Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 28 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Sembahyang sunat ialah sembahyang yang dilakukan oleg seseorang muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, baik sembahyang itu dikerjakan pada waktu amlam ataupun siang. Sembahyang sunat ini juga dikenali dengan " sembahyang nafilah" atau " sembahyang tathawwu" yakni sembahyang yang tidak diwajibkan mengerjakannya. Sesiapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa.

Sembahyang sunat adalah jauh lebih banyak daripada sembahyang fardhu. Kalau sembahyang fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari tetapi sembahyang sunat tidak ada hadnya.Kelebihan-kelebihan sembahyang sunat adalah:

1. MELENGKAPKAN KEKURANGAN DALAM SEMBAHYANG FARDHU

Tidak dinafikan bahawa kita masih banyak yang lalai di dalam sembahyang. Sembahyang kita begitu jauh bezanya dengan sembahyang para sahabat dan orang soleh terdahulu apalagi hendak dibandingkan dengan sembahyang Rasulullah s.a.w sendiri. Apabila anggota lahir kita sembahyang akal dan hati kita tidak ikut sama. Kadang-kadang bermacam-macam perkara dunia yang kita ingat dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain ia sudah koyak rabak. Berlubang sana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima sembahyang seperti ini. Untuk menampung kekurangan ini maka kita perlu lakukan sembahyang sunat. Aembahyang sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan di dalam sembahyang fardhu. Ibarat kain yang koyak kenalah ada kain yang lain untuk menampal kain yang sudahkoyak itu.

Sembahyang yang fardhu tetapi tidak disempurnakan dengan sembahyang sunat maka orang itu tetap dikira berdosa. Sembahyang fardhu kita yang masih tidak sempurna hendaklah memperbanyakkan sembahyang sunat.

2. MENJADI BENTENG KEPADA SEMBAHYANG FARDHU

Yang dimaksudkan sembahyang sunat menjadi benteng kepada sembahyang fardhu ialah seorang yang selalu sembahyang sunat akan lebih sukar meninggalkan sembahyang fardhu berbanding seorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu sahaja. Kalaupun dia sibuk paling tidak pun dia hanya meninggalkan sembahyang sunatnya tidaklah sampai meninggalkan sembahyang fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu dia mungkin akan meninggalkan sembahyang fardhunya ketika terlalu sibuk.

3. DAPAT MENINGKATKAN IMAN

Kesemua amalan sunat dapat meningkatkan iman. Sembahyang sunat merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan iman. Iman kita terbahagi kepada lima peringkat:
1. Iman Taqlid
2. Iman Ilmu
3. Iman Ayyan
4. Iman Hak
5. Iman Hakikat

Apabila kita sudah menyakini rukun iman kita masih belum terjamin selamat daripada api neraka. Justeru itu kalau kita hendak terselamat daripada diseksa di dalam neraka kita mestilah berusaha untuk meningkatkan iman kita. Antara amalan yang dapat meningkatkan iman ialah sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca Quran, bertakafur, bersedekah dan lain-lain. Kalau melakukan sembahyang sunat ianya hendaklah dilakukan dengan khusyuk dan penuh rasa kehambaan. Kalau tidak ia tetap tidak dapat meningkatkan iman seseorang.

4. MENINGGIKAN PANGKAT DAN DARJAT DI SYURGA

Bagi mereka yang sudah sempurna amalan wajibnya maka kalau ada amalan sunatnya akan menambahkan lagi pangkat dan darjatnya di syurga. Inilah juga fungsi sembahyang sunat bagi mereka yang sudah sempurna amalan fardhunya. Dalam mengerjakan amalan sunat seperti sembahyang sunat ini, Rasulullah s.a.w ada memberi panduan dengan sabda baginda yang bermaksud:
Orang yang paling kuat ibadah ialah orang yang warak sekalipun sedikit amalan sunatnya.
Ertinya seorang yang warak iaitu yang tidak melakukan maksiat adalah dikira sebagai orang yang banyak ibadahnya walaupun ibadah sunatnya tidaklah banyak. Sebaliknya seorang yang melakukan maksiat walaupun banyak amalan sunatnya tidaklah dikira sebagai orang yang benar-benar berbakti kepada Allah.

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah amalan sunat mestilah dibuat serentak dengan perjuangan meninggalkan larangan Allah. Kalau tidak ibadah itu akan hilang dalam dosa yang dibuat. Tingginya darjat seseorang di sisi Allah bukanlah kerana banyaknya amalan lahir sahaj tetapi adalah kerana hati yang benar-benar takut kepada Allah.

Rabu, 27 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - DETIK-DETIK KETIKA MANUSIA DICIPTAKAN ALLAH

DETIK-DETIK KETIKA MANUSIA DICIPTAKAN OLEH ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan dari As-Suddi, dari Ibnu Masud, dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W, mereka bercerita;

"Allah S.W.T. mengutus malaikat Jibrail ke bumi untuk mengambil tanah dari bumi namun bumi menolaknya.
"Aku berlindung kepada Allah, Jangan kau kurangi atau nodai aku".

Jibrail pun kembali dan tidak jadi mengambilnya, ia kemudian melaporkan:
"Tuhan, bumi memohon perlindungan diri maka aku melindunginya".

Setelah itu Allah S.W.T. mengutus malaikat Mikail namun bumi lagi-lagi berlindung kepada Allah dan Mikail pun melindunginya. Mikail lalu kembali dan melapor seperti yang dilaporkan oleh malaikat Jibrail.

Allah S.W.T. kemudian mengutus malaikat maut. Tapi bumi juga berlindung kepada Allah maka malaikat maut berkata:
"Aku juga berlindung kepada Allah jika aku kembali tanpa melaksanakan perintah-Nya".
Setelah itu malaikat maut mengambil (sebongkah tanah) dari permukaan bumi lalu mencampurinya. Tidak cukup mengambil dari satu tempat, ia pun mengambil tanah putih, merah dan hitam. Itulah yang menyebabkan anak Adam lahir dengan warna kulit yang berlainan.

Malaikat Maut lantas naik membawa campuran tanah tersebut kemudian membasahinya hingga kembali menjadi tanah yang melekat satu sama lain.

Selanjutnya Allah S.W.T. berfirman pada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku maka hendaklah kamu tersungkur dengan sujud kepadanya".
(QS: Shaad (38): 71- 72).

Pada awalnya Adam diciptakan dalam bentuk jasad dari unsur tanah selama empat puluh tahun dengan kadar hari jumaat. Ketika malaikat menghampirinya, mereka gusar dengan apa yang dilihatnya dan yang paling gusar adalah iblis.

Setiap kali menghampirinya, iblis langsung memukulnya dan jasad tanah itu pun mengeluarkan suara tembikar dari tanah kering. Iblis ketika itu memukul sambil berkata:
"Untuk apa kamu diciptakan?"
Satu per satu malaikat keluar masuk menontonnya.
Akhirnya, Allah S.W.T. berkata kepada malaikat:
"Jangan takut pada ini, Sesungguhnya Tuhan kamu kekal dan ini hanyalah benda kosong yang jika Aku mahu maka boleh saja Aku binasakannya". 
Saat masa peniupan roh ke dalam jasad dari tanah tersebut tiba, Allah S.W.T. bertitah kepada para malaikat:
"Jika Aku telah meniupkan roh Ku ke dalam jasad Adam maka sujudlah dihadapannya".

Ketika roh ditiupkan dan menelusup masuk ke dalam kepalanya, ia langsung bersin.
Malaikat lalu berseru:
"Katakan; "Alhamdulillah".
Ia pun berucap: "Alhamdulillah".
Allah S.W.T. kemudian menyahut: "Yarhamukallah (semoga Tuhanmu menyayangimu)".

Ketika roh menelusup masuk ke dalam matanya, ia langsung melihat buah-buahan syurga. Begitu roh masuk ke kerongkongannya, ia pun bernafsu ingin makan dan langsung merangkak menggapai buah-buahan syurga sebelum roh mencapai kakinya.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa".(QS: Al- Anbiyaa' (21): 37).

Selasa, 26 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." 
Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, ''telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda S.A.W. mengambil dan menyiramkannya pada api itu maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Isnin, 25 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN BERWUDHU

KELEBIHAN BERWUDHU DARI ASPEK SAINTIFIK

1. Berwudhu dapat mencegah seseorang dari mendapat kanser kerana salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan dari pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduK membersihkan badan dari pencemaran ini.
2. Amalan istinsyaq iaitu mencuci hidung ketika berwuduK mampu mencegah seseorang dari penyakit yang berpunca dari kotoran dan debu seperti resdung. Kegiatan istinsyaq ini juga dapat membantu dalam pengesanan awal tumur di bahagian nasopharyng yang tersembunyi di bahagian hidung.

3. Berkumur-kumur itu bertujuan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkong dari radang dan pembusukan pada gusi serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang melekat gigi.

4. Neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Kajian menunjukkan terdapat persamaan antara anggota-anggota rukun wudhu dengan titik-titik sensitif yang digunakan dalam ilmu akupuntur. Apabila titik-titik ini diransang ketika berwudhu berlaku komunikasi antara sistem saraf dan hormon seterusnya menghasilkan terapi yang memberi ketenangan kepada orang yang berwudhu. Ransangan pada titik-titik akupuntur ini juga dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak dan jari kaku.

5. Perbuatan menggosok anggota-anggota badan ketika berwudhu dapat menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan kecergasan badan.

6. Berwuduk dapat mencantikkan kulit dengan membantu proses regenerasi kulit iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kestabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kestabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

7. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kakinya sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Sememangnya anggota-anggota wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Oleh itu wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosakkan wudhu. Dosa dan kemaksiatan berbeza dengan wudhu.

Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali (Surah al-Maidah:6).

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah swt yang Maha Bijaksana tidak mensyariatkan sesuatu untuk sia-sia. Ternyata terdapat pelbagai kelebihan yang dikurniakan disebalik kewajipan kita berwudhu sebelum melaksanakan pelbagai ibadat. Semoga dengan perkongsian ini ramai antara kita akan menjaga amalan berwuduk seterusnya menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah kelak. In sha Allah...

Ahad, 24 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - 7 PEMBUKA PINTU REZEKI

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah." (HR. At-Tabrani)

 . Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sabtu, 23 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - JENAZAH YANG DISEKSA DIKUBUR

JENAZAH YANG DISEKSA OLEH MALAIKAT ...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...
Kenapa sampai terjadi salah satu jenazah ini tubuhnya diseksa dan dicabuti dagingnya oleh malaikat di alam kubur ...  
Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz r.a, terdapat pemuda yang mati dan dia adalah pemuda yang selalu meninggalkan solat semasa hidupnya. Di dalam kuburnya Jasadnya dirobek-robek oleh Malaikat .. Na'uzubillah ...

Inilah Kisahnya ...
Kisah ini dirwiayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz r.a. 
Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz r.a. sedang menguruskan jenazah salah seorang kerabatnya yang bernama Fatih. Setelah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan kemudian jenazah itu dibawa ke tanah perkuburan. 
Setelah jenazah pemuda itu selesai dikuburkan dan orang-orang pun meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Begitu juga yang dilakukan Umar. Setelah beberapa langkah meninggalkan kawasan perkuburan tiba-tiba Umar mendengar suara yang datang dari kubur baru tersebut. Umar menduga suara itu adalah suara Malaikat yang bertugas di alam kubur. 
"Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku beritahu apa yang akan kuperbuat dengan orang yang engkau cintai ini?" kata suara itu.
"Tentu, ceritakanlah kepadaku," jawab Umar kehairanan. 
"Aku bakar kain kafannya, kurobek badannya dan kusedut darahnya serta kukunyah dagingnya. Mahukah kau kuberitahu apa yang akan aku perbuat dengan anggota badannya?" ujar suara dari dalam kubur itu dengan agak keras. 
Daging Dicabut ...
Mendapat jawapan dari suara itu, Umar hairan dan kemudian bertanya,
"Lalu, apa yang terjadi dengan anggota badannya?" tanya Umar lagi. 
"Aku cabut dagingnya satu persatu dari telapak tangannya, lalu dari tangan ke lengan dan dari lengan menuju bahu. Kucabut pula lutut dari pahanya. Lalu paha dari lututnya. Kucabut pula lutut itu dari betis. Dari betis menuju telapak kakinya," kata suara itu menyeramkan.
"Ceritakanlah kepadaku, apa yang dilakukan jenazah itu di dunia sehingga ia mendapatkan siksa kubur seperti itu?" kata Umar. 
"Ketahuilah, Umur di dunia hanya sedikit. kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan, pemuda ini hanyut dalam kenikmatan dunia yang melalaikan sehingga melupakan Allah SWT. Pemuda ini lalai dengan solat," ujar suara yang diduga dari Malaikat Munkar dan Nakir itu.
Fitnah Dunia ...
Umar menangis dengan penuturan suara itu. Ia banyak merenung dan menghimbau orang-orang yang masih hidup untuk memperbanyak ibadah kepada Allah SWT diantaranya adalah dengan melaksanakan solat, puasa dan sebagainya. 
Umar semakin giat mengingatkan kepada umat Islam tentang hakikat kesenangan dunia yang terkadang menipu.
"Celakalah jenazah yang tertipu oleh dunia di dalam kubur tidak ada perbezaan siang dan malam, tertutup kesempatan beramal serta mereka berpisah dengan kekasih dan keluarga, isteri-isterinya dinikahi oleh orang lain.
Anak-anaknya bebas bermain. Kerabatnya sibuk membahagi-bahagi rumah dan harta peninggalannya kerana itu tingkatkanlah ibadah kepada Allah SWT," demikian salah satu dakwah Umar mengingatkan akan siksa kubur.
Wallahu’alam bishshawab, ..
#Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ....

Jumaat, 22 Februari 2013

1 HARI1 AYAT - KELEBIHAN ZIKRULLAH

Diantara keutamaan Dzikrullah (mengingat Allah)

Mengingat Allah (baca: dzikir) merupakan pokok daripada syukur. Manfaat yang besar dapat diperolehi dengan mengerjakan amalan ini. Namun sayang sekali kebanyakan orang melupakan dan melalaikannya. Padahal faedah dzikir itu banyak sekali di antaranya adalah:

[1] MENDATANGKAN PERTOLONGAN ALLAH.
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (QS. al-Baqarah: 152)

[2] MENDATANGKAN KEAMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR.
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allah, lelaki ataupun perempuan maka Allah sediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

[3] SEBAB HIDUPNYA HATI.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingat Rabbnya (Allah) dengan orang yang tidak mengingatkan Rabbnya seperti perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang sudah mati.” (HR. Bukhari)

[4] MENDATANGKAN KETENTERAMAN JIWA. 
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Ingatlah dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tentram.” (QS. ar-Ra’d: 28)

[5] JAUH DARI PERANGKAP SYAITAN.
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Barangsiapa yang berpaling dari mengingati ar-Rahman maka akan Kami jadikan syaitan sebagai pendamping yang selalu menemaninya.” (QS. az-Zukhruf: 36)

[6] JALAN MENUJU KEIKHLASAN.
Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya orang-orang munafik itu berusaha menagburi Allah sedangkan Allah justeru mengaburi mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat maka mereka berdiri dengan penuh kemalasan mereka mencari-cari pujian manusia dan mereka sama sekali tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” (QS. an-Nisaa’: 142)

[7] PERLINDUNGAN ALLAH PADA HARI KIAMAT. 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Allah pada hari kiamat di antaranya adalah seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sepi kemudian menitislah air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Khamis, 21 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - PERKAHWINAN YANG BAIK MENENTUKAN KETURUNAN YANG BAIK

Perkahwinan Yang Baik Menentukan Anak Yang Baik

Perkahwinan merupakan fitrah kejadian Allah kepada manusia, ini bertujuan untuk mengawal pergaulan lelaki dan perempuan yang mempunyai perasaan cinta kasih sehingga boleh menyebabkan berlakukan perzinaan. Perkahwinan juga merupakan satu ikatan pernikahan di antara bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan dengan memenuhi segala syarat dan rukun pernikahan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Bagi sesiapa yang ingin memasuki dalam alam berumahtangga, perlulah mempersiapkan diri dari sudut rohani, jasmani, intelek dan meterial terlebih dahulu. Sebabnya dalam perkahwinan mempunyai berbagai dugaan atau masalah yang akan ditempuh oleh pasangan suami isteri. Semua perkara yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan sendiri, perlu membebaskan diri dari kehidupan bujang yang hanya mementingkan diri sendiri atau membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan pasangan masing-masing.
Buang segala sikap yang buruk terutamanya sikap egois atau sikap “aku memiliki kuasa vito sebagai seorang suami isteri aku perlu menurut perintah aku”. Kerana sikap sebegini akan menyebabkan pasangan kita tidak berpuas hati dan merasa kecewa. Lama kelamaan ia akan menimbulkan ketegangan dan konflik dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan berlakunya penceraian.
Masalah penceraian yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang ini sangat parah dan boleh dikatakan setiap hari mesti ada penceraian yang akan berlaku. Kebanyakkan punca berlakunya penceraian ialah tidak mempunyai kesefahaman antara suami dan isteri dalam menguruskan rumahtangga, suami atau isteri mempunyai hubungan dengan orang yang ketiga sehingga menyebabkan berlakunya penceraian. 
Realiti yang berlaku sekarang, kebanyakkan pasangan suami isteri yang berkahwin hanya menilai rupa paras semata-mata bukan dilihat dari segi agama pasangan mereka yang menjadi ukuran utama. Rupa paras, kecantikkan tidak boleh menjamin kebahgiaan pasangan suami isteri, memang mula-mula berkahwin rasa bangga dan bertuah kerana memiliki isteri yang cantik atau suami yang kacak. Bila sudah lama dan mempunyai anak, kesemua kecantikkan itu hilang dimakan usia. Timbullah rasa tidak senang dikalangan suami isteri yang mempertikaikan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan mereka mencari kesenangan di luar atau orang ketiga.
Dari sinilah Rasulullah telah mengajar umatnya supaya mencari pasangan hidup dengan penilaian utama ialah agamanya kerana agama lebih menjamin kebahagiaan pasangan tersebut dalam melayari bahtera rumahtangga. Orang yang memilih agama selalunya akan memiliki pasangan yang mempunyai akhlak yang baik dan menenangkan. Inilah harta yang ramai pasangan suami isteri tidak dapat dan harta ini sudah pasti memberikan mereka kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Secara tidak langsung juga akan terpancar sinar kecantikkan dan kelembutan pada pasangan masing yang berkahwin berdasarkan agama. Memilih pasangan yang mempunyai agama, maka sudah tentu keluarganya juga adalah dari orang yang baik-baik dan orang yang bertaqwa kepada Allah. Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :
“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama itulah pilihan yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 20 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - KEUTAMAAN BERSELAWAT

28 KEUTAMAAN MEMBACA SELAWAT

Banyak sekali hikmah dan fadhilah membaca selawat.
Perintah dari Allah SWT dan anjuran untuk mendawamkan selawat dari hadits dan para ulama tentu sahaja memiliki keutamaan tersendiri.

Untuk memotivasi diri peribadi khususnya dan orang islam lain pada umumnya untuk menggairahkan berselawat kepada Rasulullah SAW, berikut ini beberapa fadhilah dan keutamaan membaca Selawat.

28 Manfaat Membaca Selawat:

1. Melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Diangkat sepurluh darjat atas kedudukannya di sisi Allah SWT.
3. Dituliskan bagi pembaca selawat sepuluh kebaikan dan dihapuskan sepuluh keburukan.
4. Memperoleh limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah SWT.
5. Memperoleh kebajikan, mengangkat darjat, menghapus kejahatan, kesalahan dan dosa.
6. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman bila membacanya 100 kali.
7. Menjauhkan kerugian, penyesalam dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang soleh.
8.  Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
9. Memperoleh pahala seperti memerdekakan hamba sahaya.
10. Memperoleh syafa'at dari Nabi Muhammad SAW.
11. Memperoleh penyertaan dari malaikat rahmat.
12. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW. Sebab jika seseorang berselawat dan mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad SAW, maka selawat dan salamnya disampaikan kepada Beliau.
13. Membuka kesempatan berkomunikasi dengan Nabi SAW dalam keadaan terjaga.
14. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan melapangkan rezeki.
15. Melapangkan dada dan hati yang sempit bila seseorang membacanya 100 kali.
16. Menghapuskan dosa bila seseorang membacanya 3 kali setiap hari.
17. Menggantikan sedekah bagi orang-orang yang tidak mampu bersedekah.
18. Melipatgandakan pahala yang diperoleh terutama bila seseorang banyak membaca shalawat di hari Jumaat.
19. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah SAW di Hari Kiamat.
20. Menjadikan sebab doa kita diterima dan dikabulkan Allah SWT.
21. Melepaskan diri dari kebingungan di Hari Kiamat.
22. Memenuhi satu hak Rasulullah SAW atau memenuhi suatu ibadah yang diwajibkan Nabi SAW kepada umatnya.
23. Dipandang sebagai seseorang yang mencintai Rasulullah SAW.
24. Dikabulkan segala hajat atau keperluannya.
25. Membuat orang yang membacanya menjadi ingat atas segala hal yang dilupakannya.
26. Menghilangkan perasaan sedih.
27. Menyelamatkan pembacanya dari kejahatan orang yang mendoakan keburukan baginya.
28. Mengundang keberkahan.

Begitu banyaknya khasiat membaca selawat untuk Baginda Rasulullah SAW, jadi tunggu apalagi mari kita bersama-sama mendawamkan/mengamalkan rutin membacanya setiap hari dan sebanyak mungkin bahkan sebelum berdoa, sebelum tidur dan lainnya.

Wallahu’alam bishshawab, ..
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ....

Selasa, 19 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SEMBAHYANG SUNAT ISYRAQ

Sesudah terbit matahari sekadar segalah sekira-kiranya jam 07.30 pagi adalah disunatkan untuk mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat yang dinamakan sunat Isyraq. Ia boleh ditambah menurut berapa bilangan yang disukai asalkan dilakukan dalam dua rakaat, satu salam.


CARA MELAKSANAKANNYA

1. Sesudah bersuci dan berwuduk berdirilah mengadap kiblat untuk mendirikan sembahyang sunat Isyraq.

2. Lafaz dan niatnya sewaktu mengangkat takbiratul ihram ialah:



Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Isyraq 2 rakaat kerana Allah Taala."

3. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Laksanakanlah sembahyang ini sampai kepada salam sebagaimana sembahyang sunat yang lain.

5. Sesudah salam bacalah doa sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Hidayah Assaalikin, iaitu:



Ertinya: " Segala puji kembali kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya. Ya Allah berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya, terangkanlah hatiku dengan cahaya hidayahMU sebagaimana telah Engkau terangi bumi ini dengan matahariMU terus menerus dengan rahmatMU, Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih"

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT ISRAQ

Allah akan memurahkan rezeki pada orang yang bersembahyang sunat Isyraq pada hari tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Hai anak Adam! Janganlah malas mengerjakan sembahyang 4 rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari itu".

Isnin, 18 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SEMBAHYANG SUNAT WUDUK

Sembahyang Sunat Wuduk juga dikenali dengan nama Sembahyang Syukur Wuduk. Ia merupakan sembahyang sunat sebanyak 2 rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan baik pagi, petang, siang atau malam.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Justeru itu  ia boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Cara Melaksanakannya:-

1. Sehabis mengambil wuduk, bacalah doa ini :


Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada bersekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku dari orang yang suci dan jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh.

2. Selepas itu bolehlah dilakukan sembahyang sunat wuduk sebanyak dua rakaat. Lafaz dan niatnya ialah:


3. Bacaan surah selepas Fatihah

Rakaat pertama : Surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua : Surah An-Naas

4. Kerjakanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain sehingga kepada salam.


KELEBIHAN SOLAT SUNAT WUDUK


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

" Bahawasanya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh. " Wahai Bilal......!Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab, ' Saya tidak melakukan sesuatu perkerjaan yang sangat aku harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang'. 

Ahad, 17 Februari 2013

LAGI GELAGAT ALONG DAN ANGAH....


Tidur pun nak ditemani dengan boboyboy. Macam tulah perangai Along dan Angah. Kalau kat rumah tulah kerjanya setiap hari main patung boboy, patung ultraman, patung upin dan ipin.



Kalau dah bosan main nak pulak tengok cd upin dan ipin. Jenuhlah Wan kesayangannya nak buka player dvd tu. Kadang-kadang kalau malam biasanya along dan angah memang tidur lambat. Jadi Wan nya tak larat nak tunggu diorang tidur. Cd upin dan ipin yang menjadi teman Along dan Angah sebelum tidur. Layanlah cd upin dan ipin sampai habis. Itulah aktiviti di orang 2 beradik tu setiap hari tak kiralah di rumah ayah dan ibu mereka atau di rumah Wan kesayangan mereka.

Sabtu, 16 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - 12 GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT

 12 Golongan Orang Yang Didoakan Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci 
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (HR. Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci kecuali para malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469)

3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjamaah.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan." (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib)

4. Orang-orang yang menyambung shaf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). 
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf." (Para Imam, yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah)

5. Para malaikat mengucapkan 'aamiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah. 
"Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu." (HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan solat.
"Para malaikat akan selalu bershalawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat selama ia belum batal wudhunya (para malaikat) berkata: Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia." (HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad: 8106)

7. Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjama'ah. 
"Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?, mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat maka ampunilah mereka pada hari kiamat." (HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad: 9140)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. 
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan." (HR. Imam Muslim dari Ummud Darda', Shahih Muslim 2733)

9. Orang-orang yang berinfak.
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut." (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 1442 dan Shahih Muslim 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur. Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa sunnah." (HR. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, dari Abdullah bin Umar)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya, kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga Shubuh." (HR. Imam Ahmad dari 'Ali bin Abi Thalib, Al Musnad 754)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (HR. Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily)

Jumaat, 15 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - TANDA-TANDA KITA TAKUT KEPADA ALLAH

Abu-Laits berkata: "Tanda-tanda takut kepada Allah S.W.T. itu kelihatan dalam 7 perkara".

1) Lisannya.
Dia menghindarkan daripada dusta, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

2) Hatinya.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu".

3) Pandangannya.
Maka dia tidak suka memandang pada hal-hal yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah S.W.T. akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat".

4) Perutnya.
Maka perutnya tidak diisi makanan yang haram. Itu dosa besar. Sebagaiman Nabi S.A.W. bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuatu atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian maka tempatnya di Neraka."

5) Kedua tangannya.
Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakan untuk taat kepada Allah S.W.T.

6) Langkah kakinya.
Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah S.W.T., mencari keredhaaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.

7) Ketaatannya.
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaaan Allah S.W.T.Takut pada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk kategori orang-orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T.

Khamis, 14 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - BUKTI MANUSIA AKAN DIHIDUPKAN KEMBALI

Pada suatu hari, setelah Nabi Muhammad S.A.W. memberi keterangan kepada orang ramai bahawa setiap manusia yang sudah mati akan di hidupkan kembali maka ramai orang yang kebanyakannya adalah orang-orang yang jahil itu dengan serentak mula mengejek dengan berteriak-teriak dan bersiul-siul sambil berloncat-loncatan.
Di antara orang ramai itu ada dua orang penting yang termasuk kaum cendekiawan dan pemimpin iaitu Ubay bin Ka'ab dan al-As' bin Wail.
Kedua pemimpin ini selain tidak percaya bahawa orang-orang yang sudah mati beribu-ribu tahun akan hidup kembali juga akan mempergunakan keterangan itu untuk menjatuhkan atau mengalahkan Rasulullah S.A.W. 
Kedua orang itu pulang ke rumahnya untuk mengambil cangkul lalu menuju ke kuburan. Kuburan itu mereka gali mereka keluarkan tulang-belulang manusia yang terdapat di dalamnya lalu membawa tulang-belulang itu ke hadapan Rasulullah S.A.W. 
Di hadapan Rasulullah S.A.W., tulang-belulang itu mereka injak-injak dengan kaki sehingga hancur-lebur menjadi debu. Debu itu lalu mereka tiup ke udara sehingga berterbangan. Lalu mereka berkata kepada Rasulullah:
"Engkaulah yang mengatakan bahawa Allah akan menghidupkannya kembali?"
Untuk menjawab tentangan itu, turunlah Malaikat Jibrail kepada Rasulullah S.A.W. membawa wahyu dari Allah S.W.T. 
Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?". Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya). Tuhan yang telah menjadikan api dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu. Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui".(Yasin: 77-81)

Rabu, 13 Februari 2013

PARAGLIDING BUKIT JUGRA........


Masa kami sampai di puncak rumah api tersebut aktiviti paragliding sedang bermula. Dapatlah kami melihat aktiviti tersebut. Ramai orang yang datang menyaksikan aktiviti tersebut. Pelbagai bangsa dapat dilihat ketika menyaksikan aktiviti tersebut. Memang 1 MALAYSIA.


Pakar Paragliding sedang memberi taklimat kepada paragliding sebelum memulakan terjunan.


Antara pakar-pakar paragliding sedang berehat sebentar sementara yang lain sedang menguruskan paragliding yang hendak memulakan terjunan.


Tu dia terjunan sedang bermula.


Seronoknya dapat lihat terjunan tersebut. Kalau diri sendiri dapat buat terjunam macam tu mesti lagi best dan seronok.

 

Terjunan payung yang sedang berada di atas. Seperti burung yang terbang bebas.


Sedang membuat persiapan untuk terjunan yang berikutnya.


Akhirnya berjaya juga penerjun tersebut setelah percubaan pertama gagal.


Bersama-sama and the geng sebelum terjunam. Ambil masa sikit cari tiupan angin.



Terjunan yang terakhir.


Kalau sesiapa tak tahu Bukit JUGRA ini terletak di Banting Selangor. Jika sesiapa sudah sampai ke Pekan Banting, Selangor terus ikut ke petunjuk ke arah JUGRA. Bila sampai ke Jugra sahaja kita sudah nampak bukit tersebut. Kemudian akan jumpa simpang 3 ikut arah kiri. Sekeliling arah kanan adalah bukit Jugra sehinggalah kita sampai ke kaki bukit Jugra. Di situ ada tempat rehat atau riadah bagi sesiapa yang penat selepas mendaki. Tempat nak parking kereta pun ada kat situ.


SELAMAT DATANG KE JUGRA ............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...