Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 7 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN SEDEKAH


Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Bila seorang hamba telah meninggal  dunia segala amalnya terputus kecuali tiga perkara iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya"(HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad).
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk". (Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159)

Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas amal Ibadah kita.

LAGI KELEBIHAN BERSEDEKAH

“Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka” (Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya" (Riwayat Tarmizi Ibnu Majah & Hakim)
“Si pemurah yang jahil lebih Allah cintai daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al-Khatib)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


SEDEKAHLAH BENDA YANG KITA SAYANGI

Dalam amalan bersedekah kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar sedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’ iaitu:-
Sedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Firman Allah yang maksudnya :
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji.” (al-Baqarah: 267)
Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal bukan haram atau subahat.
Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi tidak kira sama sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92)
Bersedekah dengan disertai keikhlasan bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal ibarat tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. 
Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. 
Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat: 261.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...