Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 31 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - SEDEKAH MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH

SEDEKAH MEMADAMKAN  KEMURKAAN ALLAH ...........

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim

Seorang pemuda mendengar hadits-hadits dan ayat tentang mulianya bersedekah di jalan Allah betapa mulianya berinfaq dengan shadaqatussir (sedekah secara sembunyi-sembunyi) sebagaimana hadits Rasul saw : "Sedekah dengan sembunyi sembunyi memadamkan kemurkaan Allah" (HR Thabrani dg sanad Hasan).

Maka terdetiklah di hati pemuda niat luhur untuk melakukannya dia merasa telah banyak bermaksiat dan dia merasa ibadah-ibadahnya tak cukup untuk memadamkan kemurkaan Allah swt dan dia pun mula mengumpulkan hartanya, setiap kali dia mendapat untung dari pekerjaannya selalulah dia asingkan untuk bersedekah secara sembunyi-sembunyi, siang malam dia terus berusaha dengan gigih mengumpulkan wang hingga setahun lamanya, terkumpullah sejumlah wang dinar emas yang cukup banyak jumlahnya.

Malam itu pemuda menaruh seluruh wangnya itu dalam uncang besar lalu dia berpakaian gelap dan penutup wajah hingga tak seorangpun mengenalinya dia berjalan di tengah malam yang sunyi.

Tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang tertidur di tepi jalan maka dia melemparkan uncang wangnya pada tubuh si wanita tersebut. Si wanita itu pun terkejut lalu bangun dan hanya menyaksikan pemuda bercadar itu lari tergesa-gesa.

Pemuda itu membisikkan dalam hatinya : "ah? wanita itu pasti berharap isi uncang itu adalah makanan, namun MASYA ALLAH' SEKELOMPOK WANG DINAR"!!..wah.. dia pasti gembira dan mendoakanku. Puji syukur atas Mu Rabbi, aku berusaha setahun mengumpulkan wang untuk hal ini semoga Engkau menjadikannya sedekah rahsia yang Kau terima.

Keesokan harinya hebohlah kampung itu dengan khabar bahawa seorang wanita pelacur mendapat uncang wang dinar emas ketika sedang menunggu pelanggannya!, mendengar berita itu maka Amir tersentak, ia mengucap, " Subhanallah, pelacur......sedekahku yang kukumpulkan setahun ternyata ditelan pelacur!, ah.. sedekahku tak diterima oleh Allah hanya menjadi santapan wanita pezina dan penyebab orang berzina, naudzubillah!"

Pemuda itu muram dan sedih namun ia tetap bersabar dan dia ingin agar sedekahnya diterima oleh Allah dan tak salah penerima maka dia mengumpulkan lagi harta dengan lebih gigih lagi hingga setahun lamanya setelah harta terkumpul dia membeli sebanyak-banyaknya perhiasan emas dan berlian terkumpullah sekarung perhiasan beragam corak dan jenis. Dia merasa puas memandang jerih payahnya.

Dia pun mengulangi perbuatannya, menggunakan penutup wajah dan membawa uncang perhiasan itu di tengah-tengah malam tiba-tiba dia melihat seorang lelaki setengah baya yang sedang berjalan di tengah malam, wajahnya tampak kusut dan penuh kegundahan maka si pemuda itu pun melemparkan uncang itu pada si lelaki tersebut dan berkata : "terimalah sedekahku..!", lalu dia pun lari tergesa-gesa agar si lelaki itu tidak mengenalinya.

Keesokan harinya kampung itu gempar, semalam ada seorang perompak yang mendapat rezeki uncang perhiasan dari lelaki yang tak dikenali?, Pemuda itu sangat sedih.. dua tahun sudah dia mengumpulkan wang dengan susah payah tapi selalu sahaja  salah penerimanya.

Namun pemuda itu masih juga bersabar dan dia kembali mengumpulkan wang berlanjutan hingga setahun maka dia melakukan seperti tahun yang lalu, menaruh wang dinar emasnya di uncang kulit lalu berjalan di tengah malam dia melihat seorang lelaki yang berjalan tertatih tatih sendirian. Jadi ini pastilah tak salah penerimanya bisik pemuda itu. Dia pun memberikan uncang Dinar Emasnya pada lelaki itu dan lari.

Keesokan harinya kampung itu gempar lagi seorang lelaki yang menjadi orang terkaya di kampung itu mendapat sedekah seuncang emas dinar maka pemuda itu pun jatuh terjelopok bererti memang dia adalah pemuda busuk yang sedekahnya tak akan diterima oleh Allah, 3 tahun ia berjuang namun Allah menghendaki lain.  Pemuda itu pun berdoa: "Rabb......kalau kau menerima sedekahku itu maka tunjukkanlah".

Zaman terus berlalu tanpa terasa puluhan tahun kemudian pemuda itu sudah tua di usia senjanya ia mendengar ada dua orang ulama adik kakak, keduanya menjadi ulama besar dan mempunyai ribuan murid.

Kedua Ulama itu anak yatim, ayah mereka wafat saat mereka masih kecil, lalu kerana jatuh miskin maka ibunya akhirnya melacur untuk menyara anaknya dalam suatu malam ibunya bermunajat pada Allah: "Ya Allah ya Rabbi, kuharamkan rezeki yang haram untuk anak-anakku, malam ini berilah aku rezeki Mu yang halal,"

lalu Ibu itu tertidur di tepi jalan, lalu ada seorang yang tidak dikenali yang melemparkan seuncang wang dinar emas padanya, lelaki itu menutup wajahnya dengan cadar maka sang Ibu gembira, bertaubat dan menyekolahkan anaknya dengan wang itu dan hingga kedua anaknya menjadi Ulama dan mempunyai murid ribuan banyaknya…

Airmata menitis membasahi kedua belah pipi pemuda yang sudah tua itu oh.. sedekahku itu ternyata diterima Allah dan pahalanya dijaga Allah hingga berkesinambungan dengan anak-anak sipelacur yang menjadi ulama dengan wang sedekahnya dan memiliki ribuan murid pula Maha Suci Allah Dia tidak mensia-siakan susah payahku namun apa nasibnya dengan sedekahku yang tahun kedua?

Tidak berapa lama kemudian  pemuda yang sudah tua itu mendengar khabar bahawa seorang Wali Allah baru saja wafat dia dulunya adalah seorang perompak suatu malam ia dilempari seuncang perhiasan oleh lelaki yang tidak dikenali lalu ia bersyukur kepada Allah, beribadah dan beribadah, meninggalkan kehidupan duniawi, berpuasa dan bertahajjud, hingga menjadi orang yang Soleh dan Mulia, dan wafat sebagai dengan mencapai darjat Waliyullah (kekasih Allah) dan banyak pula orang yang bertaubat ditangannya.

Pemuda yang sudah tua itu  semakin cerah wajahnya dan semakin malu kepada Allah, tak lama kemudian sampai pula khabar padanya bahawa telah dibangunkan sebuah rumah amal, yang selalu tak pernah sepi dikunjungi para pengemis, rumah amal itu selalu membahagi-bahagikan hartanya pada para Fuqara, rumah amal itu didirikan oleh seorang tua yang kaya raya di kampung itu dia awalnya sangat kedekut namun suatu malam dia dihadiahi seuncang wang dinar emas oleh lelaki yang tidak dikenali dia pun malu dan bertaubat, lalu menginfakkan seluruh hartanya untuk rumah amal.

Pemuda yang sudah tua itu pun lalu menyungkur sujud kehadirat Allah swt betapa luhurnya Dia Yang Maha Menjaga Amalnya yang tak berhenti hingga berlipat-lipat dan berkesinambungan. Pemuda yang sudah tua itu benar-benar telah mencapai cita-citanya.
Sabda Rasul saw:"Sedekah secara sembunyi-sembunyi memadamkan kemurkaan Allah."
dan dia mendapatkan pahala yang terus mengalir tanpa henti bagai membeli saham dengan keuntungan berjuta kali lipat gandanya, betapa tidaknya?, Apalah ertinya seuncang wang dinar emas dibandingkan pahala sujud orang yang bertaubat?, sedangkan kita mendengar hadits Rasul saw : "Dua raka'at Qabliyah Subuh lebih mulia dari dunia dan segala isinya"

Lalu bagaimana dengan pahala yang berkumpul dari sebab amal sedekahnya yang tak bererti itu?, betapa beruntungnya si pemuda yang sudah tua ini dan betapa mulia darjatnya dan rugilah mereka yang kedekut dengan hartanya, yang merasa bahawa makan dan minumnya lebih berhak didahulukan daripada menjadikannya perantara yang mendekatkannya pada Keluhuran yang Abadi.
Semoga kita semua dikelompokkan sebagai penanam saham untuk meneruskan tegaknya Dakwah Nabi Muhammad saw, amiin.....

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan menambahkan ibadah 

1 HARI 1 AYAT - MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga dia melihat kematian ada dihadapannya akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dia akan berinteraksi dengan tanah dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita maka akan berinteraksi dengan perasaan dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.

Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut di sebabkan dia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.w.t jika seorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa dia memang diciptakan seperti itu dia adalah separuh bahagian dari masyarakat sosial yang membangun separuh yang lain. Sekalipun demikian hampir seorang wanita solehah boleh menjadi keseluruhan masyarakat sosial tersebut.

1 HARI 1 AYAT - MENGAPA KITA TAK PANDAI BERSYUKUR

Bismillahirrahmanirrahiim.  
...Setiap pagi seperti biasa aku menjalankan kegiatan dengan mengemas rumah, mencuci pinggang mangkuk, menyapu lantai, membasuh pakaian dan pekerjaan rutin lainnya. Untuk menemaniku bekerja, kuambil sekeping kaset nasyid anak-anak, kumasukkan ke dalam tape recorder yang sudah lusuh, dan... klik:
Ajarilah aku ya Allah
Mengenali kurnia-Mu
Begitu banyak yang Kau beri
Begitu sedikit yang kusedari
Ajarilah aku ya Allah
Berterima kasih pada-Mu
Supaya aku dapat selalu
Mensyukuri nikmat-Mu 

Sayup-sayup kudengar alunan sebuah lagu, mengalun merdu dari bibir-bibir mungil anak-anak yang kira-kira masih berusia hingusan. Hatikupun bergetar, air mata menitis membasahi pipi, menyedari betapa nikmatnya diri ini mengucap syukur atas segala kurnia yang telah dilimpahkan oleh-Nya. Serta-merta, bibir ini mengucapkan,"astaghfirullahal 'adziim" seraya menghapus air mata. Sejurus kemudian hati ini berbicara, mencuba mengurai satu-persatu nikmat yang telah dikecapi.

Di pagi yang cerah, ketika sinar mentari menghangati tubuh, sungguh ada sebuah nikmat yang begitu indah terasa. Lalu, ketika merenung tubuh ini satu demi satu masih tetap seperti sedia kala, mata yang mampu melihat dengan sempurna, tangan yang mampu memegang dan mengerjakan berbagai aktiviti, kaki yang boleh melangkah, kulit yang mampu merasakan sentuhan angin yang lembut dan hidung yang mampu menghirup udara segar. Sungguh inipun merupakan nikmat yang begitu besar. Semakin lama kucuba menguraikannya semakin banyak nikmat yang kurasakan.

Demikian banyak dan teramat banyak hingga aku tak mampu menghitung satu persatu, kerana memang tak terhingga jumlahnya. Seperti firman-Nya: "Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat lalai dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim:31)
Astaghfirullahal 'adziim,
lidahkupun menjadi kelu tak sanggup lebih banyak berucap.

Segalanya Allah anugerahkan kepada diri ini dengan percuma. Tak sedikitpun Allah mengharapkan balasannya. Namun mengapakah aku tak pandai bersyukur? Padahal Allah SWT berjanji : "...la in syakartum la aziidannakum, wala in kafartum inna 'adzaabi lasyadiid (Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih)".
Dan janji Allah selalu benar adanya tak pernah salah dan tak pernah lupa. Akupun mencuba merenung apakah sebabnya yang membuat diri ini tak pandai bersyukur?

Seringkali pula kita tidak menyedari bahawa mata yang mampu melihat secara sempurna ini adalah nikmat, tangan yang mampu memegang dan melakukan segala aktiviti adalah nikmat, kaki yang mampu melangkah adalah nikmat, kesihatan kita adalah nikmat, oksigen yang melimpah ruah dan bebas kita bernafas adalah nikmat, hidayah Islam yang mengalir dalam diri kita ini adalah nikmat yang teramat mahal harganya, kasih sayang orang tua yang mampu mengalahkan segalanya demi membimbing dan membesarkan kita adalah nikmat dan entah berapa banyak kenikmatan yang lain yang tidak kita sedari.

Padahal kenikmatan yang Allah kurniakan kepada kita tak terhingga banyaknya. Masya Allah, astaghfirullahal 'adziim, semoga Allah berkenan mengampunkan kita dan membimbing kita menjadi hamba-hamba yang pandai bersyukur. 

Seringkali kita merasa iri dengan kesenangan dan kenikmatan yang dimiliki oleh orang lain. Ketika kita melihat orang lain bahagia bukannya kita ikut bersyukur atas kebahagiaannya. Sebaliknya kita terus hasad dengki dan menuduh yang tidak-tidak. Membuat berbagai andaian  dari manakah mereka memperoleh kesenangan. Berprasangka buruk dan menyebarkan bermacam-macam berita sehingga memburukkan orang lain. Menjauhkan diri kita dari rasa syukur kepada Allah. Astaghfirullah wa na'udzubillahi min dzaalik. 

Jarang dalam diri kita terjangkit penyakit "wahn (terlalu cinta dunia, dan takut mati)", hanya kesenangan dan kesenangan yang ingin kita perolehi tak sedikitpun ingin merasakan sebuah penderitaan. Sehingga ketika Allah berkenan memberikan sebuah cubaan kepada diri kita tak sanggup menanggungnya. Merasa diri menjadi orang yang paling sengsara di dunia dan bahkan ada yang sampai berani mempersoalkan dan menghakimi Allah sebagai penguasa yang tidak adil.
Na'udzubillaahi min dzaalik, astaghfirullahal'adziim.

Allah jua yang berkenan menciptakan kita sebagai makhluk yang senang berkeluh kesah. "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.”(QS. Al Maariij: 19-21).
Bila sifat ini tidak kita dapat jaga dengan baik maka tidak menutup kemungkinan bila pada akhirnya diri ini menjadi makhluk yang tak pernah mampu bersyukur.

Kerananya amat baiklah sekiranya kita mampu melatih diri, mensyukuri apa saja yang ada pada diri kita. Apapun yang Allah berikan kepada kita haruslah kita yakini bahwa itulah pilihan terbaik yang Allah kehendaki. Tak perlu irihati dan dengki terhadap nikmat orang lain hingga kita mampu menjadi seorang mu'min seperti yang digambarkan oleh Rasulullah Muhammad SAW: "Amat menghairankan terhadap urusan mu'min, seandainya baik hal itu tidak terdapat kecuali pada orang mu'min. Bila ditimpa musibah ia bersabar, dan bila diberi nikmat ia bersyukur" (HR. Muslim).

Terakhir marilah kita sentiasa mengamalkan do'a Nabi Sulaiman as. dalam kehidupan kita. Agar kita sentiasa terbimbing, memperolehi ilham dari Allah SWT sehingga kita menjadi makhluk yang pandai bersyukur pada-Nya.
"Robbi awzi'nii an asykuroo ni'matakallatii an'amta 'alayya wa'alaa waalidayya wa an a'mala shoolihan tardhoohu wa ad khilnaa birohmatika fii 'ibaadikashshoolihiin". 
“Ya Robb kami, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (QS. An Naml : 19). Aamiin.

Selasa, 30 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - MENDIDIK ANAK DENGAN KELEMBUTAN

--- Mendidik dengan Kelembutan ---

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi seorang perempuan yang bernama Sa’idah binti Jazi. Ia membawa anaknya yang baru berumur satu setengah tahun.

Rasul kemudian memangku anak tersebut. Tiba-tiba, si anak kencing (mengompol) di pangkuan Rasulullah SAW. Spontan ibu menarik anaknya dengan kasar.

Seketika itu juga, Rasulullah SAW menasihatinya. “Dengan satu gayung air, bajuku yang terkena najis kerana kencing anakmu boleh dibersihkan. Akan tetapi, luka hati anakmu karena renggutanmu dari pangkuanku tidak mampu diubati dengan bergayung-gayung air,” ujar Rasul.

Kisah tersebut memberikan pelajaran (ibrah) berharga kepada kita, para ibubapa dan pendidik bahawa Rasulullah SAW secara tegas melarang melakukan pendekatan dengan kekerasan dalam mendidik anak.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Hendaknya kamu bersikap lemah lembut, kasih sayang dan hindarilah sikap keras dan keji.” (HR Bukhari).

Rasulullah juga telah mencontohkan sikap lemah lembut dalam memperlakukan (mendidik) anak-anak. Sebab bagi seorang anak, kelembutan dan kasih sayang ibubapa dan guru merupakan sumber kekuatan yang boleh mengubah perasaannya. Kehangatan yang diberikan akan melahirkan ketenangan, kepercayaan, juga hubungan batin yang kuat antara seorang anak dan orang tuanya atau bahkan gurunya.

Dari As-Saib ibnu Zaid ketika dia masih anak-anak, ia menuturkan, “Aku melihat Rasulullah SAW, aku dan beberapa orang anak lainnya yang sebaya denganku masuk menemuinya. Ternyata kami jumpai beliau sedang makan buah kurma dari sebuah keranjang bersama dengan beberapa orang sahabatnya. Melihat kedatangan kami yang masih anak-anak, beliau bangkit, lalu memberikan kepada masing-masing dari kami segenggam kurma dari keranjang itu sambil mengusap kepala-kepala kami.” (HR Thabrani).


Yang pasti, Islam tidak mengajarkan pola pendidikan dengan cara kekerasan. Sebaliknya Islam  sangat menekankan pola pendidikan yang lemah lembut dan penuh kasih sayang. Bahkan dalam urusan dakwah pun setiap kita diperintahkan untuk menyeru umat manusia dengan cara yang lembut, bijaksana, dan memberikan nasihat yang baik. (QS an-Nahl [16]: 125).Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada- Nya.” (QS Ali Imran [3]: 159).

Melalui pendekatan lemah lembut ini, diharapkan dapat membentuk jiwa anak yang bersedia untuk menerima, memberi tindak balas dan melaksanakan setiap panggilan kebaikan dengan penuh kesabaran bukan keterpaksaan. Wallahu a’lam.

1 HARI 1 AYAT - TINGKAT MANUSIA DI DALAM SOLAT

...Tingkatan manusia di dalam solat ada lima..

PERTAMA, orang yang sangat zalim terhadap dirinya sendiri. Mereka adalah orang yang wudhunya tidak sempurna, waktu solatnya tidak terjaga, syarat dan rukunnya tidak diperhatikan.

KEDUA, orang yang memperhatikan solat, wudhu dan rukun-rukun lahiriah solat. Akan tetapi ia lupa akan kesungguhan jiwa. Mereka terlena oleh bisikan …dan gangguan yang ada dalam fikirannya.

KETIGA, orang yang menjaga syarat dan rukun solatnya dan jiwanya bersungguh-sungguh melawan bisikan dan gangguan. Mereka sangat semangat dalam melawan musuh-musuh agar tidak mampu mencuri solat mereka. Orang seperti ini berada dalam solat dan perjuangan.

KEEMPAT, orang yang sangat memperhatikan solatnya dan hatinya terfokus dalam ruh solat dan penghambaan terhadap Rabbnya.

KELIMA, orang yang mencurahkan segala fikiran dan hatinya untuk mencapai kekhusyukkan yang sempurna di dalam solat. Ia melihat Allah dengan hatinya dan ia sedar bahawa Allah selalu mengawasinya. Hatinya penuh dengan cinta dan keagungan Allah. Seolah-olah ia melihat Allah dan ia hadir di hadapan-Nya. Bisikan dan godaan lenyap dari dirinya. Tabir penutup antara dirinya dan Allah telah terbuka. Perbezaan orang seperti ini dengan orang yang lupa di dalam solatnya ibarat jarak antara bumi dan langit. Orang seperti itu mampu menyatu dengan Allah di dalam solatnya.

Yang pertama disiksa, yang kedua dihisab, yang ketiga dimaafkan, yang keempat mendapatkan pahala, dan yang kelima dekat dan menjadi kekasih Allah.” (al Wabil ash Shayyib min al Kalim ath Thayyib)

Isnin, 29 Oktober 2012

LAGI JALAN-JALAN

Sehari sebelum menyambut hari raya aidiladha biasanya rumah mak memang dah sibuk....Lebih-lebih lagi bila ada 2 orang cucu kesayangan mak. Bila nak pergi beli barang-barang yang hendak di masak mesti dua orang cucu kesayangan ini di bawa. Biasalah kalau bawa dua orang budak comel ini mesti sepupu rapat dia yang tiga orang itu mesti ada. 


Macam inilah gelagat di orang ini semua. Habis semua cermin mata tu di peragakan. Dah macam model cermin mata. Mungkin Wan nya tengah sibuk membeli ayam dan daging jadi masa inilah di orang buat hal sendiri. Kalau Wan nya ada masa tu pasti dah berbunyi radio malaya (kena marahlah apa lagi).....



Inilah bahagian kesukaan along........BOLAAAAAAAAAAAAA...kat rumah ayah dan Wan penuh dengan bola.



Tu dia along dan adik melaram dengan cermin mata pinjam.....COMEEEIIIIIII sungguh. Nasib baik adik dan along ini baik lepas melaram cermin mata itu terus letak balik di tempatnya. Tapi hati-hati dengan barang permainan, basikal, bola. YA AMPUNNNNNNN......di orang nak bawa balik. Pesan ayah mereka pada kami elakkan bawa mereka di tempat-tempat yang di senaraikan hitamkan itu......huhuhuhuhuhu.....







Bersama kak long Shima yang setia menemani along dan adik di mana sahaja berada.

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU TERUTAMA SOLAT SUBUH

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim).

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukkan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Ahad, 28 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - NASIHAT KUBUR

NASIHAT KUBUR

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD ...

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ...

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN ...

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH ...

5). Aku yg mennyepitmu hingga hancur bilamana tidak Shalat, bebaskan sepitan itu dengan SHALAT ...

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA ...

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucapkan Kalimat "LAILAHAILALLAH"...

Semoga Bermanfaat dan Penuh Keberkatan dari Allah ..

Khamis, 25 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - AKU MENCINTAI CARAMU MENEGURKU....

Ya ALLAH......Aku Mencintai Cara-Mu Menegurku♥

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ya ALLAH.....
saatku bersedih Kau hadirkan orang-orang terbaik untuk menghiburku....
Kau hadirkan insan-insan berhati mulia yang sentiasa mengajarkanku untuk mencintai-MU... dan aku tahu Kau selalu ada di sampingku, tersenyum padaku....
Saat aku mulai penat dengan perjalanan panjang tiada penghujung, penat mengejar cita-cita yang tak mungkin aku gapai, Kau beri aku bingkisan indah sebuah jalan terbaik yang tak pernah terpikir olehku....dan saat aku mulai bimbang dengan pilihanku Kau bimbing aku menuju cahaya-Mu....

Saat aku mulai malas berinteraksi dengan surat cinta-MU, saat novel terlihat lebih menggiurkan untuk dibaca, saat otak begitu menuntutku untuk diisi dengan agenda permasalahan dunia, saat itulah Kau tegur aku... Saat itulah hati mulai terasa hampa....Namun tak Kau biarkan aku terbuai dengan pesona indahnya dunia yang hanya sementara. Kini aku sedar kekuatanku ada saat dengan surat cinta-MU, ketenangan hadir saat lantunan ayat-ayat-MU kubaca, dan aku sedari kebersihan hatiku hanya kudapat saat jiwa ini tak lepas dari Al-Quran surat cinta-Mu yang begitu agung nan syahdu..


Saat diri ini mulai malas menunaikan berbagai amanah saat tubuh ini begitu ingin di istirehatkan saat jiwa petualangku begitu menuntut untuk lari bersama angin meninggalkan semuanya... kembali Kau ingatkan aku bahawa kewajipan yang ada memang lebih banyak dari waktu yang tersedia... Kesenangan yang aku dambakan di dunia tak seberapa dibandingkan dengan kenikmatan abadi di akhirat nanti yang telah disediakan oleh-NYA atas setiap pengorbanan dari insan yang rela berjuang di jalan-Nya. Kau ingatkan aku akan azab melalaikan amanah. Hingga kesenanganku menikmati kebebasan seketika kerana dihantui rasa bersalah hingga mengajakku kembali kepada-Mu..kembali untuk menggalas segala amanah yang ada di bahuku..

Saat udara dingin mengurungkan niatku menemui-MU di sepertiga malam saat mataku terpejam terlalu dalam saat tubuhku terlalu malas untuk bangkit.... Saat itulah teguran itu mulai kurasakan...Pagi yang cerah seolah kehilangan keceriaannya setiap kata yang terucap seolah jadi tak bermakna dan begitu hambar. Jangankan dapat menyentuh hati lawan bicara, hati sendiri pun seolah kehilangan ruhnya...

Saat fikiranku mulai melayang dengan angan yang tak tentu arah , saat mengingat-MU tak lagi sempurna ...Saat itulah Kau tegur segala kelalaianku... Kau buat aku menyedari betapa kecilnya anganku itu dan betapa besarnya cita-cita yang seharusnya layak ku gapai serta betapa banyaknya tugas yang memerlukan tangan dan tanggung jawabku. Bukankah kita semua menyedari akan harapan dan cita-cita besar kita? Sungguh tak ada waktu untuk bersuka-suka dan tak ada waktu untuk memikirkan hal-hal yang tak berkaitan dengan segala harapan dan cita-cita kita.

Saat waktu aku terlalu sibuk mengejar kesenangan dunia dan terlalu sibuk mencari cinta manusia, Kau ingatkan aku betapa ruginya menukar cinta-MU yang Maha Penyayang dengan itu semua... Padahal cinta-MU pasti menundukkan kecintaan seisi langit dan bumi....

Ya ALLAH.. Sungguh cara-MU menegurku begitu indah, begitu manis, dan penuh cinta... Terkadang aku harus sakit, aku harus jatuh dan aku harus menangis. Namun dalam hatiku yang penuh noda ini tetap Kau beri sebuah ruang untuk memasukkan cahaya hidayah-MU agar aku dapat memahami kasih sayang-Mu... Cahaya itulah yang menyedarkan aku akan teguran-MU dan mengembalikan jiwaku yang lalai agar kembali mengingat-MU.
Sesungguhnya di kala kita renungkan selalu ada hikmah di sebalik setiap peristiwa namun hanya orang-orang berimanlah yang mampu memahami hikmah itu. Hanya hati yang bersih yang mampu menerima cahaya hidayah-NYA. Hanya hati yang terbuka yang mampu membaca cinta-NYA dan hanya orang-orang berakallah yang mampu belajar serta memahami teguran-NYA sehingga berubah menjadi peribadi yang lebih mulia.....
Ya ALLAH....
Aku mencintai cara-Mu mencintaiku...Aku mencintai cara-Mu menegurku maka bimbinglah aku untuk terus mencintai-Mu dan tetapkan iman di dadaku hingga akhir waktu. aamiin..

Rabu, 24 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA


... MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA ...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ....
Memiliki wajah bercahaya adalah keinginan dari semua wanita. Wajah bercahaya bukan bererti harus berwajah cantik banyak wanita yang memiliki wajah cantik, tetapi tidak sedap dipandang mata. Sebaliknya banyak wanita yang memilki wajah yang biasa saja, tetapi terlihat menarik di mata orang lain. Bentuk wajah, warna kulit dalam keadaan tertentu memang memberikan keindahan tetapi telah terbukti ada hal lain yang membuat seseorangan menjadi cantik. Kita boleh melihat keindahan dalaman dan keindahan lahiriah. Keindahan dalaman adalah zat yang dicintai seperti keindahan ilmu, akal, kemurahan hati, keberanian dan lain-lainnya.
Keindahan dalaman ini menghiasi rupa lahir sekalipun tidak indah. Orang yang memiliki keindahan dalaman walaupun berpakaian cantik, kemuliaan dan karisma akan terasa bila ruhnya tertanam sifat-sifat tersebut. Siapa yang melihatnya akan merasa enggan kepadanya dan siapa yang bergaul dengannya akan merasa nyaman. Barangkali anda pernah lihat orang yang secara lahiriah berkulit hitam, tidak elok tapi kerana memiliki sifat-sifat terpuji dan rajin solat malam maka dengan sendirinya akan terlihat bagus rupa, menyenangkan dan wajahnya bercahaya cemerlang.
Sebahagian wanita ada yang banyak mendirikan solat malam. Ketika hal itu ditanyakan kepadanya maka para wanita menjawab, “Sesungguhnya soalat malam itu boleh membuat wajah menjadi elok dan saya suka jika wajahku menjadi elok”.
Beberapa tahun lalu saya melihat seorang wanita yang memancarkan wajah yang berbeza dari wanita lain. Orang-orang senang dengan kehadirannya dan merasa kehilangan ketika dia tidak ada. Sebenarnya wajah wanita itu biasa saja bahkan berkulit hitam. Awalnya saya mengira hanya saya yang mempunyai prasangka tentang sinaran wajahnya. Ternyata teman-teman saya yang menyatakan hal yang sama. Saya pun berusaha untuk mencari tahu apa yang membuat wajah wanita ini begitu menarik.
Saya curiga dia pasti melakukan ibadah sunnah secara rutin ketika ada kesempatan, hal itu saya tanyakan kepadanya. Awalnya dia tidak mahu menjawab setelah didesak dia baru mengaku bahawa selama lima tahun dia terus menerus puasa isnin dan khamis dan apabila haid pada hari itu dia menggantikannya dengan puasa daud. Wanita ini juga hampir setiap malam solat tahajud. Luar biasa. Ini adalah salah satu bukti bahawa apabila kita dekat kepada Allah akan menimbulkan pancaran keagungan wajah kerana apa saja yang mendekati sumber cahaya, dia akan terkena pancaran cahaya.

Keindahan Lahir ... 
Keindahan lahir merupakan hiasan yang secara khusus diberikan Allah kepada sebahagian rupa manusia dan sebahagian lain tidak diberi-Nya. Hal ini termasuk tambahan penciptaan-Nya seperti firman berikut: “Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya ” (Fathir:1).
Menurut para ulama maksudnya adalah suara merdu dan rupa yang elok, keindahan lahir yang diberikan Allah perlu dijaga dari kesombongan kerana kadang manusia lupa akan hal ini, merasa hebat akan lahir yang diberi-Nya. Jadi mengenakan pakaian dan kasut yang bagus tidak apa-apa selagi berniat hanya kerana Allah. Tandanya jika merasa hebat menunjuk-nunjuk terhadap orang lain maka dialah orang yang rugi kerana kesombongannya sendiri dalam kehidupan hariannya  pun orang sekitarnya akan menjauh tidak mencintainya dan tidak merasa selesa.

Keindahan Batin ...
Keindahan batin merupakan nikmat Allah yang paling agung diberi pada hamba-Nya. keindahan ini akan terpancar jika bertakwa kepada-Nya. Menjaga keindahan ini akan menambah keindahan yang ada semakin bertambah indah. Jika keindahan ini digunakan untuk mendurhakai-Nya maka apa yang ada di dunia akan diubah selagi ia masih di dunia. Sehingga yang dia dapat sebelumnya akan menjadi sebaliknya, menjadi keburukan dan sesuatu yang menjijikkan di hadapan manusia kerana keindahan batin dapat menutupi dan menghapus kekurangan lahiriah sedangkan keburukan batin akan menghapuskan keindahan lahiriah dan menutupinya.
Hindari kekejian wahai yang berwajah tampan
Jangan ubah keindahan dengan keburukan 
Berbuat baiklah wahai yang tak berwajah tampan
Tidak akan menyatu dua jenis keburukan

Kerana keindahan merupakan yang disukai jiwa dan diidam-idamkan hati maka Allah tidak mengutus seorang nabi pun kecuali rupanya elok dan wajahnya tampan dan merdu suaranya. Begitulah yang diutarakan Ali bin Abu Talib. Rasulullah saw merupakan ciptaan Allah yang paling elok dan paling tampan sebagaimana yang dikatakan Al-Barra bu Azib Radhiyallahu Anhu. Dia pernah ditanya, ” Apakah wajah Rasulullah saw laksana pedang?” Dia menjawab “Tidak tetapi seperti rembulan.” (HR Bukhari-Muslim). 
Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, bahawa pernah Rasulullah saw sedang ditunggu beberapa orang dari para sahabat di ambang pintu. Beliau bercermin di atas permukaan air, menyikat rambut dan janggutnya kemudian baru menemui mereka. Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, jadi engkau perlu berbuat seperti itu?”. Rasulullah menjawab, “Benar jika seseorang hendak menemui saudara maka hendaklah dia menjaga penampilannya terlebih dulu. Sebab Allah itu indah dan menyukai keindahan.” Ada seorang wanita cantik menemui Hasan Basri, seraya berkata, “Wahai Abu Sai’d, haruskah kaum laki-laki menikahi wanita?” “Begitulah” jawab Al-Hasan. “Bagaimana dengan diriku” tatkala bertanya itulah wanita tersebut sempat melihat wajah Hasan Basri yang tampan dan dia tak pernah melihat wajah yang setampan dia. Maka wanita itu berkata lagi, “Wahai Abu Sai’d janganlah engkau menggoda wanita dengan wajahmu!” katanya sambil mengalihkan pandangannya.
Hasan Basri berkata, “Andaikata di rumah seorang laki-laki ada wanita seperti dirimu tentu dia tidak lagi merasakan perlu dunia”. Abdullah bin Quraib Al-Ashmay berkata, “tatkala saya sedang berada di sebuah mata air tiba-tiba orang berkata, “Dia telah datang dia telah datang.” Semua orang bangkit dan saya berdiri bersama mereka. Ternyata ada seorang gadis yang hendak mengambil air. Tak pernah kulihat wajah yang secantik dia ditambah lagi perwatakkannya benar-benar sempurna. Tatkala dia merasa bahawa semua mata tertumpu ke arah diriku maka dia segera menutupkan kain tudungnya seakan-akan gumpalan awan yang sedang menutupi matahari. Saya berkata, “Jangan engkau halangi kami untuk menikmati wajahmu yang cantik menawan itu!”  

Makna Keindahan ....
Apa itu keindahan? kita tidak mungkin mengetahui erti keindahan sampai kita dapat mengagumi keindahan itu sendiri dan mengagumi yang menciptakan keindahan. Ada yang berpendapat, keindahan adalah keserasian ciptaan, harmoni dan keselarasannya. Ada juga yang memiliki keserasian, tetapi belum tentu disebut indah. Ada pula yang berpendapat bahawa keindahan itu terangkum dalam beberapa hal seperti keceriaan, keelokan, kebagusan bentuk dan kelembutan.
Dari beberapa definisi keindahan di atas bahawa setiap manusia mempunyai kemampuan untuk mendefinasikannya. Rasulullah saw berada tertinggi dalam hal keindahan. Suatu kali, Aisyah memandang beliau lalu tersenyum sendiri. “ Mengapa engkau tersenyum begitu?” Tanya beliau Aisyah menjawab, “Abu Bakar Al-Hudzaliy pernah menceritakannya dalam syair, Dialah penyembuh wanita yang mengalami kelainan ubat mujarab bagi wanita yang sedang menyusui. Andaikan kau lihat urat-urat dikeningnya tentu di sana dapat dilihat sinar berkilauan.
Ada sebahagian sahabat bertanya dengan seorang rahib lalu berkata, “Sebutlah ciri-ciri Muhammad kepadaku kerana seakan-akan aku bisa melihatnya di dalam taurat dan injil.” Sahabat itu menjawab, “Beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula pendek di atas rata-rata warna kulitnya putih bersih kemerah-merahan, rambutnya tidak keriting dan tidak pula kaku, rambutnya berjuntai hingga menyentuh daun telinga, keningnya kuat, pipinya lebar, matanya hitam dan lebar, hidungnya mancung, gigi-giginya tersusun, lehernya seakan-akan kendi yang terbuat dari perak, wajahnya seperti rembulan”
Setelah mendengarnya rahib itu pun masuk Islam dengan keadaan dan rupa seperti itu beliau masih di anugerahi cinta dan karisma. Siapa pun yang memandangnya tentu akan mencintai dan enggan terhadap beliau. Allah terlalu merangkum urut-urutan keindahan lahir mahupun batin, beliau adalah makhluk Allah yang paling indah, ciptaan mahupun aklaknya dan rupa mahupun perangainya.
Keadaan Rasulullah mempunyai keindahan seperti keadaan Nabi Yusuf as keindahan Nabi Yusuf as terlihat pada saat penolakan terhadap isteri tuannya yang terpesona akan keindahan lahirnya dan saat itu keindahan Nabi Yusuf lebih indah dari lahirnya yang selalu menjaga kehormatan diri dan menghindari hal-hal yang hina.
Allah SWT memberi keindahan lahir mereka dan wajah yang jernih dan membaguskan batin mereka dengan kegembiraan seperti firman Allah: “ Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada rabbiNya mereka melihat.” (Al-Qiyamah:22-23).
Allah menghiasi lahir langit dengan bintang-bintang dan menghiasi batinnya dengan memelihara-Nya dari gangguan syaitan. Ayat lain yang serupa sebagai berikut: “Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (Al-Baqarah:197).
Allah menyebutkan bekal lahir dan bekal batin. Ini merupakan hiasan batin dalam Al-Quran yang dikaitkan dengan hiasan lahir. Firman ini ditunjukkan kepada Adam seperti berikut: “Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari di dalamnya.” (Thaha:118-119)
Allah menyertai kelaparan dengan telanjang bukan dengan kehausan menyertai kehausan dan kepanasan, bukan dengan kelaparan. Sebab rasa lapar itu merupakan ketelanjangan batin, sedangkan telanjang merupakan ketelanjangan lahir. Rasa haus adalah panasnya batin sedangkan panasnya terik matahari merupakan panasnya lahir. Umar Bin Khatab Radhuyallahu Anhu berkata, “Jika warna putih kulit wanita sama dengan rambut uban maka keindahaannya sudah sempurna.”
Aisya Radhuyallahu Anhu berkata, “Kulit yang berwarna putih itu separuh dari keindahan”. Ada empat bahagian yang menentukan keindahan di wanita kerana bentuknya panjang iaitu tangan dan kaki, perawakan, rambut dan lehernya, kekurangan diri wanita terletak di empat bahagian iaitu pada kaki, tangan, lidah dan matanya. Seorang wanita tidak boleh membelanjakan apa yang ada dalam rumah suaminya, tidak boleh keluar tanpa izin suami serta tidak boleh mengumpat (menjaga lisan) dan pandangannya.
Allah mempunyai cara tersendiri untuk mewujudkan keindahan pada manusia beserta makhluk dan isi alam ini kerana hanya Allah SWT yang mempunyai keindahan sempurna.

Menahan Pandangan Mata ...
Menahan pandangan mata merupakan dasar untuk menjaga kemaluan maka menahan mata itu disebutkan paling awal. Kerana pengharamannya hanya merupakan pengharaman awal, bererti pandangan mata diperbolehkan jika untuk kebaikkan yang pasti dan tidak diharamkan jika dikhawatirkan akan mengakibatkan kerosakan serta tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas di samping kerosakan itu.
Allah tidak memerintahkan untuk menahan pandangan mata secara total tetapi memerintahkan sebahagian pandangan mata. Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan pandangan matanya bererti dia menahan syahwat dan keinginan hati. Jika dia mengalihkan pandangan matanya bererti dia mengalihkan syahwat hatinya.

Allah berfirman
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikan itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” (An-Nur:30-31)

Manfaat menahan pandangan mata ...
Ada beberapa manfaat yang boleh diperolehi kerana menahan pandangan mata di bawah ini sebagai berikut: 
1. Membersihkan hati dan derita penyesalan ...
Seseorang yang suka menahankan pandangan matanya maka yang diakibatkan setelahnya adalah penyesalan yang tiada henti-hentinya. Kerana sesuatu yang paling berbahaya bagi hati adalah mengalih pandangan.
Ada kisah dari Al-Ashmay berkata, “Saya pernah melihat seorang gadis sedang tawaf yang seakan-akan dia adalah matahari saya terus memandanginya dan hatiku berdegup kerana keelokannya. Lalu wanita itu bertanya kepadaku. “Ada apa engkau ini?” Saya menjawab, “Engkau amat layak untuk dipandangi”
Wanita itu membacakan syair
Selagi pandangan matamu berkeliaran
Segala pemandangan akan membebani hati
Kau pandang segala sesuatu diluar kemampuan 
Sebahagian hati tiada kesabaran lagi

Pandangan akan menyusup ke dalam hati seperti anak panah yang meluncur saat dilancarkan. Jika tidak membunuh tentu anak panah akan membuat luka. Atau pandangan itu layaknya bara api yang dilemparkan ke dahan-dahan kering. Dikatakan dalam sebuah syair.
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang melesat dari busurnya
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak pernah lepas dari bahaya yang menghadang
Terasa senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali

2. Mendatangkan cahaya dan keceriaan hati.. 
Cahaya dan kecerian yang datang kerana menahan mata ini boleh terlihat di mata, wajah dan seluruh anggota tubuh, sebagaimana menahan pandangan yang mendatangkan kepekatan yang terlihat di wajah dan seluruh anggota tubuh. Oleh kerana itu Allah menyebutkan di dalam surat an-Nur, “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.” (An-Nur:35)
Dalam ayat sebelumnya Allah telah berfirman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur:30)
3. Mendatangkan kekuatan firasat yang benar ...
Firasat akan datang dengan sendirinya kepada anda bila dapat menahan pandangan kerana firasat termasuk cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati anda bercahaya maka firasat juga tidak akan meleset. Sebab hati itu kedudukannya seperti cermin yang memperlihatkan seluruh data seperti apa adanya. Sedangkan pandangan adalah seperti menghembuskan nafas di cermin. Jadi jika anda membuang pandangan mata maka seperti menghembuskan nafas di cermin hatinya. Hasilnya cahayanya akan memudar.  
Syuja’Al-Karmany berkata, “Jika zahir seseorang mengikuti sunnah Nabi batinnya merasakan pengawasan Allah, dia menahan pandangan mata dari hal yang dilarang Allah (haram), menahan diri dari syahwat dan memakan yang halal, tentu hatinya tidak akan meleset.” (Juga dikenal sebagai orang yang hatinya jitu dan tak pernah meleset)

4. Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu ...
Ilmu pengetahuan akan muncul bila hati bersinar terang sehingga sebahagian ilmu itu mudah diserap. Namun bila anda tetap menahan pandangan mata maka hati akan gelap tertutup untuk masuknya pengetahuan.
5. Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian ... 
Al-Hasan berkata, ”Jika kehinaan dan kedurhakaan ada di hati mereka niscaya Allah akan menghinakan orang yang mendurhakai-Nya. Orang yang boleh menahan pandangan mata bererti boleh menahan datangnya ketakutan.
6. Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan ...
Mana yang anda pilih kegembiraan, kesenangan, dan kenikmatan dengan menahan pandangan. Bila anda dapat menahan nafsu bererti telah mengalahkan musuh  di samping itu tatkala dia mampu menahan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah suatu kesenangan yang menjurus kepada keburukan maka Allah SWT menggantikan dengan kesenangan dan kenikmatan yang lengkap sebagaimana yang biasa di katakan orang, “Demi Allah, kenikmatan kerana menjaga diri dari hal-hal yang hina jauh lebih besar daripada kenikmatan mendatangkan dosa.”
7. Membebaskan hati dari tawanan syahwat ...
Bebaskan diri anda dari syahwat kerana perlu anda ketahui secara halus ditawan oleh syahwat anda layaknya burung yang dimainkan anak kecil sesuka hati.
8. Menutup pintu neraka jahanam ...
Pandangan mata merupakan pintu syahwat yang menagih pelaksanaanya anda akan terjerumus. Ia tak kuat menahannya. Tahanlah mata anda bila ingin menutup pintu ini kerana orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru apalagi bila itu tampak lebih indah dan membuat mata lapar akan hal itu.
9. Menguatkan dan mempertajamkan akal ....
Orang yang berusaha lebih baik dia tetap mengasah akalnya bila berbuat dapat mempertimbangkan hasilnya. 
10. Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan ..
Tidak menahan pandangan mata pasti akan membuahkan lalai terhadap Allah dan akhirat serta akan membuat mabuk kepayang dalam tawanan cinta seperti yang disebutkan firman Allah, 
“Demi umurmu (Muhammad) sesungguhnya mereka terumbang-ambing di dalam kemabukkan (kesesatan)” (Al-Hijr:72)
Pandangan mata adalah segelas arak dan cinta adalah mabuk yang diakibatkan mabuk itu. Mabuk cinta jauh lebih parah dari mabuk arak.  
Al-Hafidz Muhammad bin Nashir, berkata, “ Para utusan Abdul-Qais mendatangi Rasulullah saw. Di antara mereka ada seorang pemuda yang tampan. Lalu, Rasulullah saw mendudukkan pemuda itu di belakang punggungnya seraya bersabda, “Orang yang memandangannya adalah orang yang melakukan kesalahan.”
Bahkan Ibrahim An-Nakhay untuk menghindari fikiran kotor melarang duduk-duduk terlalu lama dengan pemuda tampan beliau berkata, “Duduk dengan pemuda tampan adalah cubaan kerana pemuda tampan itu tak ubahnya wanita.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...