Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 16 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU

Hadis 19 – Jagalah Allah Nescaya Allah Menjagamu

یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَ...ظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ

Maksudnya: “wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah: jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah jika engkau meminta tolong, mintalah tolong pada Allah. Ketahuilah bahawasanya jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang Allah telah tetapkan bagimu dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya)”

Dalam riwayat selain Imam at-Tarmizi disebutkan;

اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا

Maksudnya: “jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya dihadapanmu, kenalilah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pada waktu kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenaimu dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput daripadamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan bersama kesusahan ada jalan keluar dan bersama kesulitan ada kemudahan”

HURAIAN DAN MAKSUD AYAT;

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya di hadapanmu”
Bermaksud hendaklah beramal keranaNya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintahNya nescaya kamu akan mendapati Allah menjadi penolongmu di waktu kesusahan
Sabda Rasulullah saw: “jika engkau meminta, mintalah kepada Allah jika engkau meminta pertolongan, mintalah tolong kepada Allah”
Bermaksud memberikan petunjuk supaya bertawakkal kepada Allah, tidak bertuhan kepada selainNya, tidak menggantungkan nasib kepada siapa pun baik sedikit atau banyak.
Allah ada berfirman dalam surah at-Talaq, ayat ke 3 yang bermaksud: “dan sesiapa bertawakkal kepada Allah maka Allah pasti akan memberinya kecukupan”

KISAH ASHABUL KAHFI;

Hadis ini bertepatan dengan kisah 3 orang pemuda yang tetimpa hujan lebat lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua
Kemudian pintu gua itu tertimbus oleh batu. Pada saat itu mereka berkata sesama mereka: “ingatlah kebaikan yang pernah kamu lakukan lalu mohonlah kepada Allah dengan kebaikan itu supaya kamu diselamatkanNya”
Kemudian masing-masing menyebut tentang kebaikan yang pernah mereka buat dulu. Batu yang menutupi pintu gua tadi kemudiannya terbuka dan mereka dapat keluar.
Kisah ini popular dan terdapat pada hadis sahih:

PENGAJARAN:
1. Sesiapa yang melaksanakan perintah-perintah Allah swt nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan di akhirat.
2. Beramal soleh serta melaksanakan perintah Allah swt dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang daripada kesulitan
3. Jangan meminta apa pun selain daripada Allah swt.
4. Manusia tidak akan dapat mengalami apa-apa musibah kecuali berdasarkan ketetapan Allah swt
5. Kita hendaklah sentiasa menghormati waktu dan menggunakannya kepada sesuatu yang bermanfaat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
6. Pergunakanlah masa mudamu untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan
7. Orang yang selalu bersyukur kepada Allah swt akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan
8. Hanya kepada Allah swt kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat, Maha Menjawab, Maha Kuat, dan merupakan zat yang tidak pernah bosan memberi.
9. Meminta pertolongan selain dari Allah swt merupakan kehinaan, kerendahan dan kelemahan.
10. Beriman kepada qada’ dan qadar akan mendatangkan keberanian, ketenangan dan ketenteraman.
11. Kita hendaklah bersabar dengan musibah yang didatangkan daripada Allah swt. Kemenangan hanya akan diperolehi dengan kesabaran. Kita juga hendaklah bersabar dengan perlakuan tidak baik orang lain pada kita
12. Kita hendaklah bersabar di medan dakwah mahupun di medan perang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...