ASSALAMMUALAIKUM......
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas harian yang telah di amanahkan di samping melakukan tanggungjawabku sebagai hamba Allah di mukabumi ini. Sudah 39 tahun aku diberi kesempatan untuk menikmati kesenangan dunia ini dan mencari bekalan untuk akhirat nanti. Dalam usia sebegini aku sering berfikir cukupkah amalanku untuk dibawa ke sana. Di terimakah segala amalan ku selama ini. Walaupun aku tahu semua itu rahsia Allah. Ikhlaskah aku selama ini dalam melaksanakan ibadah yang telah di wajibkan ke atas diriku. Hanya Allah aje yang tahu. Kadang-kadang aku sering terfikir adakah aku telah mensia-siakan usia yang telah diberikan oleh Allah kepadaku. Adakah aku telah memanafaatkan usia ku untuk berbakti kepada Allah. Mampukah aku menjawab nanti di akhirat apakah kebaikan yang telah aku lakukan semasa aku hidup di dunia ini. Ke mana aku salurkan hartaku semasa di dunia. Apakan aku telah manafaatkan ilmu yang telah aku pelajari dan aku ajarkan kepada orang lain. Aku sering ketawa dan senyum di dunia ini tapi mampukah aku senyum dan ketawa ketika berada di sana nanti. Aku sering terfikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan semasa aku masih diberi kesempatan. Ya Allah, dalam usia ku sebegini KAU berikan aku hidayahMU. KAU bukakan pintu taubat seluas-luasnya. KAU berikan rahmat kepadaku. KAU sentuh hatiku untuk sentiasa mengingatiMU walaupun aku tahu dahulu aku sering lupa kepadaMU. KAU telah jadikan hatiku untuk sentiasa CINTA kepadaMU. KAU berikan kepadaku sedikit demi sedikit hidayah supaya aku sentiasa melakukan kebaikkan. Walaupun kecil tapi itulah yang KAU redhai. Ya ALLAH sesungguhnya aku bersyukur akan hidayah dan rahmatMU.
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)
Ya ALLAH, aku sedar aku hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Ya ALLAH ketika aku lupa janganlah Engkau sesatkan aku. Berikanlah aku petunjukMU dan bimbinglah aku ke jalanMU sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ
المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Surah Al-Fatehah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan