1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada
Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk
dari daripada 1000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum
dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan
Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut
akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah
Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik
kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu
Bapamu maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya(serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah dia dari
pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih
dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan
keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan
masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1000 kejahatan.
28. 2 rakaat solat wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala
berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala
berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup waktu (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI)
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan