Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 22 September 2014

LOVE 911.......Kisah cinta ahli bomba dan doktor paramedik

Slot Sarang Hae setiap ahad jam 10 malam di TV 9. 
(Bersiaran pada 21 September 2014)

LOVE 911...Mengisahkan seorang ahli bomba, Kang il (Ko Soo) yang nekad untuk tidak mencintai mana-mana wanita selepas kehilangan isterinya. Rasa bersalah kerana tidak berada di sisi isterinya ketika sedang nazak terus menghantui hidupnya. Mi Soo (Han Hyo Joo) merupakan seorang doktor bedah yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamatnya tanpa mempedulikan soal cinta. Satu hari Mi Soo telah disaman oleh keluarga salah seorang pesakit disebabkan kesalahan preskripsi dan Mi Soo memerlukan seorang saksi untuk mengelakkannya dari kehilangan lesen sebagai seorang doktor yang mana Kang Il merupakan saksi penting. Mi Soo cuba mendekati Kang Il dengan niat jahatnya hanya untuk menjadikan Kang Il sebagai saksinya. Apabila Mi Soo mula menyertai bahagian paramedik di tempat kerja Kang Il secara perlahan -lahan mereka berdua jatuh cinta antara satu sama lain. 







Paling saya suka ialah usaha yang dilakukan oleh Mi Soo untuk memikat Kang il tanpa jemu. Walaupun Kang il buat2 bodoh dan berlagak sombong Mi Soo tak pernah rasa kecewa malah sentiasa cuba mendampinginya. Walaupun Kang il berlagak sombong tetapi sentiasa ada di sisi Mi Soo di saat Mi Soo di dalam kesusahan.





Saat mereka terperangkap di dalam gudang kilang yang mengalami kerosakan gas. Walaupun ketika itu Kang il telah berlalu pergi meninggalkan gudang tersebut tetapi kerana prihatinnya Kang il terhadap Mi Soo  sanggup berpatah balik ke gudang tersebut untuk menyelamatkan Mi Soo. Sedangkan ketika itu semua ahli pasukan bomba yang lain tidak menyedari kehilangan Mi Soo.















Saat Mi soo menghadapi saat genting apabila beliau di saman oleh keluarga pesakit, Mi Soo telah meminta pertolongan Kang il untuk menjadi saksinya supaya lesen kedoktorannya tidak ditarik. Tetapi demi etika kerja Kang il telah menolak tawaran tersebut dan sanggup kehilangan cintanya.



Kang il mula mengakui cintanya apabila beliau hampir kehilangan nyawa dalam usaha menyelamatkan pekerja binaan yang hampir tertimbus. Saat ketika Kang il dan pekerja binaan berada dalam keadaan amat genting untuk menyelamatkan nyawa mereka itulah Kang il tersedar bahawa dia amat menyintai Mi Soo apabila pekerja binaan tersebut bertanya kepada beliau adakah Kang il sedang merindukan seseorang. Part inilah yang saya paling suka sangat. Biasalah di saat-saat genting seperti ini barulah kita akan sedar kehadiran seseorang yang bermakna dalam hidup kita. Bila berada di depan mata kita seolah-olah tidak menghargai kehadirannya.  





Pengorbanan ahli bomba yang sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang awam walaupun terpaksa melanggar arahan orang atasan semata-mata memastikan nyawa orang awam terselamat. Besarkan pengorbanan badan beruniform ni untuk memastikan keselamatan orang awam. 

Dibintangi oleh Go Soo sebagai Ko Soo dan  Han Hyo joo sebagai Mi Soo.

Rabu, 10 September 2014

Hasil tangkapan di HALAL FEST 2014 @ Mines Sri Kembangan

Ok entry yang last  masa jalan2 di Halal Fest 2014 di Mines Sri Kembangan. Biasalah kalau namanya pun jalan2 g pameran mesti ada aje barang yang nak dirembat bawa balikkan. Rasa macam tak lengkap ye kalau tak bawa balik apa2 ole2 tak kiralah murah ke mahal yang penting balik tu tangan tak kosong. Kalau boleh nak penuh tangan kiri kanan tu. Jalan2 punya jalan akhirnya pek koleksi maggi juga yang dibeli. Kalau nak dikira saya ni bukanlah penggemar tegar maggi tapi disebabkan begnya yang comel yang memang kalau dikira kat rumah dah berapa banyak koleksi beg maggi. Entahlah suka sangat tengok begnya yang pelbagai warna. Comel sangat boleh guna untuk isi baju ke, barang2 keperluan lain pun boleh. Mudahkan. 




2 beg tu aje khas untuk makanan segera maggi. Yang dalam plastik tu pau coklat segera. First time cuba beli pau segera. Setakat entry ni ditulis pau masih lagi dalam peti ais belum dikukus. Tak taulah bileer nak kukus di makan.




Isi perut dalam beg indo-mie yang comel tu. Tahun bilerrrlah nak kasi habis semua isi perut ni. Nampaknya balik kg nanti kena sedekahlah kat anak2 buah yang ramai. Lagipun saya bukan bukanlah penggemar maggi segera ni. Bagi diorang semua kendurikan isi perut semua ni. Macam2 ada mi segera ni untuk goreng, mi segera berperisa cili hijau, berperisa pedas dan panas. Kau orang mampu ke nak kasi habis semua ni.




Isi kandungan dalam beg mamee chef yang kiut miut tu. Macam2 ada dengan mister potato, corntoz, mamee chef ada 2 cup dan 1 bungkus mamee chef. Hanya tinggal 2 cup mamee chef yang belum selamat lagi. Yang lain tu semuanya dah selamat dalam perut. Sedap juga ye mamee chef ni. Banyak2 produk yang dijual kat pameran tu makanan ni juga suka dibelinya. Macamlah tak ada kat pasaraya dan kedai runcit bersepah. Beli semua bersebab cuma nak dapatkan begnya sahaja yang comel loteh tu. 

Selasa, 9 September 2014

LUNCH TIME - THE CHICKEN RICE SHOP MINES SRI KEMBANGAN

Lepas puas jalan2 di Halal Fest 2014 dan rembat apa yang patut kami terus g ke Mines untuk isi perut. Yang ni memang aktiviti wajib lepas jalan mesti kasi makan dulu. Kami singgah sat kat The Chicken Rice Shop. Lunch kat situ. Tak pernah rasakan. Nak cuba rasa sedap ke tak. Bila dah lapar tu kira bedal ajelah. Sebenarnya selain chicken rice  ni ada lagi pelbagai menu untuk di nikmati. Pilih aje.



Set ayam golek ikut suka nak pek yang mana 


Ayam Golek Istana by Dato'Chef Ismail. Tengok aje gambar tu dah terliur. Macam sedap aje. Tergolek2


Macam2 ada menu. Pilih aje yang mana berkenan di hati. Crispy Roast Chicken, Prime Honey BBQ Chicken, Soy Sauce Chicken, Hainanese Curry Chicken, Pack Choy with Oyster Sauce, Special Hong Kong Beef Stew, Prime Honey BBQ Chicken Noodles, Slices Chicken Noodles






Nilah yang saya order honey bbq chicken rice






Poppia pun ada 




Tak lupa order air pepsi 



Belon lagi.......

Isnin, 8 September 2014

JALAN2 DI HALAL FEST 2014 - MINES SERI KEMBANGAN

Semalam tak ada buat apa2 kat rumah tu g ke Halal Fest kat MIEEC Mines Seri Kembangan. Biasanya Halal Fest ni buat kat PWTC. Kalau buat kat PWTC memang pergilah tak ada alasan. Bukan apa sebab senang pengangkutan awam ada. Naik aje LRT turun stesen PWTC dah sampai. Tapi kali ni di buat di Mines. Nasib baiklah ada perkhimatan kenderaan di sediakan. Saya dan kawan bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi. Dari rumah saya naik LRT sekejap ada. Cuma satu stesen aje. Turun kat Bandar Tasik Selatan naik komuter terus ke Serdang. Kat Serdang tu dah ada van2 Halal Fest menunggu. Mudah kan tak perlu pening2 kepala naik kereta merentasi jalan yang penuh sesak tu dan belum tentu lagi dengan masalah parking. Naik van tu pun kejap aje tak sampai 5 minit dah sampai. First time saya g Mines walaupun dah bertahun2 duduk kat KL. Sebenarnya suka sangat g pameran tu sebab dapat makan free yelah nama pun produk halal kan mesti diorang bagi kita try. Macam2 boleh cuba makanan dan minuman. 




Ala2 comelnya patung coolblog tu pink lagi.




Kios ni jual produk kecantikan namanya Diva. Sempat juga posing kat sini. Tuan tanah ni sporting siap bagi kami posing kat tempat diorang.



 Ok kami dah sedia........




Kat kios Ronasutera ni kami sempat di make over oleh tuan tanah. Kat belakang tu ramai yg tengah di make up. Percuma aje apa lagi kami pun cubalah. Biler lagi nak dapat make up free walaupun simple tapi nampak natural. tak tebal make upnya yang penting selesa dengan diri kami.



Selepas di make over oleh ronasutera. Nampak simple dan naturalkan.



Rehat jap kat surau Mines di tingkat 2 untuk solat kemudian teruskan semula rondaan melawat2 tapak untuk merasa makan free seterusnya. Satu peel saya kalau g ke mana2 pameran mesti nak ambil belon kat pameran tu. Tak tau kenapa suka sangat dengan belon2 yg ada kat pameran.


Gileerrrr belon......



Produk coklat pun ada. Pilih aje 




Produk tempatan. Sudah semestinya ada. Lebih terjamin dan halal. Kita semua patut sokong produk kecil dan sederhana dari anak melayu. Macam2 ada tak perlu nak susah2kan diri menumbuk dan mengiling. Semua ada segera. Cuma tinggal masak aje.




Yang ni pun produk IKS buatan anak2 melayu. Sekarang ni ada pelbagai. Dah boleh nak majukan produk dari anak2 melayu. Tu dia rempah masak hitam, rendang tok, sambal kacang pecal, rendang pedas ayam. Semuanya memudahkan suri2 rumah dan ibu2 bekerja untuk memasak di rumah.




Tu dia produk diva. Macam2 ada. Serba set kosmetik untuk penjagaan muka.




Toner pulak.




Serum dan cleanser pun ada. Kotaknya punyalah cantik. Bak kata orang cantik diluar cantik juga di dalamnya.




Produk biskut dari anak2 tempatan.




Produk dari madu.





Macam nilah keadaannya orang ramai yang berpusu2 kat setiap kiosk yang dipamerkan.




Akhirnya hasil tangkapan. Tu dia dengan belon2 sekali bawa balik.....

Rabu, 3 September 2014

OLE-OLE DARI JEPUN

Alhamdulillah dapat lagi ole2 from Jepun. Bingkisan seorang pegawai kat office baru balik dari Jepun. Sebenarnya dah lama dapat cuma tak sempat nak update status aje.Terima kasih daun keladi kalau ada kasi lagi. Suka sangat sebab bertambah lagi koleksi simpanan cenderahati. Yang memberi ini moga dimurahkan rezeki selalu.



Kipas tangan dari negara matahari terbit dan kekacang. 

Selasa, 2 September 2014

BIla si kecik dah pandai bergaya.....


Assalammualaikum kawan2 semua. Cantiknya kat luar sana......



Dah setahun saya mama..................saya pun nak melaram macam kak long. Kelasss kau nashriq. Jom kita g jalan2. Siapa nak ikut saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...