Tayangan di TV9
Masa: 10.00 malam (Slot Saranghae)
Tarikh: 22 Disember 2013
Sinopsis
Cheol Min (So Ji Sub) adalah bekas
peninju yang mempunyai masa lalu yang gelap. Cheol Min sekarang bekerja sebagai
penjaga pintu parkir menggantikan seorang pakcik tua. Cheol Min bekerja dengan
duduk di dalam pos kecil yang mempunyai sebuah tv kecil.. Tiba2 saja seorang
wanita bernama Jung Hwa (Han Hyo Joo) mendekatinya dan duduk di sampingnya.
Jung Hwa memberikan jeruk dan makanan. Cheol Min kemudian menyedari bahawa
wanita tersebut buta. Setelah Cheol Min berbicara Jung Hwa terkejut dan
bertanya Cheol Min siapa dan di manakah pakcik
tua yang setiap hari berjaga di pos. Cheol Min menjelaskan jika pakcik tua itu
keluar dan dia akan menggantikannya. Jung Hwa kemudian pergi, dan meminta maaf
kerana biasanya dia datang untuk menonton drama bersama pakcik tua tersebut. Kerana
hujan, Cheol Min mengajak Jung Hwa untuk berteduh sambil menonton drama
kesukaannya.
Malam berikutnya, selepas pulang
dari kerja Jung Hwa kembali duduk di pos untuk menonton drama bersama Cheol
Min. Jung Hwa yang buta tetapi tetap ceria membuat Cheol Min tertarik padanya.
Suatu hari Jung Hwa mengajak Cheol Min menonton teater muzikal, setelah itu
mereka makan malam bersama. Jung Hwa bertanya tentang masa lalu Cheol Min yang
membuat Cheol Min tersinggung. Hubungan keduanya pun menjadi rengggang.
Beberapa hari kemudian bos tempat
Jung Hwa bekerja tiba-tiba datang ke rumah Jung Hwa dan cuba merogol Jung Hwa. Kebetulan Cheol Min datang dan cuba
menyelamatkan Jung Hwa. Cheol Min kemudian dekat kembali dengan Jung Hwa dan
tinggal bersama. Cheol Min yang tengah berbahagia mencuba kembali menjadi
seorang peninju untuk mendapatkan wang. Suatu hari Jung Hwa menceritakan kenapa
dia menjadi buta semuanya adalah disebabkan oleh kemalangan kereta yang menimpa dia dan keluarganya yang secara
tidak langsung berkaitan dengan Cheol Min.
Cheol Min yang merasa bersalah
meminta Jung Hwa membuat pembedahan mata. Disebakan pembiayaan yang mahal, Jung Hwa menolak tetapi Cheol Min
memaksa bahawa dirinya mampu untuk membiayai pembedahan tersebut. Wang tersebut
sebenarnya diperolehi oleh Cheol Min dari menjadi petinju haram di Thailand.
Untuk menjaga keselamatan, Cheol Min perlu menghapuskan semua identiti
sebenarnya dan menggunakan identiti yang
baru.
Cheol Min pun meninggalkan Jung
Hwa yang sedang menjalani pembedahan. Cheol Min pergi ke Thailand dan memenangi
pertandingan tinju tersebut. Sayang sekali ketika kembali ke Korea Cheol Min telah
ditikam sehingga dirinya cacat. Sementara itu, Jung Hwa yang boleh melihat semula
terus mencari Cheol Min yang telah bertukar identiti baru dan pergi tanpa jejak…
Selepas 2 tahun akhirnya Jung Hwa
berjaya membuka kedai membuat pasu sepertimana hasrat yang diingini oleh Cheol Min ketika Jung Hwa
masih tidak boleh melihat. Selain daripada itu Jung Hwa juga menjalankan kerja
mengurut. Ketika Jung Hwa dipanggil untuk mengurut di hospital ketika itulah
Jung Hwa berjumpa dengan Cheol Min. Tetapi Jung Hwa tidak dapat mengenali Cheol
Min yang ketika itu mengalami kecacatan di wajahnya dan kakinya telah menjadi
tempang. Selepas Cheol Min keluar dari hospital, Cheol Min telah pergi ke kedai
pasu milik Jung Hwa. Cheol Min membeli bunga melur yang mengingatkan beliau
kenangan ketika bersama dengan Jung Hwa.
Apabila Jung Hwa kembali semula
ke kedai tersebut, beliau terkejut kerana mendapati kura-kura yang Jung Hwa
jaga selama ini telah hilang. Ini mengingkat Jung Hwa kepada lelaki yang cacat
wajahnya dan tempang kakinya yang telah diserang oleh anjing Easy pemberian
Cheol Min dahulu.
So Ji Sub mengingatkan akan saya lakonan mantapnya suatu ketika dahulu dalam drama korea popular Memory in Bali. Kali ini membawakan watak yang selekeh bagai....tapi tetap mancho wajahnya.....
Pada saya filem ni terbaiklah........Bukan sahaja romantik tapi mendebarkan ketika Cheol Min masuk bertanding tinju haram di Thailand. Masa ni rasa macam hero tak dapat lagi jumpa dengan heroin tu. Yelah lawan dengan juara tinju haram yang dah bunuh ramai lawannya. Mendebarkan dan suspen. Tapi di akhiran ceritanya memang sweets sangat. Suka sangat sebab akhirnya mereka berjumpa juga dan Jung Hwa akhirnya mengenali juga Cheol Min yang dah cacat mukanya. Biasalahkan cerita korea kalau heronya tak mengeluarkan airmata. Suka, suka, suka, suka sangat...........endingnya
Memory in Bali...blm tngok lagi..
BalasPadam