Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 30 April 2014

Cuti2 Melaka - Kota Melaka (The Malacca Fort)

Selepas g lepak2 kat Air Pancut kami teruskan berjalan ke Kota Melaka pula. Kat kota ini tak ada apa yang menarik sangat cuma terdapat beberapa meriam. Rasanya ini kota replika kot. 







Papan kenyataan mengenai sejarah Kota Melaka.

Selasa, 29 April 2014

Cuti2 Melaka - jalan2 di Bangunan Merah dan Gereja St. Paul

Hari first sampai ke Melaka selepas check in kat hotel kami solat dulu kemudian terus ke Bangunan Merah atau lebih dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys bersebelahan dengan gereja St. Paul. Masa kami sampai tu memang ramailah orang dengan beca yang berwarna warni dan meriah dengan lagu masing2 setia menunggu pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Masa kami sedang lepak2 sambil tangkap2 gambar selfish kat sini ada photo shoot pasangan pengantin cina sedang mengabdikan kenangan mereka. Sesuai sangatlah tempat tu menjadi lokasi photo shoot untuk perkahwinan. Sambil lepak2 menikmati deruan pancutan air di depan Menara Jam Besar tu kami dihiburkan dengan bermacam2 muzik dan lagu2 dari beca yang berwarna warni dan colourfull tu. Meriah sungguh. Kat tempat ni nak solat pun senang. Kat depan tu ada surau. 


Air pancut  di belakang tu Menara Jam  dan Bangunan Merah





Tengoklah tu beca2 yang berwarna warni.....Sedia menunggu penumpang. Satu beca RM 20. Beca tu akan bawa kita jalan2 ke kawasan pelancongan yang kita kehendaki dan dia akan sedia menunggu kita di setiap tempat yang kita singgah untuk bergambar. 



Belakang tu Gereja St. Paul. Tengok pengantin tu sedang photo shoot.


Bangunan Merah atau lebih dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys


Menara Jam Merah


Bangunan Balai Seni Lukis......Kawasan ni semua design bangunan warna merah



Kat sekeliling kawasan ni boleh beli bermacam2 sovenior. Macam2 ada. Key-chain. frigde magnet, topi bermacam saiz, baju, t-shirt, kasut, beg, cenderahati dan macam2lah. Pilih aje yang berkenan di hati. Selain kat sini kat Medan Samudera pun ada macam2. Lebih banyak dari kat sini. Kalau nak makan pun boleh kat Medan Samudera ni tak yah g jauh2 tapi pada saya tak berapa sedap sangatlah makanannya. Ikut tekak masing2lah. Kat tempat ni dapat rembat topi untuk kawan serumah dan baju t-shirt untuk my kesayangan anak buah yang 3 orang tu. Mesti beli untuk 3 kesayangan tu kalau saya g jalan2 ke mana2. Dah menjadi satu kemestian. Dapat juga rembat kasut capal kat sini sebab masa ni kaki dah melecet habis. Pedih kena air masa mandi. 

Dekat seberang jalan tu ada gerai jual air kelapa dan minuman. Sesiapa yang haus boleh singgah jap kat gerai depan tu. Boleh rehat jap sambil minum2 kat situ.

Isnin, 28 April 2014

Cuti2 Melaka - Terminal Bersepadu Bandar Tasik selatan

Alhamdulillah hari ini masuk office semula lepas bercuti 3H2M ke Melaka. Balik dari Melaka aje ke KL terus balik kampung sebab ada kenduri kahwin rumah jiran sebelah. Ohhh marathon sungguh tak sempat nak rehat terus drive balik Banting. 

Mulakan dengan percutian ke Melaka. Pagi Khamis tu dah mula gerak dari rumah di Bandar Tun Razak Cheras ke Stesen Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan. Memang kami nak pergi Melaka naik bas. Sungguh dah bertahun2 tak pernah naik bas. First time naik bas kat TBBTS. Cantik tempatnya dah macam KLIA. Siap annouce nama kalau penumpang belum check in macam nak naik flight. Nak masuk ke Gate pun ada check in. Canggih Malaysia baru nampak moden dan maju. Barulah tercapai wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan PM Dato Seri Dr. Mahathir. Sampai aje kat TBBTS apalagi sarapan dulu sebelum bertolak. Pagi2 macam ni belum banyak food court dibuka lagi. Masa order sarapan tu terpampang notis segala pembayaran melalui kupon kena beli kat kaunter depan food court. Maknanya perlu beli kupon dulu baru boleh bayar. Almaklumlah first time naik bas jadi tak tahu semua tu. Nasib baiklah tanya kat makcik food court tu dia kata boleh bayar guna duit. Jadi kami pun bayarlah guna duit. Sebenarnya tak ada masalah. Bergantung kepada tuan gerai tu ada duit ke tidak. Cuma dia kata kupon tu gunanya bila tuan gerai tak ada duit baki sahaja. Kalau kita ada duit kecik boleh bayar janganlah bagi duit besar2 pagi2 memanglah tak ada duit baki. 


Sarapan dulu dengan nasi lemak dan milo ais



Jemput makan semua lepas ni baru boleh kita teruskan perjalanan

Lepas sarapan sementara menunggu bas bertolak. Kami lepak jap kat TBBTS. Kami menunggu kat Gate 1. Selesa dan memuaskan tempatnya. Cadangan saya Terminal Hentian Putra dan Duta pun elok penambahbaikan seperti TBBTS ni. Sedihlah nampak lama sangat terminal hentian putra tu. Dahlah tu panas tak de econ. Kesian kat mereka2 yang nak balik ke pantai timur. Upgradelah sikit 2 terminal tu baru nampak Malaysia ni maju sikit.



Cantikkan siap ada skrin list menunjukkan bas yang akan bertolak pukul berapa dan jenis bas. Canggih barulah selesa dan seronok mereka2 yang nak naik bas balik kg ke atau berjalan2 dengan menaiki bas pengangkutan awam. 







Rasa selesa sangat dan tak sesak. Banyak tempat duduk dan luas. Gate untuk menunggu pun banyak mengikut laluan bas. 



Rabu, 23 April 2014

memori dulu-dulu....musim buah di kampung

Terkejut saya bila balik kg kat rumah mak pesta musim buah. Bukan pesta yang makan2 ye ni pesta buah2an kat rumah yang sedang musim. Segala pokok buah kat rumah mak berlumba2 nak menghasilkan produknya. Balik2 aje buah jambu air kat belakang rumah mak dah masak. Hanya menunggu untuk kami sekeluarga dan monyet2 yang banyak kat rumah tu yang suka berkeliaran bersama anak cucut cicitnya mencari makanan. Buah jambu air tu memang menjadi santapan monyet2 dan tupai2 kat rumah mak. Tak tahulah monyet2 and the geng dari mana datang. Berduyun2 bergayut kat pokok2 rumah mak tu. Ingat lagi masa mak jaga cucunya kat rumah bila monyet2 and the gengnya datang anak buah yang 2 ni apa lagi cepat2 mereka masuk dalam rumah ambil pistol mainan sambil tembak kat monyet2 tu. Konon2nya nak halau monyetlah tu.......


Tu dia pokok buah mangga...belakang rumah nak petik senang. Terjuntai2 buah tu untuk dipetik. Dulu ada pokok pelam kampung belakang rumah juga tapi dah tebang sebab terlampau dekat dengan rumah. Dapat merasalah berkali2 buah pelam kampung tu berbuah dan masak. Terbaiklah buah pelam kampung ni paling saya suka banyak2 spesis buah pelam. Tengok gambar aje dah melilih air liuh ni. Rasa nak cepat2 balik kampung nak makan mangga tu.


Buah manggis yang sedang berbuah. Mungkin lambat sikit nak masak sebab baru nak membesar. Nasib baiklah abah rajin tanam balik anak pokok manggis ni. Kalau tidak memang tak adalah keturunan manggis ni. Dulu masa saya kecik2 ada banyak pokok manggis kat halaman rumah. Tapi sekarang dah tak ada lagi pokok manggis ni sebab dah tumbang kerana dah tua. Sekarang ni pun yang tinggal 2 pokok aje. Satu pokok tu yang baru nak berbuah dan yang satu lagi tu kira pokok veteranlah sebab hanya tinggal pokok ini sahaja yang masih berbuah dan belum mati lagi. Dulu2 setiap hari kami adik beradik kena sapu halaman rumah tu. Sehari 2 kali sapu. pagi dan petang. Pagi sapu kemudian petang pun kena sapu sebab daun kering selalu gugur. Kalau tak sapu nanti nampak halaman rumah macam tinggalan orang. Teringat memori masa zaman kecik2 dulu. Sapu halaman rumah ni memang rutin kerja kami adik-beradik. Setiap kami telah dibahagikan kawasan untuk menyapu sampah di halaman rumah. Penat ohhhhhhhhh sebab halaman rumah besar oiiiiiiiii. Dari depan, tepi kiri kanan dan belakang rumah semua kena sapu. Bersihkan kemudian bakar daun2 tu. Dulu kiri kanan dan belakang rumah mak dikelilingi pokok kopi. Lagilah banyak daun yang gugur.....memori3x


Pokok ciku ni pun abah yang tanam. Ada 2 pokok satu kat belakang rumah dan satu lagi kat tepi rumah. Dua2 pokok ni memang setiap tahun berbuah. Ciku ni pun salah satu santapan bagi tupai, monyet and the geng makan. Sebab tulah sentiasa berbuah.


Ini nama pokok buah nanam. Tapi saya tak tahulah kat negeri lain panggil apa. Buah nanam ni selain boleh makan, daunnya boleh buat ubat untuk penyakit darah tinggi. Mak saya selalu rebus pujuk daun nanam untuk minum. Setiap kali jumpa doktor pasti doktor puji sebab tekanan darah mak tak tinggi. Cuma buah nanam ada rasa pahit2 sikit. Kalau dah betul2 masak baru rasa manis sikit. Tapi kalau saya lebih suka makan dengan garam akan rasa masam2 sikit. 


Buah nenas ni adik kesayangan saya yang tanam dari zaman dia bujang masa tu hingga sekarang dah ada 2 orang anak pokok nenas ni masih still berbuah dan beranak2. Tengoklah tu berapa banyak nenas tu berbuah. Nanti masak mesti serentak.


Jambu air ni mak dan abah yang tanam dah banyak kali berbuah. Dulu masa first berbuah pokok dia rendah aje boleh petik tanpa guna tangga tapi sekarang ni dah tinggi kena guna tangga nak panjat ampunnnnnnnnnnnn mak banyak kerengga. Cuma kelebihan tahun ni buah jambu air masak cantik aje tak ada ulat. Biasanya mesti buang tu kalau terlebih masak ada penghuni. Jambu air pun kesukaan tupai, monyet and the geng makan.


Yang ini pokok labu. Terkejut juga bila masa pula ada pokok labu. Tengok2 aje dah berbuah. Tulah mak kata kat saya. Macam tulah rupanya  kalau jarang balik. Sampai labu tu dah berbuah pun tak tahu ada pokok labu kat rumah mak. Hishhhhhhhisssssssshhh betul2 ketinggalan zaman balik kampung tak tengok keliling rumah. Labu ni banyak kegunaannya. Macam2 boleh buat. Bingka labu, pengat labu, koci labu, sira labu, labu masak kuning. Semua boleh.....


Ni pulak pokok durian. Baru nak berbunga. Akhirnya ada juga pokok durian kat rumah mak. Dulu masa zaman kecik2 dulu ada sepokok tapi sekarang dah tak ada dah mati dah tua. Yang bestnya bawah pokok tu tempat kami adik beradik selalu parking kereta. Yelah tempat parking rumah mak dah penuh jadi bawah pokok durian nilah selalu jadi lot parking kami. sejuk sikit kalau parking kat halaman rumah mak aiiiiiiiiiiiii panas kereta kami. Lepas ni kalau jadilah bunga tu dapat kami adik beradik makan buah durian tak yah lagi nak beli. Terima kasih abah dan mak sebab tanam semua pokok2 buah2an untuk kami anak2 mak dan cucu2 mak dan abah dapat merasa. 

Isnin, 21 April 2014

SUPER DUPER..........MACAM-MACAM GELAGAT


Macam2lah baby ni punya perangai.....keras2 pun nak makan juga....atuk dan wan bawa balik dari rumah orang kahwin....Tulah yang baby suka dapat makan ole2 yang atuk dan wan bawa balik.....kerepek keras pun boleh bedal yang penting baby nak makan. Sedap3x. 










Layan ajelah gambar2 kerenah baby makan ni ye......

Jumaat, 18 April 2014

1 HARI 1 AYAT - USAH TUNGGU USIA SENJA UNTUK BERTAUBAT

Sedarkah kita betapa rahmat dan maghfirah Allah amat luas kepada semua makhlukNya. Malah ketika mula menciptakan sekelain makhluk, Allah SWT menyediakan limpahan rahmat yang meliputi semua makhluknya. RahmatNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Inilah yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: "Tatkala Allah SWT mentakdirkan penciptaan makhlukNya, dia mencatatkan di dalam kitabNya yang berada di sisiNya di atas Arasy: Bahawa sesungguhnya RahmatKu meliputi kemurkaanKu.

Subhanallah, lihatlah betapa besarnya kasih Allah SWT sehingga Dia memperuntukkan rahmatNya mengatasi kemurkaanNya kepada hamba-hambaNya. Semua ini diperutukkan supaya ruang keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat terbuka luas untuk kita. Ini membolehkan hambaNya yang terlanjur melakukan dosa dan maksiat dapat membersihkan dirinya semula dengan bertaubat serta beristighfar. Sesungguhnya semua perlakuan dosa pastinya akan mengundang rasa resah dan gelisah dalam jiwa, hilang ketenangan akibat setiap titik hitam yang memalit noda.

Maka rahmatNya juga Allah SWT menjanjikan pengampunan segala jenis dosa bertujuan untuk mengembalikan kebahagian hambaNya di dunia dan kesejahteraan di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga ang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."(Surah az-Zumar: 53)

Di sebalik rahmat dan pengampunan Allah SWT yang luas ini apakah pasti termasuk dalam kalangan hamba yang mendapat rahmatNya. Ramai yang gagal menghayati kurniaan ini menyebabkan mereka terus melakukan dosa di samping mengharapkan keampunan. Taubat sering ditangguh dan akhirnya dilupakan terus. Ada beranggapan taubat hanya perlu dilakukan apabila menjelang usia senja. Persoalannya apakah ada jaminan setiap kita hanya akan mati setelah menjangkau tua? Bukankah saban hari kita mendapat berita tentang kematian?.

Ingatlah tanggapan sebeginilah pasti mengundang kecelakaan. Kelalaian dan maksiat dilakukan secara berterusan sepanjang hidup dan akhirnya mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan tanpa sempat bertaubat. Tambah malang tidak mendapat pengampunanNya. Bayangkanlah apakah akibat yang akan ditanggung oleh seseorang itu jika menemui ajal dalam keadaan begini?

Sebenarnya luas pengampunan dan rahmat Allah ini bertujuan memberi peluang kepada kita untuk selalu kembali kepadaNya kita untuk selalu kembali kepadaNya dengan bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan. Dia juga melarang kita berputus asa daripada rahmatNya. Apa juga dosa dan maksiat yang kita lakukan Allah sudi memberikan pengampunan. Ingatlah selagi kita masih bernafas, peluang dan pilihan sentiasa berada di tangan kita. Hargailah kurniaan Allah yang Maha Pengasih ini.

Bersegeralah bertaubat daripada segala dosa tanpa bertangguh. Meskipun ruang pengampunan ini luas namun ia tetap ada hadnya. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini dengan sebaiknya. Imam Al-Tirmizi meriwayatkan, rasulullah SAW bersabda, "sesungguhnya Allah masih menerima taubat hambaNya selagi nyawanya belum sampai di kerongkong."

Kita harus memenuhi semua syarat taubat iaitu tinggalkan segera perbuatan dosa, menyesali kesilapan lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya. Jika berkaitan dengan hak manusia, kembalikan hak mereka. Semua ini perlu dilakukan untuk menjamin keampunan Allah SWT dan memberikan ketenangan di jiwa kita. Haruslah yakin dengan rahmat Allah SWT janjikan. Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana ia adalah pintu utama syaitan membisikkan kekecewaan yang mendorong manusia terus kekal bergelumang dengan dosa tanpa bertaubat.

Khamis, 17 April 2014

Macam-macam perangai tetap menceriakan kami.......



Baby lagi.......naik basikal pulak. Macam-macamlah baby ni. Asyik melayan kerenah dia ajelah. Sejak dah besar sikit dah panjang akal sikit. Dah pandai tunjuk perangai. Kalau tak puas hati dah pandai tunjuk perasaan. Dah pandai berebut dengan abang ngah. Nasib baiklah abang long kuat mengalah. Kalau tidak tiga2 pun boleh berantakkan. Baby yang sentiasa menceriakan hati kami semua.










Yang ni dah mulalah......tengok orang pegang hand phone baby pun nak juga......dah pandai sekarang tekan2 handphone dan minta nak main game hand phone. Apa-apapun tetap yang terbaik dan kesayangan kami semua. 



Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

Rabu, 16 April 2014

1 HARI 1 AYAT - REZEKI BUKAN SEKADAR LIMPAHAN HARTA

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya ) dan diturunkanNya air hujan dari langit lalu dikeluarNya dengan menjadi rezeki bagi kamu: maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, pada hal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." (Surah al-Baqarah: 22)

Allah SWT menjelaskan pada ayat di atas sebahagian kurnianNya kepada manusia supaya mereka yang tidak beriman apabila membaca atau mendengar ayat ini maka tercetus keimanan dalam diri mereka. Dijadikan bumi untuk kemudahan manusia. Bumi ciptaan Allah diibaratkan sebagai hamparan, biasanya hamparan adalah sesuatu yang merehatkan dan ia digunakan sebagai pengalas belakang ketika rehat dan tidur manusia.

Ungkapan hamparan di sini adalah untuk membayangkan betapa kita hidup di muka bumi Allah tanpa sebarang kebimbangan. Di sini generasi demi generasi kita boleh membina kehidupan, menternak binatang dan juga dapat membina bangunan serta memakmurkan dunia ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutlah kemurkaanNya)."(Surah al-Mulk: 15)

Begitulah juga langit yang diciptakan untuk manusia, ia satu binaan yang kukuh dan ia tidak pernah runtuh atau mempunyai tanda-tanda akan pecah dan runtuh menghempap penduduk bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Dia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatnya kepada umat manusia."(Surah Al-Hajj: 65)

Langit mempunyai hubungan yang amat rapat dengan kehidupan manusia di bumi. Langit dengan kepanasannya, cahayanya, daya tarikan bintangnya, susunan bintangnya yang rapi, nisbah yang sesuai di antara bumi dan bintangnya mempermudahkan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Untuk manusia meneruskan kehidupan, Allah SWT menurunkan pula kepada manusia hujan dan dengannya tumbuhnya pokok yang menghasilkan pelbagai buah yang lazat untuk manusia.

Di samping itu Allah SWT mengisyaratkan bahawa air hujan itu sangat diperlukan oleh manusia bagi mereka meneruskan kehidupan. Manusia memerlukan air untuk minum, menyiram pokok, membasuh dan sebagainya. Ayat berkenaan air hujan yang turun dari langit dan keluarnya buahan hasil siraman air hujan sentiasa disebut al-Quran apabila manusia ingatkan  dengan kudrat dan juga nikmat Allah SWT. Ia disebut dan diberi peringatan ketika manusia diseru kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT Tuhan yang mencipta dan memberikan kurniaan rezeki kepada mereka.

Perkataan rezeki memberi maksud sesuatu yang dapat dimanfaatkan dengannya dan bukannya sekadar memperolehnya saja. Kebanyakan manusia menyangka rezeki itu ialah kurniaan harta benda dan kesenangan hidup semata-mata. Memang benar bahawa limpahan harta adalah sebahagian  rezeki tetapi di sana ada lagi bentuk rezeki kurniaan Allah SWT seperti rezeki sihat, anak, keberkatan hidup dan sebagainya. Apabila manusia memahami pengertian sebenar rezeki akan menyebabkan manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.

Dihujung ayat dalam Surah al-Baqarah di atas, Allah SWT memperingatkan manusia supaya tidak mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu pun. Mengapa orang kafir itu menjadikan bagi Allah itu sekutu-sekutu? Jawapannya ialah kerana mahukan agama tanpa manhaj, inginkan fitrah bertuhan tetapi pada masa sama ingin mengikuti nafsu mereka.

Justeru kita melihat setiap ajaran sesat dan menyeleweng akan menghalakan apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan membebaskan manusia daripada terikat dengan kewajipan agama seperti bersolat, puasa, zakat dan haji. Berbeza denagn orang beriman, mereka mengetahui apa saja kewajipan yang diwajibkan oleh Allah SWT adalah untuk kebaikan hamba itu sendiri. Allah SWT tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada solat dan zakat kita bahkan daripada keimanan kita tapi kitalah yang mendapat faedah yang besar dan berpanjangan sehingga ke syurga.

Setiap sekutu Allah SWT yang apa juga yang dipatuhi manusia dan ia disebut oleh musyrikin Arab sebagai ibadah kerana mereka dulu tidak mempunyai pegangan yang melarang menyembah selain daripada Allah SWT. Ahli kitab pula menjadikan pendeta mereka sebagai sekutu tetapi tidak menganggapnya sebagai ibadah. Mereka juga tidak menganggap pihak yang diagungkan itu sebagai tuhan atau sekutu.

Pada hakikat sebenarnya sama ada disedari atau tidak disedari kefahaman orang musyrik dan ahli kitab adalah antara bentuk syirik kepada Allah SWT. Sekutu yang dilarang al-Quran bertujuan agar akidah tauhid sentiasa terpelihara. Syed Qutb berpendapat, sekutu itu bukan sekadar apa yang disembah oleh golongan musyrikin malah dalam bentuk lain yang lebih halus seperti meletakkan harapan selain daripada Allah SWT, takut selain daripada Allah SWT atau mempercayai terdapat selain daripada Allah yang sebagai berkuasa memberi manfaat dan mudarat.

Selasa, 15 April 2014

PANAS..PANAS.....OAT & WHEAT/FLAVOUR

Lagi2 oat & wheat. Hangat3x dan terlaris dipasaran walaupun saya bukanlah pengedar oat & wheat ni cuma tolong kawan2 yang order. Nasib baiklah kat office ada yang jadi penjualnya walaupun dia sendiri pun tolong kawannya juga. Panas3x macam goreng pisang panas dah brp kali ambil order ni. Memang sedap rugi kalau tak beli. Sekarang ni ada dua jenis sebenarnya sama aje cuma pembungkusnya sahaja yang berlainan. Sebungkus RM15. Beli2x jangan x beli. Nak buat cenderahati pun bleh. Klau orang suka bubuh coklat, gula2, sumi, jeli untuk dibuat ole2 dalam perkahwinan, cukur jambul, birthday party apa kata kita tukar pula dengan oat ni pulak. Sesuai sangat.........



Yang ini flavour. Berwarna warni pembungkusnya, rasa tetap sama. Di dalamnya ada macam2 warna. Flavourlah katakan.


Yang ni with white chocalate. Pembungkusnya semua sama di dalam warna coklat. sesuailah dengan namanya chocolate. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...