Pada 09 - 12 Sept saya telah berkursus ke ILKM Jawi. Nak cerita semasa kami berenti rehat sekejap di Hentian Rehat Bukit Gantang. Dah sampai hentian ni first tempat kami cari dulu biasalah ladies orang perempuan ni mana lagi tujuan utamanya. Lepas tu barulah kami cari makanan untuk isi perut makan tengahari. Kat hentian ni makanannya murah sikitlah berbanding hentian yang lain. Lepas makan tu merayaplah kejap kat sekitar hentian tersebut. Rayap punya rayap tu yang terjumpa buah ajaib ni. Punya besar buah mangga ni. Sungguh, first time nampak buah mangga besar gedabak ni. Selama ni nampak yang comel2 aje. Terkejut jugak dibuatnya. Bagi yang dah biasa travel jauh ni mungkin dah biasa jumpa buah mangga besar gedabak ni kat hentian rehat. Saya ni jaranglah nak ke utara kecuali kalau ada kursus aje. Agak2lah kalau nak makan mangga ni berapa hari boleh habis kalau makan sorang. Kalau makan ramai2 boleh habis tang tu jugak...
Nilah dia rupanya mangga cap udang. 1 kilo dah RM 13.00. Sebiji tu tak taulah berapa kilo dah macam buah nangka besarnya.hishishishisssss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan