungkin sukar atau tidak dibuat pada bulan lain. Amat besar kenikmatan yang bakal dinikmati oleh mereka yang berjaya mengharungi Ramadan dengan keimanan dan ketakwaan.

Jumaat, 27 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - PUASA SEMAI KEJUJURAN DALAM DIRI

Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."(Surah al-Baqarah: 183). Sheikh Tantawi dalam tafsir al-Wasit berkata, Allah SWT menyebut kewajipan berpuasa pernah disyariatkan kepada orang yang terdahulu dengan beberapa tujuan, pertama ialah keperluan mengambil berat ibadah puasa diwajibkan kepada pengikut Nabi Muhammad SAW dan pengikut nabi sebelum Baginda berdakwa di jalan Alah SWT.


Puasa dapat menimbulkan azam dan kekuatan dalam melaksanakan ibadah supaya umat islam tidak menjadi umat yang cuai bahkan wajib ke atas mereka menunaikannya kerana umat islam adalah umat terbaik atau khaira ummah yang dilahirkan.


Antara ciri umat terbaik ialah cergas dan bersemangat melakukan ibadah. Kewajipan berpuasa bukanlah sesuatu yang baru dalam syariat Allah SWT kerana hikmah dan kelebihannya terlalu besar. Allah SWT mewajibkan berpuasa dengan matlamat mealhirkan ketakwaan kepadaNya. Takwa itulah yang bersemarak dalam hati kerana seseorang yang melaksanakan ibadah puasa menjunjung perintah Allah SWT dan mengutamakan keredaanNya. Takwa itulah yang mengawal hati daripada merosakkan ibadah puasa dengan maksiat.


Persiapan takwa boleh dicapai melalui pelbagai cara antaranya meninggalkan keinginan nafsu yang halal bagi mematuhi perintahNya dan kemampuan serta tekad seseorang meninggalkan dorongan hawa nafsu yang haram serta bersabar menentang sesuatu dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu separuh daripada kesabaran."(Riwayat Tarmizi).


Membiasakan seseorang itu takut kepada Allah SWT sama ada dalam keadaan sembunyi atau terang kerana Allah SWT sama ada dalam keadaan sembunyi atau terang kerana orang yang berpuasa berasakan tidak diawasi melainkan dirinya diawasi oleh Allah SWT. Kesan dari itu seseorang tidak mungkin melakukan penipuan dan pembohongan atau kemaksiatan. Sekiranya melakukan kesalahan dia bersegera kembali kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang bertakwa apabila disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."(Surah al-A'raf: 201)


Menanam rasa kasih sayang yang menggerakkan jiwa kepada sikap suka memberi dan menginfak, ini kerana ketika berada dalam kelaparan seseorang mula mengingati mereka yang miskin betapa susahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Menjadikan diri lebih sihat dengan pengurangan makanan sehingga dapat menghilangkan bahan mendapan dalam tubuh dan membersuhkan pencernaan daripada racun yang terkumpul. Sabda Rasulullah SAW: "Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat At-Tabrani)


Dalam kemajuan kebendaan menguasai dunia, puasa adalah ibadah yang dipandang asing dan aneh. Inilah bentuk peradaban yang hanya mempercayai roh, mempercayai kehidupan dunia, sama sekali tidak menagmbil berat serta perhatian kepada hari akhirat. Justeru lahirlah kelompok manusia yang tidak gemar kepada ibadah yang mengukat keinginan nafsu walaupun dalam waktu singkat dan terbatas. Al-Imam Syah Waliyullah Al-Dihlawi menyebut dalam kitab Hujattullah al-Baligahah bahawa puasa suatu kebaikan yang memperkuatkan sifat malaikat dan melemahkan sifat haiwan. Tidak ada yang setanding dengannya untuk menggilap permukaan roh dan menguasai tabiat.


Kebanyakan manusia di dunia hari ini hanya memberi fokus untuk mengumpul kekayaan dan meningkatkan taraf kehidupan seperti diingikan nafsunya hingga tidak muncul keinginana menjadikan dunia sebagai jambatan akhirat. Kenyataan ini tidaklah bermaksud Islam menyeru kepada kemiskinann dan pengabaian kekuatan fizikal kerana kekayaan serta kesihatan adalah dua jalan yang boleh memberi laluan untuk berbakti kepada Allah.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka akan minum seperti mana binatang ternak makan minum sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."(Surah Muhammad: 12). Sheikh Muhamamd al-Ghazali dalam bukunya Miatu Sual an Islam berpendapat antara sebab kemenangan pasukan islam ketika menentang tentera Parsi dan Rome adalah kerana kemampuan mereka menahan keinginan hawa nafsu.


Ada antara mereka meletakkan hanya beberapa biji kuma dalam poket baju lalu bergerak ke medan perang. Sementara pasukan Parsi dan Rome pula memiliki gerobok penuh makanan, bila tidak ada bekalan makanan mereka tidak mampu meneruskan peperangan. Puasa mengembalikan jiwa kepada sedikit yang cukup dan menjauhkannya daripada banyak yang mudarat.



Khamis, 26 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - KEKAYAAN TIDAK BERGUNA PADA HARI KIAMAT

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan kiamat dengan menjelaskan apabila tiba hari yang amat dahsyat itu, bayi yang tidak pernah melakukan dosa akan beruban rambutnya apabila menyaksikannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka bagaimana kamu akan dapat memlihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjanjikan anak beruban. Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu kerana Allah. Adalah janjiNya itu pasti terlaksana."(Surah al-Muzammil: 17-18)


Pada Hari Kiamat, bapa tidak dapat membantu anaknya dan begitu juga sebaliknya kerana semua manusia berada dalam keadaan takut. Diceritakan juga mengenai orang kafir yang mata mereka tidak berkedip apabila menyaksikan kedahsyatan Hari Kiamat. Keapla mereka tidak menoleh ke kiri dan kanan akibat terlalu takut meyaksikan hari kemusnahan yang amat dahsyat.


Kiamat juga menyebabkan orang kafir mahu menebus kesilapan mereka dengan segala kekayaan yang ada pada mereka tetapi tiada gunanya kerana segala-galanya akan musnah. Firman Allah: "sesungguhnya oran kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu. Bagi mereka itulah seksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong."(Surah Ali-Imran: 91)


Allah SWT berfirman lagi: "Dan kalau setiap diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini tentu dia menebus dirinya dengan itu dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil sedang mereka tidak dianiaya."(Surah Yunus: 54)


Orang kafir juga berharap dapat menebus ahli keluarga mereka tetapi tidak berguna walau sesen pun. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya dan isterinya dan saudaranya dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia). Dan oarang di atas bumi seluruhnya kemudian (mengharapkan) tebusan itu dan menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergelojak."(Surah al-Maárij: 11-15).

Rabu, 25 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - GALAKAN BERSEDEKAH KETIKA SUSAH DAN SENANG

Seseorang yang mempunyai sifat bakhil selalunya digelar sebagai tangkai jering kerana sukarnya untuk mengeluarkan sesuatu yang menjadi miliknya kepada orang lain. Orang yang bakhil selalu mementingkan diri tanpa memikirkan kesusahan dan keperluan orang lain.


Membuang sifat bakhil dalam diri bukanlah sesuatu perkara yang mudah, bahkan ia memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk kita terus melakukan kebaikan. Kita perlu menghias diri dengan sifat mahmudah dan bersangka kepada orang lain. Perlu diingkatkan apa yang disedekah di dunia tidak akan membawa kepada kefakiran tetapi ia bekalan untuk 'akaun' di akhirat kelak. Antara kelebihan sifat pemurah di dunia adalah mempunyai ramai sahabat, diselamatkan daripada kemungkaran atau kesalahan.


Mereka yang suka, bersedekah memiliki akhlak mulia, cekal dan tawakal dalam kehidupan, memperoleh kelebihan di akhirat seperti mendapat naungan Arasy, diringankan hisab amalan di Padang Mahsyar, dipermudahkan untuk menyeberangi titian sirat dan ditambah darjat ketika berada di syurga. Kita digalakkan bersedekah ketika susah dan senang. Kebiasaannya mengeluarkan harta ketika keadaan senang lebih mudah berbanding dalam kesempitan tetapi yakinlah bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.


Saidatina Fatimah meminta Saidina Ali membeli buah delima dan dalam perjalanan menuju rumahnya tiba-tiba beliau melihat seseorang sedang terbaring sakit di tepi jalan maka Saidina Ali pun berhenti menghampirinya. Ternyata lelaki itu tidak mempunyai wang dan teringin untuk memakan buah delima. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Ali membelah buah deli  aitu menjadi 2 bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk isterinya Fatimah.


Sesampai di rumah, ia menceritakan peristiwa itu kepada isterinya dan Fatimah berkata: "Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu." Kemudian datanglah Salman al-Farisi ke rumah Saidina Ali dan bersamanya ada bekas yang berisi sembilan delima dan memberitahu buah itu hadiah daripada Rasulullah.


Maka berkata Saidina Ali, "Wahai Salman, jika ini memang untukku pasti jumlahnya sepuluh. Lalu ia membacakan firman Allah SWT yang bermaksud: "Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan maka pasti baginya 10 kali ganda amalnya."(Surah al-An,am:160). Salman pun tertawa mendengarnya sambil mengembalikan delima yang ada di tangannya seraya berkata " Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana kenyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."

Isnin, 23 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT- PUASA TINGKATKAN DISIPLIN HARGAI MASA

Allah SWT akan menggandakan pahala orang yang berpuasa melebihi amalan lain yang mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga 700 kali ganda."


Ganjaran pada akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil "al-Rayyan', masuk melaluinya orang yang berpuasa pada hari kiamat tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka.


Antara bekalan yang boleh diperoleh daripada ibadah puasa ialah sifat ikhlas. Puasa ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba kerana ibadah puasa adalah rahsia antara hamba dan tuhannya. Seseorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain tetapi kerana ketakwaan kepada Allah SWT yang mengetahui zahir dan batinnya serta mengharapkan pahala dia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadah puasa istimewa dalam melahirkan sifat ikhlas kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima Allah SWT.


Puasa menutup keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadan seperti makan dan minum. Puasa mendidik untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara diharamkan syariat.


Puasa mendidik kita memelihara perut, telinga, lidah tangan dan kaki daripada perkara boleh membatalkan puasa. Pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat moden atau tradisi. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan Allah SWT adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperoleh 2 kejayaan, pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika menemui tuhannya.


Rasulullah SAW mengajar umatnya apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa maka hendaklah dia berkata " aku berpuasa !" Seseorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri daripada perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan kepada dakwah bahkan merugikan masa dan tenaga.


Orang islam di seluruh pelusuk dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan Ramadan dan perasaan ini dikongsi bersama umat Islam tanpa mengira bangsa keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara "dharuriah" atau yang paling utama perlu ada dalam setiap Mukmin.


Puasa mengajar muslim supaya teliti dengan masa dan jadual. Sepanjang Ramadan, muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang Mukmin supaya setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa ditetapkan.


Khamis, 19 Jun 2014

JOM BERWAKAF - DI UNIQUE ISLAMIC DOORGIFT

BERSIHKAN HARTA YANG DARINYA DIBERI MAKAN ANAK ISTERI





Cara mudah merebut ganjaran berganda yang dijanjikan di bulan Shaaban & Ramadhan.


Assalamualaikum....

Sempena bulan Shaaban & Ramadhan yang bakal tiba, kami di Unique Islamic Doorgift melancarkan satu projek Wakaf Yasin ke masjid-masjid di Kuantan dan seluruh Malaysia.

>> SMS "YW17" ke 019 923 3834


==================
MATLAMAT PROJEK
==================

Masjid merupakan pusat aktiviti bagi seluruh umat Islam terutama bagi menjalankan program berbentuk tahlil dan bacaan Yaasin.
Saya diberitahu oleh salah seorang kawan bahawa terdapat banyak masjid-masjid yang aktif dengan program tetapi TIDAK MEMPUNYAI YAASIN YANG CUKUP untuk semua jemaah sehingga terpaksa meminta jemaah membawa Yaasin sendiri dari rumah.
Malah hasil pantauan saya sendiri mendapati banyak juga masjid yang menyimpan surah Yaasin yang TELAH KOYAK, REPUT, TIDAK CUKUP MUKASURAT dan sebagainya.
Sebab itulah kami di UID mengambil inisiatif ini.

========================
MACAMANA PERJALANAN PROJEK NI?
========================

Hasil sumbangan wakaf dari sahabat-sahabat semua, kami akan mengagihkan Surah Yaasin kepada masjid-masjid yang terlibat, mengikut jumlah wakaf yang telah diterima.
Kami akan dahulukan masjid di sekitar Kuantan, Pahang.. kemudian akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada di antara kalian yang ingin bekerjasama untuk menjadi 'Person In Charge' jika ada masjid di tempat tuan-tuan yang memerlukan Yaasin Wakaf ini. Saya akan poskan dan Person In Charge ini akan agihkan kepada masjid tersebut.

Kepada yang ingin menjadi PIC boleh sms @ whatsapp saya di 0199233834 (Nani).

========================
KENAPA SAYA MESTI WAKAF?
========================

Ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya.
Sangat dituntut dalam agama Islam.
Wakaf adalah amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. ( Hadis Riwayat Muslim )

========================
MACAMANA NAK WAKAF?
========================

>> SMS "YW17" ke 019 923 3834

Anda boleh wakafkan;
RM100 untuk 100pcs Yaasin
RM 50 untuk 50pcs Yaasin
RM 30 untuk 30pcs Yaasin

Marilah kita merebut peluang dengan meraih pahala yang berlipat ganda dengan amalan bersedekah dan berwakaf semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala. Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita dan seterusnya Allah akan menambah rezeki dan nikmatnya kepada kita. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ibrahim ayat 7 tafsirnya :
"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"

>> SMS "YW17" ke 019 923 3834


Untuk lebih lanjut sila klik kat sini



Semoga kita sama-sama beroleh ganjaran dariNya..Amin...Sila kongsikan sesama rakan2 dan saudara2 kita.

Rabu, 18 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - AMALAN ORANG KAFIR BAGAI DEBU DITIUP ANGIN

Di akhirat kelak, orang kafir akan menerima seburuk-buruk balasan daripada Allah SWT. Mereka menghadapi penyeksaan sejak nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail hinga dicampak ke dalam api neraka. Ketika dibangkitkan daripada kubur masing-masing, mereka berada dalam keadaan sangat hina seperti yang digambarkan dalam firman Allah: "Iaitu pada hari mereka keluar daripada kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera keapda berhala (sewaktu di dunia) dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya (serta) diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancam kepada mereka."(Surah al-Maárij : 43-44).


Ketika dipanggil untuk Padang Mahsyar, Allah menggambarkan keadaan mereka amat dahsyat. Firman Allah: "Ditiupkan sangkakala maka tiba-tiba mereka keluar segera daripada kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata, 'Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah rasul-rasulNya."(Surah Yassin: 51-52).


Ketika di Padang Mahsyar, mata dan hati nurani orang kafir kosong. Hanya ketakutan dan kepedihan yang menemani mereka. Sewaktu menghadap Allah SWT, mereka dalam keadaan yang amat hina dan kecil dengan muka ditutup oleh api neraka. Ketika itulah orang kafir bersa amat berdosa atas kekafiran mereka. Tiada apa yang diharapkan mereka ketika itu kecuali memohon kepada Allah supaya membinasakan mereka dan menjadikan mereka debu.


Amalan orang kafir terbahagi kepada batil dan amalan yang baik. Amalan batil amat rosak dan tidak ada sedikit pun kebaikan. Amalan baik adalah seperti infaq, memerdekakan hamba dan menyambung silaturahin. Bagaimanapun segala kebaikan itu tidak mendatangkan manfaat kerana mereka kafir. Allah menyamakan amalan mereka seperti fatamorgana yang tidak memiliki hakikat.


Firman Allah SWT: "Dan orang-orang kafir amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar yang disangka air oleh orang dahaga tetapi apabila didatanganinya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya. (Surah An-Nur: 39).


Allah SWT menyamakan amalan orang kafir dengan abu yang diporak-perandakan angin sehingga pemiliknya tidak mampu mengumpulkan kembali debu itu. Mereka datang pada Hari Kiamat seraya berprasangka bahawa amalan mereka akan berguna tetapi ternyata amalan itu seperti debu yang bertebangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...