Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 8 Ogos 2012

TERAPI MINDA - KISAH-KISAH TELADAN


KISAH 1 - MEMBUAT SYAITAN MARAH

Allah swt menyukai jika kita membuat perkara-perkara yang syaitan membenci atau tidak suka. Pernah seorang lelaki yang soleh mempunyai seekor kambing dan dibela oleh hamba abdinya. Setiap hari si hamba mengembala kambing itu ke padang ragut dan di masukkan ke dalam kandangnya apabila hari menjelang malam.

Pada suatu hari lelaki soleh itu ternampak kambingnya itu hilang sebelah kaki. Akibatnya kambing itu berjalan tempang dan bertatih-tatih. Dia berasa sungguh kasihan namun juga hairan. Bagaimana kambingnya boleh menjadi begitu? Dia pun bertanya kepada hambanya.

Saya yang menyebabkan kakinya menjadi begitu, tuan." Subhanalallah...mengapa?" tanya lelaki soleh itu. " Sengaja saya berbuat begitu. Saya ingin membuat hatimu marah." Si hamba itu menjawab dengan selamba. " Baiklah sekarang biar saya pula membuat syaitan yang menyuruhmu berbuat kejahatan menjadi sakit hati," kata lelaki soleh itu. Si hamba hairan dengan tindakan tuannya. Hendak membuat syaitan marah?

" Sekarang saya memerdekakan kamu semata-mata kerana Allah swt. Pergilah." Si hamba terkejut namun gembira dengan tindakan orang yang soleh itu. Ternyata tuannya ini memiliki kesolehan yang tinggi. Orang soleh ini bukan sahaja dapat mengawal kemarahan malah membuat kebaikan pula kepada orang yang sepatutnya di marahi.

KISAH 2 - KEJUJURAN SYEIKH ABDUL QADIR JAELANI

Syeikh Abdul Qadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut.


KISAH 3 - TAUBAT SEORANG PEMILIK ROTI

Diriwayatkan dari Abu Burdah;
Ketika menjelang wafat Abu Musa sempat berkata kepada putranya, “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seorang pemilik roti.

Dahulu di sebuah pertapaan ada seorang laki-laki tekun beribadah selama 70 tahun. Dia tidak pernah meninggalkan pertapaannya, kecuali pada hari-hari tertentu. Kemudian suatu ketika dia digoda oleh seorang wanita hingga dia pun terjatuh dalam pujuk rayunya, bahkan sempat tinggal bersama selama 7 hari sebagaimana layaknya suami isteri. Setelah dia sedar dan taubat, maka ditinggalkannya pertapaan tersebut dan setiap kali melangkahkan kakinya sentiasa diikutinya dengan solat dan bersujud. Sampailah dia di sebuah kedai yang di dalamnya terdapat 12 orang miskin, sang pertapa itu pun bermaksud bermalam di sana. Kerana tidak kuat menahan rasa letihnya dari sebuah perjalanan yang cukup panjang, akhirnya dia tertidur di antara beberapa lelaki miskin dalam kedai tersebut.

Sementara itu, di sekitar kedai tersebut hiduplah seorang pendeta yang setiap malam selalu mengirimkan beberapa potong roti kepada penghuni kedai dengan masing-masing orang mendapatkan sepotong. Suatu ketika datang pula pemilik roti lainnya yang juga membahagi-bahagikan roti kepada setiap penghuni kedai sepotong-sepotong dan pertapa yang bertaubat yang melintas di depannya juga diberinya, karena dikira sebagai orang miskin sebagaimana penghuni lain dari kedai itu.

Salah seorang di antara orang-orang miskin ada yang tidak kebagian roti dari pemilik roti tersebut, dan berkatalah dia kepadanya, “Mengapa anda tidak memberikan roti ini kepadaku?”
“Anda lihat sendiri, apakah aku menyimpan roti untuk anda? Cuba tanyakan kepada mereka, adakah salah seorang dari mereka yang kuberi roti sampai dua potong?” tanya pemilik roti itu.
“Tidak,” jawab para penghuni kedai serempak.
“Demi Allah, pada malam ini aku tidak akan memberikan sedikit pun roti kepadamu!” jawab pemilik roti itu.

Kemudian lelaki yang bertaubat itu bermaksud mengambil roti yang telah diberikan kepadanya tadi untuk diberikan kepada orang yang tidak kebahagian roti tersebut. Lalu keesokan harinya orang yang bertaubat itu meninggal dunia, dan ditimbanglah amal ibadah selama 70 tahun dengan kemaksiatan (dosa) yang dilakukannya selama 7 malam. Akan tetapi, ternyata amal ibadat selama 70 tahun itu terkalahkan dengan dosa akibat perbuatannya selama 7 malam, dan ketika dosa perbuatannya selama 7 malam itu ditimbang dengan sepotong roti, amal sepotong roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama 7 malam itu.”

Abu Musa lalu berkata, “Wahai anakku, ingatlah kamu akan pemilik roti itu!”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...