Semalam tak ada buat apa2 kat rumah tu g ke Halal Fest kat MIEEC Mines Seri Kembangan. Biasanya Halal Fest ni buat kat PWTC. Kalau buat kat PWTC memang pergilah tak ada alasan. Bukan apa sebab senang pengangkutan awam ada. Naik aje LRT turun stesen PWTC dah sampai. Tapi kali ni di buat di Mines. Nasib baiklah ada perkhimatan kenderaan di sediakan. Saya dan kawan bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi. Dari rumah saya naik LRT sekejap ada. Cuma satu stesen aje. Turun kat Bandar Tasik Selatan naik komuter terus ke Serdang. Kat Serdang tu dah ada van2 Halal Fest menunggu. Mudah kan tak perlu pening2 kepala naik kereta merentasi jalan yang penuh sesak tu dan belum tentu lagi dengan masalah parking. Naik van tu pun kejap aje tak sampai 5 minit dah sampai. First time saya g Mines walaupun dah bertahun2 duduk kat KL. Sebenarnya suka sangat g pameran tu sebab dapat makan free yelah nama pun produk halal kan mesti diorang bagi kita try. Macam2 boleh cuba makanan dan minuman.
Ala2 comelnya patung coolblog tu pink lagi.
Kios ni jual produk kecantikan namanya Diva. Sempat juga posing kat sini. Tuan tanah ni sporting siap bagi kami posing kat tempat diorang.
Ok kami dah sedia........
Kat kios Ronasutera ni kami sempat di make over oleh tuan tanah. Kat belakang tu ramai yg tengah di make up. Percuma aje apa lagi kami pun cubalah. Biler lagi nak dapat make up free walaupun simple tapi nampak natural. tak tebal make upnya yang penting selesa dengan diri kami.
Selepas di make over oleh ronasutera. Nampak simple dan naturalkan.
Rehat jap kat surau Mines di tingkat 2 untuk solat kemudian teruskan semula rondaan melawat2 tapak untuk merasa makan free seterusnya. Satu peel saya kalau g ke mana2 pameran mesti nak ambil belon kat pameran tu. Tak tau kenapa suka sangat dengan belon2 yg ada kat pameran.
Gileerrrr belon......
Produk coklat pun ada. Pilih aje
Produk tempatan. Sudah semestinya ada. Lebih terjamin dan halal. Kita semua patut sokong produk kecil dan sederhana dari anak melayu. Macam2 ada tak perlu nak susah2kan diri menumbuk dan mengiling. Semua ada segera. Cuma tinggal masak aje.
Yang ni pun produk IKS buatan anak2 melayu. Sekarang ni ada pelbagai. Dah boleh nak majukan produk dari anak2 melayu. Tu dia rempah masak hitam, rendang tok, sambal kacang pecal, rendang pedas ayam. Semuanya memudahkan suri2 rumah dan ibu2 bekerja untuk memasak di rumah.
Tu dia produk diva. Macam2 ada. Serba set kosmetik untuk penjagaan muka.
Toner pulak.
Serum dan cleanser pun ada. Kotaknya punyalah cantik. Bak kata orang cantik diluar cantik juga di dalamnya.
Produk biskut dari anak2 tempatan.
Produk dari madu.
Macam nilah keadaannya orang ramai yang berpusu2 kat setiap kiosk yang dipamerkan.
Akhirnya hasil tangkapan. Tu dia dengan belon2 sekali bawa balik.....
Akhirnya hasil tangkapan. Tu dia dengan belon2 sekali bawa balik.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan