Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 14 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 8 TINGKAT SYURGA

Disebutkan di dalam kitab “ KASYFUL GHAIBIAH” yang ditulis oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani menerangkan tentang keadaan syurga dan penduduknya kelak berkata Ibnu Abbas: “Bahawa syurga itu mempunyai 8 buah pintu gerbang iaitu:

1. Pintu masuk untuk para nabi, syuhada, orang-orang dermawan orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah. Di atas pintu tersebut tertulis dua kalimah syahadah yang indah.

2. Pintu masuk bagi orang yang sangat kusyuk, memenuhi syarat dan rukun serta meneliti fardhu dan sunnahnya dalam solat.

3. Pintu masuk bagi mereka yang suka mengeluarkan zakat dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.

4. Pintu masuk orang-orang yang suka menyeru dan mengajak kepada kebaikan.

5. Pintu masuk bagi orang-orang yang dapat mengekang nafsunya dari melakukan perbuatan yang diharamkan dalam Islam.

6. Pintu masuk bagi orang yang melakukan rukun Islam yang kelima iaitu melakukan haji dan umrah yang mabrur.

7. Pintu masuk bagi orang-orang yang membela dan berjuang di jalan Allah.

8. Pintu masuk bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, keluarganya serta sanak saudaranya.

Demikian keterangan yang dinyatakan dalam hadis dimana syurga-syurga itu telah disediakan oleh Allah dengan beberapa tingkatan yang akan diberikan kepada hambaNYA sesuai dengan amal perbuatan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...