Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 18 April 2013

MAKAN BESAR - Sate Kajang terbaikkkkkk

Malam Sabtu kami adik beradik pergi makan sate kajang. Makan sate kajang atas ihsan adik sempena mendapat bonus 6 bulan gaji dan antara kakitangan yang terbaik. Dia belanja kami makan besar malam tu. Kami bertolak dari rumah mak di Banting dalam pukul 9.45 malam selepas menanti ketibaan adik kami yang seorang lagi sampai dari Rawang. Kami tiba di Kajang hampir pukul 11.30 malam. Masa sampai tu memang ramai orang dan penuh. Memang sedaplah sate kajang ni. Memang TERBAIKKKK. Besar pulak tu satenya. Kalau kita makan sate kat KL mahupun di selangor ni pun kecil aje satenya dan ada setengah tu dengan lemak-lemaknya sekali dibubuh. Mak pun puji sate Samuri ni sedap sebab mak saya ni memang kurang sikit makan sate. Tapi sebab mak kata tak ada lemak-lemak ayam jadi dia makan. Tapi sate kajang ni memang BESTlah semuanya isi dan padat. Puaslah makan dan kenyang gilerrrrr. Terima kasih adik dan isteri yang belanja kami sekeluarga makan sate. Semoga rezeki kamu berdua bertambah-tambah, hidup sentiasa dalam keberkatan, disayangi semua orang, cepat naik pangkat dan semoga doa-doa anda berdoa dimakbulkan Allah s.w.t dan moga dapat baby cepat. AMIN. Panjang doa ni. Tak salahkan kita mendoakan kebaikan untuk orang lain kan dari kejauhan kerana doa orang dari kejauhan akan ada 2 malaikat yang akan mengaminkan doa tersebut. Selesai makan besar kami terus pergi jalan-jalan cuci mata sebentar di gerai-gerai yang menjual sekitar restoren sate kajang tersebut. Sempatlah rembat satu baju kanak-kanak perempuan khas untuk anak buah kesayangan saya sempena hari jadi beliau pada 10.04.2013. Biasalah hobi saya kan yang suka mengumpul fridge magnet. Apa lagi rembatlah 3 buah fridge magnet pelbagai rupa. I likes. Hampir pukul 1.45 pagi kami sampai di Banting.


Di pintu masuk restoran tu dah tertulis Sate Kajang Hj Samuri


Along dan angah yang sememang ye sangat baik senang bawa mereka berjalan sebab tak meragam dan tak buat hal.

 
Muka-muka lapar semua ni.....dah tak sabar tunggu sate tiba

 
Sementara menunggu sate tersedia biasalah orang muda chat dulu kat handphone.
 

Muka laparlah ni.......sabar ye kejap lagi siap

 
Akhirnya terhidang sudah sate yang ditunggu-tunggu
 

Kuah kacang berserta nasi impit, timun dan bawang memang pasangan yang ideal dengan sate. Kalau tak ada semua ini tak lengkaplah hidangan sate


Huhhuhu sedapnya along dan adik makan sate...

 
Apa lagi sate dah sampai jom kita makan...yang tudung oren tu my mother kesayangan...
 
 
Sedang menjamu selera


Tengok si kecik tu sempat lagi nak mengusik makcik kesayangannya nak makan.
 

Inilah dia orangnya yang bermurah hati belanja kami sekeluarga makan besar. Terima kasih adik semoga bertambah-tambahlah rezeki selepas ini.


Selepas kenyang dan sebelum beransur pulang ke rumah sempatlah pergi tengok-tengok gerai-gerai yang menjual disekitar restoran tersebut kot-kot kalau ada yang berkenan dihati. Seperti biasalah rembat juga fridge magnet tersebut.


Inilah dia hasil tangkapannya.

Rabu, 17 April 2013

Santai Malam Minggu - Bowling Superbowl lagi.....


Malam minggu tadi kami adik beradik sekali lagi pergi bermain bowling di Superbowl Banting. Kebetulan semua adik beradik kami balik pada minggu ini. Satu-satunya sukan yang paling saya gemari. Selepas selesai acara sambutan hari jadi untuk anak buah kami pada malam tu kami terus pergi ke pusat Superbowl tersebut pada pukul 9.45 malam. Kami sampai sahaja pada masa itu semua trek telah penuh jadi kami tunggulah sebentar sementara ada trek yang kosong bagi yang telah habis perlawanan. Happening gilerlah kami main malam tu ditambah pula dengan perangai adik-adik lelaki saya yang memang sebenarnya memang pening dan gila-gila. Segala skill dan perangai keluar malam tu. Bukan setakat bola yang hendak dibaling malah diri sendiri pun nak dilambung ke dalam trek bola bowling tu....kuikuikui memang gileeeeeeeeeeeerlah  kamu semua ni.


Ini adalah senarai harga kalau sesiapa yang nak main bowling di Superbowl Banting.

 
Sedang menunggu trek yang kosong masa ni memang penuh
 

Masa untuk panaskan badan kata adik saya. Dialah juara bertahan. Siapa pun tak boleh kalahkan dia.

 
Adik yang ini pula hampir-hampir dapat kalahkan adik saya yang jadi juara bertahan tu. Dia kata mesti pecahkan rekod rekod juara bertahan adik yang sorang itu
 

Yang ini adik ipar saya isteri kepada juara bertahan tadi....Boleh tahan juga dia main. Hebat

 
Yang ini cakap tak serupa bikin. Kata aje juara sukan sea. Hampesssssss...kukuikui
 

Tu yang tengah tunjuk skill....tapi kecundang juga dengan juara bertahan. Bilalah nak jadi juara ni.

 
 
Pasangan 2 sejoli.....

 
 
 

Isnin, 15 April 2013

SATA oh SATA.....Makanan kegemaran orang Terengganu

Selepas balik bercuti panjang hari tu kawan serumah belikan saya makanan kegemaran saya sata. Siapa nak tak kenal dengan sata kalau sebut aje sata ni kat Pantai Timur semua orang tau cuma kalau sebut kat selangor mungkin pelik sikitlah. Saya memang suka sangat makan sata ni. Tu sebabnya kawan serumah belikan semasa beliau berkursus di Terengganu. Terima kasih kerana belikan untuk kakak ni yang ala-ala mengidam macam orang mengandung tapi belum lagi ye. Nak dapat pergi Terengganu tak tau ler biler kalau macam ni kena cari orang terengganu ler. InsyaAllah........jodoh semua di tangan Allah. Sata ni rasanya ala-ala otak-otak. Siapa yang pernah makan otak-otak akan teringat dengan sata ni. Diperbuat daripada ikan juga ramuannya. Sedap sangat sedap. TERBAIKKKKKK
 
 
Meleleh air liuh tengok sata ni. Kalau dah masuk mulut sedapnya. Manis, pedas dan terasa ikannya. Dan akhirnya dapat juga......

Ahad, 14 April 2013

ALONG DAN ANGAH.............Selamat Hari Jadi

13 APRIL 2013
 
Hari ini genap umur MUHAMMAD RAFIQ IRFAN berusia 3 tahun. Ayah dan ibu dah merancang hendak menyambut hari jadinya pada hari ini. Disebabkan tarikh harijadi adiknya MUHAMMAD RAQIB IRHAM telah berlalu sebulan yang lalu pada 13.03.2013 maka ayah dan ibunya merancang untuk menyambutnya sekali. Apalagi masa untuk masak memasak menu hidangan yang istimewa seperti mana yang telah dirancang awal oleh ayah dan ibu. Berpeluh kami memasaknya maklumlah cuaca sekarang yang sememangnya panas. Macam-macam menu kami masak pada hari itu termasuklah nasi impit, kuah kacang, mee kari, puding jagung, buah tembikai, ayam bakar dan nasi ayam. Ayam bakar masakan pasangan suami isteri yang romantis siapa lagi kalau bukan adik saya. Nasi impit dan kuah kacang resipi istimewa mak saya. Nasi ayam resipi istimewa kakak ipar a.k.a kepada ibu yang meraihkan harijadi anak-anak tersayang. Resipi saya ialah air sirap. Hahahahaa jangan marah ye....bukan tak nak masak resipi tapi air ni penting tau tanpa air tercekek nak makan.

 
 
Ayam bakar special .....
 
 
Chef import khas dari Perlis
 
 
Kuah kacang istimewa masakan mak saya
 

Ada kuah kacang mesti ada nasi impit baru sepadan
 
 
 
 Kari ayam ni pun resipi turun temurun mak saya...
 
 
Pencuci mulut mesti ada
 
 
 Birthday boys....along dan angah bersiap nak tiup lilin. 1 2 3 dah boleh tiup
 
 
Sedapnya along makan kek....
 

 Sedapnya angah makan.....alahai comotnya muka dia

 

Sabtu, 13 April 2013

ALONG GENAP 3 TAHUN.....Happy birthday sayang...

Selamat Hari jadi MUHAMMAD RAFIQ IRFAN yang ke 3. Semoga menjadi anak yang baik, soleh, menjadi harapan keluarga. Sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, dimurahkan rezeki selalu, panjang umur, mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat. Menjadi umat islam yang sentiasa mematuhi perintah Allah dan  menjadi pejuang panji-panji Allah. INSYAALALH. AMIN
 
 
Jangan marah along...selamat hari jadi

Jumaat, 12 April 2013

Macam-macam along dan angah.............

Along dan angah buat perangai lagi. Macam-macam hal lah diorang berdua. Tapi kalau diorang berdua ni tak ada kat rumah wan nya kami semua rasa sunyi. Tiada dengar rajukan along dan tangisan angah yang asyik nak bergaduh aje. Main gaduh, main gaduh kalau salah seorang tak ada depan mata pasti akan dicari. Kenakalan mereka memang dah terserlah. Itulah buah hati kami semua.

 
Tengoklah perangai mereka berdua ni macam-macam hal diorang buat. Semuanya itu menceriakan hidup kami sekeluarga
 
 
Angah pun dah ikut apa yang along buat.
 

Along...along....macam marah kat kami aje..

Khamis, 11 April 2013

SHOPPING DI AYER HITAM - HARI TERAKHIR

30 MAC 2013 - HARI TERAKHIR PERCUTIAN
 
Hari terakhir percutian kami selama 3 Hari 2 Malam. Selepas bersarapan pagi di Hotel penginapan kami terus memulakan pejalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur dalam fikiran kami dah merancang untuk singgah sebentar di Ayer Hitam Johor untuk aktiviti seterus kami iaitu membeli belah. Dalam pukul 10.30 setengah kami dan rakan pun bertolak ke Ayer Hitam. Kami singgah sekejap di Hentian Rehat untuk solat jamak zohor dan Asar. Selepas itu barulah kami membeli belah. Barulah seronokkan nak membeli belah setelah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah ditunaikan.

Di Ayer Hitam Johor ini kami singgah di gerai-gerai yang menjual kerepek-kerepek, buah-buahan dan barangan permainan sebab kebanyakkan kawan-kawan kami hendak membeli kerepek di sini. Sebenarnya di Ayer Hitam ini ada macam-macam jualan barangan bukan setakat kerepek, Keledek, ubi, buah-buahan, barangan permainan, anak patung yang kecil sehingga sebesar-besar orang pun ada. Kalau yang ingin berkahwin bolehlah singgah di sini untuk membeli kelengkapan barangan pengantin memang terkenal. Segala bagai ada. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Pasu-pasu yang cantik pun banyak. Bagi saya yang anak jati Selangor merangkap KL ni kalau nak beli barangan seperti itu semua saya boleh pergi ke Nilai. Di Nilai pun sebenarnya syurga membeli belah untuk kelengkapan pengantin. Macam-macam ada kat sini. Kalau kita pergi ke Nilai 2 lebih kepada jualan kain baju. Tapi kalau kita pergi ke Nilai 3 memang macam-macam ada dari cadar, karpet, bingkai ayat-ayat al-quran, kelengkapan pengantin, anak-anak patung, pelbagai beg, pasu, lampu dan segala bagailah memang banyak tak tercakap kat sini.  Memang rambang matalah kalau berada di Nilai 2 dan 3. Kalau boleh nak borong semua kat situ. Tapi fikir-fikirlah jangan sampai membazir. Tak muat rumah pulak nak bubuh barang-barang semua tu. Pergi ajelah kat Nilai tu memang puas hati. Elok pergi hari biasa kalau pergi hari minggu atau cuti kelepasan am memang ramai orang.

Berbalik semula cerita di Ayer Hitam ni saya sempat merembat 2 patung spiderman khas untuk anak buah tersayang saya. Saya juga sempat membeli buah nenas. Macam tak ada buah nenas kat KL dan Selangor kan tapi masa tu terliuh pulak tengok buah nenas yang dijual kat situ. Nampak menarik dan kempunan la pulak tak beli. Memang manis buah nenas ni. Cuba-cuba juga cari fridge magnet tapi tak jumpa pulak. Mana-mana tempat kalau saya pergi mesti nak cari fridge magnet memang hobi suka kumpul. Selepas puas kami semua membeli belah di Ayer Hitam kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Muar. Untuk makan dan isi perut sebelum kami meneruskan destinasi persinggahan kami seterusnya ke Melaka untuk menaiki Kapal Cruise.



Macam-macam ada kerepek RM 10 untuk 5 bungkus boleh campur-campur ikut pilihan hati. Nak beli borong pun boleh.
 

Asam jeruk manis macam ni pun ada. Kalau kita pergi ke Terengganu terutamanya Pasar Payang asam jeruk manis ni memang terkenal kat sana. Banyak dan berlambak jual di sana. Satu bekas tu RM 5.00.


Kerepek kering macam ni banyak ada dijual di sini. Cuma kerepek tu belum di goreng lagi. Balik rumah tu nanti goreng le.
 

Buah nenas ni yang buat terliuh sikit. Sedapnya kalau dapat makan dengan kicap bubuh cili api. Huhuhu sedapnya. TERBAIK ler


Durian Belanda agak susah jugaklah nak cari di KL itupun kalau ada musimnya baru boleh dapat. Kalau dulu masa kecil rumah mak memang ada sepokok buah durian belanda ini. Kalau musim dia memang dapat makanlah. Suka akan baunya yang sangat wangi dan rasanya yang sedap dan manis. Teringat pulak zaman dulu-dulu. Mudah kan dan senang nak makan buah-buahan tempatan memang di tanam banyak di rumah mak. Sekarang dah banyak tak ada sebab pokok pun dah tua dan terpaksa ditebang kerana takut membahayakan kawasan rumah. Kalau sekarang nak makan kenalah beli. Payahkan.


Macam-macam ubi ada dari sekecil-kecil hinggalah sebesar bapak ubi. Ubi kecil ni first time jumpa dan tak pernah makan. Penjual tu kata sedap dan manis tapi tak beli pun. Tengok ajelah.


Buah naga tu memang kegemaran saya. Tengok warnanya aje dah terpikat. Belum lagi isinya. Kat KL banyak dan senang nak cari jadi tak belilah kat sini.


Topi macam ni mana-mana kita pergi mesti ada tak kiralah kat tepi pantai ke mana tempat ada jual.


Handbeg yang diperbuat daripada barangan rotan. Memang cantikkan. Tapi kita pergi mana-mana pun ada jual cuma harga sahaja yang berbeza. Kalau pergi kat R&R pun ada jual.


Kedai inilah saya dapat merembat patung spiderman istimewa untuk anak buah tersayang. Kedai ni murah sikitlah.
 

Tengok tu bear yang sebesar-besar orang. Murahkan harganya. Kalau kat KL dah conform harganya RM 100 lebih. Kalau bawa anak yang memang suka akan patung yang macam ni memang melayanglah duit ye.


Key chain pun banyak. Macam-macam ada. Pilih aje mana satu suka. Dulu saya suka kumpul key chain tapi sejak office dah amalkan 5s ni dah tak boleh nak kumpul. Terpaksa simpan ajelah kat dalam kotak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...