Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 25 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN BERWUDHU

KELEBIHAN BERWUDHU DARI ASPEK SAINTIFIK

1. Berwudhu dapat mencegah seseorang dari mendapat kanser kerana salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan dari pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduK membersihkan badan dari pencemaran ini.
2. Amalan istinsyaq iaitu mencuci hidung ketika berwuduK mampu mencegah seseorang dari penyakit yang berpunca dari kotoran dan debu seperti resdung. Kegiatan istinsyaq ini juga dapat membantu dalam pengesanan awal tumur di bahagian nasopharyng yang tersembunyi di bahagian hidung.

3. Berkumur-kumur itu bertujuan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkong dari radang dan pembusukan pada gusi serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang melekat gigi.

4. Neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Kajian menunjukkan terdapat persamaan antara anggota-anggota rukun wudhu dengan titik-titik sensitif yang digunakan dalam ilmu akupuntur. Apabila titik-titik ini diransang ketika berwudhu berlaku komunikasi antara sistem saraf dan hormon seterusnya menghasilkan terapi yang memberi ketenangan kepada orang yang berwudhu. Ransangan pada titik-titik akupuntur ini juga dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak dan jari kaku.

5. Perbuatan menggosok anggota-anggota badan ketika berwudhu dapat menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan kecergasan badan.

6. Berwuduk dapat mencantikkan kulit dengan membantu proses regenerasi kulit iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kestabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kestabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

7. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kakinya sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Sememangnya anggota-anggota wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Oleh itu wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosakkan wudhu. Dosa dan kemaksiatan berbeza dengan wudhu.

Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali (Surah al-Maidah:6).

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah swt yang Maha Bijaksana tidak mensyariatkan sesuatu untuk sia-sia. Ternyata terdapat pelbagai kelebihan yang dikurniakan disebalik kewajipan kita berwudhu sebelum melaksanakan pelbagai ibadat. Semoga dengan perkongsian ini ramai antara kita akan menjaga amalan berwuduk seterusnya menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah kelak. In sha Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...