Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 14 April 2014

1 HARI 1 AYAT - JANGAN SOMBONG MALU UNTUK BERTAUBAT

Kehidupan di dunia yang penuh dugaan dan cabaran memungkinkan kita berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu yang tidak baik. Hasad dengki membelenggu hati sehingga tidak dapat menerima kelebihan orang lain, dendam kesumat beraja dalam hati hingga bertarung mempertahankan iman. Sungguh dunia ini penuh dengan permainan yang melalaikan walau cuba mengawal mengawal diri daripada tipu daya, ada kalanya kita tertewas juga. Apa lagi jika balasannya lambat tiba, tidak terasa janji Allah SWT itu akan sampai akhirnya.

Sudah namanya manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Ada yang disengajakan, ada pula yang tidak disedari tetapi akhirnya membuatkan seseorang berasa disakiti. Tidak terkecuali ada yang suka mempersenda hukum Ilahi hingga terlupa bahawa hidup tidaklah kekal abadi.

Apabila tiba masanya kita perlu berserah kepada Pemiliknya dan kala itu usah berasa terlambat kerana kita sememangnya ketinggalan daripada orang lain yang puas memungut rahmat serta berkat kehidupan untuk dibawa bekalan kemudian hari.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?" (Surah al-An'am: 32).

Akal yang dikurniakan Allah SWT adalah untuk berfikir supaya kita tidak mengulangi kesalahan serupa sehingga menggagalkan misi dan visi sebagai hamba. Mana yang hak dan batil, usahlah kita sendiri memilihnya manakala tidak boleh berkompromi antara halal dengan haram. Walaupun berusaha menjadi hamba baik dan taat, ada kala kita lalai dan terlupa. Justeru segala keterlanjuran terhadap Yang Esa hendaklah kita bertaubat supaya di akhirat kelak kita selamat.

Menyesali dosa yang telah dilakukan dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya adalah usaha perlu dilakukan jika benar-benar ingin bertaubat. Usah dikenang masa lalu yang akan mendorong melakukan kemaksiatan sebaliknya jadikan pengajaran supaya kesalahan tidak berulang. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.")Surah at-Tahriim: 8)

Jangan pula taubat dipermainkan dengan mengulangi dosa dan kemungkaran. Sesiapa yang ingin bertaubat mestilah menyesali dosa telah dilakukan dan bertekad tidak mengulanginya lagi. Inilah yang dikatakan menyucikan diri iaitu menghilangkan segala kotoran di hati untuk mendorong kepada pembersihan jiwa yang sebenar.

Segala bentuk maksiat dan ingkar terhadap perintah Allah SWT hendaklah dipohon keampunan dengan taubat dan sebarang bentuk penganiayaan terhadap orang lain, walau apa juga bentuknya perlu disertai kemaafan serta mengembalikan hak yang diambil. Jika ia fitnah, bayarlah dengan membersihkan nama baiknya dan jika ia harta yang diambil, lunaskan dengan mengembalikan miliknya atau minta dihalalkan.

Usahlah ditangguh peluang kerana ajal juga bila-bila masa akan datang dan syukurlah jika kita sempat menyedari dosa dan kejahilan pernah dilakukan kerana kita tidak akan melakukannya berulang-ulang. Mengingati bahawa hidup ini hanya sementara maka kita perlulah berhati-hati apabila berbuat dan berkata. Bukan mudah meminta ampun atas segala dosa kerana hati yang disakiti lukanya sukar untuk sembuh. Sungguhpun begitu selagi ada usia selagi itulah pintu taubat akan sentiasa terbuka. Jangan sombong dan malu untuk memohon ampun dan maaf daripada sesiapa bahkan Allah SWT Maha Pengampun terhadap hambanya.

Jumaat, 11 April 2014

BIRTHDAY GIRL........Terima kasih ayah dan mama

Yeahhhh....smlm ayah dan mama belikan kek untuk kak long. Terima kasih ayah dan mama sebab mengingati harijadi kak long. Kita sekeluarga sambut bersama-sama di rumah. Sedap kek yang ayah dan mama beli semalam. Suka3x.......Setiap tahun kita sambut ye ayah dan mama...dapat tiup lilin tiap2 tahun...


Love you ayah, mama dan adik......


“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Khamis, 10 April 2014

SELAMAT HARI JADI Sayanggggg.....


Happy birthday sayang..........dah 4 tahun x lama lgi kakak long dah bleh sekolah. Terima kasih ayah dan mama melahirkan dan membesarkan kakak sehingga sekarang. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Sayang muahmuahhhmuahhhhhh. always3x dekat di hati.





Kebahagian kakak kebahagian ayah dan mama juga. Terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang ayah dan mama yang terbaik di mata kakak dan adik. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada kami sekeluarga. AMIN


 “ Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku  dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al Ahqaaf : 15)


Rabu, 9 April 2014

1 HARI 1 AYAT - HIKMAH MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Setiap amalan atau ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri. Begitu juga amalan sunat. Allah SWT amat suka hambaNya yang selalu meminta atau mengingatiNya tidak kira dalam keadaan senang mahupun sukar.

Daripada Abu Dzarr, Rasulullah SAW bersabda: " Bagi tiap-tiap ruang dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnyasetiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah. semua itu boleh diganti dengan 2 rakaat solat Dhuha."(Riwayat Muslim)

Mereka yang mengerjakan solat Dhuha, Allah SWT sentiasa mencukupkan segala keperluannya sepanjang siang hari. Nuáim bin Hammar berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: Wahai anak adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang." (Riwayat Abu Dawud).

Andainya kita rajin menunaikan solat Dhuha, ganjaran yang akan menanti adalah besar iaitu sama seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Itu bagi mereka yang solat subuh berjemaah lalu tetap berada dalam masjid berzikir dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari.

Solat Dhuha juga termasuk dalam solat untuk orang yang bertaubat. Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah SAW keluar menuju tempat ahli Quba', sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda bersabda: "Solat Awwabin (orang yang bertaubat) dilakukan pada saat teriknya matahari."(Riwayat Muslim).

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah ketika matahari mulai naik sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat selepas solat Subuh  (12 minit selepas matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakan selepas 15 minit. Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimum adalah 2 rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat tertentu. Solat Dhuha boleh dikerjakan sebanyak 6, 8 dan 12 rakaat.

Dalam riwayat al-thabarani daripada hadis Abu Darda secara marfu disebutkan: " Barangsiapa  solat Dhuha 2 rakaat maka tidak ditulis sebagai orang lalai, barangsiapa solat Dhuha 4 rakaat maka ditulis sebagai orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha 6 rakaat maka dicukupkan untuknya pada hari itu , barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha 8 rakaat maka ditulis dalam golongan orang yang beribadah dan barangsiapa solat Dhuha 12 rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di Syurga."

Amalan solat Dhuha adalah amalan yang sering dilakukan Rasulullah SAW dan sebagai umatnya kita haruslah mengikut sunnah Baginda. Solat Dhuha juga dapat memberi ketenangan kerana dalam sibuk melakukan tuntutan harian kita masih sempat bertakafur kepada Pencipta.



Selasa, 8 April 2014

SANTAI HARI MINGGU.....JALAN-JALAN CARI MAKAN


Terima kasih ayah selalu bawa saya, adik dan mama makan kat kfc. Sayang ayah dan mama ketat2. Dapat selalu makan makanan kegemaran saya .


Sedapnya. Harap selalulah ayah bawa kami semua makan kat sini selalu. Ayah the best. The best father in the world.


Jemput makan ayah dan mama.......saya makan dulu. 


Terima kasih ayah sebab selalu gembirakan kami semua. Moga ayah selalu dimurahkan rezeki.




“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah dahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Isnin, 7 April 2014

JOM FOLLOW SAYA........


Kasih ayah yang tak ternilai......kasih ayah yang tiada penggantinya.


Apa kata setiap pagi dan setiap hari kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu-bapa kita yang masih hidup dan yang telah tiada. Tidak terputus rezeki seorang anak itu selagi mana ia mendoakan untuk kedua ibubapanya.






Jumaat, 4 April 2014

spagethi olio vs milo ais...


Yang ini made in pizza

Lunch date makan spagethi olio dan milo ais.....memang sedap. Lagi2 kalau spagethi olio kat pizza tu. Memang yang pasti mesti order spagethi olio selain pizza tuna. Yang lain pun sedap terutamanya udang Temputa King Prawns, New Orleans Drumettes dan Smoked Deli Wing. Suka sangat pilihan ni. Oklah cerita2 pasal spagethi olio ni nak kongsikan resipi kalau buat kat rumah.




Bahan-bahan

Spagethi (ikut sukalah nak buat berapa banyak)
Udang (ikut suka nak bubuh sotong, ayam, daging pun boleh)
Fish ball (nak bubuh cendawan butang pun boleh)
Cili benggala (kalau nak pedas boleh pilih cili api)
bawang putih
bawang besar
kiub ayam knorr
chili flakes
pasley flakes
origano flakes
sedikit minyak zaitun

Cara-cara  membuat
1. Rebus spagethi dengan air yang telah dibubuh sedikit minyak supaya spagethi tidak melekat sehingga kembang.

2. Mayang bawang putih dan bawang besar. Bersihkan udang buang kepala dan kulit. Belah fish ball menjadi 2 kalau nak potong kecil2 pun boleh. Potong cili benggala ikut suka besar mana. Saya lebih suka potong empat segi panjang.

3. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili benggala, fish ball dan udang sehingga kuning masukkan kiub ayam knorr. Kemudian masukkan spagethi yang telah direbus tadi ke dalam campuran yang telah ditumis tadi dan kacau serta gaul2kan. Tambah serbuk perasa. Akhir sekali masukkan serbuk cili, arigano dan pasley.

4. Sedia untuk dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...