Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 18 Jun 2013

1 HARI 1 AYAT - AL-QURAN PANDUAN HIDUP UMMAH

Al-Quran mukjizat paling besar dan utama diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW adalah petunjuk terbaik untuk umat manusia sehingga hari kiamat dalam mencari keredaan Allah seterusnya mencapai kebahagian hidup di dunia serta akhirat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberi berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar."(Surah a-Israa: 9)
 
 
KITAB WAHYU SUMBER ILMU
 
 
Allah SWT mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan RasulNya serta menurunkan kitan al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan kandungannya dari dulu hingga kini. Kitab wahyu itu tiada tolok bandingnya menjadi sumber ilmu bagi umat islam dan petunjuk jalan kebenaran.
 
Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup atau ketika di akhirat di samping kemuliaan dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran kelebihannya melimpah juga kepada kedua ibu bapanya. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membaca al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya. Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah SWT pada hari kiamat."
 
Hazrat Abu Saíd meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKU dan berdoa kepadaKU kerana sibuk dengan al-Quran maka AKU akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang AKU kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKU. Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala mahkluk ciptaanNYA."Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi. Maksudnya seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari dan memahami al-quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa maka Allah SWT mengurniakan kepadanya sesuatu lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepadaNYA.
 
Suatu perkara lumrah di dunia ini adalah apabila ada yang sedang membahagi-bahagikan kuih dan salah seorang yang layak menerima kuih itu sedang sibuk melakukan urusan bagi si pembahagi hingga menyebabkan dia tidak dapat bahagiannya di simpan terlebih dahulu. Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya, al-Jamiil Ahkam al-Quran menyatakan mereka yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan sudah pasti akan membuahkan kesejahteraan dan kemerlangan.
 
 
KEKALKAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN
 
 
Justeru bagi mengekalkan al-Quran dalam kehidupan ia perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya supaya berada dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang memelihara dan menjaganya." Surah al-Hijr -9.
 
Kedatangan islam yang bersumberkan al-Quran mengubah pola kehidupan masyarakat sehingga berjaya membina sebuah tamadun gilang-gemilang. Perubahan dan kecemerlangan yang diraih ini tidak lain kerana disuluh oleh al-Quran. Al-Quran mampu membentuk jati diri yang teguh, menjadikan manusia terdidik dengan akhlak dan budi pekerja tinggi, rajin berusaha serta berilmu tinggi. Segala ini dapat dicapai apabila mereka bertadabbur memahami al-Quran dan beramal dengannya.
 
Kecemerlangan al-Quran bukan hnaya terbukti dari sudut kerohanian semata-mata bahkan dari sudut saintifik. Al-Quran tidak hanya dikagumi orang islam bahkan ia juga dikagumi bukan islam. Sebahagian mereka memeluk Islam selepas memahami dan meneliti maksud ayat al-Quran.
 
 
SUMBER RUJUKAN
 
 
Sebahgian umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dijadikan panduan serta sumber rujukan utama dalam apa juga kegiatan hidup sama ada akidah, syariat dan akhlak. Khususnya dalam menangani permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kebahagian hidup dunia dan akhirat. Namun ada segelintir umat islam yang kelu lidahnya untuk menyebut ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dalam kalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat al-Quran sebagai hiasan rumah.
 
Bahkan ada juga yang menjadikan al-Quran sekadar "kitan berkat". Mereka membaca al-Quran bertujuan mendapat berkat dengan membaca atau mengamalkan beberapa ayat al-Quran untuk tujuan tertentu seperti murah rezeki mempercepat jodoh dan lain-lain. Marilah kita menjadikan ilmu dalam al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin al-Quran sahajalah yang mampu membawa kecemerlangan menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masakini.
 
 
 
sumber rujukan: Berita Harian selasa 18 june 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...