Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 7 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN HARI JUMAAT


Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 
Dalam hadis lain RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat pada hari itulah Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah. 
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Khamis, 6 Disember 2012

KARNIVAL KKLW........

Hari ini kena pergi ke Putrajaya kerana ada Karnival KKLW. Sebagai wakil dari MARA untuk menjayakan karnival tersebut.




Macam-macam ada di karnival tersebut khas untuk wanita. Pemeriksaan kesihatan, derma darah, produk kecantikan, gubahan bunga dan tuala serta jualan. Ceramah untuk kesihatan pun ada.


Demontrasi make up pun ada....


 Johan gubahan tuala ala tanjak dan songkok...


Tempat ketiga tuala ala kipas dan topi...


Tempat kedua gubahan tuala ala  buah-buahan dalam bakul...


Tempat kedua  ukiran buah dari tembikai...


Johan ukiran buah dari tembikai....memang patut johan punyalah berseni-seni dan kreatif....dah macam hasil kerja chef

Rabu, 5 Disember 2012

TERAPI MINDA.....SEORANG AYAH BERTAUBAT DENGAN SEBAB ANAKNYA MASIH BERUSIA 7 TAHUN

Bismillahir-Rah maanir-Rahim

Satu lagi kisah nyata di zaman ini. Seorang penduduk Madinah berusia 37 tahun telah menikah dan mempunyai beberapa orang anak. Ia termasuk orang yang suka lalai dan sering berbuat dosa besar  jarang melakukan solat kecuali sewaktu-waktu saja atau kerana untuk dilihat orang lain.
Penyebabnya tidak lain kerana ia bergaul akrab dengan orang-orang jahat dan para dukun. Tanpa ia sedari syaitan setia menemaninya dalam banyak kesempatan. 
Ia bercerita mengisahkan tentang riwayat hidupnya: 
“Saya memiliki anak laki-laki berusia 7 tahun bernama Marwan. Ia bisu dan tuli. Ia dididik ibunya perempuan solehah dan kuat imannya.
Suatu hari setelah azan maghrib saya berada di rumah bersama anak saya Marwan. Ketika saya sedang berbicara di mana berkumpul bersama teman-teman pada malam hari tiba-tiba saya dikejutkan oleh anak saya. Marwan mengajak saya bicara dengan bahasa isyarat yang ertinya ”Mengapa engkau tidak solat wahai Abi?”
Kemudian ia menunjukkan tangannya ke atas ertinya ia mengatakan bahawa Allah yang di langit melihatmu.
Terkadang anak saya melihat saya sedang berbuat dosa maka saya kagum kepadanya yang menakut-nakutkan saya dengan ancaman Allah. Anak saya lalu menangis di depan saya maka saya berusaha untuk merangkulnya tapi ia lari dariku.
Tak berapa lama ia pergi ke kamar mandi untuk berwudhu meskipun belum sempurna wudhunya tapi ia belajar dari ibunya yang juga hafal Al-Quran. Ia selalu menasihati saya tapi saya masih tidak mengendahkannya.
Kemudian Marwan yang bisu dan tuli itu masuk lagi menemui saya dan memberi isyarat agar saya menunggu sebentar lalu ia solat maghrib di hadapan saya. Setelah selesai ia bangkit dan mengambil mushaf Al-Quran membukanya dengan cepat dan menunjukkan jarinya ke sebuah ayat (yang ertinya):
”Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari Allah Yang Maha Pemurah maka kamu menjadi kawan bagi syaitan” (Maryam: 45)
Kemudian ia menangis dengan kerasnya. Saya pun ikut menangis bersamanya. Anak saya ini yang mengusap air mata saya. Kemudian ia mencium kepala dan tangan saya setelah itu berbicara kepadaku dengan bahasa isyarat yang ertinya, ”Solatlah wahai ayahku sebelum ayah ditanam dalam kubur dan sebelum datangnya azab!” 
Demi Allah saat itu saya merasakan suatu ketakutan yang luar biasa. Segera saya nyalakan semua lampu rumah. Anak saya Marwan mengikutiku dari ruangan satu ke ruangan lain sambil memperhatikan saya dengan aneh. 
Kemudian ia berkata kepadaku (dengan bahasa isyarat), ”Tinggalkan urusan lampu, mari kita ke Masjid Besar (Masjid Nabawi).”
Saya katakan kepadanya, ”Biar kita ke masjid dekat rumah saja.”
Tetapi anak saya bersikap keras meminta saya menghantarkannya ke Masjid Nabawi.
Akhirnya, saya mengalah kami berangkat ke Masjid Nabawi dalam keadaan takut dan Marwan selalu memandang saya. Kami masuk menuju Raudhah. Saat itu Raudhah penuh dengan manusia tidak lama datang waktu iqamat untuk solat isyak saat itu imam masjid membaca firman Allah (yang ertinya),
”Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekalian niscaya tidak seorang pun bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (An-Nuur: 21)
Saya tidak kuat menahan tangis. Marwan yang berada disampingku melihat aku menangis, ia ikut menangis pula. Saat solat ia mengeluarkan tisu dari sakuku dan mengusap air mataku dengannya. Selesai solat aku masih menangis dan ia terus mengusap air mataku. Sejam lamanya aku duduk sampai anakku mengatakan kepadaku dengan bahasa isyarat ”Sudahlah wahai Abi!” Rupanya ia cemas kerana kuatnya tangisanku. Saya katakan ”Kamu jangan cemas.”
Akhirnya kami pulang ke rumah. Malam itu begitu istimewa kerana aku merasa baru terlahir kembali ke dunia. Isteri dan anak-anakku menemui kami. Mereka juga menangis padahal mereka tidak tahu apa yang terjadi.
Marwan berkata tadi Abi pergi solat di Masjid Nabawi. Isteriku senang mendapat berita tersebut dari Marwan yang merupakan hasil dari didikannya yang baik.
Saya ceritakan kepadanya apa yang terjadi antara saya dengan Marwan. Saya katakan, “Saya bertanya kepadamu dengan menyebut nama Allah apakah kamu yang mengajarkannya untuk membuka mushaf Al-Quran dan menunjukkannya kepada saya?”
Dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali bahawa ia tidak mengajarinya. Kemudian ia berkata, “Bersyukurlah kepada Allah atas hidayah ini.”
Malam itu adalah malam yang terindah dalam hidup saya. Sekarang alhamdulillah saya selalu solat berjamaah di masjid dan telah meninggalkan teman-teman yang buruk semuanya 
Saya merasakan manisnya iman dan merasakan kebahagiaan dalam hidup, suasana dalam rumah tangga harmonis penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Khususnya kepada Marwan saya sangat cinta kepadanya kerana telah berjasa menjadi penyebab saya mendapatkan hidayah Allah.”

Selasa, 4 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - WAJIB BERSABAR DAN REDHA APABILA DITIMPA SAKIT DAN MUSIBAH


Apabila sakit dan musibah telah menimpa maka seorang mukmin haruslah sabar dan redha terhadap takdir Allah Azza wa Jalla dan harapkanlah pahala serta dihapuskannya dosa-dosanya sebagai ganjaran dari musibah yang menimpanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh: 155-157).

Dalam beberapa hadis Qudsi Allah Azza wa Jalla berfirman:
 “Wahai anak Adam jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama maka Aku tidak meredhai pahalamu melainkan syurga”. (HR. Ibnu Majah: 1597 dihasankan oleh Syeikh Albani dalam Shohih Ibnu Majah : I/266). 
Maksud hadis di atas yakni apabila seorang hamba redha dengan musibah yang menimpanya maka Allah redha memberikan pahala kepadanya dengan syurga.
“Jika anak seorang hamba meninggal dunia maka Allah akan berkata kepada malaikatNya: ‘Apakah kalian telah mencabut nyawa anak hambaKu?. Para Malaikat menjawab: ‘Ya, benar’. Lalu Dia bertanya lagi: ‘Apakah kalian mengambil buah hatinya?’. Malaikat menjawab: ‘Ya’. Kemudian Dia berkata: ‘Apa yang dikatakan oleh hambaKu itu?’. Malaikat menjawab ‘ Ia memanjatkan pujian kepadaMu dan mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’un). Allah Azza wa Jalla berfirman: ‘ Bangunkan untuk hambaKu sebuah rumah di syurga dan namai dengan (nama) Baitul Hamd (rumah pujian)’.” (HR Tirmidzi: 1021, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi: 814)
“Tidaklah ada suatu balasan (yang lebih pantas) di sisiKu bagi hambaKu yang beriman jika Aku telah mencabut nyawa kesayangannya dari penduduk dunia kemudian ia bersabar atas kehilangan orang kesayangannya itu melainkan syurga”. (HR. Bukhari).
“Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung berfirman: ‘Jika Aku menguji hambaKu dengan dua hal yang dicintainya (yakni menjadikan seorang hamba kehilangan dua penglihatannya buta) lalu ia bersabar maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga”. (HR. Bukhari).
Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi: 2396, Ibnu Majah: 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).

Hikmah lainnya dari sakit dan musibah adalah menyedarkan seorang hamba yang tadinya lalai dan jauh dari mengingati Allah kerana tertipu oleh kesihatan badan dan sibuk menguruskan harta untuk kembali mengingati Robbnya. Kerana jika Allah mencubanya dengan suatu penyakit atau musibah barulah ia merasakan kehinaan, kelemahan, teringat akan dosa-dosa dan ketidakmampuanya di hadapan Allah Ta’ala sehingga ia kembali kepada Allah dengan penyesalan, kepasrahan, memohon ampunan dan berdoa kepadaNya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelummu kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri”. (QS. Al-An’aam : 42).
Sakit dan musibah merupakan pintu yang akan membukakan kesedaran seorang hamba bahawasanya ia sangat memerlukan Allah Azza wa Jalla. Tidak sesaatpun melainkan ia tunduk kepadaNya sehingga ia akan selalu tergantung kepada Robbnya. Dan pada akhirnya ia akan sentiasa mengikhlaskan dan menyerahkan segala bentuk ibadah, doa, hidup dan matinya hanyalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata.


Isnin, 3 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - KEMATIAN YANG MENGINGATKAN KITA


Belia, muda, mahupun tua tidak ada yang tahu mereka pun boleh merasakan kematian. Setahun yang silam kita barangkali melihat saudara kita dalam keadaan sihat bugar, ia pun masih muda dan kuat. Namun hari ini ternyata ia telah pergi meninggalkan kita. Kita pun tahu, kita tidak tahu bila maut menjemput kita. Entah esok, entah lusa, entah bila. Namun kematian sahabat kita itu sudah cukup sebagai pengingat, penyedar dari kelalaian kita. Bahawa kita pun akan sama dengannya akan kembali pada Allah. Dunia akan kita tinggalkan di belakang. Dunia hanya sebagai persinggahan mencari bekal. Alam akhiratlah tempat akhir kita.
Sungguh kematian dari orang sekeliling kita banyak menyedarkan kita. Oleh kerananya kita diperingatkan untuk banyak-banyak mengingati mati. Dan faedahnya amat banyak. Kami mengutarakan beberapa di antaranya kali ini.
Dianjurkan untuk mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadap kematian.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyaklah mengingati pemutus kelazatan” (HR. An Nasai: 1824, Tirmidzi: 2307 dan Ibnu Majah: 4258 dan Ahmad 2: 292. Hadits ini hasan shahih menurut Syaikh Al Albani).
Yang dimaksudkan adalah kematian. Kematian disebut haadzim (pemutus) kerana ia menjadi pemutus kelezatan dunia.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».
Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu seorang Anshor mendatangi beliau ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Yang paling baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”, ia kembali bertanya. Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (HR. Ibnu Majah : 4259. Hasan kata Syaikh Al Albani).
Wahai diri ini yang lalai akan kematian ingatlah faedah mengingat kematian.
1.  Mengingat kematian adalah termasuk ibadah tersendiri dengan mengingatinya saja seseorang telah mendapatkan ganjaran kerana inilah yang diperintahkan oleh nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.
2. Mengingati kematian membantu kita dalam khusyuk dalam solat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه
“Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya maka ia akan memperbaiki solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa ia masih punya kesempatan melakukan solat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak boleh memenuhinya).” (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadits ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)
3. Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Kerana barangsiapa mengetahui bahawa ia akan menjadi mayat kelak ia pasti akan berjumpa dengan Allah. Jika tahu bahawa ia akan berjumpa Allah kelak padahal ia akan ditanya tentang amalnya didunia maka ia pasti akan mempersiapkan jawapannya.
4. Mengingat kematian akan membuat seseorang memperbaiki hidupnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أكثروا ذكر هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فإنه ما ذكره أحد فى ضيق من العيش إلا وسعه عليه ولا فى سعة إلا ضيقه عليه 
“Perbanyaklah banyak mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian) kerana jika seseorang mengingatinya saat kehidupannya sempit maka ia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatinya saat kehidupannya lapang maka ia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).” (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani) 
5. Mengingat kematian membuat kita tidak berlaku zalim. Allah Ta’ala berfirman,
أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ
“Tidaklah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (QS. Al Muthoffifin: 4). Ayat ini dimaksudkan untuk orang-orang yang berlaku zalim dengan berbuat curang ketika hidup. Seandainya mereka tahu bahawa esok ada hari dibangkitkan dan akan dihisab satu per satu tentu mereka tidak akan berbuat zalim seperti itu. 

NASIHAT ULAMA

Abu Darda’ berkata, “Jika mengingat mati maka anggaplah dirimu akan seperti orang-orang yang telah meninggalkanmu.
Yang menakjubkan pula dari Ar Rabi’ bin Khutsai
Ia pernah menggali kubur di rumahnya. Jika dirinya dalam kotor (penuh dosa) ia bergegas memasuki lubang tersebut berbaring dan berdiam di sana. Lalu ia membaca firman Allah Ta’ala,
 رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ
“(Ketika datang kematian pada seseorang, lalu ia berkata): Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan.” (QS. Al Mu’minuun: 99-100). Ia pun terus mengulanginya dan ia berkata pada dirinya, “Wahai Rabi’, mungkinkah engkau kembali (jika telah mati)! Beramallah …”

Ahad, 2 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - JANGAN TINGGALKAN SOLAT MALAM


Solat malam akan menjadi cahaya bagi orang mukmin di akhirat kelak. Seorang manusia hendaknya tidak meninggalkan solat malam tiap harinya.
Dalam sebuah hadits dikatakan bahawa solat malam adalah bentuk ibadah yang sangat tinggi nilainya setelah solat wajib.
“Sebaik-baik solat setelah solat wajib adalah solat di tengah malam (Solat Tahajud)”. (HR. Muslim)
“Besok pada hari kiamat manusia dikumpulkan dalam suatu tempat. Dikatakan ‘Di mana orang-orang yang selalu bangun di malam hari untuk solat?’ Maka bangkitlah mereka dengan jumlah yang sedikit kemudian digiring masuk syurga tanpa hisab. Setelah itu manusia di perintahkan untuk diteliti perbuatannya”.
Dalam banyak riwayat Rasul sangat menekankan perlunya manusia melakukan solat malam (shalat tahajud) ini. Dalam hadits yang diriwayatkan At-Turmudzi dikatakan:
“Lakukan solat malam sesungguhnya itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Cara pendekatan diri kepada Allah, pelebur dosa dan pencegah kemaksiatan’. Bahkan dalam riwayat At-Thabrani dikatakan: “Solat malam adalah pencegah penyakit pada badan”.
Dalam riwayat Abi Dunya dan Al-Baihaqi dikatakan: “Sebaik-baik umatku adalah penghafal dan pengamal Al-Quran dan orang-orang yang membiasakan solat malam”. 
“Siapa yang ringan melakukan solat malam kerana tidak terlalu banyak makan dan minum maka ia dikerumuni bidadari sampai subuh” (HR. Thabrani).
Kerana itu Ahmad dan Rifai sangat menekankan para muridnya untuk membiasakan diri melakukan solat malam. Saat itu Allah menurunkan rezeki dari langit. Dia hanya memberikan rezeki kepada mereka yang bangun bukan yang tidur.
Dalam sebuah riwayat pernah diceritakan bahawa Allah pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud tentang masalah pentingnya solat malam ini.
“Hai Daud! Sungguh suatu kebohongan mereka yang mengaku mencintai Aku tapi pada waktu malam mereka tidur melupakanKu”.
Dengan demikian orang yang meninggalkan solat malam ia tidak mungkin dikatakan sebagai orang yang mencintai Tuhan. Dia bukan termasuk kelompok orang-orang yang soleh. Ini sama sebagaimana seorang pegawai yang tidak pernah masuk kerja bayarannya dikurangi. Nabi Sulaiman ibn Daud pernah berkata:
“Wahai anakku! Jangan tinggalkan solat malam. Sungguh meninggalkan solat malam membuat orang menjadi fakir di akhirat kelak”
Untuk membiasakan diri melakukan solat malam, Ali Al-Khawas memerintahkan para sahabatnya untuk berniat akan bangun malam pada malam harinya. Bahkan dengan niat itu saja sudah merupakan kebaikan dan mendapat pahala. Rasul mengatakan:
“Sesungguhnya, setiap orang akan memperoleh apa yang diniatkannya”.
Tempat melaksanakan solat malam yang terbaik adalah dirumah (bukan di masjid). Hal ini dimaksudkan rumah tempat dilaksanakannya solat malam akan ikut mendapatkan berkah ikut bercahaya. Rasul bersabda:
“Solatlah di kamar-kamar rumahmu. Maka cahaya rumahmu akan kelihatan dari langit bagai bintang-bintang”.
“Sebaik-baik solat adalah solat dirumah, kecuali solat fardhu”.
Sebahagian ulama menyatakan: “Keutamaan solat sunat yang dilakukan di rumah adalah seperti keutamaan solat fardhu yang dilakukan di masjid”.
Dalam sebuah riwayat Abu Jalad dikatakan suatu ketika Nabi Isa ra. bertanya kepada Iblis, “Demi Allah apa yang menyebabkan badanmu kurus dan bongkok?” Jawab Iblis, “ Yang menyebabkan kurus badanku adalah derap kaki kuda yang digunakan dalam medan perang. Sedangkan yang membuat bongkok punggungku adalah laki-laki yang melakukan solat fardhu di masjid dan solat sunat di rumah”. 
Pelaksanaan solat malam yang baik adalah setelah tengah malam. Ini demi sopan santunnya. Sebab waktu-waktu awal adalah masa para pembesar Ilahiyah menghadap Allah. Orang-orang seperti kita yang banyak dosa dan kesalahan tidak sesuai menghadap Ilahi pada masa seperti itu. Kebiasaan di dunia pun menyatakan para pembesar masuk lebih dahulu dan bertempat di depan baru kemudian dikalangan di bawahnya. Ali Al-Khawas bila datang pertama di masjid juga demikian. “Orang seperti itu aku ini tidak sesuai masuk hadlirat Ilahi pada golongan awal. Aku masuk belakangan”.
Akhirnya bila seseorang merasa berat dan malas untuk bangun malam maka segeralah untuk meneliti dirinya mungkin ada kesalahan dan dosa yang dilakukan dosa batin seperti sombong, ujub, hasad dan lain-lain atau dosa lahir. Kemudian segera bertaubat. Bila seseorang bertaubat dengan sungguh-sungguh akan lebur dosanya dan bersih jiwanya. Sedemikian sehingga tidak ada lagi sesuatu yang menghalangi niatnya untuk hadir dalam hadirat Ilahi Yang Maha Suci.

Sabtu, 1 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - 5 AMALAN MEMBANTU DI AKHIRAT

Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat

1. Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.
Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

2. Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadilah ayat 11: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan sentiasa didoakan oleh para malaikat.
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia wajiblah ia memiliki ilmunya dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat wajiblah ia mengetahui ilmunya pula dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT.
Orang-orang mukmin menganggap bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28).
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
”Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).” (Hadis Riwayat Muslim)
4. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222) 
5. Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).
Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.(Surah al-Israa’ ayat 79)

Jangan sia2 kan hidup anda..dunia hanya sementara akhirat itu pasti 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...