Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 31 Mei 2013

1 HARI 1 AYAT - 17 AMALAN PENGHAPUS DOSA


17 CARA AMALAN PENGHAPUS DOSA
 
1. Menyempurnakan wudhu’ dan berjalan ke masjid, sebagaimana disampaikan Rasulullah s.a.w., “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darjat. Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: sempurnakan wudhu’ ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain kerana hal itu adalah ribath.” (Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Juga dalam sabda beliau yang lain: “Jika seseorang berwudhu’ lalu menyempurnakan wudhu’nya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapuskan satu dosa.” (Riwayat At-Tirmidzi)
2. Puasa hari Arafah dan Asy Syura, hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah, “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus (dosa selama) setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asy Syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang lalu.” (Riwayat At-Tirmidzi)
3. Solat tarawih di bulan Ramadan dengan dalil sabda Rasulullah, “Barangsiapa menegakkan Ramadhan (solat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
4. Haji yang mabrur “Barangsiapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan (kejelekan) maka ia kembali seperti hari ibunya melahirkannya.” (Riwayat Al-Bukhari). Kemudian dalam sabda beliau dinyatakan, “Haji mabrur balasannya adalah syurga.” (Riwayat Ahmad)
5. Memaafkan hutang orang yang sulit membayarnya
6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa dengan dalil: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)
7. Memberi salam dan berkata baik dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik.” (Riwayat Al-Kharaithi dalam Makarim al Akhlak)
8. Sabar atas musibah dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, “Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepada-Nya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya.“” (Riwayat Ahmad)
9. Menjaga solat lima waktu dan Jumaat serta puasa Ramadan dengan dalil sabda Rasulullah, “Solat lima waktu dan jumaat ke jumaat dan ramadan ke ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi.” (Riwayat Muslim)
10. Adzan dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya seorang Muadzin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya.” (Riwayat Ahmad)
11. Melakukan solat dengan dalil sabda Rasulullah, “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab, “Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun.”” Beliau bersabda, “Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapus dosa-dosa.” (Riwayat Al-Bukhari)
12. Memperbanyak sujud dengan dalil sabda Rasulullah, “Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah kerana tidaklah kamu sekali sujud kepadaNya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.” (Riwayat Muslim)
13. Mengerjakan solat malam. Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian solat malam kerana ia adalah adat orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa.” (Riwayat Al-Hakim)
14. Berjihad di jalan Allah. “Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Riwayat Muslim)
15. Mengiringi haji dengan umrah. Rasulullah pernah mengatakan, “Iringi antara haji dengan umrah, kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi.” (Riwayat Ibnu Majah)
16. Sedekah dengan dalil, “Jika kamu menampakkan sedekah(mu) maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 271) Rasulullah pun bersabda, “Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan selainnya)
17. Menegakkan hukum pidana dengan adil, “Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum pidana maka dihapuskan dosa tersebut.” (Riwayat Al-Hakim).

Selasa, 21 Mei 2013

DINNER.......KUEY TEW GORENG TERHANGAT

Bila hidup bujang ni senang aje nak makan apa....apa yang terfikir kat kepala otak ni nak makan senang aje nak dapat....Kalau dah berkeluarga kena tanya keluarga dahulu nak makan apa....bukan apa kalau masak masakan yang tak di makan oleh keluarga membazir pulak. Dan dan rasa lapar terus terfikir nak makan kuey tew. Bukan susah sangat pun nak buat. Campak-campak aje. Sekejap dah siap dan dah boleh makan. Senang dan mudahkan.
 
 
RESIPI KUEY TEW GORENG
 
Kuey tew
Udang/sotong/ayam/daging/kerang (ikut suka nak bubuh apa kalau saya lebih kepada udang)
Fish ball/Fish cake
Taugeh
Daun kucai
cili giling
garam
gula
kicap
Minyak untuk menggoreng


CARA-CARA MEMBUAT
 
1. Basuh kuey tew dan fish ball/fish cake. Kupas kulit udang dan buang kepala dan urat udang. Kemudian basuh bersih-bersih. Basuh taugeh dan daun kucai dan potong daun kucai ikut suka berapa panjang nak. Agak-agak dalam 2 cm panjang pun ok.
2. Potong fish ball dan fish cake kecil-kecil. Saya suka potong kecil-kecil sebab masa menggoreng nanti fish ball dan fish cake akan mengembang.
3. Goreng fish ball dan fish cake dalam kuali. Dan kembang boleh angkat.
4. Tumis cili giling dan masukkan udang.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto).
6. Masukkan fish ball dan fish cake.
7. Agak-agak cili giling tadi agak kering masukkan kuey tew dan bubuh kicap. Gaul sehingga sebati dan rasa.
8. Kemudian masukkan taugeh dan kucai. Taugeh tak perlu terlalu masak. Kalau saya selepas masuk taugeh dan daun kucai gaul sekali dua kemudian saya akan tutup api.
9. Dah masak bolehlah di angkat dari kuali dan boleh dihidangkan.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM........Jemput makan kuey tew goreng

Ahad, 19 Mei 2013

PETUA AWET MUDA.........



Daun pegaga selain untuk makan sebagai ulam bersama nasi juga boleh di buat jus.
 
JUS PEGAGA EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN
Daun pegaga
Buah epal
Gula
Sedikit ais kiub
 
CARA MEMBUATNYA.
 
1. Cuci bersih pegaga dan buah epal. Buah epal potong kecil-kecil.
 
2. Masukkan pegaga, gula pasir dan buah epal yang telah dipotong kecil-kecil kedalam blender. Kisar kesemua bahan-bahan tadi sehingga lumat.
3. Tapi jus yang telah di kisar kedalam gelas dan masukkan beberapa ketul aiskiub dan sedia untuk di minum. Kalau tak mahu bubuh ais boleh juga di minum tanpa ais.

 
Ulam Raja boleh di makan begitu sahaja dengan nasi juga boleh di buat sayur goreng.
 
 
ULAM RAJA GORENG BERSAMA UDANG KERING

 
BAHANNYA:
Daun ulam raja
Udang kering
Cili api ikut kepedasan
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang puteh
sedikit kunyit serbuk
garam
 
CARA-CARA MEMBUATNYA.

 1. Basuh daun ulam raja dan rebus hingga lembut. Kemudian perah airnya dan ricik anggaran ½ inci.

2. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang puti hingga halus.

3. Kemudian masukkan udang kering yang telah dicuci dan tumbuk kasar2.

4. Tumis bahan tumbuk yang telah dicampur sedikit serbuk kunyit hingga garing. Bubuh garam dan rasa.

5. Kemudian masukkan ulam raja yang telah direbus dan diricik dan gaul hingga rata.

6. Tak perlu lama sangat di atas dapur sebab daun ulam raja sudah lembut semasa merebusnya. Angkat atas dapur dan boleh dihidangkan.

Isnin, 13 Mei 2013

BUBUR JAGUNG DAN NANGKA..........NYUM..NYUM

Dah lama tak makan bubur jagung tiba-tiba termengidam nak makan bubur jagung. Hari sabtu cuti hari tiba-tiba rajin pulak nak masak bubur jagung. Disebabkan puasa pada 1 Rejab tu jadi saya pun masaklah bubur jagung dan nangka untuk buat makan berbuka nanti. Dah lama sungguh tak makan bubur ni. Bila buat bubur jagung ni teringat  masa zaman sekolah dulu-dulu zaman masa kecil-kecil. Bilangan keluarga saya ramai jadi kalau masak untuk berbuka memang kena banyak. Tak berbaloi kalau beli pun. Lagipun zaman dulu-dulukan susah lebih suka masak untuk keluarga yang bilangannya ramai. Bila masak untuk berbuka tu macam-macam ada. Pelbagai makanan. Ya ALLAH walaupun dulu-dulu susah tapi bila time berbuka tu MasyaAllah ada aje rezeki atas meja. Teringat dulu kalau berbuka air mesti ada dalam 3 jenis. Biasalah keluarga ramai macam-macam selera nak. Air cendol mesti ada. Air kemestian keluarga. Air oren kegemaran emak dan air sirap untuk adik-beradik yang lain. Kalau berbuka  mesti ada kuih. Dulu-dulu kami adik beradik rajin buat kuih untuk berbuka. Kalau dulu pukul 4.00 kami adik beradik dah masuk dapur masak untuk berbuka. Kebiasaannya kami rajin buat kuih karipap, kuih ketayap, kuih badak, kuih keria, kuih kertas dan macam-macam kuih yang dikukuslah. Selang selilah kami buat kuih. Itu antara kuih-kuih kemestian yang kami buat berbuka. Nasi dan lauk pauk tetap ada. Kalau diingatkan zaman dulu-dulu memang terlalu indah walaupun kami susah dahulu. Kenangan yang terindah buat saya semasa kecik-kecik dahulu walaupun raya kadang-kadang kami tak bersalin baju raya. Boleh diingat kalau nak baju raya kami kena tunggu 3 tahun baru dapat baju baru ikut turnlah adik-beradik ramai. Kadang-kadang kami pakai baju yang ada orang sedekah kat kami atau baju raya lepas. Tapi kalau bab berbuka memang alhamdulillah....sentiasa ada rezeki untuk makan. Lupa pulak nak bagi resipi membuat bubur jagung dan nangka sebab asyik seronok kenangan berbuka zaman dulu-dulu.



BAHAN-BAHAN BUBUR JAGUNG DAN NANGKA



2 biji Jagung (ikut bilangan orang yang makan kalau ramai bubuh banyak sikit jagung)
5 ulas Nangka
Santan kelapa (ambil pati  dan yang cair)
Gula pasir
Gula melaka
Daun pandan
Garam



Cara-cara membuatnya....


1. Jagung dibuang kulitnya dan di kikis isinya menjadi menjadi ketulan yang kecil supaya cepat empuk apabila direbus dan mudah dimakan.


2. Buah nangka dibasuk dahulu dan di potong kecil-kecil ikut suka. Kalau nak belah 2 atau 3 pun boleh ikut suka. Saya lebih suka potong kecil-kecil.



3. Kemudian basuh semula jagung yang telah dihiris halus-halus kemudian rebus sehingga jagung empuk.


4. Apabila jagung telah empuk dan air semakin kering masukkan santan cair.


5.  Kemudian masukkan daun pandan bagi mewangikan masakan dan gula melaka (saya lebih suka masukkan gula melaka dahulu kerana gula melaka lambat cair takut nanti masih berketul) dan tunggu sehingga santan mendidihkan.


6. Apabila santan cair sudah mendidih tapi jangan lupa sentiasa kacau supaya santan tidak berketul dan masukkan santan pekat kemudiannya. Masa ni dah boleh masukkan gula pasir. Ikut suka kalau nak manis bubuh lebih. Tapi pada saya tak perlu bubuh bayar gula pasir sebab buah nangka dah manis dan gula melaka tu pun dah manis. Bak kata orang manis-manis buah rasanya cukuplah. Masukkan juga secubit garam untuk rasa-rasa lemak-lemak sedikit.


7. Akhir sekali masukkan nangka dan biar sehingga mendidih. Sebelum tutup api tu rasalah dulu manis ke tidak bubur tu. Ikut sesedap rasa.

 
Dah siap pun bubur jagung dan nangka. Dah boleh makan untuk berbuka. Jemput makan semua.


Ahad, 12 Mei 2013

SATE LAGI.....JOM MAKAN

Alhamdulillah semalam berbuka dengan bubur jagung dan nangka bersama dengan sate. Sate lagi. Saje tak nak berbuka dengan nasi tapi nak makan sate. Sekali sekalakan tukar selera tak mahu makan nasi. Sate ni pun sempat lagi pergi beli di pasar malam Sg. Besi. Pergilah petang tu beli. Suka sangat dengan sate yang dijual kat pasar malam sg. besi ni tak tau kenapa sebab ada rasa manis-manis pada sate tu memang sedap kalau sesiapa pernah beli sate kat pasar malam sg. besi tu mesti akan kata seperti apa yang saya kata tu. Sedap dan terbaik. Saya beli air soya untuk minuman berbuka. Air soya ni memang tak pernah tinggal kalau time berbuka mesti ada.



 Sate bersama air soya. Jom kita makan

Selasa, 7 Mei 2013

FRIDGE MAGNET OH FRIDGE MAGNET.......


Saja nak kongsi dengan anda semua hobi dan minat terbaru saya ialah mengumpul fridge magnet......hahaha..orang lain dah berkurun lama...saya baru nak berjinak-jinak. Ini semua disebabkan pemberian kawan-kawan. Dulu kalau dapat suka simpan aje tak terfikir nak letak kat peti ais.  Semuanya gara-gara 5S kat office bila dah sisih, susun, seragam tu yang terlekatnya magnet tu kat peti ais. Hobi ni baru jer bermula awal tahun ni.. jadi masih banyak ruang kat fridge tu untuk dipenuhkan! hahaha setakat ni berkongsi dengan rakan serumah fridge magnet untuk diletakkan di peti ais rumah kami. Sekarang ini kami berdua berlumba-lumba siapa yang paling banyak sekali kumpul fridge magnet kat peti ais kami. Baru terasa seronok kan biler nak buka peti ais aje terpandanglah beraneka macam dan rupa fridge magnet kami. Kalau tengah tension pun boleh hilang sekejap masalah. Boleh buat terapi minda betullah fridge magnet ni.  
Entahlah nampak comel dan menarikkan fridge magnet ni. Mengingatkan kita kepada kenangan ketika mengunjungi sesuatu tempat walaupun dikatakan kita hanya singgap sekejap aje tempat tu sekurang-kurangnya pernahlah jejak. Sebelum ni suka kumpul key chain tapi itu dah jadi hobi nombor dua. Sekarang ni dah banyak fridge magnet yang terus melekat macam getah aje kat peti ais. Pada saya yang macam ini lagi senang dan selamat kalau jatuh pun confirm tak pecah dan tak tertanggal magnetnya. Sekarang ni pun kalau nak beli fridge magnet cari yang macam getah tapi kalau yang biasa ada magnet pun tetap beli sebab cantik. Yang penting pada saya nampak menarik, cantik, murah dan comel.
Kalau kawan-kawan nak cari pelbagai fridge magnet pergilah ke Centrel Market. Semua orang tahu Centrel Market ni syurga bagi pelancong untuk membeli cenderahati. Kalau yang duduk kat KL tu tak tau kat mana Centrel Market tu tak payahlah duduk KL buat malu orang KL ajelah. Nak pergi ke Centrel market ni senang aje naik LRT Putra turun Masjid Jamek atau Pasar Seni kalau naik LRT turun aje kat Masjid Jamek kemudian jalan kaki. Tak jauh dekat aje pandang permandangan kiri kanan dah sampai Centrel Market. Kalau naik bas pun semua berhenti di Centrel Market ni. Puas hatilah kalau nak cari fridge magnet kat sini sebab memang cantik dan puas hati. Harganya semua standard tak ada mahal tak ada murah sebab semuanya sama harga. Harga telah dipantau. Selain fridge magnet ada juga jual bermacam-macam cenderahati yang lain. Pilih aje yang berkenan di hati.
 
Macam-macam ada kat peti ais tu yang kat atas tu dah penuh yang kat bawah tu masih dalam proses collection 
Fridge magnet yang baru keluar dari oven panas lagi baru beli kat central market. Cantikkan kalau jatuh pun tak pecah sebab plastik magnet.
Yang ni pun baru beli. Cantikkan paling suka yang baju kebaya tu.....

Ahad, 5 Mei 2013

JALAN-JALAN di PESTA BUKU PWTC

Cuti 1 Mei saya dan rakan serumah bosan-bosan di rumah kami pun merancang dengan brutalnya pergi ke Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Tak sangka paad hari itu terlalu ramai orang yang menghadiri pameran tersebut. MasyaAllah, ya ampun ramainya manusia. Mungkin sebab public holiday jadi ramailah budak-budak sekolah datang bersama rombongan sekolah dan budak-budak asrama pun datang. Kami bertolak pagi sebab fikir mungkin orang tak ramai tapi sangkaan kami meleset rupanya lagi ramai dan diluar jangkaan. First kami pergi di ground flour. Mak aiiii tak boleh nak masuk dan keluar sepadat-padatnya manusia. Dah macam ulat gonggok berjalan rasanya laju lari ulat jonggok tu berjalan. Kami terpaksa bersesak-sesak dan berhimpit-himpit. Disebabkan dah tingkat bawah tu dah tak boleh nak masuk dan kami fikir dari kami bersesak-sesak dan berhimpi-himpit lebih baik kami naik ke tingkat satu. Rupa-rupanya sama juga bersesak-sesak tapi kami pergi juga menepuh keadaan orang ramai. Mula-mula tu teringin juga nak pergi ke gerai yang menjual novel dan majalah seperti gerai pts, gerai geleri ilmu, telaga biru, karangkraft tapi melihatkan keadaan orang ramai yang tak susut-susut jadi kami patahkan aje niat nak pergi gerai-gerai tersebut. Kami pun mana-mana gerai yang tak ramai pengunjung dalam-dalam kesesakan ramai orang tu semapt jugalah saya merembat 3 buah buku khas untuk anak buah tersayang saya. Untuk budak-budak yang baru pandai bercakap sesuai sangat berikan mereka buku-buku seperti ini selain gambar berwarna boleh juga mereka belajar mengenali gambar-gambar dan nombor-nombor tersebut.




Buku-buku untuk mengenali huruf dan gambar serta belajar sukukata

Jumaat, 3 Mei 2013

Cenderahati key chain pelbagai.....second hobi


Key chain adalah hobi kedua saya. Inilah dia hasilnya setelah dikumpul bertahun-tahun lamanya. Kalau dulu suka simpan dan di office tapi selepas office buat 5S dah tak boleh nak simpan lagi. Jadinya tersimpanlah dalam bekas ni di rumah. Macam-macam ada key chain ini macam-macam bentuk, warna, ukiran dan rupa. Key chain dari pelbagai negeri di Malaysia dan luar negara yang luar negara dari kawan-kawan officelah yang bagi. Kalau yang dalam malaysia tu saya suka beli kalau pergi ketempat-tempat tersebut mesti nak beli untuk diri sendiri atau buah tangan untuk kawan-kawan. Sekarang ni dah beralih cinta kepada fridge magnet pulak. Tu yang gileer sikit kalau nampak fridge magnet.


Yang ini key chain dari Langkawi. Macam-macam ada


Key chain dari Sarawak. Cantikkan


Yang ini dari Sabah pulak....
 

Key chain ini dari pelbagai negeri di Malaysia


Dari luar negara pun ada from Thailand dan Australia


Key chain buah-buahan pun ada.

Khamis, 2 Mei 2013

IRSHAD DAH 6 BULAN.......Cepatnya besar dan bijak

Hari ini genap IRSHAD 6 bulan. Dah pandai makan macam-macam kalau bagai nestum macam-macam radio malaya dia dendangkan. Bising mulut tak mahu makan tapi habis juga nestum tu. Dah pandai nak berjalan sahaja tak nak baring dan duduk aje. Asyik suruh bawa dia berjalan aje. Kesian jugak kat Wan dan Atuk asyik nak bawa dia jalan-jalan. Penat Wan dan Atuk nak dokong IRSHAD aje. Kalau ayah, ibu dan makcik memang suka bawa jalan-jalan. kalau nampak ayah, ibu dan makcik cepat-cepat IRSHAD angkat kepala dan badan, mulut apatah lagilah bising suruh bawa jalan-jalan. Memang budak bijak IRSHAD ini. Tapi bagi makcik tersayang memang suka layan kerenah IRSHAD. Itulah nyawa dan pengarang jantung makciknya. Sayang sangat-sangat IRSHAD. Muahhhhhh


IRSHAD dah besar 6 bulan


Asyik nak kena pegang dia aje....Buah hati kami semua


Bila IRSHAD buat muka terkejut.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...