Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 30 November 2012

1 HARI 1 AYAT - SUNAT-SUNAT HARI JUMAAT



Di antara perkara yang sunat kita lakukan pada hari jumaat ialah:

1. Mandi bagi orang yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat. Walaubagaimanapun bagi yang tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat juga boleh meniatkan mandi sunat mandi kerana membersihkan badan daripada segala kekotoran.
2. Memotong kuku dan rambut sekiranya panjang, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.
3. Memakai bau-bauan yang wangi dan memakai pakaian yang bersih dan indah.
4. Sunat diam semasa khatib membaca khutbah.
5. Sunat membaca Surah Al-Kahfi dan surah Yasin pada siang dan malam jumaat.
6. Memperbanyakkan doa siang dan alam.
7. Bersedekah.
8. Selawat ke atas Nabi SAW.
9. Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam sedang membaca khutbah


Khamis, 29 November 2012

1 HARI 1 AYAT - PANDUAN TIDAK SOMBONG


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18] 
Nabi saw. bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).

Rabu, 28 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 7 SUNNAH NABI



 
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim 
“ Subhannallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Allahu Akbar!” Kita semua menyedari bahawa HIDUP INI HANYALAH SESAAT. Dan kita akan HIDUP SELAMANYA DI AKHIRAT kelak.
Keadaan inilah yang membangun ’semangat berjibaku’ agar kita semua MENGATUR HIDUP yang sesaat ini untuk kebahagiaan selama-lamanya di akhirat kelak.
Tidaklah hairan mengapa orang Mukmin semakin hari semakin bertakwa. Kerana merekan tahu dan sedar bahawa SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT PERJUMPAAN DENGAN ALLAH SWT. Sehingga hari-harinya dilalui dengan kesibukan untuk MEMPERBAIKI DIRI dalam kebaikan
Salah satu usahanya adalah dengan MENGAMALKAN SUNNAH HARIAN Rasulullah SAW.
Rakan-rakan seiman marilah kita berhenti  sejenak aktiviti kita sehari-hari yang menyibukkan diri agar kita dapat sejenak waktu untuk BERHENTI, BERFIKIR, MERENUNG dan MENCONTOHI teladan RASULULLAH SAW, agar menjadikan hidup kita lebih bermakna untuk mempersiapkan diri kita dalam menghadapi sisa-sisa kehidupan kita. 
1. SOLAT TAHAJUD
Kita semua mengetahui bahawa Solat Tahajud adalah SOLAT TERAMAT PENTING SETELAH SOLAT FARDHU (wajib) lima waktu. Kerana dengan solat Tahajud Allah SWT akan MENGANGKAT DARJAT kehidupan manusia.
Solat Tahajud dilakukan di waktu malam (setelah tidur) kerana disaat malam sunyi tersebut melakukan solat akan LEBIH KHUSYUK dan bacaan di waktu tersebut LEBIH BERKESAN.
Al-Isra: 79” Dan dari sebahagian malam hendaklah engkau bangun (tahajud) sebagai AMALAN TAMBAHAN untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat terpuji”.
Abu Huraira R.A meriwayatkan RASULULLAH SAW bersabda:”Tuhan kita turun SETIAP MALAM ke langit dunia pada SEPERTIGA MALAM terakhir dan berfirman:
Siapa yang BERDOA kepadaKu PASTI AKU KABULKAN siapa yang MEMOHON kepadaKu PASTI AKU BERI dan siapa yang MEMOHON AMPUN kepadaKu, PASTI AKU AMPUNI !” (HR. Al-Jama’ah).
Amr bin Al-Ash meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
”Sedekat-dekat hamba kepada Allah SWT adalah PADA TENGAH MALAM TERAKHIR. Apabila engkau termasuk golongan orang BERDZIKIR mengingat Allah SWT pada saat itu, maka lakukanlah ” (HR. Al-Hakim).
Salman Al-Farisi meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
”Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah KEBIASAAN ORANG SOLEH sebelum kamu, JALAN MENDEKATKAN DIRI kepada Tuhan, PENEBUS KEBURUKKAN, PENCEGAH DOSA serta PENGHALAU SAKIT ”.
Subhanallah! Demikian besarnya keutamaan Solat Tahajud. Marilah kita rutin melakukannya! 
Pelaksanaan:
1. Solat malam sebaiknya DILAKUKAN DI RUMAH bukan di Masjid.
2. Bacaan solat malam BOLEH NYARING dan juga BOLEH PERLAHAN.
3. Jumlah rakaatnya MINIMA 2 rakaat, 4, 8, dan seterusnya tidak terbatas.
4. Diakhiri dengan SOLAT SUNNAH WITIR 3 rakaat  ganjil.

2. MEMBACA DAN MEMPELAJARI  AL-QUR’AN
Rakan-rakan Muslim terjadinya berbagai masalah, tekanan dalam kehidupan peribadi, keluarga, organisasi, pekerjaan terjadinya kerana semua bersumber kepada AL-QURAN TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PETUNJUK dan PEDOMAN HIDUP. 
Kinilah saatnya kita ”kembali untuk mendalami” kitab yang bersumber dari Allah SWT! (bukan karangan manusia !) tersebut.
Al-Quran sebaiknya dipelajari secara SISTEMATIK, diungkap maknanya, digali kandungannya dan isinya sebagai PEDOMAN HIDUP. Al-Qur’an harus didekati secara emosional, MELIBATKAN PERASAAN dalam upaya menyelami makna terdalam dan hikmah tertinggi yang dimiliki.
”Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT yang maha Pemurah kepada mereka, mereka MENYUNGKUR, BERSUJUD dan MENANGIS” (QS. Maryam : 58)
HR.Tirmidzi :
”Al-Quran adalah kitab Allah SWT yang berisi SEJARAH UMAT sebelum kamu, BERITA UMAT sesudahmu, kitab yang MEMUTUSKAN dan menyelesaikan urusan di antara kamu, yang nilainya bersifat PASTI & ABSOLUT. Siapa saja yang derhaka ”meninggalkannya” pasti Allah SWT akan ”memusuhinya”. Siapa yang MENCARI PETUNJUK SELAIN AL-QURAN, PASTI AKAN TERSESAT. Al-Quran adalah tali Allah yang sangat kuat, PERINGATAN YANG BIJAKSANA dan JALAN YANG SANGAT LURUS”.
Langkah yang sebaiknya kita lakukan adalah dengan :
- Membacanya
- Mencatatnya
- Menghafalnya
- Memahaminya
- Mengamalkannya
Perlu diingat bahawa Al-Quran baru terbukti menjadi petunjuk DALAM KEHIDUPAN kita. Agar pemahaman Al-Quran yang kita lakukan semakin bertambah positif bagi kita dan manusia secara umum maka dalam MENGKAJI isi, kisah, hikmah Al-Quran seharusnya kita belajar kepada para ulama yang sudah lebih awal dan lebih panjang mempelajari Al-Quran termasuk sejumlah tafsir dan karya tulis.
Sedemikian pentingnya sebuah kandungan makna dan isi Al-Quran sampai Allah SWT berfirman: 
”Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya TUNDUK BERPECAH-PECAH disebabkan TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka BERFIKIR ! ” (QS. Al-Hasyr: 21)
3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID 
Rasulullah SAW menyampaikan sebuah hadits di hadapan para sahabatnya ketika menanyakan salah seorang jemaahnya tidak terlihat dalam shaf subuh berkali-kali :
”Sungguh, solat yang PALING BERAT BAGI ORANG MUNAFIK adalah solat Isyak dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya mereka pasti mendatangani keduanya, SEKALIPUN DENGAN MERANGKAK ” (HR. Bukhari-Muslim).
Banyak ulama hadits menilai tentang penjelasan hadits ini di antaranya bahwa untuk menilai seseorang apakah sungguh-SUNGGUH BERIMAN atau malah MUNAFIK, maka dapat dilihat solat shubuhnya. 
Solat Subuh merupakan satu di antara solat wajib 5 waktu yang mempunyai PENGKHUSUSAN dan memiliki KEUTAMAAN yang luar biasa.
1. Merupakan SOLAT PALING UTAMA yang diwajibkan pada kaum Muslimin. (merupakan solat yang sejak awal disyariatkan tetap 2 rakaat).
2. AZAN subuh berbeza dengan azan solat wajib lainnya dengan menambahkan ’Ash-shaltu khairum minan naum’ – ”solat itu lebih baik dari tidur sebanyak 2 kali”.
3. Rasulullah SAW memberikan DOA KHUSUS setelah solat subuh yang berbeza dengan solat lain. Doa ini sebagai tambahan ’wirid’ penutup solat.
Diriwayatkan oleh Abu Dzar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
”Siapa mengatakan setelah solat subuh, SEBELUM MENINGGALKAN TEMPAT DUDUKNYA dan BERBICARA SEDIKITPUN – La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli sya in qadir - sebanyak 10X, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapus 10 kesalahan dan diangkat darjatnya 10 kali lebih tinggi. Satu hari penuh ia terlindungi dari suatu yang tidak disukai, terlindungi dari syaitan tidak ada dosa  dianggap sebagai dosa kecuali syirik ” (HR.Tirmidzi).
Rasulullah SAW pernah menasihati Muslim bin harits: ” Jika kamu solat subuh maka bacalah sebelum kamu berbicara – Allahumma ajirni minannar (Ya ALLAH lindungilah aku dari api neraka) – sebanyak 7X, maka jika kamu mati hari itu ALLAH akan menjauhkanmu dari api neraka ” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
4. Rasulullah SAW selalu MENYURUH MEMENDEKKAN BACAAN solat, KECUALI SOLAT SUBUH! Abu Barzah Al-Islami meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pada solat subuh membaca 60 sampai 100 ayat …..sampai sebentar lagi matahari terbit (HR. Muslim). 
5. Rasulullah SAW mempunyai BACAAN KHUSUS SOLAT SUBUH di HARI JUMAAT! Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama SURAH AS-SAJADAH dan rakaat kedua SURAH AL-INSAN. Keistimewaan ini tidak terjadi pada solat wajib lainnya!
6. Solat subuh TIDAK BOLEH DI QASAR dan DIJAMAK!

Seperti yang juga kita fahami dari beberapa hadits pada saat solat subuh inilah pertukaran malam dan siang bermula. Pada saat itu pula MALAIKAT MALAM dan SIANG BERKUMPUL dan BERGANTI TUGAS.
”SOLAT BERJAMAAH LEBIH UTAMA dari solat sendirian sebanyak 25 kali gandat. Malaikat penjaga malam dan siang BERKUMPUL PADA SOLAT SUBUH” (HR. Bukhari).
ALLAH SWT berfirman: ”Dan dirikanlah SOLAT SUBUH. Sungguh solat subuh itu DISAKSIKAN OLEH PARA MALAIKAT” (QS. Al-Isra : 78). 
Ada lagi hal utama dalam solat subuh, adalah  DUA RAKAAT SOLAT FAJAR (solat sunat sebelum atau qabliyah subuh) yang LEBIH BAIK DARI DUNIA & SEISINYA (HR. Muslim).
Rasulullah SAW mengistimewakan solat ini dengan menggambarkan bahawa: ”Seandainya dunia dan seisinya ini adalah sebuah kebaikan, maka JAUH LEBIH BAIK 2 RAKAAT SOLAT FAJAR YANG KITA KERJAKAN” !
Selain itu pula SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID boleh menjadi PENERANG PADA HARI KIAMAT KELAK seperti yg di sabdakan Rasulullah SAW: ”Berilah khabar gembira bagi orang-orang YANG BERJALAN DI DALAM KEGELAPAN MENUJU MASJID (untuk mengerjakan solat subuh) DENGAN CAHAYA YANG TERANG-BENDERANG (pertolongan) PADA HARI KIAMAT! ” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah).
Dari semua pengetahuan kita tentang keutamaan SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID INI, kesombongan apalagi pada diri kita yang akan menghalangi untuk menjalankannya?

4. MELAKUKAN SOLAT DHUHA 
”Wahai anak Adam, cukupilah aku dengan melakukan EMPAT RAKAAT SOLAT DHUHA pada pagi hari maka aku akan MENCUKUPI KEPERLUANMU pada akhir hayatmu” (HR Ahmad & Abu Ya’la).
Beliau berwasiat kepadaku tentang 3 hal yang sejak itu aku TIDAK PERNAH MENINGGALKANNYA:
1. Hendaknya aku tidak tidur sebelum mengerjakan SOLAT WITIR.
2. Hendaknya aku tidak meninggalkan dua rakaat SOLAT DHUHA (kerana solat DHUHA adalah solatnya ’awwabin’-orang yang bertaubat kepada ALLAH SWT serta meninggalkan maksiat) 
3. Hendaknya aku BERPUASA 3 HARI setiap bulan - (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)
Salah satu makna kepentingan solat DHUHA adalah agar pengamalnya MENDAPATKAN REZEKI dan DIJAUHKAN DARI KEMISKINAN: ”Solat DHUHA itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada yang memelihara solat kecuali orang-orang bertaubat” (HR. Tirmidzi) 
”Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 2 rakaat dia TIDAK AKAN dicatat dalam kelompok orang-orang yang LUPA. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 4 rakaat dia dicatat dalam kelompok orang-orang yang AHLI IBADAH. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 6 rakaat pada hari itu segala keperluannya DICUKUPI oleh ALLAH SWT. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 8 rakaat maka ALLAH SWT mencatatnya termasuk golongan yang TUNDUK dan menghabiskan waktunya untuk BERIBADAH. Dan, siapa yang mengerjakan solat DHUHA 12 rakaat maka ALLAH SWT membangunkan baginya sebuah ISTANA INDAH DALAM SYURGA. Tidak ada dalam sehari-semalam kecuali ALLAH SWT pasti MEMBERIKAN ANUGERAH serta SEDEKAH kepada hambaNYA” (HR. Thabrani dan Abu Daud).
Subhanallah !

5. BERSEDEKAH
Maha suci ALLAH SWT, ZAT yang telah membersihkan hati orang-orang beriman dari sifat angkuh dan serakah. ALLAH SWT lah yang menyelipkan ke sanubari orang beriman perasaan hiba, simpati sekaligus kasihani kepada orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan, melalui bersedekah. 
Bersedekah tidak harus besar yang penting dengan KEIKHLASAN.
Kita bersedekah TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN dari orang yang kita bantu. Kita harus yakin ALLAH SWT lah yang akan membalas. 
”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang MENAFKAHKAN (HARTANYA) DI WAKTU LAPANG & DI WAKTU SEMPIT dan orang-orang yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik ” (QS. Ali Imran : 133-134)
” Perbandingan (balasan atau pahala) bagi orang-orang yang MEMBELANJAKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH seperti satu biji yang menumbuhkan tujuh cabang di setiap cabang menjuntai seratus buah dan ALLAH akan menggandakan (pahala) kepada siapa yang Dia kehendaki dan ALLAH itu luas (pemberianNya) lagi sangat mengetahui ” (QS. Al-Baqarah : 261)
”Siapa yang MEMBANTU MENYELESAIKAN KESUSAHAN SESEORANG di dunia (lebih-lebih lagi saudara sesama Muslim) ALLAH PASTI MEMBANTU MENYELESAIKAN KESUSAHANNYA DI DUNIA dan AKHIRAT ” (HR. Bukhari).
Berkat sedekah boleh hilang jika orang yang bersedekah itu MENGUNGKIT-UNGKIT dan SELALU MENYEBUT-NYEBUT sedekah itu di depan umum.
Sedekah dapat MEMADAMKAN MURKA ALLAH SWT
Sedekah dapat MEMELIHARA MANUSIA DARI KEJAHATAN
Siapakah yang DIUTAMAKAN UNTUK DIBERI SEDEKAH?
1. ANAK YATIM kerana sebelum dewasa anak yatim belum memahami erti hidup. Mereka adalah TITIPAN ALLAH SWT kepada hamba lainnya yang mampu.
2. FAKIR MISKIN yang perlu dibantu agar dapat memperbaiki hidup.
3. JANDA dan BALU kerana kehilangan tulang punggung pencari nafkahnya serta kehilangan masa produktifnya.
4. YANG TERBEBAN DENGAN HUTANG
5. YANG TERKENA MUSIBAH

6. SELALU DALAM KEADAAN BERWUDHU
Banyak hadits yang sangat menganjurkan untuk TETAP BERWUDHU WALAUPUN TIDAK HENDAK MENDIRIKAN SOLAT.
Berdasarkan sunnah tersebut mulai generasi sahabat hingga orang-orang soleh sentiasa mereka MENJAGA WUDHU baik dalam perjalanan, membaca Al-Quran, menuntut ilmu, dalam bekerja, ketika hendak tidur termasuk sebelum dan sesudah berhubungan suami-isteri.
BERWUDHU BUKAN HANYA DISAAT MENGHADAP ALLAH SWT dalam solat tapi juga ketika akan tidak BERADA DALAM KESUCIAN.
ALLAH SWT berfirman: ”Sungguh ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan mereka yang MENYUCIKAN DIRI” (QS. Al-Baqarah : 222).
Abu Hurairah meriwayatkan RASULULLAH SAW, bersabda:
”Pada hari kiamat wajah mereka bercahaya kerana bekas wudhunya ” (HR. Bukhari).
”Siapa yang BERWUDHU (untuk mendapatkan) KESUCIAN maka ALLAH akan MENETAPKAN BAGINYA DENGAN SEPULUH KEBAIKAN” (HR. Abu Daud)
”Seseorang sentiasa DIANGGAP SEPERTI DALAM KEADAAN SOLAT asal dia tidak berhadas (buang angin)” (HR. Bukhari)

7. SELALU BERZIKIR
Zikrullah memiliki daya hidup. Menghidupkan dan menyuburkan jiwa yang rapuh, melapangkan jiwa yang sempit serta membangkitkan keyakinan bagi yang mengalami kekecewaan dalam menjalani kehidupan.
ZIKIR yang UTAMA:
* La ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahul mulku wa lahu hamdu wa huwa ’ala kulli syay’in qadir
* Subhanallah wal hamdu lillah wa ilaha illallah wallahu akbar
* Subhanallah wa bihamdihi
* Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallahil azhim
* (surah Al-Fatihah) 
Rasulullah SAW bersabda: ”Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berdzikir seperti ORANG YANG HIDUP dan ORANG YANG MATI” (HR. Bukhari)
”Dan laki-laki yang BANYAK MENYEBUT (MENGINGATI) ALLAH disertai dengan perempuan yang banyak menyebut Allah maka Allah telah menyediakan untuk mereka AMPUNAN & PAHALA YANG BESAR ” (QS. Al-Ahzab : 35)
”Maka apabila kami telah menyelesaikan solat, INGATLAH DI WAKTU BERDIRI, DUDUK maupun BERBARING ….” (QS. An-Nisa : 103)
”Kerana itu INGATLAH KALIAN PADAKU, niscaya Aku pun akan ingat pada kalian…” (QS. Al-Baqarah : 152)
”INGATLAH TUHANMU SEBANYAK-BANYAKNYA dan BERTASBIHLAH dengan memuji Tuhanmu di waktu petang dan pagi ” (QS. Ali-Imran : 41)
Peribadi yang BERDZIKIR : 
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...
Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ... 
Setiap GERAK HATINYA adalah DOA
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD...
Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah

Selasa, 27 November 2012

TERAPI MINDA.....KERANA DOA SI BUTA YANG MISKIN MENDAPAT JODOH YANG SANGAT CANTIK DAN JELITA

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Kisah benar ini terjadi pada seorang buta lagi miskin yang tidak dipandang  oleh kaum wanita. Lalu dia berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala dan Allah pun mengabulkan doanya dengan gadis yang paling cantik di antara mereka.

Kisah ini disebutkan oleh Syaikh Abdul ‘Aziz al-‘Aql dalam muhadarahnya yang berjudul Qashash wa ‘Ibar. Kisah benar ini terjadi pada salah seorang kerabat Syaikh sendiri.

Syaikh Abdul Aziz mengatakan, “Di antara kisah yang pernah saya alami adalah seseorang dari keluarga saya yang hafal al-Quran dan yang soleh. Saya mengenalinya dan kami sangat rapat ketika kami masih kanak-kanak.

Orang tadi ahli bersilaturahim dan selalu beristiqamah untuk taat kepada Allah. Dan dia adalah orang yang buta. Pada suatu hari dia berkata kepada saya, “Hai anakku waktu itu saya berumur 16 atau 17 tahun kenapa kamu tidak menikah?”

Saya jawab, “Hingga Allah memberi saya rezeki.” Dia berkata, “Wahai anakku bersikap jujurlah kepada Allah ketuklah pintu Allah dan berharaplah pintu kelapangan akan terbuka.” Kemudian dia berkata kepada saya, “Duduklah wahai anakku, aku akan menceritakan kepadamu  apa yang pernah aku alami dulu.”

Dia melanjutkan “Saya dulu benar-benar miskin, ibu dan bapakku adalah orang miskin kami semua sangat miskin aku sendiri semenjak dilahirkan sudah menjadi orang yang buta, pendek dan miskin.

Segala sifat yang tidak disukai wanita ada padaku. Kemudian aku sangat menginginkan seorang wanita akan tetapi kepada Allah aku tumpahkan seluruh keprihatinanku kerana dengan keadaanku yang seperti itu akan sulit rasanya untuk mendapatkan seorang isteri. Aku mendatangi ayahku kemudian mengatakan, “Wahai ayah aku ingin menikah.”

Maka ayahku mentertawakanku. Aku memahami bahawa tertawanya ayah adalah sebagai isyarat agar aku berputus asa dan melupakan keinginanku untuk menikah bahkan ayahku sempat mengatakan, “Apakah engkau gila nak? Siapa yang mahu mengambilmu sebagai menantu? Pertama kamu buta. Kedua kita semua adalah orang yang sangat miskin. Sedarlah nak! Tidak ada jalan untuk itu.

Sebenarnya dengan kata-katanya itu ayah telah membunuhku. Waktu itu aku berumur kira-kira 24 atau 25 tahun. Lalu akupun pergi menemui ibuku. Mengadukan perihalku barangkali ia dapat memujuk ayahku.

Hampir saja aku menangis ketika ibuku juga mengucapkan kata-kata seperti yang diucapkan oleh ayah. Dia mengatakan “Anakku kamu akan nikah?! Apakah kamu tidak waras nak?! Siapa wanita yang mahu sama kamu?! Dari mana kamu mendapatkan harta?! Kamu tahu sendiri bahawa kita semuanya ini sangat memerlukan sedikit harta untuk hidup. Kemudian kamu juga jangan lupa bahawa hutang kita telah bertambah.”

Aku tidak berputus asa kuulangi lagi usahaku untuk memahamkan ayah dan ibuku. Akan tetapi sikap dan jawapan mereka tetap tidak berubah.

Pada suatu malam aku berkata, “Mengapa aku tidak mengadukan hal ini pada Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang? Mengapa aku merengek-rengek dihadapan ayah dan ibu yang memang tidak mampu melakukan apa-apa? Mengapa aku tidak mengetuk pintu Allah yang Maha Kuasa dan Perkasa?”

Lalu aku pun solat di akhir malam sebagaimana kebiasaanku. Aku mengangkat tangan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan aku katakan diantara doaku.

Ya Allah, Ya Tuhanku mereka mengatakan kalau aku miskin padahal Engkaulah yang membuat aku miskin. Mereka mengatakan kalau aku buta padahal Engkaulah yang mengambil penglihatanku.

Mereka mengatakan kalau aku adalah hodoh dan buruk padahal Engkaulah yang menciptakan aku. Ilahi, Tuhanku, Tuanku dan Penolongku tidak ada yang disembah yang benar kecuali Engkau, Engkau mengetahui apa yang ada di dalam jiwaku.

Engkau mengetahui keinginanku untuk menikah dan aku tidak ada daya dan upaya untuk itu. Ayah dan ibuku menyatakan tidak sanggup. Ya Allah, mereka memang tidak sanggup dan tidak mampu.

Aku memahami keadaan mereka. Tetapi Engkau adalah Maha Mulia dan Perkasa yang tidak terkalahkan oleh apapun. Ya Allah, kumohon satu rahmat dari rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Mulia, Maha Pengasih dan Penyayang berikanlah kepadaku dengan segera seorang isteri yang penuh berkah, solehah dan cantik jelita. Yang menenangkan hatiku dan yang menyatukan jiwaku.

Aku berdoa sementara kedua mataku, mengucurkan air mata dan hatiku menangis merendah dihadapan Allah Subhanahu wa Taala. Kerana aku solat malam di awal waktu, maka akupun mengantuk.

Ketika aku tertidur, aku bermimpi seolah-olah aku berada di sebuah tempat yang sangat panas. Sepertinya ada bakaran api yang sangat dahsyat.

Tidak lama setelah itu aku melihat ada satu khemah yang turun dari langit. Khemah yang sangat indah mempesona belum pernah aku melihat sebelumnya. Hingga khemah itupun turun di atasku dan memayungiku.

Bersamaan dengan itu ada hawa dingin yang aku tidak mampu menceritakannya kerana benar-benar membawa sebuah kedamaian hingga aku terbangun kerana kedinginan setelah merasa kepanasan yang amat sangat. Aku terbangun dan perasaanku sangat senang dengan mimpi tersebut. Di pagi yang buta aku pergi menemui seorang alim yang dapat menafsirkan mimpi.

Maka setelah aku ceritakan apa yang kualami dalam mimpi itu, seorang alim tersebut mengatakan kepadaku, “Hai anakku, engkau sudah menikah jika tidak mengapa kamu tidak menikah?”

Maka saya katakan, “Tidak, demi Allah saya belum menikah.”

Dia bertanya, “Mengapa engkau tidak menikah?”

Kukatakan, “Demi Allah Ya Syaikh seperti yang engkau ketahui aku adalah seorang yang buta lagi miskin dan buruk rupa.” Dia berkata, “Hai anakku apakah tadi malam engkau telah mengetuk pintu Tuhan mu?” Kukatakan, “ Ya, aku telah mengetuk pintu Tuhan ku.”

Syaikh berkata, “ Pergilah wahai puteraku perhatikanlah gadis yang paling cantik dalam fikiranmu dan pinanglah kerana pintu itu telah terbuka untukmu. Ambillah yang terbaik apa yang ada dalam dirimu dan jangan merasa rendah dengan mengatakan, “Aku adalah seorang yang buta maka aku akan mencari wanita yang buta pula jika tidak maka yang begini dan yang begitu. Tetapi perhatikanlah gadis yang terbaik kerana pintu itu telah dibuka untukmu.”

Setelah aku berfikir dalam diriku aku memilih gadis yang dikenal sebagai gadis yang paling cantik di daerah itu disamping memiliki nasab dan keluarga yang terhormat.

Maka aku mendatangi ayah kukatakan barangkali ayah mahu pergi kepada mereka untuk meminang gadis itu untukku. Ayah menolak dengan keras lebih keras dari penolakannya yang pertama.

Dia benar-benar menolak secara mentah-mentah mengingatkan rupaku yang buruk dan kemelaratanku apalagi gadis yang kuinginkan adalah gadis yang paling cantik di negeri itu.

Maka aku pergi sendiri. Aku bertemu kepada keluarga itu mengucapkan salam kepada mereka dan mengatakan kepada orang tuanya, “Saya menginginkan Fulanah (maksudnya puterinya).”

Dia menjawab, “Kamu menginginkan puteriku?” Saya jawab, “Ya.”

Maka dia menjawab, “Demi Allah, ahlan wasahlan wahai anak si Fulan, selamat datang wahai pembawa Al-Quran demi Allah hai puteraku kami tidak mendapatkan laki-laki yang lebih baik darimu akan tetapi aku berharap agar puteriku mau menerimanya.”

Kemudian ia pergi menemui puterinya dan mengatakan, “Wahai puteriku ini Fulan datang meminangmu. Memang dia buta akan tetapi dia hafal Al-Quran dia menyimpan Al-Quran di dalam dadanya. Apabila engkau dapat merelakannya untukmu maka tawakkallah kepada Allah.” Sang puteripun menjawab, “Sesudahmu tidak ada hal lain wahai ayah, kami bertawakkal kepada Allah.”

Selang selepas hari tersebut wanita cantik itupun menjadi isteri bagi si buta yang miskin dengan taufik Allah dan kemudahan dariNya kerana keutamaan Al-Quran.
 Walhamdulillahirabbil ‘alamin.

Wallahu a'lam bish-shawab ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ..

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Isnin, 26 November 2012

TERMENUNG SEJENAK...MUHASABAH DIRI

ASSALAMMUALAIKUM......

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini  dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas harian yang telah di amanahkan di samping melakukan tanggungjawabku sebagai hamba Allah di mukabumi ini. Sudah 39 tahun aku diberi kesempatan untuk menikmati kesenangan dunia ini dan mencari bekalan untuk akhirat nanti. Dalam usia sebegini aku sering berfikir cukupkah amalanku untuk dibawa ke sana. Di terimakah segala amalan ku selama ini. Walaupun aku tahu semua itu rahsia Allah. Ikhlaskah aku selama ini dalam melaksanakan ibadah yang telah di wajibkan ke atas diriku. Hanya Allah aje yang tahu. Kadang-kadang aku sering terfikir adakah aku telah mensia-siakan usia yang telah diberikan oleh Allah kepadaku. Adakah aku telah memanafaatkan usia ku untuk berbakti kepada Allah. Mampukah aku menjawab nanti di akhirat apakah kebaikan yang telah aku lakukan semasa aku hidup di dunia ini. Ke mana aku salurkan hartaku semasa di dunia. Apakan aku telah manafaatkan ilmu yang telah aku pelajari dan aku ajarkan kepada orang lain. Aku sering ketawa dan senyum di dunia ini tapi mampukah aku senyum dan ketawa ketika berada di sana nanti. Aku sering terfikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan semasa aku masih diberi kesempatan. Ya Allah, dalam usia ku sebegini KAU berikan aku hidayahMU. KAU bukakan pintu taubat seluas-luasnya. KAU berikan rahmat kepadaku. KAU sentuh hatiku untuk sentiasa mengingatiMU walaupun aku tahu dahulu aku sering lupa kepadaMU. KAU telah jadikan hatiku untuk sentiasa CINTA kepadaMU. KAU berikan kepadaku sedikit demi sedikit hidayah supaya aku sentiasa melakukan kebaikkan. Walaupun kecil tapi itulah yang KAU redhai. Ya ALLAH sesungguhnya aku bersyukur akan hidayah dan rahmatMU.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)

Ya ALLAH, aku sedar aku hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Ya ALLAH ketika aku lupa janganlah Engkau sesatkan aku. Berikanlah aku petunjukMU dan bimbinglah aku ke jalanMU sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ
المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.  (Surah Al-Fatehah)



Ahad, 25 November 2012

1 HARI 1 AYAT - PERKARA YANG MENYELAMATKAN SEKSA KUBUR...

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang antara:-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Zar Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Zar Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”
Maka berkata kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya).”
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya:-

1. Hendaklah ia menjaga SOLATnya
2. Hendaklah dia berSEDEKAH
3. Hendaklah dia membaca AL-QUR'AN
4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca TASBIH kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah:-
1. Jangan berDUSTA
2. Jangan mengKHIANAT
3. Jangan mengADU-DOMBA
4. Jangan KENCING sambil berdiri (tidak basuh)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
“Bersucilah kamu semua dari kencing kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Jumaat, 23 November 2012

1 HARI 1 AYAT - TAUBAT NASUHA


Taubat nashuha (taubat yang murni dan sungguh-sungguh) tak mungkin akan tercapai kecuali jika seseorang tak mahu meninggalkan lingkungannya yang rosak lalu mencari lingkungan yang jauh dari perkara-perkara yang mendorong dirinya terjatuh dalam maksiat. Oleh kerana itu seorang dianjurkan untuk berangkat mencari lingkungan orang-orang beriman dan beramal soleh yang terhias oleh cahaya ilmu. Sehingga ia boleh mendapatkan teman dari kalangan orang soleh dan berilmu yang membantu dirinya untuk selalu taat  dalam meninggalkan maksiat.
Hukum bertaubat itu wajib bagi siapa saja yang pernah melakukan dosa. Dan bila dosa itu berkait hanya kepada Allah tanpa melibatkan hak sesama manusia maka harus dipenuhi tiga syarat utama agar dosa itu boleh dihapuskan.

1. Syarat Pertama
Berhenti dulu dari maksiat yang telah dilakukan. Taubat tidak akan dibukakan pintunya oleh Allah selama seorang yang taubat itu masih melakukan dosa yang sama.

2. Syarat Kedua 
Tidak cukup hanya sekadar berhenti dari maksiat tersebut tetapi harus diiringi juga dengan rasa sesal di dalam hati. Tanpa penyesalan yang mendalam di lubuk hati, taubat itu tidak akan ada rtinya di sisi Allah.

