Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 13 Mei 2013

BUBUR JAGUNG DAN NANGKA..........NYUM..NYUM

Dah lama tak makan bubur jagung tiba-tiba termengidam nak makan bubur jagung. Hari sabtu cuti hari tiba-tiba rajin pulak nak masak bubur jagung. Disebabkan puasa pada 1 Rejab tu jadi saya pun masaklah bubur jagung dan nangka untuk buat makan berbuka nanti. Dah lama sungguh tak makan bubur ni. Bila buat bubur jagung ni teringat  masa zaman sekolah dulu-dulu zaman masa kecil-kecil. Bilangan keluarga saya ramai jadi kalau masak untuk berbuka memang kena banyak. Tak berbaloi kalau beli pun. Lagipun zaman dulu-dulukan susah lebih suka masak untuk keluarga yang bilangannya ramai. Bila masak untuk berbuka tu macam-macam ada. Pelbagai makanan. Ya ALLAH walaupun dulu-dulu susah tapi bila time berbuka tu MasyaAllah ada aje rezeki atas meja. Teringat dulu kalau berbuka air mesti ada dalam 3 jenis. Biasalah keluarga ramai macam-macam selera nak. Air cendol mesti ada. Air kemestian keluarga. Air oren kegemaran emak dan air sirap untuk adik-beradik yang lain. Kalau berbuka  mesti ada kuih. Dulu-dulu kami adik beradik rajin buat kuih untuk berbuka. Kalau dulu pukul 4.00 kami adik beradik dah masuk dapur masak untuk berbuka. Kebiasaannya kami rajin buat kuih karipap, kuih ketayap, kuih badak, kuih keria, kuih kertas dan macam-macam kuih yang dikukuslah. Selang selilah kami buat kuih. Itu antara kuih-kuih kemestian yang kami buat berbuka. Nasi dan lauk pauk tetap ada. Kalau diingatkan zaman dulu-dulu memang terlalu indah walaupun kami susah dahulu. Kenangan yang terindah buat saya semasa kecik-kecik dahulu walaupun raya kadang-kadang kami tak bersalin baju raya. Boleh diingat kalau nak baju raya kami kena tunggu 3 tahun baru dapat baju baru ikut turnlah adik-beradik ramai. Kadang-kadang kami pakai baju yang ada orang sedekah kat kami atau baju raya lepas. Tapi kalau bab berbuka memang alhamdulillah....sentiasa ada rezeki untuk makan. Lupa pulak nak bagi resipi membuat bubur jagung dan nangka sebab asyik seronok kenangan berbuka zaman dulu-dulu.



BAHAN-BAHAN BUBUR JAGUNG DAN NANGKA



2 biji Jagung (ikut bilangan orang yang makan kalau ramai bubuh banyak sikit jagung)
5 ulas Nangka
Santan kelapa (ambil pati  dan yang cair)
Gula pasir
Gula melaka
Daun pandan
Garam



Cara-cara membuatnya....


1. Jagung dibuang kulitnya dan di kikis isinya menjadi menjadi ketulan yang kecil supaya cepat empuk apabila direbus dan mudah dimakan.


2. Buah nangka dibasuk dahulu dan di potong kecil-kecil ikut suka. Kalau nak belah 2 atau 3 pun boleh ikut suka. Saya lebih suka potong kecil-kecil.



3. Kemudian basuh semula jagung yang telah dihiris halus-halus kemudian rebus sehingga jagung empuk.


4. Apabila jagung telah empuk dan air semakin kering masukkan santan cair.


5.  Kemudian masukkan daun pandan bagi mewangikan masakan dan gula melaka (saya lebih suka masukkan gula melaka dahulu kerana gula melaka lambat cair takut nanti masih berketul) dan tunggu sehingga santan mendidihkan.


6. Apabila santan cair sudah mendidih tapi jangan lupa sentiasa kacau supaya santan tidak berketul dan masukkan santan pekat kemudiannya. Masa ni dah boleh masukkan gula pasir. Ikut suka kalau nak manis bubuh lebih. Tapi pada saya tak perlu bubuh bayar gula pasir sebab buah nangka dah manis dan gula melaka tu pun dah manis. Bak kata orang manis-manis buah rasanya cukuplah. Masukkan juga secubit garam untuk rasa-rasa lemak-lemak sedikit.


7. Akhir sekali masukkan nangka dan biar sehingga mendidih. Sebelum tutup api tu rasalah dulu manis ke tidak bubur tu. Ikut sesedap rasa.

 
Dah siap pun bubur jagung dan nangka. Dah boleh makan untuk berbuka. Jemput makan semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...