Senyumlah setiap hari.....Senyum penawar segala penyakit...Semudah sedekah adalah dengan senyuman.
Seronok kan kalau pagi-pagi kita bangun dari tidur ada wajah yang comel bersih tersenyum depan kita. Teringat zaman kecik-kecik dahulu kalau bangun tidur aje mesti nak tengok muka mak kita. Kalu bangun pagi-pagi tak ada wajah mak depan kita dah mulalah gelabah semacam mana perginya mak kita. Biasalah orang dulu-dulu, mak-mak kita kan pagi-pagi dah bersilat kat dapur. Nak buat sarapan, nak basuh pinggan, nak masak air, nak buat air nak basuh baju, nak kemas rumah dan segala bagailah. Itulah rutin mak-mak kita dahulu kan. Tak pernah selesai buat kerja rumah dan siapkan segala makan pakai anak-anak dan suami. Bila dah besar macam ni dan dah layak jadi mak orang baru tahu betapa perlunya wajah tua mak kita berada di depan mata kita bila bangun sahaja dari tidur. Bila dah hidup sendirian, bekerja di bandar bila bangun tidur aje terus mandi nak pergi kerja. Tak ada benda lain nak fikir, kerja-kerja itulah rutin seharian. Baru terasa betapa beruntungnya masa kita kecik-kecik dahulu bangun tidur ada mak di sebelah. Dah semakin dewasa ni pandai-pandailah bangun tidur nak tengok wajah siapa. Lagi-lagi bila berjauhan dan tinggal berasingan. Sendiri mahu ingatlah.
Bila setiap kali balik kampung bila melihat keletah anak buah yang apabila bangun dari tidur aje perkara pertama yang mereka lakukan mesti panggil nama ibu dan nama wan nya. Betullah kan mengingatkan saya masa kecik-kecik dahulu. Betapa pentingnya mak kitakan. Kalau bangun tiada mak di sisi pasti kita akan memanggil-manggil nama mak kita. Bukan apa untuk minta perhatian dan minta mak peluk dan pujuk kita bila bangun tidur. Betulkan apa yang saya ceritakan ni. Mesti antara kita pernah merasakan perasaan seperti itu. Kalau tak pada anak-anak kita. Bila dia buka mata aje apa perkataan yang keluar dari mulut dia. Mesti dia akan panggil IBU, MAK, MAMA, MUMMY, UMI whateverlah yang pasti nama keramat itulah yang pertama terlintas bila kita bangun tidur.
“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan