... 27 BAHAYA MENAKUTKAN AKIBAT BERZINA ...
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...
Diantara sekian banyak kesan negatif dari perbuatan zina. Semua ini memberikan gambaran betapa buruk kesan perbuatan nista ini dan alangkah rendah maruah pelakunya.
Kesan negatif perbuatan tak senonoh ini tidak hanya akan dirasakan oleh si pelaku tapi juga oleh sang anak yang tidak tahu menahu. Semoga Allah Azza wa jalla melindungi kita dan seluruh kaum muslimin dari perbuatan keji ini. Diterjemahkan dari kitab "Khatarul Jarîmah al khuluqiya".
1. Zina mengurangi agama seseorang
2. Zina menghilangkan sifat warak
3. Zina merosak kehormatan dan harga diri
4. Zina mengurangi sifat cemburu
5. Pezina mendapatkan murka Allah Azza wa jalla.
6. Zina menghitamkan wajah dan menjadikannya gelap
7. Zina menggelapkan hati dan menghilang cahayanya
8. Zina mengakibatkan kefakiran yang terus menerus.
9. Zina menghilangkan kesucian pelakunya dan menjatuh nilainya dihadapan Rabbnya dan dihadapan manusia.
10. Zina mencacatkan sifat terpuji seperti ‘iffah, baik, adil, amanah dari pelakunya serta menyematkan sifat cela seperti fakir, pengkhianat, fasiq dan pezina.
11. Pezina mengakibatkan diri pada azab di sebuah tungku api neraka yang bahagian atasnya sempit dan bawahnya luas. Sebuah tempat yang pernah disaksikan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menyiksa para pezina. [HR al-Bukhâri dalam shahihnya dari sahabat Samurah bin Jundab Radhiyallahu anhu].
12. Zina menghilangkan nama baik dan menggantinya dengan al khabîts.
13. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kegelisahan hati buat para pezina
14. Zina menghilangkan kewibawaan. Wibawanya akan di cabut dari hati keluarga, teman-temannya dan yang lai
15. Manusia memandangnya sebagai pengkhianat. Tidak ada seorangpun yang boleh mempercayainya mengurusi anak dan isterinya
16. Allah Azza wa jalla memberikan rasa gelisah dan susah dihati pezina
17. Pezina telah menghilangkan kesempatan dirinya untuk mendapatkan kenikmatan bersama bidadari di tempat tinggal indah di syurga
18. Perbuatan zina mendorong pelakunya berani durhaka kepada kedua orang tua, memutuskan silaturrahim, perniagaan haram, menzalimi orang lain dan membohongi isteri dan keluarga
19. Perbuatan zina dikelilingi oleh perbuatan maksiat lainnya. Jadi perbuatan nista ini tidak akan terjadi kecuali dengan didahului dan diiringi beragam maksiat lainnya. Perbuatan keji menyebabkan keburukan dunia dan akherat
20. Pelaku zina wajib diberi hukuman pezina yang belum menikah didera seratus kali dan diasingkan selama setahun dari daerahnya sedangkan pelaku yang pernah menikah atau masih berkeluarga direjam (dilempari) batu sampai mati
21. Zina merosak nasab
22. Zina menghancurkan kehormatan dan harga diri orang
23. Zina menyebabkan tersebarnya wabak penyakit berbahaya, tha’un (lepra) dan tersebarnya penyakit kelamin yang umumnya sukar diubati seperti penyakit syphilis
24. Perbuatan zina membuka peluang bagi keluarganya untuk terjerumus dalam perbuatan serupa. Dalam pepatah dikatakan :
كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ
Engkau akan dibalas sesuai dengan perbuatanmu
25. Zina menyebab balasan amalan solehnya hilang sehingga ia miskin pada hari kiamat.
26. Dihari kiamat pelaku zina akan dihadapkan pada orang yang isterinya dizinai untuk diambil pahala kebaikannya sesuka sang suami sehingga tidak ada tersiabaki kebaikan sedikitpun
27. Anggota tubuh seperti tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan lisan akan memberikan persaksian yang menyakitkan. Allah Azza wa jalla berfirman :
Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. [an-Nûr/ 24:24]
Diantara penyebab zina adalah budaya berdua-duaan yang merupakan budaya yang sangat disukai oleh anak muda zaman sekarang.
Syariat Islam sangat melarang budaya tersebut sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang melarang laki-laki dan wanita bukan mahram berdua-duan.
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah berdua-duaan dengan wanita yang tidak bersama mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan. [Shahîh diriwayatkan Imam Bukhâri dalam Shahihnya (1862) dan Imam Muslim dalam Shahihnya (3259)]
Amir bin Rabi’ah Radhiyallahu anhu berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Ketahuilah, tidak boleh seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana yang ketiga adalah syaitan kecuali bersama mahramnya. (HR. Ahmad no:142) dan hadits serupa dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu telah dituturkan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan