Sembahyang Sunat Wuduk juga dikenali dengan nama Sembahyang Syukur Wuduk. Ia merupakan sembahyang sunat sebanyak 2 rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan baik pagi, petang, siang atau malam.
Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Justeru itu ia boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.
Cara Melaksanakannya:-
1. Sehabis mengambil wuduk, bacalah doa ini :
Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada bersekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku dari orang yang suci dan jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh.
2. Selepas itu bolehlah dilakukan sembahyang sunat wuduk sebanyak dua rakaat. Lafaz dan niatnya ialah:
3. Bacaan surah selepas Fatihah
Rakaat pertama : Surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua : Surah An-Naas
4. Kerjakanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain sehingga kepada salam.
KELEBIHAN SOLAT SUNAT WUDUK
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
" Bahawasanya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh. " Wahai Bilal......!Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab, ' Saya tidak melakukan sesuatu perkerjaan yang sangat aku harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan