Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 10 September 2014

Hasil tangkapan di HALAL FEST 2014 @ Mines Sri Kembangan

Ok entry yang last  masa jalan2 di Halal Fest 2014 di Mines Sri Kembangan. Biasalah kalau namanya pun jalan2 g pameran mesti ada aje barang yang nak dirembat bawa balikkan. Rasa macam tak lengkap ye kalau tak bawa balik apa2 ole2 tak kiralah murah ke mahal yang penting balik tu tangan tak kosong. Kalau boleh nak penuh tangan kiri kanan tu. Jalan2 punya jalan akhirnya pek koleksi maggi juga yang dibeli. Kalau nak dikira saya ni bukanlah penggemar tegar maggi tapi disebabkan begnya yang comel yang memang kalau dikira kat rumah dah berapa banyak koleksi beg maggi. Entahlah suka sangat tengok begnya yang pelbagai warna. Comel sangat boleh guna untuk isi baju ke, barang2 keperluan lain pun boleh. Mudahkan. 




2 beg tu aje khas untuk makanan segera maggi. Yang dalam plastik tu pau coklat segera. First time cuba beli pau segera. Setakat entry ni ditulis pau masih lagi dalam peti ais belum dikukus. Tak taulah bileer nak kukus di makan.




Isi perut dalam beg indo-mie yang comel tu. Tahun bilerrrlah nak kasi habis semua isi perut ni. Nampaknya balik kg nanti kena sedekahlah kat anak2 buah yang ramai. Lagipun saya bukan bukanlah penggemar maggi segera ni. Bagi diorang semua kendurikan isi perut semua ni. Macam2 ada mi segera ni untuk goreng, mi segera berperisa cili hijau, berperisa pedas dan panas. Kau orang mampu ke nak kasi habis semua ni.




Isi kandungan dalam beg mamee chef yang kiut miut tu. Macam2 ada dengan mister potato, corntoz, mamee chef ada 2 cup dan 1 bungkus mamee chef. Hanya tinggal 2 cup mamee chef yang belum selamat lagi. Yang lain tu semuanya dah selamat dalam perut. Sedap juga ye mamee chef ni. Banyak2 produk yang dijual kat pameran tu makanan ni juga suka dibelinya. Macamlah tak ada kat pasaraya dan kedai runcit bersepah. Beli semua bersebab cuma nak dapatkan begnya sahaja yang comel loteh tu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...