Aisyah meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda : Tidak ada
amal yang dilakukan oleh anak Adam pada hari nahr yang lebih dicintai Allah,
selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan). Dan haiwan yang disembelih itu
kelak di hari kiamat akan datang (menemui orang yang korban) lengkap dengan
tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Dan sesungguhnya darah akan diterima
Allah sebelum darah itu jatuh ke tanah.
Kerana itu lakukanlah korban itu dengan seikhlas mungkin. (Hadis Riwayat
Tirmidzi).
Lebih detail sila rujuk http://www.akikahkorban.com . Jom kita sama-sama ikhlaskan hati untuk melakukan korban selagi kita masih berkemampuan. Peringatan buat diri saya dan semua.
Kelebihan berqurban itu ialah:
1) Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2) Mendidik jiwa
kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3) Mengikis sifat
tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah
s.w.t.
4) Menghapuskan dosa
dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5) Menjalinkan
hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan
golongan yang kurang bernasib baik.
6) Akan memperolehi
kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat
kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu
kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan