Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 16 November 2012

TODAY....MY BIRTHDAY

ALHAMDULILLAH hari ini genap umurku yang ke 39 tahun. ALHAMDULILLAH juga kerana hari ini adalah hari bagi segala penghulu hari (JUMAAT) dan aku dilahirkan juga pada hari JUMAAT. Jumaat yang pertama dalam tahun baru Islam 1434H. AMIN. Sungguh mulianya hari jadiku jatuh pada hari ini, bulan ini dan tahun ini. Tahun permulaan ISLAM yang baru. ALHAMDULILLAH ku panjatkan doa kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini dan diberi kesempatan untuk aku menambahbaikan amalan aku yang sedikit ini. YA ALLAH berikanlah aku kesempatan untuk aku membuat kebajikan walaupun sebesar biji zarah pada setiap kali aku bernafas. TERIMA KASIH buat keluarga yang telah memberikan ucapan hari lahir buatku. TERIMA KASIH buat teman-teman yang telah memberikan ucapan hari lahir untukku. TERIMA KASIH SEMUA. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dan mendapat rahmat dan hidayah ALLAH. Semoga di Tahun Baru Islam ini sama-samalah kita menambahkan amalan ibadat kita dan saling berkasih sayang antara sesama kita.

JANGAN FIKIRKAN APA KEBAIKAN YANG TELAH KITA LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN TAPI FIKIRKANLAH APA KEBAIKAN ORANG LAIN YANG TELAH DILAKUKAN KEPADA KITA DAN JANGAN FIKIRKAN APA KEBURUKAN YANG ORANG LAIN LAKUKAN KEPADA KITA TETAPI FIKIRKANLAH APA KEBURUKKAN YANG TELAH KITA LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN........MUHASABAHKANLAH DIRI KITA


قالَ رَبِّ أَوزِعنى أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتى أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلىٰ وٰلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صٰلِحًا تَرضىٰهُ وَأَصلِح لى فى ذُرِّيَّتى ۖ إِنّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّى مِنَ المُسلِمينَ
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (al-ahqaf:15)
YA ALLAH berilah padaku rezeki yang halal dan baik serta pakaikanlah padaku segala perbuatan yang baik. YA ALLAH jadikanlah olehMU rezekiku itu paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. YA ALLAH, cukupkan bagiku segala rezekiMU yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan kurniaMU dari yang lainnya. YA ALLAH, aku pohonkan padaMU rezeki yang luas dan berguna. YA ALLAH, aku pohonkan padaMU nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang.



Terima kasih buat kawan baik saya yang telah menghadiahkan bunga ros yang comel ini. Walaupun kecil ianya amat bermakna buat diri ini yang penting sekali doa-doa kalian semua. Itulah yang saya harapkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...