Sehari sebelum menyambut hari raya aidiladha biasanya rumah mak memang dah sibuk....Lebih-lebih lagi bila ada 2 orang cucu kesayangan mak. Bila nak pergi beli barang-barang yang hendak di masak mesti dua orang cucu kesayangan ini di bawa. Biasalah kalau bawa dua orang budak comel ini mesti sepupu rapat dia yang tiga orang itu mesti ada.
Macam inilah gelagat di orang ini semua. Habis semua cermin mata tu di peragakan. Dah macam model cermin mata. Mungkin Wan nya tengah sibuk membeli ayam dan daging jadi masa inilah di orang buat hal sendiri. Kalau Wan nya ada masa tu pasti dah berbunyi radio malaya (kena marahlah apa lagi).....
Inilah bahagian kesukaan along........BOLAAAAAAAAAAAAA...kat rumah ayah dan Wan penuh dengan bola.
Tu dia along dan adik melaram dengan cermin mata pinjam.....COMEEEIIIIIII sungguh. Nasib baik adik dan along ini baik lepas melaram cermin mata itu terus letak balik di tempatnya. Tapi hati-hati dengan barang permainan, basikal, bola. YA AMPUNNNNNNN......di orang nak bawa balik. Pesan ayah mereka pada kami elakkan bawa mereka di tempat-tempat yang di senaraikan hitamkan itu......huhuhuhuhuhu.....
Bersama kak long Shima yang setia menemani along dan adik di mana sahaja berada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan