Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 14 Jun 2013

1 HARI 1 AYAT - REZEKI MELIMPAH RUAH BUKAN UNTUK DIMEGAH


REZEKI MELIMPAH RUAH BUKAN UNTUK DIMEGAH
Ada menganggap nikmat diperoleh khususnya rezeki yang melimpah ruah bukanlah kerana kemurahan daripada Allah SWT. Sebaliknya mereka mengatakan rezeki itu diperolehi hasil usaha dan kerja kuat mereka setiap hari. Rezeki adalah pemberian daripada khaliq kepada makhluknya. Pemberian ini meliputi keperluan hidup dan kesempurnaan mahkluknya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sumber yang berhubung dengannya.
 
TERPESONA NIKMAT DUNIA
Pintu rezeki di dunia terbuka kepada semua manusia sama ada kafir atau Mukmin baik atau jahat. Rezeki untuk kesejahteraan jasmani juga dikuniakan kepada semua manusia tidak kira latar belakang mereka. Sebaliknya rezeki untuk kenikmatan di akhirat hanya dikurniakan kepada orang yang beriman. Salah satu sebab orang kafir menolak agama Allah ialah kerana mereka terpesona dengan kenikmatan hidup didunia. Orang kafir menganggap rezeki itu datangnya hasil daripada titik peluh mereka semata-mata sementara orang yang beriman mengakui kemurahan dan rahmat Allah SWT.
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA tanpa hisab.”(Surah al-Baqarah: 212). Ayat ini memberi pengertian bahawa rezeki yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu perlu disyukuri. Jangan sekali–kali kita merasa angkuh dan sombong dengan kekayaan harta dimiliki.
Jangan sangka kekayaan dan kemurahan rezeki itu miliknya abadi yang tidak boleh digugat. Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah SWT. Allah yang menentukan pembahagian rezeki kepada hambaNYA. Persoalan rezeki bukanlah satu persoalan yang selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua untuk mendapatkan rezeki tidaklah selama-lamanya tepat. Rajin dan usaha adalah satu syarat untuk mencapai kejayaan.
KUNCI REZEKI
Ilmu yang tinggi juga adalah anak kunci rezeki. Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang maka semakin luaslah rezekinya. Tetapi ada juga yang cetek ilmu pengetahuan (buta huruf) dan keciciran pelajaran menjadi hartawan atau pemilik perusahaan besar. Ada yang mengatakan kekayaan terletak peluang dan nasib. Tidak kurang pula meletakkan  kekayaan dan rezeki keapda hubungan seseorang . Semakin luas hubungan seseorang maka makin meluas pula peluang rezekinya.
Janganlah kita bersikap angkuh dan sombong dengan rezeki yang melimpah ruah dan usahlah bermegah-megah dengan kurniaan Allah kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah. Firman Allah SWT:”Jika kamu bersyukur nescaya AKU tambah lagi nikmatKU. Jika kamu kufur sesungguhnya azabKU amat pedih.”(Surah Ibrahim:7) Sedar akan hakikat ini maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat kurniaan Allah SWT semoga dengan berbuat demikian nikmat kurniaan rezeki akan terus berkekalan dan hidup kita diberkati Allah hingga ke akhir zaman.
Sumber dari berita harian JUNE 2013
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...