Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 29 Oktober 2014

OLE2 DARI JEPUN.......



Alhamdulillah dapat lagi rezeki hari semalam. Pegawai office baru balik dari Jepun bagi kami se office kipas dari negara matahari terbit  dan juga gula2. Cantikkan kipasnya. Terima kasih daun keladi kalau ada bagi lagi. Rasanya dah dapat 2 kipas yang cantik molek dari Jepun. Itulah nak tunggu diri sendiri sampai nun di sana tak tahulah biler. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah akan sampai juga kat Jepun tu. Tapi sebenarnya dalam hati ni tak ada sangatlah nak pergi sana tapi mana tahukan hati manusia ni selalu aje berubah2. Hari ni kata tak nak esok lusa tiba2 kata nak,nak,nakkkk....siapa nak jawab tu. Apa2 pun moga Allah memurahkan rezeki orang yang memberi kerana tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerimanya. AMIN. Jazza kallahu khaira (Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu yang memberi). Peringatan untuk diri saya juga supaya sentiasa rajin bersedekah dan memberi tak semestinya dengan wang ringgit, harta benda tapi apa yang kita termampu walaupun hanya dengan memberi pertolongan mengikut kudrat yang ada. InsyaAllah.



Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” 
(HR Bukhari dan Muslim)


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
(HR Muslim dan Tirmidzi)


Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
(HR Baihaqi)

Isnin, 27 Oktober 2014

Jualan penghabisan stok Jakel......

Dapat tahu Jakel adakan jualan penghabisan gudang terus serbu hari jumaat lepas. Ya ampun ramainya umat manusia ni kalau ada sale. Punyalah sesak sampai nak pilih pun susah. Tapi memang gila2 punya sale. Rambang mata. Nasib baiklah saya ni jenis yang bukan suka sangat beli kain kalau ada keperluan atau rasa nak ada kelainan sikit baru beli. Tapi hari jumaat hari tu terjebak jugalah. Walaupun pada niat asalnya nak cuci2 mata aje nak tengok sangat murah bebenor ke. Ialah orang kata jualan penghabisan gudanglah katakan mesti murah giler punya macam mydin di Jalan TAR dulu masa nak tutup kedai jual giler2 harga punya sampaikan setiap kali ada masa mesti nak singgah Mydin nak beli mana berkenaan di hati harga tahap runtuhlah katakan.  Lain cerita dah ni sebenarnya nak cerita pasal jualan penghabisan stok kat Jakel tu. Apa yang saya tahu Jakel ni dah buka cawangan baru dan lebih besar lagi. Kat belakang Jakel lama tu juga tapi lagi besar dan cantik bangunannya. Itu sebablah dia kasi harga runtuh nak kasi clear semua stok kat Jakel yang lama tu. 

Sambil2 cuci mata tu sempat juga tanya kat pekerja2 Jakel tu sampai biler sale jumbo ni. Di orang kata sampai habis semua kain2 kat Jakel ni. Sebab nanti Jakel baru tu mereka bawa masuk kain2 yang baru. So apa lagi kawan2 semua, kakak2,  makcik2, adik2, mak2, pakcik2, abang2 selain kain untuk perempuan, baju melayu pun ada sale termasuk kain untuk buat baju melayu. Macam2 ada termasuk jugalah langsir, cadar dan apa sahaja yang ada kat Jakel tu semuanya sale giler2 cuma pekerja kat situ aje yang bukan untuk sale ye.

Cuci2 mata terkenan pulak kain ciffon tu yang terembat 2 pasang termasuk inner sekali. Murah giler harga inner ni semeter RM1.50. Kau boleh dapat kat mana2 ke. Rasa2nya kalau lama2 lagi,  lagi murahlah mungkin boleh turun harga yang tak masuk akal punya. Boleh beli sekarang untuk stok raya tahun depan. Segala ciffon, creepe, cotton, songket, berbunga2, plain, kotak2, bercorak2, batik semuanya sale. Ohhhhhh....tidakkkkkkkkkkk mana satu nak beli ni.






Akhirnya jumpa juga yang bekenan di hati. Dapat rembat 2 pasang. Lepas ni boleh beli lagi selagi Jakel tu belum tutup. Jom semua kita serbu Jakel. Bagi yang tahu kat mana Jakel tu senang aje. Biasa pergi Mydin kat Jalan TAR kan. Bangunan belakang tu aje bersebelahan dengan Mybank dan CIMB. Nampak Maybank tu maknanya dah dekatlah dengan Jakel. Selamat membeli belah semua. Pilihlah yang mana berkenan di hati. Tapi ingat semua shopping tu shopping juga tapi belilah ikut keperluan jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan. Nak tahu lebih berkenaan Jakel sila klik sini



Alamat JAKEL
Wisma Jakel Kuala Lumpur No. 209-212, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.


Jumaat, 24 Oktober 2014

SEPETANG DI PANTAI KELANANG....

Assalammualaikum

Lama juga tak update blog ni........cerita lama yang baru nak diupdatekan. Jalan2 sambil tengok2 air laut. Nasib baiklah kg dekat dengan pantai. Agak2 bosan boleh g ke pantai ni.Taklah jauh sangat dari rumah 10 minit aje. Kalau nak yang lebih ramai pengunjung kami lebih suka g ke Pantai Morib. Pantai Kelanang pun dah cukup cantik dan tenang untuk kami rehat2kan minda sambil santai2 dengan family. Kalau time cuti atau hari minggu suka g pantai kelanang kat sini agak tenang sikit. Sekarang ni kat pantai kelanang tak sunyi waktu malam sebab ada aktiviti untuk anak2 muda. Biasanya ada permainan go-kart kadang2 pun ada juga budak2 suka berbasikal waktu malam kat sini. Lagipun kawasan merekakan tak jauh dari rumah masing2.






Jom kita santai2 atas batu. 









Cantikkan pantai tu..........




Cuba lihat laut kat sana tu..........Ombak sedang memukul pantai





Apalah yang kami sedang fikirkan ni.......Jauh kami menungkan. Betapa cantiknya ciptaan Allah 



Sesejuk air di laut begitu juga tiupan angin.




Tak yah nak fikir apa yang diorang ni tulis tapi cuba perhatikan permandangan kat belakang tu. Pokok2 bakau yang menjadi penyeri tepi pantai.

Khamis, 16 Oktober 2014

Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask....Masker lumpur

Semua orang pernah pakai mask mukakan. Tak kiralah produk jenis apa yang berlambak dipasaran sekarang ni tapi yang pasti cara paling nak jimat duit untuk hilangkan2 bintik hitam dan putih di muka ni pakailah mask. Agak2 kita2 ni yang x seberapa mampu nak g salon kita gunalah mask muka. Seperti saya ni yang sememangnya suka yang murah tapi berkesan. Ialah kegunaan mask ni selain membersihkan muka serta menanggalkan sel2 kulit mati boleh juga mengecilkan pori2 dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengatasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan. 


Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask produk Avon


Blak mineral mask kaya dengan antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda2 penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.  Rasanya semua black mask dipasaran mempunyai semua kelebihan seperti itukan. Saya paling suka sangat gunakan produk avon ni kiranya dah jatuh cinta pandang pertamalah. Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask sesuai sangat dengan kulit muka saya. 




Biasanya saya gunakan mask ni 2@3 kali  seminggu waktu yang paling saya suka pakai ketika santai2 sedang menonton tv. Ketika itulah terbaik sambil relax2 tonton tv sambil rehat2kan badan. Lepas pakai tu basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memang perfect. Masa inilah yang paling saya suka muka akan kelihatan bersih dan lembut bila disentuh. Kalau tak percaya cubalah. 


Rabu, 15 Oktober 2014

OLE2 DARI SARAWAK.....

Dapat lagi key chain from Sarawak. Terima my bff sbb you masih ingat lagi kat i yea walaupun kita dah tak duduk dalam department yang sama tapi still masih nak give me a special gift. Thanks a lot sayang. I likes walaupun x seberapa tapi i jenis yg amat menghargai pemberian my all friends. Still simpan and buat collection walaupun kat rumah tu dah penuh satu bekas khas untuk key chain pemberian sesiapa sahaja whatever lah mahupun i beli sendiri. Moga my bff sentiasa dimurahkan rezeki dan tercapai segala hajat di dunia dan akhirat. AMIN. TERBAIKKKKK


Sarawak bumi Kenyalang



Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya
(QS.Muhammad :38) 


“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun: 10 )


“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Selasa, 14 Oktober 2014

Wet Wipes tisu.... sangat2 berguna

Sejak kawan kenalkan wet wipes tapi dah tak ingat jenama apa sejak itulah dah terjebak suka gunakan wet wipes selepas bermekap. Ala tisu yang boleh menanggalkan mekap tu. Senang nak tanggalkan makeup bila nak solat. Lepas guna wet wipes rasa muka bersih dan sebelum dicuci dengan pembersih. Di tambah pulak setiap wet wipes ni ada harumannya. Sungguh wangi tu yang suka guna. Kadang-kadang kalau berjalan terlupa nak bawa pembersih muka sbb dalam handbeg tak tersenarai pembersih muka. Masa nilah wet wipes tisu berguna dan sangat membantu. Bila ada wet wipes ni senang aje masukkan dalam handbeg dan boleh jadi pembersih muka. Lepas guna kita akan rasa muka tu dah bersih cuma guna air aje untuk bersihkan dah boleh ambil wuduk. Senangkan dan mudah tak perlu nak mengusung pembersih muka ke hulu ke hilir dalam beg.

Saya ni jenis yang suka beli yang murah tapi memenuhi citarasa saya. Wet wipes guardian ni saya beli di guardian. Harga sebenar RM 5.90 untuk 3 pack. 3 pack ni ada yang hanya untuk satu haruman sahaja. Kalau saya suka beli yang campur2 ada 3 haruman ada 3 pack. Wet wipes guardian ada 3 haruman termasuk apple, rose dan sea breeze with vitamin E & Aloe dan susu pembersih. Saya paling suka haruman rose. Baunya yang harum dan segar. Sebenarnya mana2 wet wipes ni ada macam2 haruman terpulang kepada anda semua suka yang mana. Jangan ikut saya suka yang murah. Masa saya beli ada promotion 3 pack RM 3.45 diskaun 40%. Apa lagi belilah banyak2 sbb murahkan. Bukan selalu dapat diskaun.


Haruman apple


Haruman Rose



Haruman Sea Breeze


Dalam pasaran ada banyak wet wipes tisu macam2 ada seperti antabax, johson & johson, simple, biore, kleenex dan pelbagailah. Mungkin ada yang saya tak sebut apa yang anda gunakan. Gunalah apa saje produk yang berkenan dihati. Tepuk dada tanya selera.



ada 3 pax dalam bungkusan tersebut. 1 pax terdapat 10 keping tisu wipes boleh pakai untuk seminggu bergantung kepada kekerapan kita menggunakannya. 

Isnin, 13 Oktober 2014

LUNCH WTH RENDANG DAGING DAN ACAR TIMUN BEREMPAH

Dengan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cuti hari tu masaklah daging korban yang dapat masa Raya Haji ari tu....Dalam kepala macam2 nak masak dengan daging tu...Daging masak hitam, daging black papper, rendang, daging goreng dgn cili bawang, Last2 masak rendang sebab ada lebihan kerisik. Jadi nak habiskan kerisik tulah. Semua orang taukan nak masak rendang ala masakan tradisional kita tak payah tunggu raya biler2 masa pun bleh masak.


RESIPI RENDANG DAGING

Daging/Ayam 
rempah kari daging/ayam
kerisik
cili kisar
Santan kelapa

Bahan kisar
bawang besar
bawang merah kecil
bawang putih
halia
lengkuas
serai


daun limau purut
sedikit air asam jawa
daun kunyit
garam/serbuk perasa/gula
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis
minyak masak



CARA-CARA

1. Daging direbus dahulu sehinga empuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
3. Masukkan  bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga naik bau. 
4. Masukkan rempah kari daging dan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan santan cair masak sehingga daging empuk.
6. Masukkan santan cair dan kerisik sehingga kerisik tadi pecah minyak.
7. Bubuh air asam jawa yang telah diperah dan daun kunyit.
8. Tambahkan dengan garam, serbuk perasa dan gula. Rasa ikut kesedapan masing2. 
9. Last sekali sebelum tutup api masukkan kaun kunyit yang telah dihiris halus2. Sedia untuk dihidangkan



RENDANG DAGING


Kalau makan dengan rendang daging aje macam tak lengkap pulak kalau x ada acar timun masak. Jadi hari tu masak pula acar timun masak. Sebenarnya selain acar timun masak boleh juga buat acar timun mentah mana2 pun boleh ikut selera masing2.


ACAR TIMUN MASAK BEREMPAH


Bahan2 acar timun masak.


2 batang timun ( dibelah dua dan buang bijinya potong empat segi ) kemudian rendam dengan air garam
1 batang lobak (potong 4 segi dan buang kulitnya) rebus dahulu untuk melembutkannya.
rempah kari
cili kisar
cuka makan
gula/garam/serbuk perasa
minyak untuk menumis

bawang kecil dibelah dua
bawang putih dibelah dua
seinci halia dihiris halus2
2 batang cili merah basah dibelah dua buang cili didalamnya dan potong ikut suka. Saya potong 3 keratan


Bahan tumis

biji sawi
bunga cengkih
kayu manis
bunga lawang




CARA-CARA 

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. 
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang kecil, bawang putih dan cili merah yang telah dipotong.
4. Gaulkan semua bahan tadi dan masukkan lobak serta timun. 
4. Bubuh cuka masakan dan gula, garam ikut sesedap rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan



ACAR TIMUN BEREMPAH


Rabu, 8 Oktober 2014

JANTUNG HATIKU....

Kenapa ye setiap kali tak balik kg mesti rindukan 3 jantung hati ni plus baby. Kalu balik tiap2 minggu pun belum tentu dapat jumpa si jantung hati ni ialah bergantung time ayahnya off kerja. Kalu kebetulan ayahnya off dan datang rumah mak dapatlah jumpa si jantung hati ni. Rindu sesangat3 kat 4 kesayangan ni.




Alang


Angah


Baby


Along

4 si jantung hati yang menjadi hero di hati kami semua.




Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-Imran: 38)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al baqarah: 128)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...