" Ya Allah jadikan kami berdua orang-orang islam (yang berserah diri kepadaMU) dan jadilah daripada keturunan kami umat islam (yang berserah diri kepadaMU) dan tunjukkanlah kepada kami syariat islam dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah penerima taubat dan lagi maha mengasihani" (Al-Baqarah: 128)
Jika Allah menimpakan kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali DIA. Dan jika Allah mengehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA. Dia memberi kebaikan kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Khamis, 5 Julai 2012
IRFAN...IRFAN....MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH
Rabu, 4 Julai 2012
1 Hari 1 Ayat - TIDAK KALAH DENGAN MENGALAH
" Saya hendak menawarkan sesuatu kepada engkau," kata Kaisar kepada Abdullah bin Huzaifah ketika ditawan oleh tentera kerajaan Rom. Tentera Muslimin yang ditawan ketika itu tidak dibunuh sebaliknya diuji sejauh mana ketahanan iman mereka. " Baiklah apa yang hendak kamu tawarkan?" " Kamu boleh bebas dengan satu syarat. Masuklah agama Nasrani. Aku akan kurniakan hadiah yang besar buatmu." Abdullah pun menarik nafas dalam-dalam.
" Lebih baik saya mati seribu kali daripada menerima tawaran tuan itu." " Ah, kuat juga iman orang ini," getus hati Kaisar. " Kau seorang yang pintar. Kalau kau terima tawaranku, engkau akan dilantik menjadi pembesar kerajaan." Kaisar terus mengumpan. Abdullah hanya tersenyum mendengar tawaran itu. Keimanan dalam dirinya jauh lebih berharga daripada jawatan dunia.
" Demi Allah. Sekiranya kerajaan tuan yang ditambah dengan semua kerajaan Arab hendak diberikan kepada saya, namun untuk keluar daripada agama Muhammad adalah tidak sesekali!" " Kalau begitu, engkau akan kubunuh!" marah Kaisar." Silakan, lakukanlah apa yang anda fikir patut," jawab Abdullah tanpa rasa gentar. Abdullah pun diikat di tiang salib. Tukang panah diperintahkan memanah lengan Abdullah.
" Mahukah kamu masuk agama Nasrani?"
" Tidak!"
" Panah kakinya!" perintah Kaisar
" Bagaimana sekarang?" Abdullah tetap menolak. Seksaan panah diberhentikan. Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kaisar mengarahkan kepada pengawalnya agar menyediakan kuali besar yang berisi minyak. Setelah minyak menggelegak, dua orang tentera Muslimin yang ditawan dibawa kehadapan Abdullah. Salah seorang dari tawanan itu dilemparkan ke dalam kuali. Daging mangsa itu hancur lebur lagi mengerikan.
" Nah, sekarang apa bicaramu?" kata Kaisar dengan angkuh kepada Abdullah. " Aku tidak akan sekali-kali menukar agamaku!" tegas Abdullah. Kaisar menjadi putus asa. Dia pun mengarahkan Abdullah dihumban ke dalam kuali tersebut. Ketika diangkat untuk dihumbankan, beliau pun menangis. Tentera itu pun mengadu kepada Kaisar. Kaisar tersenyum kerana umpannya hampir berjaya. Abdullah pun dibawa menghadap. " Mahukah kamu memeluk agama Nasrani?" Abdullah tetap menolak.
" Celaka kamu!" Tetapi mengapa kamu menangis?" " Saya menangis kerana keinginan saya untuk mati di medan jihad tidak tercapai. Sebaliknya saya akan mati konyol dalam kuali." Kaisar terdiam seketika. kemudian dia bersuara kembali. " Mahukah engkau mencium kepalaku?" tanyanya angkuh. Abdullah diam. " Kalau kamu mencium kepalaku, kamu akan dibebaskan." " Bebas bersama tawanan Islam yang lain?" tanya Abdullah inginkan kepastian.
" Ya."
" Jika saya mencium kepala musuh Allah, saya dan kawan-kawan akan dibebaskan. Ah........., tidak rugi saya mencium kepalanya. Allah lebih tahu." bisik hati Abdullah. Abdullah pun menghampiri Kaisar lalu mencium kepalanya. Selepas itu seperti yang dijanjikan, Kaisar melepaskan seluruh tawanan Muslim. Mereka pun kembali menemui Khalifah Umar al-khattab. Abdullah pun menceritakan segala apa yang berlaku. Khalifah Umar sangat gembira dengan tindakan Abdullah itu. Beliau pun menyeru kepada tentera Muslimin yang dibebaskan tadi.
" Sewajarnya setiap orang Muslimin mencium kepala Abdullah bin Huzaifah. Lihatlah saya yang memulakan." Khalifah Umar berdiri dan mencium kepala Abdullah. Ianya kemudian diikuti oleh tentera Muslimin.
1 Hari 1 Ayat - BURUKNYA DUNIA DAN INDAHNYA AKHIRAT
" Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa maka tidakkah kamu memahaminya." (Al A'raf : 32)
Dunia dan akhirat adalah dua kewujudan yang berbeza. Kedua-duanya bak sepasang pengantin yang berhubung erat. Ertinya jika kehidupan duniawi seseorang itu baik maka baik pula kehidupan ukhrawinya. Begitu juga sebaliknya. Secara substantif hanya ada satu sekat tipis pemisah antara dunia dan akhirat iaitu barzakh. Kehidupan dunia yang begitu rapuh sangat mudah pecah lalu menembusi batas kedua-duanya sehingga seseorang itu dengan mudah berpindah ke alam ukhrawinya. Dan mereka tidak akan dapat kembali ke dunia asalnya.
Seseorang muslim tentunya mengetahui bahawa kehidupan yang baik di dunia hanya dapat dicapai dengan ketakwaan pada Allah. Berjalan di muka bumi berdasarkan ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkanNya. Bunyinya seperti mudah tetapi hakikatnya begitu sukar untuk dilakukan. Realiti dunia dengan beragam perhiasannya membuat manusia mudah lupa pada janjinya pada Allah s.w.t. Keindahan dunia terasa nyata dirasakan oleh manusia membuatkan manusia berlumba-lumba meraihkan satu demi satu gemerlapnya dengan meninggalkan bahkan melupakan sama sekali keabadian akhirat. Begitulah dahsyatnya magnet keindahan dunia?
Padahal sangat jelas dikatakan bahawa kehidupan akhirat itu lebih baik dari dunia. Kehidupan nyata dunia yang jelas dijalani oleh semua yang melenakan belaka sedangkan akhirat dengan segala keabadiannya adalah suatu kehidupan yang tiada akhir sesuai subtansi di atas di mana manusia tidak mungkin kembali lagi ke dunia jika meninggalkan dunia dalam satu riwayat disebutkan: " Jika engkau menyanjung dunia maka dunia akan terlihat tinggi di depanmu namun jika engkau menganggapnya rendah maka dunia akan bersujud di depanmu." Begitu bodohnya manusia sehingga dengan mudah tertipu dengan nikmatnya dunia?
Seberapa jauh engkau berlari, mengejar, cuba meraih setiap perhiasan dunia maka semakin dalam engkau terperosok dan direndahkannya. Secara tidak sedar engkau menjadi hamba dunia, bersedia melakukan apa saja asalkan keinginan duniamu dipenuhi. Betapa bodohnya engkau wahai manusia menyerah dan menjadi hambanya.
Oleh kerana itu diberikan pada kehidupan dunia tempat yang sesuai dengannya tidak berlebih-lebihan kadarnya. Maka dunia dengan sendirinya menjadi hambamu mengikuti segala kehendakmu. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan manusia. Dunia merupakan jambatan yang akan menghantarkan kepada kehidupan akhirat yang abadi dan yang lebih indah. Sebenarnya tidak seutuhnya kehidupan akhirat begitu jauh dari jangkaan manusia. Bagi seorang Muslim yang bertakwa, keindahan-keindahan akhirat tersebut akan mudah terasa dan tergambar dalam benaknya sehingga seluruh roh dan jiwanya akan di korbankannya untuk meraih indahnya alam akhirat. Akhirnya ke manakah kita akan mengkategorikan diri kita apakah kita orang yang menjadi hamba dunia atau menjadi tuan bagi dunia? Hanya Allah, kemudian diri kitalah yang mengetahuinya.
TERAPI MINDA - SEBERSIH HATI ATHIYAH
Athiyah bin Khilaf adalah seorang pedagang kurma di Mesir. Allah s.w.t telah memberikan kekayaan kepadanya yang melimpah ruah. Belum berapa lama beliau ditimpa ujian kemiskinan sehingga yang tinggal hanyalah pakaian yang dipakainya ketika itu.
Pernah suatu ketika pada hari Ayura (10 Muharam) Athiyah menunaikan solat Subuh di masjid Amru Al Ash. Beliau duduk berjauhan sedikit daripada orang lain untuk berdoa dan bermunajat ke hadrat Allah s.w.t. Lazimnya kaum perempuan tidak dibenarkan memasuki masjid tersebut tetapi berlainan pula pada hari Asyura. Mereka dibenarkan masuk sekadar berdoa di dalamnya.
Tiba-tiba seorang wanita dan anak-anaknya datang kepada Athiyah. Dia merayu supaya dapat kiranya diberi sedikit makanan kepada anak-anaknya yang telah yatim. Wanita itu tiada tempat untuk mengadu nasibnya kerana asalnya keturunan syarifah (mulia). Dia pula tidak mengenali sesiapa pun. Dia juga tidak pernah keluar rumah kecualilah pada hari itu. Keadaannya sudah terdesak. Athiyah berkata pada dirinya, " Aku sendiri pun tidak mempunyai apa-apa kecuali kain yang aku pakai ini. Sekiranya kain ini aku berikan kepadanya di sini maka terbukalah auratku. Tetapi jika aku menolak permintaannya bagaimana aku hendak menjawab pertanyaan Allah dan rasulullah s.a.w nanti."
Athiyah pun mengajak wanita tersebut ke rumahnya. Sampai saja di rumah Athiyah masuk ke rumahnya sementara wanita dan anak-anaknya tadi menunggu di luar. Athiyah pun membuka pakaian yang dipakainya tadi lalu menyerahkan pakaiannya kepada wanita itu. Beliau mencari sisa-sisa kain yang tidak dapat dipakai lagi untuk menutup auratnya. "Terima kasih, tuan. Semoga Allah s.w.t memberi pakaian perhiasan syurga dan semoga engkau tidak lagi berhajat pada orang lain sesudah ini." kata wanita itu dengan gembirannya sambil berdoa.
Pada malam itu Athiyah bermimpi bertemu dengan bidadari yang teramat cantik. Bidadari itu memegang sebiji buah epal yang harum baunya. Dia memberikan epal itu kepada Athiyah. Ahtiyah pun membelah epal itu. Tampaklah di dalamnya perhiasan syurga yang tidak dapat dinilai dengan dunia dan seisinya.
" Siapakah engkau?"
" Aku Asyura ," isterimu di syurga."
" Bagaimanakah saya memperolehi perhiasan ini? Dengan doa wanita itu dan anak-anaknya yang telah engkau tolong itu," jelas bidadari itu.
Bukan sebarang orang dapat melakukan seperti Athiyah tadi. Hanya orang beriman yang yakin dengan janji-janji Allah s.w.t sedia berkorban walaupun yang ada padanya hanya sehelai pakaian yang tinggal. Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang diminta sesuatu kerana Allah maka apa yang diberikan itu ditulis untuknya pahala tujuh puluh kebaikan."
Oleh itu manfaatkanlah harta yang kita miliki seperti wang yang berlebihan, kain baju yang banyak dan apa sahaja yang ada pada kita. Sedekahkanlah kepada orang lain yang lebih memerlukannya. Hayatilah firman Allah s.w.t ini:
" Di hari kiamat nanti, harta dan anak pinak tidak berguna lagi kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman." (Surah Asy Syura: 88 dan 89)
Selasa, 3 Julai 2012
1 Hari 1 Ayat - KATA-KATA IMAM GHAZALI BERKENAAN SOMBONG DAN ANGKUH
Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat debu (HR Muslim)
"Dan kamu janganlah memalingkan muka kamu dari manusia (kerana kesombongan) dan jangalah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman: 18)
"Janganlah kamu jalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali sekala tidak dapat menembusi bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung." (Al Israk: 37)
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.' (An-Nahl:23)
1. Apabila bertemu dengan kanak-kanak anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita.
"Dan kamu janganlah memalingkan muka kamu dari manusia (kerana kesombongan) dan jangalah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman: 18)
"Janganlah kamu jalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali sekala tidak dapat menembusi bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung." (Al Israk: 37)
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.' (An-Nahl:23)
1. Apabila bertemu dengan kanak-kanak anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
3. Apabila bertemu dengan orang alim anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
4. Apabila bertemu dengan orang jahil anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
5. Apabila melihat orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf akan kesalahannya
6. Apabila melihat orang kafir bedoalah dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka diampuni.
Manakala Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu sentiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu:-
1. Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri sesuatu majlis, minta untuk di kedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat serta teguran orang lain.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya hebat dan tidak pernah melakukan kesilapan.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.
Manakala Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu sentiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu:-
1. Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri sesuatu majlis, minta untuk di kedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat serta teguran orang lain.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya hebat dan tidak pernah melakukan kesilapan.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.
1 Hari 1 Ayat - INDAHNYA SYURGA ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya batang pohon di syurga itu terdiri dari emas, perak, permata, yaqut dan zabarrud demikian pula ranting-rantingnya. Daunnya sangat indah belum pernah terlihat oleh manusia. Buahnya lebih lembut dari mentega dan lebih manis dari madu. Tinggi setiap pohon adalah lima ratus perjalanan dan besarnya tujuh puluh tujuh tahun perjalanan. Keindahan pohonnya sejauh lima ratus perjalanan. Jika ada juga pohon yang hanya menumbuhkan misik dan kafur. Ahli syurga itu dapat melihat seseorang melayangkan pandangannya, dia dapat melihat hujung dan buah dari pohon tersebut. Di setiap pohon itu terdapat tujuh puluh ribu warna buah-buahan. Setiap warna memiliki warna yang berbeza. Jika seseorang menginginkan salah satu warna dari buah-buahan itu maka ranting dan cabang pohon itu akan menunduk turun dari perjalanan lima ratus tahun atau lima puluh tahun atau kurang dari itu sehingga ia dapat memetiknya dengan tangannya maka dia tinggal membuka mulutnya lalu buah itu akan masuk ke dalam mulutnya.
Jika salah satu buahnya dipetik Allah menumbuhkan buah baru yang lebih bagus dari sebelumnya. Jika seseorang telah memenuhi keinginannya pohon itu akan kembali naik lagi seperti sebelumnya. Di antara pohon itu ada yang tidak berbuah tetapi menumbuhkan berbagai jenis sutera dari sutera tebal, sutera hijau dan sutera halus. Bahkan hanya setiap hari jumaat. Beliau bersabda " Seandainya satu mahkota syurga di turunkan dari langit tentu akan mengalahkan cahaya matahari.
Sesungguhnya di syurga ada beberapa istana di setiap istana ada empat buah sungai yakni sungai air, sungai susu, sungai arak dan sungai madu. Jika seseorang meminumnya maka layaknya dari kasturi. Dia tidak meminumnya kecuali telah dicampuri dengan mata air syurga dari Jahe, Tasnim dan Kafur. Sesungguhnya orang-orang yang didekatkan kepada Allah pasti akan dapat meminumnya. Seandainya Allah tidak menentukan bahwa mereka akan berebutkan sebuah gelas di antara mereka tentu mereka tidak akan mengangkat gelas itu dari mulut mereka. (Al-Ghunyah: Syaikh Abdul Qadir Jailani)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara ibadat bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai ke syurga.
Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia. Abu Hurairah r.a berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua. Ibn Abas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s, 60 hasta usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan maka di makan oleh orang itu sekuatnya.
Dan setiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain sedang di jarinya ada sepuluh cincin, terukur pada:
1. yang pertama: Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu
2. yang kedua: Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman
3. yang ketiga: Ikutlah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
4. yang keempat: Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita
5. yang kelima: Kami memberikan pakaian dan perhiasan
6. yang keenam: Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
7. yang ketujuh: Untukmu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan padangan matamu
8. yang kelapan: Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin
9. yang kesembilan: Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya
10. yang kesepuluh: Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya
Dan setiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain sedang di jarinya ada sepuluh cincin, terukur pada:
1. yang pertama: Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu
2. yang kedua: Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman
3. yang ketiga: Ikutlah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
4. yang keempat: Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita
5. yang kelima: Kami memberikan pakaian dan perhiasan
6. yang keenam: Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
7. yang ketujuh: Untukmu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan padangan matamu
8. yang kelapan: Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin
9. yang kesembilan: Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya
10. yang kesepuluh: Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya
Dalam riwayat lain Allah menyuruh kepada malaikat: Berikan makanan kepada para waliKu maka hidangkanlah bebagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semua bahkan lebih lazat sehingga selesai makan diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu maka diberikan minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada setiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka kami minta redhaMu, kami minta redhaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah : Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu pada hari ini. Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.
Pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka : Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat maka di situ mereka lupa pada nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semua ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata : kamu kini lebih elok dari yang biasa.
Pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka : Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat maka di situ mereka lupa pada nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semua ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata : kamu kini lebih elok dari yang biasa.
1 Hari 1 Ayat - 4 MALAIKAT MENDATANGI ORANG SAKIT
Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh saat kita sakit kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah s.w.t pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kerana kita tak tahu rahsianya. Sakit itu membuktikan bahawa itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita yang patut kita syukuri. Allah mengutuskan 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit.
Rasulullah s.aw bersabda: " Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya. Unjuran Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: " Apabila seseorang hamba mukmin sakit maka Allah mengutuskan 4 malaikat untuk datang padanya."
Alalh memerintahkan:
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk mengembalikan kekuatannya, kelazatannya dan cahaya di wajah hambaNya. Namun untuk malaikat keempat, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata: Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?. Allah menjawab: " Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut."
Dengan ini maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: " Sakit panas dalam sehari semalam dapat menghilangkan dosa selama setahun." SUBHANALLAH....SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH
" Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh lelah atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati sampai pun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah." (HR Bukhari-Muslim).
" Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya." (HR Ath-Thabarani)
" Penyakit panas itu menjaga tiap mukmin dari neraka dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun." (HR Al-Qadha'i)
Langgan:
Catatan (Atom)

