“Sesungguhnya
Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita
gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada
pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:9)
“Aku
tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang
dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu
Daud)
Nabi
s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat.
Kursus Terapi Al-Quran di bawah pimpinan Ustaz Mohd Amin B Mohd Tahir. Alhamdulillah bertambah ilmu dan pengetahuan tentang kepentingan Al-Quran dan kelebihan-kelebihan Al-Quran apabila kita menjadikan Al-Quran sebagai amalan hidup kita sentiasa. Jadikanlah membaca Al-Quran amalan setiap hari kerana banyak kelebihan yang akan kita dapati di akhirat kelak. Sebagai syafaat kita di akhirat disamping syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran jugalah yang akan menolong kita di Padang Masyhar nanti. Tiada sesiapa pun yang dapat menolong kita di akhirat kelak kecuali Al-Quran Karim yang selalu kita baca semasa hayat kita di dunia. Selain membaca Al-Quran kita juga digalakkan memahami isi kandungan Al-Quran kerana setiap kejadian yang berlaku didunia ini bermula dari kejadian Nabi Adam hinggalah ke Hari Pembalsaan (Akhirat) semuanya telah dicatitkan di dalam Al-Quran. Selain mentafsir Al-Quran kami peserta juga telah diberikan beberapa ayat-ayat Al-Quran yang perlu diamalkan selalu. Ayat-ayat Ruqyah, ayat-ayat Manzil dan ayat-ayat menghalang sihir. Surah yang paling baik diamalkan ialah surah Al-Baqarah. Alhamdulillah selesai sahaja kursus tersebut telah memberikan kepada saya satu pengalaman baru yang boleh saya amalkan selalu dalam kehidupan seharian. Kehidupan yang lebih kepada ayat-ayat Allah. Sesungguhnya ayat-ayat Allah (AL-Quran ) telah menjadi pembimbing dan pedoman untuk kita semua (umat islam) di dunia ini. InsyaAllah dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W kita umat islam tidak akan sesat selamanya. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan