Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Ahad, 7 April 2013

TERCAPAI JUGA HASRAT.................handbeg dan beg galas

Setelah kempunan tak dapat beli handbeg semasa di Johor tempohari akhirnya berjaya juga miliki beg idaman. Walaupun tak sebiji dan serupa tapi memenuhi citarasa saya 2 dalam 1. Kat mana lagi kalau bukan SOGO KL. Jiran tetangga office sayalah yang paling dekat dan senang nak cari. Pilihan pun banyak. Memang dah lama pakai handbeg yang beli dekat SOGO. Handbeg kat sini memang tahan lama. Sebelum pakai yang baru ni pun yang dulu beli kat SOGO. Dah bertahun tak tukar. 3 tahun rasanya dah tak ingat sebab lama sangat. Tukar nipun semata-semata sebab tali dia dah nak putus. Kiranya saya pakai handbeg ni kira bersopanlah jugak tak kasar dan pandai jaga....kukuikui puji diri sendiri pulak. Selain rembat handbeg saya juga rembat satu beg galas untuk jalan-jalan. Memang suka sangat beg yang macam ni. Senang nak isi bagai. Botol air, telekung, barang mekup, minyak wangi, segala bagai kunci, handphone dan cermin mata. Lengkap 2 dalam satu.



Beg galas senang nak bawa. Macam-macam boleh isi dan macam-macam ada di dalamnya. Jenama polo


Handbeg idaman akhirnya dapat juga......merah kau...lain daripada yang lain. Jenama Carlo Rino kelas gitu

Sabtu, 6 April 2013

CENDERAHATI dari Johor, Melaka dan Singapore

Masa percutian 3 hari 2 malam di Singapura tu memang kami manfaatkan cukup-cukup percutian tersebut. Dari johor ke Singapore ke Johor dan seterusnya Melaka. Memang betul-betul percutian. Masa di Singapore tu dapatlah beli 2 helai t-shirt Universal Studio. Di Johor sempatkan belikan patung spiderman untuk 2 orang anak buah tersayang. Di Melaka pula beli fridge magnet. Cuma masa di Johor sahaja saya tak jumpa frigde magnet. Kalau ada memang dah beli. Hobi saya memang suka mengumpul frigde magnet.


T-shirt yang dibeli di USS Singapore


Fridge magnet dari Melaka
 

2 patung spider khas untuk anak-anak buah kesayangku dari Ayer Hitam Johor

Jumaat, 5 April 2013

MAKAN MALAM - OTAK-OTAK JOHOR Terbaikkk

Hari pertama dan kedua di Johor - Makan malam mesti ada order otak-otak
 
Pertama kali makan otak-otak ni memang sedap. Tak pernah pun makan otak-otak. Di Kuala Lumpur juga jual otak-otak tapi tak pandang pun. Masa singgah makan malam di Johor 2 hari tu itulah pertama kali rasa makan otak-otak. Memang sedaplah.....Gileeer kau tak sedap. Dapat makan 10 pun tak cukup. TERBAIKlahhhhh otak-otak johor ni. Sama sedap macam makan sata terengganu. Dua-dua diperbuat daripada ikan.
 
 
Masa ni tinggal kulit aje...Itupun berebut tak cukup. Penangan otak-otak johor

Khamis, 4 April 2013

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE - BESTNYA

29 MAC 2013 - Hari Kedua di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
 
 
Selesai sahaja urusan check in di imigresen Singapore bas persiaran kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami. Dalam pukul 10.30 bas persiaran kami pun sampai ke Universal Studio. Univesal Studio ni buka pada pukul 10.00 pagi. Masa kami sampai tu memang penuh sesaklah kat USS tu. Tapi yang bagusnya di tempat parking tu sangat luas dan bas yang menghantar penumpang apabila selesai menurunkan penumpang terus beredar. Memang tiada berlaku kesesakkan. Pada tempat parking yang kosong lampu hijau akan menyala. Lampu merah menandakan tempat parking telah penuh. Canggihkan sistem parking di Singapore ni. Tak perlulah kenderaan beratur panjang menunggu parking kosong. Kalau sesiapa yang ingin bercuti ke Singapore saya galakkan tukar duit di Malaysia kerana apabila kita telah memasukki singapore matawang pertukaran lebih tinggi dan nilai wang kita sangat rendah. Memang sangat rendah.

TRANSFORMERS adalah permainan yang pertama kami main. Masa kami datang tu adalah musim cuti sekolah. Memang penuh sesak orang ramai. Setiap permainan yang kami hendak main telah dicatatkan masa menunggu. Masa kami nak main transformer tu masa menunggu adalah 60 minit. Memang patah kakilah beratur. Punyalah lama 1 jam kami menunggu dan beratur. Memang terlalu ramai. Tapi bila dah dapat main terasa hilang semua penat menunggu dan beratur. BEST gilerrrr...............gilerrr kau tak best. Bayar mahal-mahal gilerr tak best. Very perfect. Sepanjang kami beratur dan menunggu di dalam ruang menunggu tu kami ditontonkan dengan cerita movie transformer dan gambar-gambar transformer. Logo dan anggota badan robot tersebut juga dipamerkan disepanjang ruang menunggu tersebut. Sebelum menaiki mesin perentas masa tu kami ditontonkan ciri-ciri keselamatan semasa menaiki mesin perentas masa tersebut. Kami diminta memakai cermin mata 3G. Kalau orang yang ada masalah atau tekanan elok sangatlah main permainan tersebut. Terus hilang segala masalah. Tapi bagi yang ada masalah kesihatan dilarang sama sekali menaiki mesin tersebut. Kalau apa-apa terjadi tanggunglah sendiri sebab sebelum masuk dah diberi amaran. Mesin perentas masa tersebut membawa kami menjelajah dunia transformer. Ada transformer yang baik membawa kami menjelajah dunia robot. Biasalah bila ada robot baik mesti ada robot jahat. Di sinilah bermulanya perjalanan kami. Bila transformer jahat dan baik berlawan kami terasa percikan api, air dan tumbukan. Macam menaiki roller coster pun ada. Memang rasa macam real. Sungguh mendebarkan perjalanan kami. Sepanjang menjelajah dunia robot tersebut kami semua tak kiralah kecil, tua, muda, lelaki ke perempuan ke semuanya menjerit sekuat hati. Dah tak ada rasa malu ke segan ke yang penting happening.
 
 
Dihadapan TRANSFORMERS THE RIDE IS LOCATED AT SCI FI CITY masa ini dah selesai menjelajah bersama robot yang baik tu. Thankz robot yang baik membawa kami menjelajah ke dunia transformers dengan selamat.
 
Selesai sahaja permainan di TRANSFORMERS THE RIDE  kami terus ke permainan ANCIENT EGYPT. Masa yang paling lama menunggu dalam banyak masa-masa menunggu 70 minit. Memang terasa sakit kakilah. Tu yang sampai bengkak kami. Letih beratur sebab kena berdiri terlalu lama. Dinasihatkan kalau nak pergi USS ni pergilah waktu bukan musim cuti sekolah. Confirm orang tak ramai dan tak perlu nak beratur panjang dan menunggu masa yang lama.
 

Harimau ini akan mengaum kalau kita lalu kat depan dia.


 
 
Yang ada badak air, harimau, ular dan kumbang tu semua di ANCIENT EGYPT. Masa ni kami dibawa mengelilingi kawasan ini dengan menaiki kereta yang boleh memuatkan untuk 4 orang.

Kemudian kami meneruskan permainan yang ke tiga pula. Masa ni beratur memang terlalu lama. Tapi memang frust sangat sangat masa ni. Dah hampir satu lorong untuk menaiki bot. Tiba-tiba pengumuman memaklumkan berlaku masalah teknikal. Memang frust masa ni. Dahlah tunggu terlalu lama, beratur panjang macam tak biasa pulak.....semua permainan kena beratur panjang kan. Agak setengah jamlah kami menunggu. Akhirnya kami dah tak larat nak menunggu kamu keluar terus dari tempat tersebut. Ramai jugalah yang keluar ketika itu mungkin mereka tak sanggup nak tunggu lama. Disebabkan cuaca tak mengizinkan ketika itu hujan semua permainan yang melibatkan outdoor diberhentikan sementara waktu.
 
 
 

 
Tak dapat bermain di JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE tangkap gambar pun jadilah.
 
Kami sempat singgap di kedai Jurassic untuk membeli belah. Dapatlah saya merembat satu helai baju Universal Studio buat kenang-kenangan. Kemudian kami terus ke CANOPY FLYER and DINO - SOARIN THE LOST WORLD. Tapi permainan ini tak boleh juga main kerana cuaca tidak mengizinkan. Masa ini masih ada orang ramai yang beratur panjang. Mungkin mereka masih mahu menunggu lagi. Kami cuma jalan-jalan sekitar kawasan ini sahaja.
 
 
Masa ni teringin nak naik Canopy Flyer tapi bila tengok orang ramai beratur terus tak jadi.....Dah tak sanggup nak beratur lama-lama
 
 
Di CANOPY FLYER and DINO - SOARIN THE LOST WORLD
 
Kami kemudiannya terus berjalan ke THE LAND OF FAR AWAY. Masa ni sepatutnya masa untuk perarakan duplicate artis Hollywood. Tapi perarakan tersebut diawalkan. Masa kami sampai kami hanya sempat tengok SHREK berarak yang lain-lain tu tak sempat. Kami menghabiskan masa kami di FAIRYTALES AND OGRESS COLLIDE. Memang cantiklah tempat ni. Kalau nak bergambar dengan maskot dan duplicate artis-artis hollywood ni kena beratur. 
 


Di FAIRYTALES AND OGRESS COLLIDE - Cantikkan tempatnya
 

 
Masa ni di Madagascar : A CRATE ADVENTURE and SHREK 4D ADVENTURE. Dapatlah tengok maskot shrek tu berarak.

Di Fairytales ini memang banyak kedai-kedai cenderahati. Macam-macam ada. Topi, t-shirt, fride magnet, key chain, tuala, mug, pensil, pen, glob, kasut, tuala muka dan tangan  dan bagailah. Sediakan duit ajelah kalau nak beli. Satu fridge magnet yang paling murah 3.90 dollar singapore. Kalau dalam RM 12.90 lebih kuranglah. Saya paling suka frame fridge magnet. Harganya 5.90 dollar Singapore. Memang cantik dan macam ada-ada. Saya tak dapat nak beli fridge magnet sebab duit dollar singapore masa tu dah habis sebab dah rembat baju Universal Studio sampai dua helai. Satu harganya 31.90 dan 23.90 dollar Singapore. Kiralah sendiri kalau dalam Ringgit Malaysia. Dalam hati kalau ada kawan-kawan yang nak pergi USS teringin nak kirim belikan frame fridge magnet tu. Rasanya tak bestlah kalau tak ada cenderahati fridge magnet USS tu. Tak lengkap rasanya. Nak penuhkan fridge magnet kat rumah tu.
 
 
 
 
Di Ancient Egypt tempat THE mummy...Dalam ni pun kami tak sempat nak masuk.....
 
Dah puas membeli belah dan bermain kami pun mula beredar ke ruang legar USS. Sementara menunggu rakan-rakan kami yang lain selesai membeli belah kami berposing puas-puas di globe UNIVERSAL STUDIO. Memang wajiblah berposing kat sini. Tanda mercu Universal Studio.
 
 
 Akhirnya saya dihadapan glob USS.


Masa ini memang ramai orang nak bergambar kat depan glob ni. Terpaksa menunggu orang lain selesai tangkap gambar masing-masing. Kalau tidak macam nilah macam-macam ada gangguan disekeliling.

 
Posing-posing jangan tak posing bukti kami dah sampai di USS Singapore.
 
Dalam pukul 7.00 kami pun mula beransur turun ke tempat parking bas persiaran kami. Pemandu bas tersebut telah memaklumkan kepada kami awal-awal lagi semasa kami mula menaiki bas hendak menuju ke Singapore. Beliau memaklumkan bahawa USS akan tutup pada pukul 7.30 malam. Bas kami akan mengambil kami semula pada pukul 7.30 malam. Pada pukul 7.15 malam kami telah diminta untuk bersedia menunggu. Tepat 7.30 malam bas persiaran kami pun sampai. Masa ini memang dah penat dan letih ditambah dengan sakit kaki setelah lama beratur untuk menunggu permainan. Tapi dalam hati kami memang gembira sangat dan kalau boleh nak pergi lagi sebab banyak permainan yang kami tak sempat nak main sebab masalah cuaca.

Rabu, 3 April 2013

IMIGRESEN JOHOR DAN SINGAPORE - URUSAN CHECK IN PASPORT

29 MAC 2013
IMIGRESEN JOHOR DAN SINGAPORE - Hari Kedua
 
Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba awal-awal lagi kawan dah beritahu yang bas persiaran hotel kami akan menunggu kami pada pukul 8.30 pagi. Memang awal supaya urusan imigresen di Johor dan Singapore berjalan lancar. Kalau lambat takut berlaku kesesakan di pintu masuk imigresen. Masa kami berurusan di imigresen Johor agak lengang sikit. Tetapi agak sesak juga orang yang keluar masuk ke Singapore dan Johor mungkin kerana mereka bekerja di Singapore di samping orang-orang yang ingin melancong ke Singapore. Tapi perkhidmatan bas berhenti-henti ke Singapore agak sesak dan sibuk. Orang ramai sedang menunggu bas mungkin urusan kerja. Berpusu-pusu orang ramai ke stesen bas untuk memulakan kerja harian mereka. Kebetulan kami sampai ke Imigresen adalah waktu puncak orang ramai pergi kerja. Selepas berurusan dengan imigresen Johor kami menunggu semula bas kami di pintu keluar imigresen. Urusan di imigresen Johor memang saya puji sebab pantas dan cepat. Mudah dan segera. Selesai urusan di imigresen Johor kami terus menaiki bas persiaran kami menuju ke imigresen Singapore. Memang sesak dan sibuk tapi banyak kaunter yang dibuka untuk urusan. Petugas kaunter imigresen Singapore tu pun peramah dan mesra. Masa penyerahan passport tu petugas kaunter imigresen dengan ramahnya bertegur sapa dan bertanya nak ke mana. Saya kata pergi ke USS. Dia pun kata selamat datang dan selamat bergembira. Memang seronoklah masa nak check in masuk ke imigresen ini. Untuk peringatan semasa di imigresen tidak dibenarkan mengambil gambar. Semasa proses imigresen di Johor kami di minta hanya membawa pasport sahaja beg lain-lain yang berisi barang-barang tidak dibenarkan di bawa turun. Semasa urusan pasport di singapore kami diminta membawa pasport dan beg yang lain untuk urusan pemeriksaan. Segala urusan nak tangkap gambar juga tidak dibenarkan. Kalau ada bawa kamera simpan sahaja di dalam beg. Makanan seperti gula-gula getah juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke Singapore. Bagi yang merokok tidak dibenarkan membawa kotak rokok. Kalau bawa juga kotak rokok dimestikan keluarkan dalam 3 batang rokok. Tidak dibenarkan membawa sekotak rokok. Itulah peraturan imigresen Singapore.
 
 
Pasport dan tiket masuk ke USS Singapore dah sedia. Jom kita bersuka ria.
 

Masa ni kami dalam bas dan dah mula masuk ke Singapore. Semasa bas kami menyusuri jalan ke Singapore arah dari Singapore ke Johor agak sesak. Mungkin ramai orang Singapore turun ke Johor. Mungkin juga kesesakan di imigresen Singapore ke Johor.


Selepas melepasi urusan imigresen Singapore. Permandangan dalam Bandar Singapore. Yang uniknya yang tak pernah ada di Malaysia tapi di Singapore semua rumah di sana sidai baju tidak menggunakan ampaian atau hanger sebaliknya mereka menggunakan batang ampaian di mana baju tersebut dimasukkan ke dalam batang ampaian tersebut. Nampak memang sistematiklah cara penyidaian baju-baju mereka di sini. Semua sama mungkin kerajaan Singapore telah menetapkan cara-cara penyidaian seperti berikut. Memang tidak mencacatkan permandangan rumah di sana.


Masa ini kami dah mula memasuki Universal Studio. Pintu gerbang Resort World Sentosa.


Dari jauh kami dah nampak Disneyland..

 
Akhirnya kami berjaya masuk ke pintu masuk Universal Studio Resort world Sentosa. Hati kami dah berbunga-bunga. Tergambar di fikiran saya TRANSFORMERS dan JURASICC PARK.

Selasa, 2 April 2013

SURIA CITY HOTEL JOHOR BAHARU - Hari Pertama Penginapan

Kami sampai sahaja di hotel penginapan kami pada pukul 6.30 petang . Masa tu tengah hujan. Check in dulu sebelum masuk bilik. Sebenarnya kami dah booking awal-awal lagi bilik ni. Hotel ni memang berdekatan dengan laut.


Inilah dia hotel penginapan kami selama 3 Hari 2 Malam.


Kami booking bilik untuk 2 katil single.
 

Sabun, shampo dan mandian badan produk hotel. Tapi tak guna pun sebab saya lebih suka bawa keperluan sendiri. Mana-mana pergi pun saya lebih suka bawa barang sendiri.


Keadaan kaunter perkhidmatan hotel cuma yang tak berapa seronoknya cafeterianya pun berada diruang legar kaunter begitu juga dengan liftnya. Agak sesaklah bila nak guna lift sebab ada ruang cafeteria. Nak puji sarapan paginya memang sedap terutamanya kue tew dan mee goreng memang power. Untuk lunch atau dinner tak tahu pulak sedap atau tidak sebab lunch dan dinner kami makan kat luar.

Isnin, 1 April 2013

JOHOR PREMIUM OUTLETS - Hari Pertama jalan2

28 MAC 2013 - HARI PERTAMA
 
Pagi tu sebelum bertolak ke destinasi yang kami nak tujui kami bersarapan dulu. Penting oiiiiii sarapan ni. Isi perut dahulu di Komuniti dekat dengan rumah kami. Lepas sarapan barulah kami bertolak dari Pandan Indah pada pukul 9.00 pagi. Kalau diikutkan destinasi pertama kami di Tangkak tapi disebabkan masalah komunikasi kami  tak dapatlah kami ke sana. Dah masuk tol Tangkak tapi terpaksa dibatalkan sebab sebuah kereta kawan kami yang lain dah terlajak ke depan. Terpaksalah kami  mpusing balik dan teruskan perjalanan kami untuk destinasi yang ke dua. Dalam pukul 1.00 kami dah sampai di Hentian Rehat Machap. Kami rehat untuk makan tengahari dan solat jamak Zohor dan Asar sebentar. Selepas rehat kami memulakan perjalanan semula.
 
Dalam pukul 2.30 kami pun sampai di destinasi pertama (sepatutnya ke dua) kami di Johor Premium Outlets (JPO).Dari jauh kami dah nampak papantanda JPO.  Akhirnya kami sampai juga ke JPO. YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS. JPO kami dah datang.

 
 
Dalam JPO ini macam-macam ada kedai-kedai jualan. Dari kasut, beg, minyak wangi, baju, vallet, coklat dan berbagai macamlah. Kalau masuk JPO ini memang sediakan duit ajelah. Kalau orang yang jenis suka bershoping ni memang inilah tempatnya. Kalau tak ada duit setakat window shoping pun jadilah.

 
Semua kedai barangan berjenama. Sediakan duit ajelah kalau nak beli.


Rambang mata oiiiii masuk kedai-kedai yang macam ni.....tak beli rugi...


BONIA DAN OROTON......Kedai kasut, baju , vallet, beg dan macam-macamlah......pilih aje yang mana berkenan dihati
 

Kedai pakaian memang bajunya cantik-cantik tapi bukan citarasa saya
 

Kedai yang dah berkenan sangat kat handbeg tu. Tapi apakan daya bujet lari

 
Beg yang menjadi idamanku tapi tak dapat beli......ada pelbagai warna merah, kelabu, purple, coklat, pink dan biru. Saya idamkan yang warna merah atau coklat. Tengok ajeler.....
 


 

Macam-macam barang berjenama ada di sini. Masuk ada kedai beg, kasut, vallet dah terbau kulit. Sahlah kedai original. Puas hatilah tengok barang-barang kat sini. Terliuh jugalah sebab tak beli. Tak cukup bujet oiiiii....Dalam banyak-banyak kedai tu memang ada satu kedai yang yang saya dah berkenan. Masa nak datang sini memang dah ada simpan angan-angan nak beli handbeg merangkap beg galas. Dah jumpa dan dah berkenan tapi harga makkkkkk aiiii RM 600.00 dah diskaun pun masih tak mampu lagi. Lagi bujet ahhhhhh...Tengok ajelah beg tu. Beg yang dah lama menjadi idaman. Beg 2 in 1. Tak ada rezeki nak beli.....Kempunan telur tembakul lah. Hahahaahha ada hati nak beli barangan berjenama. Seronok dan habis duit. Tapi saya tak habis duitlah sebab dah bujet.



Dah penat window dan shoping rehat sebentar hilangkan penat. Akhirnya kawan serumah dapat juga vallet idaman beliau....

Selepas semuanya dah seronok bershoping sakan dan dapat apa yang dikehendaki kami pun mula meneruskan perjalanan ke destinasi ke 3 kami ke Johor Baharu. Dalam pukul 6.30 kami pun sampai ke hotel penginapan kami di SURIA CITY HOTEL JOHOR BAHARU. Masa untuk rehatkan badan dan meneruskan destinasi kami yang ke 4 ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. Zaaazzzzzzzzzzzzzz.....tunggu kami datang esok pagi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...