Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 17 Oktober 2013

REZEKI KAMI LAGI.......Terima kasih daun keladi

Entry terlewat nak crite pasal dinner tempohari kat Bora Ombak. Standardlah sebelum makan kena posing dulu buat kenang-kenangan. Makan kat sini memang terbaiklah. SEDAPPPP. Hochak. Sungguh tak tipu memang walahh. Tak mengecewakan dan puas hatilah berbaloi-baloi. Ikhlas dari hati ke hati. Kalau siapa nak cuba makan kat sini silakan. Memang puas hati.
 


Thanks ye abang yang baju hitam tu sebab belanja kami yang sentiasa tangan terbuka kalau abang yang belanja lagi. Semoga rezeki abang baju hitam dan keluarga bertambah-tambah dan hidup abang sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. AMIN

 
 

Suasana tempat makannya ala-ala Bali gitu.
 

Tomyamnya memang TERBAIKKKKK. Sedap giler. Rugi tau kalau makan kat sini tak order tomyam ni.
 
 
 
“Sedekah itu lebih tajam daripada doa”,
“Orang yang selalu bersedekah tidak akan jadi papa”,
“ Sedekah itu boleh menghindarkan bala”,
“Sedekah boleh menambahkan berkat rezeki”
" Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain"
"Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kepanasan api di dalam kubur si pemilik sedekah "
“Siapa yang menunaikan hajat seseorang, Allah akan menunaikan hajatnya di akhirat nanti”.
 

Rabu, 16 Oktober 2013

1 HARI 1 AYAT - 5 GOLONGAN HIDUP DALAM KERUGIAN

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran mengenai golongan orang yang rugi kerana semua amalan mereka di dunia menjadi sia-sia. Semua amalan mereka tidak mapu memberatkan timbangan kenaikan di akhirat sebagainya mendapat azab dan seksa yang amat pedih daripada Allah SWT. Semua ini terjadi kerana sikap mereka yang lebih mengikuti potensi buruk daripada potensi baik yang ada dalam diri. Mereka tidak melaksanakan perintah Allah SWT tetapi melakukan apa yang dilarang.
 
 
Lima golongan orang yang dikatakan hidup dalam keadaan rugi itu adalah:
 
 
1.  Orang yang mempersekutukan Allah SWT dengan ciptaanNya. Mereka percaya kepada kekuatan selain Allah SWT yang mampu memberikan manfaat dan melindungi daripada kejahatan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: " Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: Jika kamu mempersekutukan (Tuhan) nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang yang merugi."(Surah Az-Zumar: 65)
 
 
 
2. Orang yang berpihak kepada yang batil. Mereka ini adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam Al-Quran. Mereka juga tidak mempercayai akan menghadap Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia. Mereka tidak berpihak kepada yang batil yang didorong oleh nafsu mendapatkan kenikmatan dunia sebanyak-banyaknya.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang yang di langit dan di bumi. Dan orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang yang merugi."(Surah al-Ankabut: 52)
 
 
3. Orang yang menolak Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah SWT. Mereka menganggap Islam hanya produk budaya masyarakat Arab sehingga tidak semua ajarannya layak diterapkan saat ini. Bahkan dengan dalih pluralisme, mereka melakukan kempen menolak kebenaran mutlak agama islam.
 
Firman Allah yang bermaksud: "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi."(Surah Ali-Imran: 85)
 
 
4. Terpedaya dengan hawa nafsu. Orang yang terpedaya oleh hawa nafsu, akal dan agama yang diberikan Allah SWT tidak mapu menjadi banteng kepada mereka daripada dorongan nafsu yang merosak. Mereka melakukan semua perbuatan syaitan yang sangat dilaknat oleh Allah SWT. Membunuh, mencuri, menipu menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mereka tidak lagi bertuhankan Allah SWT tetapi kepada hawa nafsu.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya. Sebab itu dibunuhnya maka jadilah ia seorang di antara orang yang rugi."(Surah al-Maidah: 30). Orang yang melupakan Allah SWT kerana sibuk dengan harta dan anak, mereka lupa bahawa harta dan anak sesungguhnya adalah amanah daripada Allah SWT yang sepatutnya menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah SWT.
 
 
5. Terlena dengan harta. Mereka terlena oleh nilai harta dan anak sehingga lalai memenuhi hak Allah SWT. FirmanNya yang bermaksud: "Hai orang yang beriman! Janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.: (Surah At-Taghabun: 9)
 
Sikap dan perilaku buruk hendaknya dijauhi setiap muslim ketika hidup di dunia supaya semua amalan yang telah dibuat tidak sia-sia dan dapat memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak sehingga terhindar kerugian yang amat besar.



SUMBER RUJUKAN: BERITA HARIAN 16 OKT 2013
 
 

Rabu, 9 Oktober 2013

BILA SI KAKAK BUAT PERANGAI.......


Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

 

Macam tulah rutin si kakak setiap kali naik kereta mesti nak duduk depan ayah dia.....tak mau dah duduk belakang. Mama dia ajelah yang duduk belakang dengan baby......Macam tulah kalau dah anak ayahlah katakan...
 

Macam si kakak pulak yang bawa kereta....

 
 Muka merajuklah tu kalau tak dapat duduk depan ayahnya...
 
 
Dah merajuk bawa upah makan kat KFC .....tulah kesukaannya







Habis makan ayah bawa g jalan2

Isnin, 7 Oktober 2013

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN 10 HARI DALAM BULAN ZULHIJJAH


KELEBIHAN 10 HARI DALAM BULAN ZULHIJJAH  DAN KORBAN

 
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.

1.  Salah satunya ialah: Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah. Beberapa dalil dari al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

Firman Allah, maksudnya; “Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Surah al-Fajr : ayat 1-2) Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].

 2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].

 3. Firman Allah, maksudnya: “Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah al-Haj : 28). Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.

 4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. [HR Ad-Darimi- Hasan].

 6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.


KELEBIHAN KORBAN, ADAB DAN HUKUM

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut:

1. SOLAT

Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan. Thauban berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.

 2. PUASA

Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei] Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID 

Hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).” Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.” Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.” Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah. Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.

4. PUASA PADA HARI ARAFAH

Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim]. PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5.  KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah). Setengah ulama lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.

Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya. Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut : ayat 69).

 

 Contohi Korban Nabi Ibrahim, Hajar & Ismail

Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].

Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].

Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Ahad, 6 Oktober 2013

QURBAN DI KEMBOJA.....IKHLASKAN HATI

Aisyah meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda : Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam pada hari nahr yang lebih dicintai Allah, selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan). Dan haiwan yang disembelih itu kelak di hari kiamat akan datang (menemui orang yang korban) lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Dan sesungguhnya darah akan diterima Allah  sebelum darah itu jatuh ke tanah. Kerana itu lakukanlah korban itu dengan seikhlas mungkin. (Hadis Riwayat Tirmidzi).
 
 
Lebih detail sila rujuk http://www.akikahkorban.com . Jom kita sama-sama ikhlaskan hati untuk melakukan korban selagi kita masih berkemampuan. Peringatan buat diri saya dan semua.
 
 
Kelebihan berqurban itu ialah:
1) Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
 2) Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
 3) Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
 4) Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
 5) Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
 6) Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Jumaat, 4 Oktober 2013

QORBAN DI PALESTIN.....JOM TAMBAH SAHAM UNTUK AKHIRAT

 
Jom di hari segala penghulu hari (Jumaat) sama-sama kita menambahkan saham akhirat kita semasa di dunia ini. Pada kita mungkin nilainya kecil tapi bagi mereka yang amat memerlukannya terlalu tinggi nilainya di sisi mereka. Mungkin dengan bantuan kita
Buat peringatan untuk diri saya dan kita semua. InsyaAllah semoga-moga apa yang kita niatkan kerana Allah akan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah nanti. AMIN ....InsyaAllah.
 



"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah  ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,  tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),  Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya".  (al-Baqarah : ayat 261)
Sabda Rasulullah SAW: " Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri." (dari Anas RA diriwayatkan Muslim RH)

Khamis, 3 Oktober 2013

BILA BERMADU DONG.......

Ngeri kalau dengar tajuk enty ni kan.....Tapi percaya tak ada air minuman namanya macam tu. Rasanya jangan tanya saya....seperti namanya jugak BILA BERMADU DONG.....apa perasaan anda...tentu rasa pahit, masam dan tak sedap. Macam tulah lebih kurang rasanya masammmmmm. Seriously saya cakap memang masam gileeer.....kalau ada sesiapa nak cuba beranikanlah diri order air tu. Kalau nak lebih faham sebenarnya BILA BERMADU DONG tu hakikatnya di sini macam kita minum air kedondong. Memang air kedondong pun sebenarnya. Nama aje kasi pelik sikit. Nak tarik pelangganlah katakan. Tapi saya rasa air kedondong pun tak masam sangat macam ni. Mungkin bagi nama macam tu supaya tak adalah kaum lelaki yang berangan-berangan nak pasang lebih satu. Saya suggest kaum lelaki elok minum air BILA BERMADU DONG. Sekurang-kurangnya mereka tahu macam mana perasaannya bila kaum perempuan dimadukan. Macm tulah rasanya masam. Tak sanggup minumkan. Macam simbolikkan bunyinya. Memang simbolik dan dalam maksudnya. Ada juga nama air macam tu. Nak tahu kat mana boleh jumpa air tu hanya di BORA OMBAK. Ala tempat retis selalu buat majlis kat situ....


Air BILA BERMADU DONG........ada berani minum. Rasa macam air kedondong aje cuma terlebih masam aje....

Rabu, 2 Oktober 2013

Sayang sesangat.....

 
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (AL BAQARAH:128)
 

Sayang sesangat kat adik saya...........saya dah jadi kak long..


Oppssss...............saya malu jangan ambil gambar saya......comel sesangat..

Selasa, 1 Oktober 2013

RINDUNYA......Terima kasih Ya ALLAH atas kurnianMU


“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu: Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS. Al Luqman : 31).
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah orang yang suka memanjatkan puji dan syukur kepada Allah” (Riyadhus Shalihin 27).
 
“Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada manusia.” (HR. Ath-Thabrani).
 

 

Rindunya kat si comel 3 ni........Buah hati pengarang jantung kami semua. LUP YOU ALL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...