Masker ni saya beli semasa pergi ke KL Centrel. Murah harganya dan mampu milik. Bukan terletak pada harganya tapi memang sesuai dengan kulit saya. Sangat fresh dan tenang. Kalau kita sedang stress atau sakit kepala masker ini dapat mengurangkan sedikit tekanan dan sakit. Walaupun tak sepenuhnya tapi akan rasa tenang dan lega. Kalau tak percaya cubalah..........
Terasa wajah lembut dan segar selepas pakai masker tersebut. Biasanya pakai dalam masa 20 - 25 minit tapi saya lebih suka pakai masker ini sehingga kering. Lepas masker tu kering barulah saya tanggalkan. Saya akan pastikan yang masker tu benar-benar telah meresap sepenuhnya di muka saya. Selepas itu saya akan sapu lebih-lebihan masker yang belum kering keseluruhan wajah saya. Terasa benar-benar segar dan licin wajah saya. Saya tidak akan membasuh wajah saya selepas itu dan saya akan terus tidur. Apabila bangun pagi nanti kelembapan wajah saya masih lagi terjaga dan wajah saya akan kelihatan segar dan bersih. Saya memang sukakan masker yang diperbuat daripada buah-buahan terutamanya buah epal dan strawberry. Selain masker epal dan strawberry saya juga suka masker daripada buah apprikot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan