ALHAMDULILLAH......pemberian dari pihak Penyelaras kursus sebuah Al-Quran dan terjemahaannya. Kalau kita nak tuntut dan belajar ilmu macam-macam Allah permudahkan kepada kita dengan niat LILLAHITAALLAH. InsyaAllah akan diberikan jalan dan dipermudahkan.
Semua
orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan
kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
" apabila
mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3
perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi manafaat dan doa anak – anak yang
soleh”
Oleh itu kalau kita hendakkan bekalan yang secukupnya di akhirat nanti selalu-selalulah menyedekahkan apa-apa yang boleh dimanfaatkan kepada manusia yang lain. Salah satunya menyedahkan Al-Quran kepada sesiapa sahaja dan selagi orang yang menerimanya mengamalkannya selama itulah amalan orang yang mengamalkan akan kita dapat tanpa mengurangkan sedikitpun amalan orang yang mengamalkannya. Buat peringatan untuk diri saya dan semua. InsyaAllah. SELAMAT BERAMAL