Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 29 Jun 2013

TERBAIKKKK...........RAJA SEGALA RAJA

Sambung kembali entry percutian 3h 2m di pulau tempoh hari. Dari Kuala Besut ke Kuala Terengganu kami menaiki bas. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam perjalanan menaiki bas berhenti-henti. Sempat tidurlah dalam bas tersebut dapatlah rehatkan badan sementara. Kami sampai ke Kuala Terengganu dalam pukul 4.40 ptg. Apa-apa pun kami cari dahulu surau untuk solat jamak. Kami solat jamak di surau yang terletak berhampiran dengan pasar Payang. Selesai aje solat kami pun singgah sebentar di Pasar Payang sambil membeli apa-apa yang patut untuk dibawa pulang ke KL nanti. Sempatlah merembat keropok dan asam manis. Sempat jugalah melihat-lihat di atas Pasar Payang yang terdapat banyak jualan kain sutera batik tu. Memang cantik-cantik tapi bukan itu tujuan kami untuk ke sini. Masa kami naik cuci-cuci mata kat atas tu dah banyak kedai sutera yang tutup. Yelah dah pukul 6 petang kan. Bukan macam kat KL banyak kedai tutup hingga malam. Setakat cuci-cuci mata ajelah kat atas tu. Sambil cuci-cuci mata tu sempatlah rembat 1 helai t-shirt untuk anak buah kesayangan.
 
Puas dah cuci-cuci mata kat Pasar Payang ni kami pun beredar ke masjid untuk solat maghrib. Keluar aje dari Pasar Payang tu kami berdua terpukau sekejap dengan raja segala raja. Wowwwwww tak tahan dengan dugaan kami pun apa lagi singgahlah sekejap untuk melantak raja segala raja. Mak aiiiiiiii macam-macam ada. Saya pun tak pernah dengar ada macam-macam nama. Kami pun pilihlah buah durian telor buaya, pelik tak namanya memang pelik sebab sebelum ni apa yang saya tahu makan aje tak pernah pun tanya apa nama dia tahu-tahu aje makan masuk perut. Pelik tapi sedap. Macam rancangan masakan ZAIBO tu PELIK TAPI SEDAP. Melantak ajelah tahu namanya. Kami pilih sebiji aje tapi dia punya isi banyak punya mangkau (TERBAEEEEEEEK beb) x nyesal beli mahal. Dengan isinya yang tebal dan warna yang kuning memang tak puaslah makan sebiji macam nak tambah lagi. Macam ni ni makan tiga 3 biji pun belum tentu rasa puas. Lebih-lebih lagi kami berdua ni memang hantu durian. Bubuh aje depan mata tak de dah nak pandang kiri kanan ke terus makan. Lu orang fikirlah sendiri keenakkannya. Terbaeeek dan terhangat, meletoooop. Masa kami makan tu adalah sekumpulan lelaki yang makan juga durian kat situ. Punyalah banyak diorang makan habis satu biji tambah lagi dan tambah dan tambah. WOWWWWW memang penggemar durian mereka semua ni. Macam makan kenduri durian. Tak payah cerita hal oranglah kami berdua ni pun sama juga....penggemar durian tegar cuma masa tu kami maintain sopan ler makan sebiji aje...malu-malulah konon nak makan banyak2....puiiiiii sopan gitu. Sudahlah kami ni berdua ni tak yah nak sopan-sopan gitu telan aje. Kuikuikuikui tak payah nak tunjuk cune lawa. kami berdua belasah aje. Rugi oiii tak makan durian ni dah ada depan mata. Sebat aje. Kalau balik KL nanti belum tentu dapat makan durian yang sehebat durian ni paling-paling pun kena rajinlah round satu KL cari kat mana ada jual. payahlah bukan senang nak dapat apatah lagi kalau bukan musim dia. Dah kenyang melantak durian tu kami terus ke masjid untuk solat maghrib sebelum kami terus menaiki bas pada malam tu balik ke KL.
 
 
Nilah rupanya durian yang kami makan...tengok isinya terbaiiikkkkkkk lah. Tebal dan melilih air liuh dibuatnya.
 

Durian yang kami order. Durian telor buaya. Telor buaya pun tak pernah tengok tiba-tiba ada pulak durian telor buaya. Apa-apapun memang meletoopppppplah durian ni.
 

 
Ini durian cendi. Sekilo RM 10.00
 

Durian Musang King paling mahal sekilo RM 35.00. Tak ada rupa musang pun.


Durian D101. Biasa kita jumpa di mana-mana.


Durian D13. Sekilo RM 15.00


Durian kampong Johor. Sekilo RM 8.00


Durian Cendi Mas sekilo RM 10.00

 
Durian Pemanis sekilo RM 15.00
 
 
Macam-macam ada nama durian. Pilih aje mana yang berkenan di hati. Tepuk selera tanya duit di poket. Kalau nak yang sedap belilah yang mahal tu. Pada saya asal isinya tebal dah cukup terbaikkkk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...