3. Syarat Ketiga 
Tidak cukup hanya berhenti dan menyesal pelakunya juga harus punya tekad di hati untuk tidak akan pernah kembali melakukannya sejak hari itu hingga selama-lamanya. Selama masih ada keinginan untuk kembali mengulanginya taubat itu menjadi sia-sia.
Itulah 3 syarat utama agar taubat itu boleh  diterima Allah. Dan bila dosa itu berkait dengan dosa kepada sesama manusia harus ditambah satu lagi iaitu meminta maaf dan keredhaan orang tersebut.
Sedangkan bila dosanya terkait dengan masalah hukum hudud seperti zina dan sejenisnya maka taubat itu harus diiringi dengan penyesalan untuk menerima hukuman sesuai dengan syariat Islam.
Allah Maha Pengampun Atas Semua Dosa
Seorang yang pernah melakukan dosa seberapa pun besarnya pastilah akan diampuni Allah selama dia mahu bertaubat dengan memenuhi syarat-syaratnya.
Alih-alih marah kepada orang yang bertaubat, Allah malah sangat berbahagia kepadanya. Sebagaimana sabda Rasulullah:
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Al-Anshari ra (pembantu Rasulullah) berkata, "Sungguh Allah sangat berbahagia atas permohonan taubat hamba-Nya lebih berbahagia dari bahagianya salah seorang kamu yang kehilangan untanya lalu menemukannya kembali." (HR Bukhari Muslim).
Di dalam kesempatan lain Rasulullah juga bersabda:
Dari Abi Musa Abdullah bin Qais Al-Asy'ari ra. dari nabi beliau bersabda, "Sungguh Allah menadahkan kedua tanganNya pada malam hari orang-orang yang bermaksiat di waktu siang bertaubat. Dan Allah menadahkan kedua tanganNya pada sianghari orang-orang yang bermaksiat di waktu malam bertaubat." (HR Muslim)
Di dalam hadits riwayat Imam Muslim disebutkan bahawa tatkala selesai menziarahi mati seorang wanita yang mengaku telah berzina, Rasulullah kemudian solat jenazahnya. Umar ra bingung lalu bertanya "Bagaimana anda solatkan jenazahnya padahal dia seorang yang telah berzina?" Beliau menjawab, "Sungguh wanita ini telah bertaubat dengan sebuah taubat yang bila taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah pasti masih sangat cukup untuk mereka."
Subhanalllah sungguh besar keagunganNya. Dosa sebesar apapun bila seorang hamba datang kepadaNya untuk bertaubat pasti Allah terima.
Bahkan dosa membunuh 100 nyawa sekalipun tetap akan diberi ampunan dari Yang Maha Pengampun.
"Dahulu ada seorang laki-laki sebelum kalian yang telah membunuh 99 nyawa. Dia bertanya tentang orang yang paling berilmu di atas permukaan bumi. Lalu ditunjukkanlah seorang rahib (ahli ibadah). Kemudian ia pun datang kepada sang rahib seraya mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 nyawa. Apakah masih ada taubat baginya? "tidak ada!!", jelas si rahib. Maka orang itu membunuh si rahib dan menyempurnakan (bilangan 99) dengan membunuh si rahib menjadi 100 nyawa. Kemudian ia bertanya lagi tentang orang yang paling berilmu di atas pemukaan bumi. Lalu ditunjukkan seorang yang berilmu (ulama’) seraya menyatakan bahawa dirinya telah membunuh 100 nyawa apakah masih ada taubat baginya. Orang yang berilmu itu menyatakan bahawa siapakah yang menghalangi antara dirinya dengan taubat? ........". [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab Al-Anbiyaa, Muslim dalam Kitab At-Taubah, Ibnu Majah dalam Kitab Ad-Diyat]

Imbangi Dosa dengan Pahala

Tidak ada salahnya bila untuk mengimbangi dosa yang pernah kita lakukan kita berupaya menambahkan pahala. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan agar pahala boleh kita dapat dalam jumlah banyak dalam waktu singkat bahkan tetap terus mengalir meski kita sudah mati. 
Misalnya bila Allah meluaskan rezeki kita maka kita boleh sedekah harta secara syariah dalam jumlah tak terbatas.Tiap saat berbuah bahkan tetap terus berbuah sepanjang masa, hingga akhir dunia. Meski jasad kita sudah hancur di alam kubur meskipun nyawa sudah melayang tetapi ruh kita akan tetap menerima pahala dari sedekah harta yang pernah kita tanam.
Bentuknya yang paling lazim dalam bentuk wakaf boleh  berbentuk masjid di mana dari setiappahala orang yang solat di dalamnya kita akan menerima secara percuma atau royalti atas sedekah harta kita di dalam pembangunan masjid itu.
Atau boleh juga dalam bentuk sekolah atau yang melahirkan generasi Islam yang kuat. Setiap pahala yang diraih oleh tiap lulusan sekolah itu maka ada bahagian untuk kita sebagai royalti atas harta kita di dalam sekolah itu.
Bahkan boleh juga berbentuk perpustakaan Islam di mana setiap orang yang mendapat pahala membaca di tempat itu akan ikut memberikan percuma pahala kepada kita.
Subhanallah...
Betapa banyak peluang untuk menambahkan pahala tapi sayang sekali sedikit sekali yang tergerak untuk memanfaatkannya.
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua baik yang nampak mahupun yang tidak nampak. Dan semoga harta yang kita miliki ini boleh kita nafkahkan di jalan perjuangan menegakkan agamaNya. Aamiin Ya Rabbal 'alamin.

Khamis, 22 November 2012

1 HARI 1 AYAT - TANDA IMAN KITA LEMAH

Tanda iman anda sedang LEMAH


Ada beberapa tanda-tanda yang menunjukkan iman sedang lemah.  Tanda-tanda tersebut adalah:

1. Ketika anda sedang melakukan kedurhakaan atau dosa.
Hati-hatilah! Sebab perbuatan dosa jika dilakukan berkali-kali akan menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan maka segala keburukan dosa akan hilang dari penglihatan anda. Akibatnya anda akan berani melakukan perbuatan durhaka dan dosa secara terang-terangan.
Ketahuilah, Rasululllah saw. pernah berkata, “Setiap umatku mendapatkan perindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari kemudian dia berada pada pagi hari padahal Allah telah menutupinya namun dia berkata, ‘Hai fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begini,’ padahal sebelum itu Rabb-nya telah menutupi namun kemudian dia membuka sendiri apa yang telah ditutupi Allah dari dirinya.” (Bukhari, 10/486)Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang di saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman.” (Bukhari, hadits: 2295 dan Muslim, hadits: 86)


2. Ketika hati anda terasa begitu keras dan kaku.
Sehingga menyaksikan orang mati terkujur kaku pun tidak mahu menasihati dan melembutkan hati anda. Bahkan ketika ikut mengangkat si mayat dan mengebumikan dengan tanah. Hati-hatilah! Jangan sampai anda masuk ke dalam ayat ini “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu bahkan lebih keras lagi.” (Al-Baqarah:74)


3. Ketika anda tidak tekun dalam beribadah.
Tidak khusyuk dalam solat. Tidak memahami dalam membaca Al-Quran. Melamun dalam doa. Semua dilakukan sebagai amalan dan rutin kerana kebiasaan sahaja. Tidak beristiqomah sama sekali. Beribadah tanpa ruh. Ketahuilah! Rasulullah saw berkata “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (Tirmidzi, hadits: 3479)

4. Ketika anda berasa malas untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
Bahkan meremehkannya. Tidak memperhatikan solat di awal waktu. Mengerjakan solat ketika akhir waktu, waktu solat hampir habis. Menunda-nundakan pergi haji padahal kesihatan, waktu, dan kemampuan ada. Menunda-nunda pergi solat Jumaat dan lebih suka barisan solat yang paling belakang. Waspadalah jika anda berprinsip datang paling lambat, pulang paling awal. Ketahuilah, Rasulullah saw bersabda, “Masih ada saja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti shaff pertama sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” (Abu Daud, hadits: 679)Allah swt menyebut sifat malas seperti itu sebagai sifat orang-orang munafik. “Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas.”
Jadi berhati-hatilah jika anda merasa malas melakukan ibadah-ibadah rawatib tidak rutin melakukan solat malam tidak bersegera ke masjid ketika mendengar panggilan azan, enggan mengerjakan solat dhuha dan solat nafilah lainnya atau melengah-lengahkan hutang puasa Ramadhan.

5. Ketika hati anda tidak merasa lapang.
Dada terasa sesak, perangai berubah, merasa susah hati dengan tingkah laku orang di sekitar anda. Suka memperkarakan hal-hal kecil lagi remeh-temeh. Ketahuilah Rasulullah saw berkata, “Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah Ash-Shahihah: 554)


6. Ketika anda tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Qur’an.
Tidak bergembira ayat-ayat yang berisi janji-janji Allah. Tidak takut dengan ayat-ayat ancaman. Tidak gentar kala mendengar ayat-ayat perintah. Biasa sahaja saat membaca ayat-ayat tentang kiamat dan neraka. Hati-hatilah jika anda merasa bosan dan malas untuk mendengarkan atau membaca Al-Quran. Jangan sampai anda membuka mushhaf tapi di saat yang sama melalaikan isinya.
Ketahuilah Allah swt berfirman “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Al-Anfal:2)

7. Ketika anda melalaikan Allah dalam hal berzikir dan berdoa kepadaNya.
Sehingga anda merasa berzikir adalah pekerjaan yang paling berat. Jika mengangkat tangan untuk berdoa secepat itu pula anda menangkupkan tangan dan menyudahinya. Hati-hatilah! Jika hal ini telah menjadi amalan anda. Sebab Allah telah mengolongkan orang-orang munafik dengan firman-Nya, “Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa:142)

8. Ketika anda tidak merasa marah ketika menyaksikan dengan mata kepala sendiri pelanggaran terhadap hal-hal yang diharamkan Allah. Ghirah anda padam.
Anggota tubuh anda tidak tergerak untuk melakukan nahyi munkar. Bahkan raut muka anda pun tidak berubah sama sekali.
Ketahuilah Rasulullah saw. bersabda “Apabila dosa dikerjakan di bumi maka orang yang menyaksikannya dan dia membencinya dan kadang beliau mengucapkan, mengingkarinya maka dia seperti orang yang tidak menyaksikannya. Dan siapa yang tidak menyaksikannya dan dia redha terhadap dosa itu dan dia pun redha kepadanya maka dia seperti orang yang menyaksikannya.” (Abu Daud, hadits: 4345).Ingatlah pesan Rasulullah saw ini, “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup maka dengan hatinya dan ini adalah selemah-lemahnya iman.” (Bukhari, hadits: 903 dan Muslim, hadits: 70)

9. Ketika anda gila kuasa dan suka nama.
Gila kedudukan, tampil sebagai pemimpin tanpa ada kemampuan dan tanggung jawab. Suka menyuruh orang lain berdiri ketika dia datang hanya untuk dibangga-banggakan kerana begitu diagung-agungkan orang.

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)Nabi saw. pernah mendengar ada seseorang yang berlebihan dalam memuji orang lain. Baginda pun lalu bersabda kepada si pemuji, “Sungguh engkau telah membinasakan dia atau melalaikan dia.” (Bukhari, hadits: 2469 dan Muslim hadits:  5321)Hati-hatilah. Ingat pesan Rasulullah ini, “Sesungguhnya kamu sekalian akan berhasrat mendapatkan kepemimpinan dan hal itu akan menjadikan penyesalan pada hari kiamat. Maka alangkah baiknya yang pertama dan alangkah buruknya yang terakhir.” (Bukhari: 6729)“Jika kamu sekalian menghendaki, akan kukhabarkan kepadamu tentang kepemimpinan dan apa kepemimpinan itu. Pada awalnya ia adalah cela, keduanya ia adalah penyesalan dan ketiganya ia adalah azab hati kiamat kecuali orang yang adil.” (Shahihul Jami, 1420).Untuk orang yang tidak tahu malu seperti ini perlu diingatkan sabda Rasulullah saw yang berbunyi, “Iman mempunyai tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha illallah’ dan yang paling rendah adalah menghilangkan sesuatu yang mengganggu dari jalanan. Dan malu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Bukhari, hadits: 8 dan Muslim, hadits: 50)“Mahukah kalian kuberitahu siapa penghuni neraka?” tanya Rasulullah saw. Para sahabat menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. bersabda, “ iaitu setiap orang yang kasar, angkuh dan sombong.” (Bukhari, hadits: 4537 dan Muslim, hadits: 5092)

10. Ketika anda bakhil dan kikir.
Ingatlah perkataan Rasulullah saw. ini “Sifat kikir dan iman tidak akan bersatu dalam hati seorang hamba selama-lamanya.” (Shahihul Jami’, 2678)

Rabu, 21 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KEUTAMAAN SOLAT 5 WAKTU

KEUTAMAAN SOLAT LIMA WAKTU
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Tak kenal maka tak cinta sebab utama kenapa banyak dari kaum muslimin tidak mengerjakan solat.

Tak usah jauh-jauh untuk melaksanakan solat sunat, solat 5 waktu yang wajib saja mereka tidak kerjakan padahal cukup 10 minit waktu yang diperlukan untuk melaksanakan solat dengan khusyuk. Bukan sesuatu yang menghairankan banyak kaum muslimin bekerja membanting tulang sejak matahari terbit hingga terbenam.

Pertanyaannya kenapa mereka melakukan hal itu? Kerana mereka mengetahui bahawa hidup perlu makan, makan perlu wang dan wang hanya didapati jika bekerja. Kerana mereka mengetahui keutamaan bekerja keras maka mereka pun melakukannya.

Oleh kerana itu dalam tulisan yang singkat ini kami akan mengemukakan pembahasan keutamaan solat lima waktu dan hukum meninggalkannya. Semoga dengan sedikit goresan tinta ini dapat memotivasi kaum muslimin sekalian untuk selalu memperhatikan rukun Islam yang teramat mulia ini.

Kedudukan Solat dalam Islam ...

Solat memiliki kedudukan yang agung dalam islam. Kita dapat melihat keutamaan solat tersebut dalam beberapa perkara berikut ini.

1) Solat adalah kewajiban paling utama setelah dua kalimat syahadat dan merupakan salah satu rukun islam.

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “ Islam itu dibangun di atas lima perkara iaitu: bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

2) Solat membezakan antara muslim dan kafir.

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “Sesungguhnya batasan antara seseorang dengan kekafiran dan kesyirikan adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat maka ia kafir”. Salah seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata, “Dulu para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”

3) Solat adalah tiang agama dan agama seseorang tidak tegak kecuali dengan menegakkan solat.

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,” Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya  adalah solat.”

4) Amalan yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak dia akan menyesal dan merugi. Jika ada yang kurang dari solat wajibnya Allah Tabaroka wa Ta’ala mengatakan,’ Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunat?’ Maka solat sunat tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.” Dalam riwayat lainnya,” Kemudian zakat akan (diperhitungkan) seperti itu. Kemudian amalan lainnya akan dihisab seperti itu pula.”

5) Solat merupakan Penjaga Darah dan Harta Seseorang.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda,” Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mahu mengucapkan laa ilaaha illallah (Tiada sesembahan yang haq kecuali Allah), menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah melakukan semua itu, bererti mereka telah memelihara harta dan jiwanya dariku kecuali ada alasan yang hak menurut Islam (bagiku untuk memerangi mereka) dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.”

Keutamaan Mengerjakan Solat 5 waktu.

Solat memiliki keutamaan-keutamaan berupa pahala, ampunan dan berbagai keuntungan yang Allah sediakan bagi orang yang menegakkan solat dan rukun-rukunnnya dan lebih utama lagi apabila sunnah-sunnah solat 5 waktu dikerjakan diantara keutamaan-keutamaan tersebut adalah:

1) Mendapatkan cinta dan redha Allah.

Orang yang mengerjakan solat bererti menjalankan perintah Allah maka ia pantas mendapatkan cinta dan keredhaan Allah. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah (wahai muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imran: 31)


2) Selamat dari api neraka dan masuk kedalam syurga

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al Ahzab: 71).Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi Rahimahullahu ta’ala berkata, “Yang dimaksud dengan kemenangan dalam ayat ini adalah selamat dari api neraka dan masuk ke dalam syurga”. Dan melaksanakan solat termasuk mentaati Allah dan RasulNya.

3) Pewaris syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al Mu’minun: 1-11)

4) Pelaku solat disifati sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 2-3)


5) Akan mendapat ampunan dan pahala yang besar dari Allah.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al Ahzab: 35)


6) Solat tempat meminta pertolongan kepada Allah sekaligus ciri orang yang khusyuk.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk’.” (QS. Al Baqarah: 45)


7) Solat mencegah hamba dari Perbuatan Keji dan Mungkar.

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Ankabut: 45)


Hukum Meninggalkan Solat ..

Di awal telah dijelaskan bahawa solat merupakan tiang agama dan merupakan pembeza antara muslim dan kafir. Lalu bagaimanakah hukum meninggalkan solat itu sendiri apakah membuat seseorang itu kafir?

Perlu diketahui para ulama telah sepakat (baca: ijma) bahawa dosa meninggalkan solat lima waktu lebih besar dari dosa-dosa besar lainnya. Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”

Adapun berbagai andaian orang yang meninggalkan solat seperti berikut:

Andaian pertama: Meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya sebagaimana mungkin perkataan sebahagian orang, ‘Solat boleh tak solat pun boleh.’ [Kalau mahu solat boleh saja tidak solat juga tidak apa]. Jika hal ini dilakukan dalam rangka mengingkari hukum wajibnya solat, orang semacam ini dihukumi kafir tanpa ada perselisihan di antara para ulama.

Andaian kedua: Meninggalkan solat dengan menganggap mudah dan tidak pernah melaksanakannya. Bahkan ketika diajak untuk melaksanakannya, malah enggan. Maka orang semacam ini berlaku hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menunjukkan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, ulama salaf dari sahabat dan tabi’in. Contoh hadits mengenai masalah ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”

Andaian ketiga: Tidak rutin dalam melaksanakan solat iaitu kadang solat dan kadang tidak. Maka dia masih dihukumi muslim secara zahir (yang nampak pada dirinya) dan tidak kafir. Inilah pendapat Ishaq bin Rohuwyah iaitu hendaklah bersikap lemah lembut terhadap orang semacam ini hingga dia kembali ke jalan yang benar. Wal ‘ibroh bilkhotimah (Hukuman baginya dilihat dari keadaan akhir hidupnya).

Andaian keempat: Meninggalkan solat dan tidak mengetahui bahawa meninggalkan solat membuat orang kafir. Maka hukum bagi orang semacam ini adalah sebagaimana orang jahil (bodoh). Orang ini tidaklah dikafirkan disebabkan adanya kejahilan pada dirinya yang dinilai sebagai faktor penghalang untuk mendapatkan hukuman.

Andaian kelima: Mengerjakan solat hingga keluar waktunya. Dia selalu rutin dalam melaksanakannya namun sering mengerjakan di luar waktunya. Maka orang semacam ini tidaklah kafir namun dia berdosa dan perbuatan ini sangat tercela sebagaimana Allah berfirman (yang ertinya), “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (QS. Al Maa’un [107] : 4-5)

Nasihat Berharga: Jangan Tinggalkan Solatmu!

Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan, “ Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“

Imam Ahmad –rahimahullah- juga mengatakan perkataan yang serupa “Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu. Kenalilah dirimu wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.“

Ibnul Qoyyim mengatakan, “Iman adalah dengan membenarkan (tashdiq). Namun bukan hanya sekadar membenarkan (menyakini) saja tanpa melaksanakannya (inqiyad). Kalau iman hanyalah membenarkan (tashdiq) saja tentu iblis, Fir’aun dan kaumnya, kaum soleh dan orang Yahudi yang membenarkan bahawa Muhammad adalah utusan Allah (mereka meyakini hal ini sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka) tentu mereka semua akan disebut orang yang beriman (mu’min-mushoddiq).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...