Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 13 Oktober 2014

LUNCH WTH RENDANG DAGING DAN ACAR TIMUN BEREMPAH

Dengan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cuti hari tu masaklah daging korban yang dapat masa Raya Haji ari tu....Dalam kepala macam2 nak masak dengan daging tu...Daging masak hitam, daging black papper, rendang, daging goreng dgn cili bawang, Last2 masak rendang sebab ada lebihan kerisik. Jadi nak habiskan kerisik tulah. Semua orang taukan nak masak rendang ala masakan tradisional kita tak payah tunggu raya biler2 masa pun bleh masak.


RESIPI RENDANG DAGING

Daging/Ayam 
rempah kari daging/ayam
kerisik
cili kisar
Santan kelapa

Bahan kisar
bawang besar
bawang merah kecil
bawang putih
halia
lengkuas
serai


daun limau purut
sedikit air asam jawa
daun kunyit
garam/serbuk perasa/gula
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis
minyak masak



CARA-CARA

1. Daging direbus dahulu sehinga empuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
3. Masukkan  bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga naik bau. 
4. Masukkan rempah kari daging dan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan santan cair masak sehingga daging empuk.
6. Masukkan santan cair dan kerisik sehingga kerisik tadi pecah minyak.
7. Bubuh air asam jawa yang telah diperah dan daun kunyit.
8. Tambahkan dengan garam, serbuk perasa dan gula. Rasa ikut kesedapan masing2. 
9. Last sekali sebelum tutup api masukkan kaun kunyit yang telah dihiris halus2. Sedia untuk dihidangkan



RENDANG DAGING


Kalau makan dengan rendang daging aje macam tak lengkap pulak kalau x ada acar timun masak. Jadi hari tu masak pula acar timun masak. Sebenarnya selain acar timun masak boleh juga buat acar timun mentah mana2 pun boleh ikut selera masing2.


ACAR TIMUN MASAK BEREMPAH


Bahan2 acar timun masak.


2 batang timun ( dibelah dua dan buang bijinya potong empat segi ) kemudian rendam dengan air garam
1 batang lobak (potong 4 segi dan buang kulitnya) rebus dahulu untuk melembutkannya.
rempah kari
cili kisar
cuka makan
gula/garam/serbuk perasa
minyak untuk menumis

bawang kecil dibelah dua
bawang putih dibelah dua
seinci halia dihiris halus2
2 batang cili merah basah dibelah dua buang cili didalamnya dan potong ikut suka. Saya potong 3 keratan


Bahan tumis

biji sawi
bunga cengkih
kayu manis
bunga lawang




CARA-CARA 

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. 
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang kecil, bawang putih dan cili merah yang telah dipotong.
4. Gaulkan semua bahan tadi dan masukkan lobak serta timun. 
4. Bubuh cuka masakan dan gula, garam ikut sesedap rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan



ACAR TIMUN BEREMPAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...